Hello Hello

29 August 2011

Aidilfitri & Merdeka

Nak raya dah la. Wah !!! Seronoknya !!! Baru ada mood nak raya sekarang. Adik aku pulak mood Merdeka. Asyik dengan bendera , lepas tu nyanyi lagu merdeka je. Memang adik aku semangat patriotiklah. hehe. Esok nak raya, so, macam biasa kerja aku mengiron baju2. Aku memang rajin kalau gosok menggosok baju ni tak kira lah di mana saja aku berada. Itu memang kerja aku. Aku pun suka. Memang lama jugalah mengosok baju ayah, mama, adik & aku sekali la. Panas punggung sakit pinggang. hehe. Baju nak bawa balik kampung je aku tak kemas lagi. Esok pagi pun sempat lagi. 

Tadi lepas berbuka kami sekeluarga pergi kedai gambar untuk tangkap gambar. Tahun ni raya tukar plan, ambil gambar family bukan masa hari pertama tapi pada malam raya. Nanti jadi macam tahun2 yang lepas, ramai sangat family2 menunggu giliran nak tangkap gambar masa raya pertama. Tadi masa pergi tenang je sebab takde orang langsung. haha. Lawak je masa pergi tadi, belum hari raya lagi dah pakai baju raya, macam kami yang dah raya dulu. Orang tengok pun lain macam. Tapi wat buduh je.....

Aku terasa masa berlalu begitu cepat. Ramadhan pun akan berakhir dan menjelang pula Aidilfitri. Moga2 aku dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang pulak. Di sini aku ingin memohon maaf sekiranya ade post2 aku yang lepas2 ade buat follower2, pembaca2 or penyinggah2 yang terasa or tersinggung membacanya. Kepada semua warga Islam SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN dan kepada semua rakyat Malaysia SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN


dari Hamizah Anuar & Family 
=]=]=]

Tahun ni PURPLE untuk bergambar (atas ni gambar saje2 je) =)



28 August 2011

Sahur bersama-sama



Seperti yang dirancang oleh kami2 ni nak jumpa, akhirnya dapat juga keluar bersama di bulan puasa ni. Kunun2 bersahur bersama lah. hehe. Lepas isyak Eka angkut kami sorang2 pergi dan balik. Makasih yah! Tempat biasa memanaskan punggung, duduk kat situ lama2, gelak2, gosip2, ape lagi kalau bukan tempatnya McD. On the way nak pergi Mcd, apsal lah ramai orang nak melencong ke sana. Tambah2 pulak ade Giant kat situ. Rupanya patutlah ramai, orang tengok bola. Apsal aku tak tau eh? Terfikir sejenak tadi. Yelah sebelum ni ade orang yang sentiasa update kat aku game MU ni. Tapi orang tu dah tak mesej kita dah. Menghilang pulak dia bulan puasa ni kan. Takpelah. Nasib baik tadi ade tempat untuk kami2 ni nak duduk. Kalau tak , nak lepak mane dowh. 






Kalau dah jumpa memang tak ingat dunia. Tergelak, terbahak semua keluar. Sampai dah sakit muka ni nak gelak. Ce tengok gambar bawah ni. Mengenakan orang.

Wallet yang depan tu Zie punya. Gamba dulu dan sekarang. Zie? Rambut mane? hehe
Wallet yang black belakang tu Eka punya. Dulu dan sekarang. Tu Eka or Ijat or Bacicah? haha




Yang Zie pegang ni gambar Emi masa dulu. Alamak gambar sekarang takde pulak aku amik. heee


Yang ada. Makasih Emi tolong snap. Sori gambar ko takde dalam camera aku. huhu


Ce tengok orang2 yang kat belakang sweet couple ni, semua terpekik terlolong tengok bola MU & Arsenal. Nasib baik kami ni duduk hujung, Kalau duduk tengah maka kena marahlah dengan dieorang sebab kami pon bising juga kenakan orang. haha


Sampai rumah sambung tengok bola sambil on9. huh. Pesta gol tuh. Cayalah MANCHASTER UNITED!!! Macam2 status tengok kat tweet & fb. Ape2 jelah. Malam ni MU punya pesta. Congrates MU. Aku lebih suka merah MU dari merah Arsenal. Ade beza tau. hehe 

=]=]=]




27 August 2011

Makin malam makin ramai orang

Hari ni dah sabtu. huh. Lagi 2 hari lagi nak sambut Merdeka & Raya. Dan hari ni memang tak tahu nak buat ape sangat sebab dah tak sibuk macam yang lepas2. On9 sahajalah di rumah. Dan lepas berbuka, mama ajak keluar ngan adik sekali nak beli ape yang belum dibeli, mencari apa yang nak dicari. Ayah tak ikut sebab ade moreh di Bagan Dato. Sampai2 je kat pekan memang dah mula ramai orang. Tambah2 pulak hari ni ada pasar malam sabtu bersambung dengan Gerbang Malam dan bertembung pulak dengan Expo. Memang panas, sesak.

