Hello Hello

30 June 2011

Top Ranking : Lagu Kisah Hati

Tarikh 30 Jun hari ni, tarikh last untuk bulan Jun. Kejap je masa berlalu, esok masuk bulan Julai. Apa yang dapat dalam bulan ni ??? Macam2 bende dapat belajar dan terjadi dalam otak, hati, diri sendiri dan disekeliling aku. Dah 2bulan cuti ni hanya duduk di rumah dan tak bekerja, cari kerja pun tak. Lagu sekarang yang tengah hot , first ranking dalam otak, hati dan diri aku still lagi lagu KISAH HATI dari ALYAH. Lagu ni dah kekalkan ranking nye sejak sebulan yang lalu. haha. Sampai bile nak bertahta dalam diri aku ??? Tunggu sampai bila jiwa berubah. cewahhh... Orang tengok wa macam happy2 je hari2, tapi dalam hati sape tau ma....... Macam lagu ni juga ma.... Layannnnnnn =]=]=]

Hatiku Hatimu 
Menjadi Satu Cinta
Ku Rasa Hadir Mu
Menyempurnakan aku

Tapi..........
Cinta Bukan Milik Kita
Semua Harus Berakhir

Cinta Kau Dan Aku
Tak kan Mungkin Bersatu
Untuk Saat Ini
Di Dunia Ini

Mungkin Kita Bersama 
Nanti Di Atas Sana
Biar Ku Setia
Menjaga Cintamu

Selamanya.......................

Aku tetap seperti dahulu tapi wat relax2 sudahhh.... Nak , Nak.. Tak Nak ,  Sudah ......
mood PELIK hari ni... Minta maaf kepada sesiapa yang dah jadi mangsa merepek saya =]=]=]

My KIKI LALA ~~~

Satu perkataan je .... Akak RINDU kiki .... Da bape tahun tak jumpe ni .... Bila nak jumpa ade je yang tak jadi sampai sekarang .... Insyaallah pasni ni akan jumpe ..... =]=]=]


Kiki si budak comel yaw !!! =)



Rindu kawat KRS sama2 yaw !!!

29 June 2011

Selamat Hari Lahir ZIE

HAPPY BIRTHDAY NOOR ZIEZIE MAISARAH BT PUZI. Umur dah 20 tahun. Aku belum lagi. hehe. Aku kenal kau zie sejak Tahun 6, ko pindah SK Convent Teluk Intan. Mak kau ambil alih kantin sekolah Convent. Sekolah menengah pun sama sampai kita leh jadi geng, bila dah masuk U, kita dah lain tempat still jadi geng lagi, sampai sekarang walaupun ko dah pindah jauh sana, You are still my Girlpren yaw !. Frens Forever yaw !. Miss you so much yaw !. Love you so much yaw !. Tak tau nak cakap ape dah.... Bila nak jumpe ni zie??? =(

Bila nak hang out lagi..... =]=]=]



27 June 2011

Cinta Kampus

Surat khabar Metro hari  ni ade tajuk 'CINTA KAMPUS'. Kampus dianggap tempat paling sinonim memulakan langkah pertama cari pasangan sehati sejiwa. Dapat ke cari yang SEHATI? SEJIWA? haha. Sedangkan yang dah ada di hati pun bila dah jauh masing2 buat hal, curang. 'Takut tak laku' antara alasan golongan siswi bermain cinta di universiti. Bagi aku, aku tak pernah fikirkan alasan yang macam tuh. Mungkin segilintirnye lah yang berfikir macam tuh. Bila cinta kat sekolah dipanggil 'Cinta Monyet'. Bila dah masuk universiti dipanggil 'Cinta Kampus' pulak. Aku takde cinta monyet kot, cinta kampus adelah. hehe. Tapi sekarang ni, it's complicated dah. Susah nak cakap betul2 or main2.

Biasalah bila kita dah meningkat remaja ni macam2 perasaan ade, macam2 bende kita nak buat kan. Tapi selalulah berfikir dulu sebelum buat sesuatu. Kelak menyesal pulak dengan apa yang kita dah buat kan. Pantang tengok yang berdahi licin, yang cantik, yang tampan mestilah ade perasaan suka tu kan. Tapi kadang2 mereka hanya melihat paras rupa sahaja terus jatuh cinta. Tak kekal lama tu kalau kita tak jatuh cinta dengan hati budi seseorang tu sekali. 

Remaja macam kita ni jangan lah senang2 je nak jatuh cinta ngan orang, kenal dulu. Pastu nanti dah nampak yang lagi elok, curang pulak. Pastu gaduh, serang orang tu orang ni, sakit hati, tension n bla bla bla. Dah tak tahan dengan masalah sendiri mulalah nak bunuh diri, buat kerja yang bukan2. Janganlah sampai macam tuh. Yang penting kita kene selalu ingat Tuhan, ibu & ayah kita sebelum kita buat apa saja. Very2 important tau =). So, yang single mingle yang still resah takde cinta di hati tak perlu risaulah. Jodoh di tangan Tuhan. Yang dah ada cinta dihati, sayangi & hargailah pasangan anda, moga2 berbahagialah tapi ingatlah masa depan juga ye...  

Aku suke sangat lagu ni. Lagu WAJAH RAHSIA HATI dari Fauziah Ahmad Daud. Sebab dalam kehidupan ini yang terindah melalui usia remaja. Janganlah sia2 kan masa remaja kita ni ye kawan2........... Jom nyanyi..............

Dalam kehidupan ini yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

Oh berdebar-debar hatinya
kali pertama bertentang mata
Inikah pengalaman 
Harus ditempuhi tiap insan

Kenakalan atau kesungguhan 
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati

Dalam kehidupan ini yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka 
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

Oh berdebar-debar hatinya
Kali pertama bertentang mata
Inikah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan

Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan 
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia

Dan aku pulak siapalah jodoh aku nanti??? Milik siapakah gadis ini.... hehehe

Kalau sayang saya, fahamilah diri saya. Janganlah tinggalkan saya =]=]=]

26 June 2011

CUP PRIX 2011 Hari Terakhir

Hari ni hari last untuk Cup Prix. Petang tadi kol 2.30pm baru final dan masuk dalam siaran astro arena. Tapi aku hanya tengok Tv kat rumah dan hanya dengar bunyi je. Asal mat2 race masuk selekoh tajam tu je memang dah dengar bunyi dari rumah aku. Aku pergi sana pagi tadi dengan family pak andak dan adik. Temankan pak andak aku yang datang dari jauh bermalam kat rumah aku sebab nak tengok Cup Prix kat sini. Jadi aku pun jadi penunjuk arah sementara lah kan. Memang panas hari ni. Better semalam lagi. Tapi angin kuat. Tak pelah kan. 

Hari ni memang banyak jalan dari semalam. Biasalah kalau berjalan ngan pak andak aku ni memang semua tempat wajib tinggal tapak kaki. Boleh masuk or tak boleh masuk, main redah je. Setiap sudut selekoh juga kami round. Sampai yang lain semua dah duduk bawah payung penat, aku still lagi berdiri tengah2 panas snap gambar sana sini. haha. Bila aku tengok Tv petang tadi baru aku tahu serba sedikit tentang race ni. Sebelum ni tengok aje tapi tak ambil tahu. 

Kategori CP115

Entry sebelum ni aku de cakap yang aku tertarik dengan sorang mat race ni. Hari ni die masuk final lah. Aku sure die mat race semalam tu sebab aku cam moto die. haha. Dapat tempat pertama. yuhuuu!!! congrates Ahmad Abdul Kadir. hehe. Tahniah juga naib dan tempat ketiga Shahril Izzuan dan Md Rozaliman. 

Itu kamu ! Itu kamu !


Muka bro ni memang pernah tengok sebelum ni.......



Kategori CP130

Mat2 race kat kategori ni rupanya banyak gambar dieorang yang aku amik. huh. Yang aku tertarik, ngan moto  no19. Sebab no aku dan moto die warna merah. Bila tangkap gambar bukan main lagi posing ye.  Masuk final juga mat race ni. huh. Memang sukelah. Nama die Norizman Ismail. Congrates yah !!!. 

Memang baik posing camtu kan... Bagus2 nampak aku..


Bersedia........

Yang lain2 tak taulah masuk dapat no berape........








Terima kasih tunjuk peace masa aku buat video tadi ye.... haha



Kategori Honda Wave Junior

Yang ni pagi tadi terus final. Tak tahulah pulak sapa yang menang. Cuma gambar je yang ada. 








Kategori Wira

Aku ade kenal satu moto ni dan orangnye untuk kategori ni. Semalam aku ade nampak. Nama die Md Adib Rosley , 18 . Rezeki hanya dapat tempat ketiga. Tahniah juga. 

This is you Md Adib 


Yang group lain aku tak tau nama nya. Sebelum ni aku tahu pasal bende ni dalam surat khabar, majalah, internet pun kadang2 jelah. Hanya tahu warna moto, no moto. Kalau nama dieorang memang ingat2 lupalah. Sebab aku tak selalu ikut perkembangan Cup Prix. Aku suka, dari aku kecik lagi aku suka moto & kereta. Sampailah sekarang tapi dah kureng sikitlah. hehe. 






Thanks to pak andak nak bawa juga aku dan adik yang dah pergi semalam pastu pergi lagi hari ni. 


Takde lagi tempat yang tinggi ke nak diri 






Pak andak, mak andak & Aniq




Seronok tapi takut tutup telinga


Boleh saya jadi model Gadis Petronas tak ??? haha  =]=]=]

Balik rumah perasaan suka + letih macam masuk competition jalan kaki 3km.... hahaha =]=]=]

25 June 2011

CUP PRIX 2011 kat Teluk Intan

Hari ni tanpa dirancang, aku, Eka & Kuya pergi Cup Prix bawa adik gemuk aku tuhh. Litar Cup Prix tu memang dekat je kat rumah aku tuh. Jalan kaki je pergi sana. Memang dari pagi tadi adik aku tak senang duduk dengar bunyi motor dieorang2 tu. Tahun lepas die pergi ngan ayah. Tahun ni mesti kene pergi jugalah. Bunyi memang kuatlah sampai kat rumah aku boleh dengar. Pada mulanya kiteorang jalan kaki. Tempat baik punya nak snap gambar kiteorang dok kat laluan corner mat2 race tuh. Sebabnya, mat2 race tu akan slow bila sampai kat tempat corner. Memang senang lah nak snap gambar. Dan masa itulah aku tertarik dengan mat race ni. Tertarik dengan gaya die. Cewahhh. Tambah2 moto die pun warne merah. Lagilah I suka kan.  hehe. Tapi tak nampak muka. Tak kenal pun sapa.

masa ni bro ni bawa slow sikit...... haha....ade perasan aku tak kat tepi??? haha =)


Time ni bro yang first dari yang lain2.... memang lu laju bro.. tapi wa sempat snap lu... wa tertarik ngan lu r....=)

Tak kan kiteorang nak dok situ je kan. So, kiteorang jalan ke rumah balik, naik kereta pulak pergi tempat lain. Sebab nak jalan kaki pun jalan banyak tutup. Sampailah kiteorang dapat masuk kat tengah padang Speedy. Memang banyak but2 jenama2 moto ni. Kiteorang tak banyak tengok moto, tapi banyak amik gambar & tangkap gambar. Bak kata Eka, kita jadi Gadis Litar hari ini. Gadis Litar bertudung. haha. 

Owh yehhh.. pandai juga ko snap gambar ni dek 


dok tepi nak kacau mat2 race tuhh

Hari ni panas, tapi kadang2 redup. Orang yang paling seronok adik aku lah. Favourite die. Asyik2 tukar astro arena, ingat masuk tv lah padahal esok kol 2.30pm baru ade kat tv.

memang sukalah kan 





Kuya takde braces dah...


Eka & Nikon die

Mesti posing punya pun.............


Ni race lain pulak

Esok Final Cup Prix... Nak pergi lagi ke tak??? Nak jumpe bro tuhhh..... hehhe....
Selamat malam =]=]=]

24 June 2011

KL Gangster

Salam semua ....................


Tengok gambar kat atas tu, citer ni start ditayangkan pada 9 Jun lepas. Masuk hari ni dah 15 hari ditayangkan kalau tak silap aku kira lah. Sebab masa hari first citer ni keluar tiket dah habis bila kiteorang nak tengok. So,  hari tu di postpone ke hari ini. Aku berkesempatan tengok citer ni kat pawagam ngan Girlprens aku Eka & Kuya. Cadang nak ajak Alya tapi die takde. Macam kami je yang ade kat Teluk Intan ni. Wa cakap sama lu citer ni memang best bro. Pukul2, hentam2, tendang2 memang sakit wa rasa bile tengok. I takut u (tetiba ayat gedix). Pape pun tak boring tengok citer ni. Congrates to Pengarahnya ye... Pasni banyak lagi movie2 yang akan keluar yang aku rasa nak tengok. Transformer , Sekali Lagi Cinta , Harry Potter , ape lagi eh ??? Pape pun aku rancang je, tengoklah mana yang jadi nanti =). Thanks tu Eka & Kuya, pasni tengok citer lagi eh. Boringlah kat rumah kadang2.... hehe =D . Esok sabtu & ahad ade cup prix kat Teluk Intan. Nak pergi bila eh??? Tengoklah nanti.

Maharaja Lawak malam ni ..... Selamat Malam =]=]=]

23 June 2011

Yang mana satu nak tengok ni ???

Malam ni banyak rancangan yang nak aku tengok. Cerciter Cinta, Semanis Kurma, Generasi Y dan Bola. Terpaksa aku tukar2 kalau de iklan. Cerciter Cinta aku memang nak tengok sebab ade SHAHIR!!! Yes aku memang minat Shahir. Lawak pun ade aku tengok dieorang ni berlakon. Shahir jadi ustaz, Rozita Che Wan jadi cikgu. Lagu2 pun layan je. Shahir hensemnye kau. Aku nak ade laki cam Shahir boleh tak? haha. Bile dengar Shahir ngaji, mak oi aku cair dowh !!!. Sedapnye dengo. Tengok Shahir baca doa pun da terpikat dah. haihhh. Wau! Wau! Wau! Aku pun ade wau juga! Ayah aku belikan. Jom main sama2. haha =D. Owh Shahir!!! aku ni peminat ko lah. Dengar tak??? huhu =)  

Kalau ade keserasian pasti akan bahagia lah, dengan sesiapa pun =)


Mama cakap cari laki yang ade janggut sikit cam Shahir pun ok & hensem. Suka rambut camtu, smart bro =)


Semanis Kurma malam ni tajuknye pasal pernikahan & pertunangan. Ade tengok kejap je. Tengok Elly Mazlin pastu aku tukar Generasi Y kat Tv i tajuknya pasal memaafkan & meminta maaf. Pasal orang bercinta ape semualah tapi tengok kejap je, hati pun tersentuh juga kejap . 

Bila ayah dah balik tukar siaran bola Malaysia lwn Lubnan. Tengok2 dah 2-1. Aiyoyo, aku terlepas lah nak tengok sapa yang gol kan. emmm. Zaquan Adha ade main jega ke ha??? Takpe nanti aku leh tengok siaran ulangan kalau ade. Ape2 pun MALAYSIA BOLEH !!!!. Congrates MALAYSIA !!! 

I LOVE MALAYSIA


To my cousin MIMI, Happy BirthDay untuk kamu. Semoga Berjaya PMR tahun ni. 




To my fren FIR, Selamat Hari Tua juga ye. Aku pernah kenal ngan kau, so aku takkan lupa lah bro. Gambar kau pun aku ade tapi aku tak nak letak mane tau kang ade orang marah pulak. haha
Selamat Malam =]=]=]

Nasi Goreng saya

Pagi tadi mama dah pesan kat aku mama tak nak tinggal lauk pauk untuk aku dan adik sebab lauk tak abeh makan sejak dua hari ni. Mama just masak lauk pauk untuk opah2 dan cikgu2 je. Mama ade beli sayur2 dan barang dapur lebih sikit untuk aku masak kat rumah. So, tengahari tadi sebelum adik aku balik, aku masak nasi goreng untuk lunch. Macam biasa lah kalau mama malas sangat nak masak then suruh aku masak, nasi goreng ajelah yang aku akan buatkan untuk makan. haha.

 Memang aku akui aku ni memang cerewet kalau pasal makanan, nak makan yang sedap2, cukup bahan2 dalam makanan dan tak pedas, tapi pedas kalau sedap macam masakan mama aku takpe. Banyak songeh kan??? Citarasa aku ni tinggi sikit. Bakal mak mertua - mak mertua yang di luar sana berjaga2 ye kalau nak pilih aku ni. hahahahaha(perasan). Macam aku makan nasi juga, lauk aku pelbagai tapi nasi sikit je. Itu memang style aku. Tapi masa aku duduk kat kolej aku jarang beli nasi dan lauk kat cafe sebab bukan selera aku. Boleh dikatakan tiap2 hari jugalah aku selalu beli yang goreng2 je.  Bukan nak cakap masakan kat sana tak sedap or ape tapi aku jenis yang memilih. Maaf ye makcik dan pakcik cafe. Tapi kalau kat lua memang confirm ade yang sedap dan menepati selera aku contohnya Nasi Ayam Penyet. Rindunye =)


Nasi Goreng Saya =)


Bahan2 untuk nasi goreng aku mesti kene banyak contohnya mesti ade sayur carrot, kobis, kacang panjang, daging burger, ayam, sotong dan telur. haha. Kalau takde bende2 ni macam nasi goreng aku tak cukup sedaplah. ceeewwaaaah............  Hari ni aku masak macam aku nak bagi tetamu makan padahal aku dan adik aku je yang makan. Tu maksudnya kami dua ni kuat makan. Memang tak cukuplah kalau aku masak sikit. Tambah2 aku ni bukan kakak yang suka mengalah. Kejam kan aku. hehe. Gambar atas tu nasi goreng yang aku snap tadi. Adik akulah pelanggan setia nasi goreng aku dari dulu sampai sekarang. Mama dan ayah selalunya tak sempat nak komen sebab adik dah abehkan nasi dulu. haihhh .... =]=]=]

22 June 2011

Tanda2 Lelaki Menolak Cinta Kamu

Wahhh.... aku macam nak tahu sangat ape tanda2 tuh. Ni nak kongsilah supaya kaum Hawa terhindar dari situasi ni sebabnya kemungkinan cinta mereka hanya bertepuk sebelah tangan. Macam syok sendiri tuhhh.

  • Bertanya tentang kawan kamu
Si dia kerap menanyakan tentang kawan2 perempuan kamu. Bahkan bila nak keluar meminta kamu mengajaknya untuk keluar bersama-sama. Boleh dipastikan si dia sebenarnya memang tak tertarik ngan kamu. Adalah lebih baik lupakan si dia sebelum hati terlanjur berharap.
  • Mencadangkan kawan lelakinya untuk kamu
Sejak kebelakangan ini si dia serius mempromosikan kelebihan kawannya yang dirasakan sesuai untuk kamu. Kemungkinan ini adalah cara si dia menebus perasaan tidak sedap hati kerana menolak kamu. Jangan terburu-buru menolak tawarannya, tak salah berkenalan dengan kawan yang diperkenalkannya, Siapa tahu, kawannya itu menepati cita rasa yang kamu cari selama ini.
  • Berbeza pendapat
Ketika bersama kamu, si dia gemar membincangkan topik2 yang kamu rasa tidak suka atau perkara yan membosankan. Bila kamu menyatakan perkara2 yang kamu suka, si dia malah menyatakan sebaliknya dan begitulah seterusnya. Berdasarkan sikapnya itu seharusnya kamu sedar bahawa si dia sedang berusaha membuat kamu semakin tidak menyukainya.
  • Selalu sibuk
Si dia semakin susah untuk dihubungi dan memberikan pelbagai alasan untuk mengatakan bahawa dia sibuk. Mungkin dia memang sibuk tapi adalah lebih besar kemungkinan bahawa si dia sedang berusaha menghindarkan diri daripada kamu. 

Biasanya statement yang last sekali tu biasa aku dengar tentang situasi camni. Aku pun rasa dilayan macam last statement tu jugalah . haha. Post ni bukanlah nak menyalahkan kaum Adam. Tapi sekadar bacaan untuk kaum Hawa. Semua orang mempunyai kelemahan & kelebihan masing2. Yang baik datang dari Allah yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Muhasabah diri kejap. haha. =]=]=]

Sumber : Remaja (Pendapat Hero)

21 June 2011

Untuk arwah kawanku

Hari ini hari jadi arwah Muhammad Hasif yang boleh dikatakan kawan aku juga. Walaupun aku tak pernah cakap ngan arwah tapi pernah lepak sama2 ngan kawan2. Sebab arwah kawan ngan kawan aku. So bile dah lepak same, arwah my fren jugalah. Tapi arwah dah takde meninggal tahun lepas, sebab accident kat tempat arwah belajar. Masa pengkebumian arwah aku tak datang sebab masa tuh aku kat matrik dah nak dekat hari exam. Memang terkejut dengar berita arwah. Dengar cerita keadaan arwah teruk masa tuh. Tapi Allah lebih sayangkan arwah. Cuma kawan2 aku yang ada kat Teluk Intan saja yang datang. Tahun lepas Eka & Erma bawa aku ziarah kubur arwah. Lepas tu pergi singgah rumah arwah, saje ziarah mak ayah arwah. Rasa sebak pun ade masa tu. Tapi Allah dah tentukan hidup arwah macam tu. Ajal maut di tangan Tuhan dan ia datang tidak mengira usia.Doaku Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba2 yang dicintai & diredhai ......................

20 June 2011

Masa kecik2 dulu =D

Hari ini kedai tak buka, sebab ade tempahan pulut kuning dari sekolah rendah. Mama dan ayah ada kat rumah. So, aku pun tak banyak kerja sangat nak buat kat rumah, tiba2 teringat pulak masa aku kecik2 dulu. Masa kecik2 dulu, orang selalu ingat mama ayah amik anak cina. Sebab dieorang cakap aku macam anak cina. Putih melepak mata sepet. Yeke???  Sekarang ada macam tu lagi ke tak eh??? haha 

Aku teringat masa kecik aku suka sangat bergambar posing sana sini. Budak kecik kan masa dulu2, rajinlah orang melayan aku. Aku dah jadi cam model, dieorang pulak photographer. Macam tu lah bunyik nya. Jenoh    aku ingatkan balik mana ayah aku simpan album2 lama tu. Las2 aku jumpa dalam kotak. Album gambar aku punya banyak tapi satu je yang ada. Yang lain2 album2 mama dan ayah aku masa dolu2. haha. Bila tengok gambar2 aku dulu, tersengih, senyum dan gelak sorang2. Sampai mama cakap aku cam orang tak betoi dah. hehe. 

Mama cakap kalau kita nak tahu bila kita dah besar macam mana diri kita serba sedikit, kita tengok masa kita kecik2 dulu. Kalau masa kecik kita suka bergaya, bila tangkap gambar posing sana sini, nakal or ape2 lah, macam tulah kita masa dah besar nanti =). Cakap mama tu memang ada betoinye, aku da experiment kat diri aku ni. Mama pun ade cakap tengok gambo dulu macam mana dan sekarang aku macam mana. hahahahahaha. Gelak besar aku. Yela, tengok gambo aku dulu2 posing sana sini, gediklah. Dah besar sekarang samalah. Lain kali percaya cakap mama sendiri ye =) .

 Dulu aku anak tunggal, takde adik lagi. Memang rajinlah mama ayah layan tapi tak bermaksud sekarang tak dilayan. Memang selalu makan angin sana sini. Bapak2 dan mak sedara pun rajin bawa aku jalan2. Sebab aku memang kaki jalan. Gambo yang comel2 dan gambo2 yang lain banyak yang takde sebab aku bawa pergi sekolah buat folio itulah inilah. Memang banyak juga yang takde. Ni sebahagian dari gambo aku =).

ade mcm ank cine ke???

rambut pendek cm laki.. hahah

rayban ayah aku kebas =)

tak padan ngan badan kecik

nak rock sikit pakai sua pendek

still lagi leh nampak camera =)

Yang ni masa tadika. Masuk tarian. Bila dah beso ,blaja kat Unimas pun aku masuk tarian. Eeh, betullah mama cakap. Samela =]=]=]

Ada lagi gambo yang lain tapi tak tahu gambo ni umur bape gambo tu umo bape. hehe. Hanya mama dan ayah je yang tau. Cukup untuk entry hari ini. =]=]=]

19 June 2011

Kat rumah jelah

Hari ni dalam Fb dan Tweet semua post wish untuk ayah masing2. Ok saya dah post malam tadi. Hari ini juga kedai makan ayah dan mama buka. Start semalam buka setelah boleh dikatakan dah setahun lebih tak buka. uuuiiihhhhh. Lama tu. Memang lama sebab mama dan ayah pun ada wat bisness lain macam catering, mama amik tempahan lauk pauk orang, tempahan makanan bungkus dari sekolah2 dan tempahan kuih. Orang pun takde nak tolong kan. Siapa yang di Teluk Intan ataupun yang nak datang Teluk Intan jangan lupa singgah2 lah kat Kedai Makan Bumbung Biru No 36. Kedai makan yang kat Menara Condong tuhh(promote2). Hari ni mama masak lauk pauk untuk kedai banyak sikit dari semalam. Lunch aku pun pelbagai lauk lah yang aku amik. hehe. Aku tak ikut tolong mama dan ayah kat kedai, taknak. Nak duduk rumah je. Aku duduk rumah pun bukannya aku makan tido tanpa buat kerja satu pun, aku pun ade bende juga nak buat. Aku pun tak tolong sangat mama aku masak kat dapur tu sebab mama ada upah orang juga untuk tolong buat itu ini kat dapur. Aku tolong potong sayur basuh pinggan je pastu kemas rumah buat itu ini macam suri rumah buat kerja. Menu untuk makan malam pulak just sms ayah. Then nanti delivered lah kat rumah. Memang senang jadi anak orang yang ada kedai makan sendiri. Order je. hehehe

antara lauk2 yang dah dimasak oleh mama

ni juga

menu makan malam kuetiaw pattaya & milo ais ayah masak sedap =)

Malam lepas maghrib, adik nak ikut ayah pergi kedai. So, aku sorang je kat rumah. Masa terbaik untuk aku kat rumah sorang2. Sekarang jiwa tak tenteram kan. Kadang2 hidup ini ingin menyendiri. Tak semua masa kita ingin dikelilingi dengan manusia. So, masa ni lah aku guna untuk tenangkan diri aku =). Alhamdulillah, Tuhan sentiasa ada jikalau kita sentiasa mengingatiNya =).

Tidak lupa juga nak buat entry untuk kawan di FIT, Selamat Hari Jadi TESSA JAMES . Semoga ko success dalam hidup ko =]=]=]

nasib baik ada gambo ko TESSA =)