Dah bila singgah situ singgah sini, aku dah mula rambang mata bila tengok shawl2 ni. haihh. Dah beli, beli lagi. Shawl2 yang ada kat rumah ni pun ade lagi yang aku belum pakai. Takpe mama, pasni miza rasmikan shawl yang belum dipakai tu eh. Semua tempat aku masuk. Tapi ade setengah tempat je yang aku masuk, pilih dan beli. Sebab ape? Sebab tak semua shawl yang dijual sama dengan citarasa aku. Al maklum sajalah orang cerewet. Lagi pun kat sini bukan macam kat Jalan TAR, bukan macam kat Sarawak juga. Kat Jalan TAR, ade yang baru, belum lagi dijual kat sini dan Sarawak. Yang kat Sarawak pulak takde banyak tempat, mahal tapi takde jual kat Jalan TAR dan sini juga. huh. Macam mana tu? Mama pun hanya ikut ke mana saja aku singgah as My bodyguard aka pelindung & peneman setia aku serta my bank . hehe. Yelah, aku tak kerja lagi so segalanya mama ayah tanggung. Mama pun ape kurangnya membeli juga. 

Jalan punya jalan, tiba2 terjumpa kawan aku yang aku rindulah kat dia. Serius memang aku tak pasan ko weh, aku jalan tengok shawl je tak tengok orang. haha. Nasib baik mama aku perasan ko and mak ko. Nampak sangat mata aku ni lagi rabun dari mama aku kan. hehe. Dah setahun tak jumpa ko bro. Last jumpa tahun lepas masa kat bazaar. Mohd Irfan itu kamu yaw! Dia ni aku kenal masa time kami main hoki sama2 masa kat sekolah dulu. Kami sekolah tak sama tapi sekolah kami berjiran. haha. Memang rindulah main hoki sama2 macam dulu. Tiba2 teringat pulak aku masa main hoki kat dewan sekolah ko Epan. Team Convent lawan team St. Anthony. haha. Men ngan budak2 yang terer2 ni termasuklah si Epan ni.
Terubat rindu aku kat kawan aku sorang ni ha. Ko pon sama juga kan. Ko nak sangat jumpa, Tuhan bagi jumpa jugakan. Ada terkejut tadi? Berdebar jantung ko? Tapi tak puas lah sembang tepi jalan dengan ramai orang tadi tuh. Pastu aku pasan ade pulak orang belakang kita tadi yang pasang telinga tapi aku wat bodoh je. hehe. Biarlahkan. Kita sembang2 pun depan2 mama kamu mama kita kan? huh. Dalam otak aku tiba2 teringat, telinga aku pulak terngiang2 ape yang ko cakap kat mama aku tadi. Ko jangan Epan. Ko jangan serius weh. Belajar dulu pastu kumpul duit. haha. Takut aku weh. Nasib baik tak fobia terus macam yang sebelum ni. Ala, terlupa pulak nak tangkap gambar sama2 tadikan. Takpelah, lain kali jelah. Panjang umur kita jumpa lagi. Bila nak datang Sarawak eh ? hehe

Esok dah ahad. Moge2 dapat bersahur dengan yang tersayang iaitu my Girlprens macam tahun lepas. Bila lagi ni kita nak keluar. Nanti dah nak raya pulak. Time bulan puasa belum lagi. Moge2lah. Miss u all.  =]=]=]


26 August 2011

Selesai Moreh

Salam Ramadhan yang ke-26 dan selamat hari Jumaat. huh. Kejap je masa berjalan kan. Dah hari Jumaat. Pastu  hujung minggu, pastu Isnin pastu........ Raya!!! heeeee. Tapi seminggu lepas tu dah nak flight. emmm. Orait. Hari ni moreh mama dan ayah pulak kat surau berdekatan rumah ni. Dan hari ni juga last mama aku masak catering moreh. Syukur Alhamdulillah semuanya dah selesai. Lepas ni dah takde moreh dah. Dan lepas ni juga aku dah takde nak terliur kat dapur. ngee. Nak rehat2 sambil menunggu raya tiba. cewaahhh. Ni antara lauk2 moreh tadi.... 


Nasi Jagung


Kuah Dalca


Ayam masak kicap


Ikan kering masak sambal petai


Jelatah. Yang ni senang je nak buatkan. Tak payah nak masak. Gaul je. 
Pandai2 sendiri garam dan gula secukup rasa. hehe


Lauk ni aku yang suggest kat mama. Antara masakan mama yang aku suka sangat2.
Ikan bawal 3rasa.=)


Pencuci mulut, Agar2 ros cincau.


Air yang ayah buat, sirap cincau je. 

Ade juga lauk2 ni bagi kat jiran sebelah, Guru Besar sekolah adik Cg Samad, my opah angkat dan my opah betul punya. hehe. Dalam perjalanan nak hantar makanan, lalu kat pekan Teluk Intan, aduh.. Dah mula sesak dengan kereta2 yang pelbagai jenis. Dah tak guna traffic light tapi guna polis traffik. Muka saya masam je dalam kereta sebab mama tak bagi drive, mama nak cepat. Ok saya diam tak perlu kata apa2. Orang dah mula balik kampung. Esok lusa lagila, hujung minggu mesti ramai lagi. Masuk hari ni lambat berbuka lagi sebab sampai rumah lambat. oh!!! Raya! Raya! Raya! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Unimas! Unimas! Unimas!. Mana satu ni? 

Type ni sambil menghirup bau rendang tok mama yang ada kat dapur tu.... wahhhh.. nyaman jak... ktk mok sik ??? hehe

=]=]=]


22 August 2011

Macam2 dah nak raya ni

Salam Ramadhan yang ke-22. Alhamdulillah.... Lagi beberapa hari lagi menjelang raya. Nak ingat raya je, tapi ibadat kepada Tuhan jangan lupa pulak kan. Tambah2 lagi beribadat segalanya untuk mencari malam Lailatul Qadar. 

Hari ni aku suka sangat sebab dah tak payah susah2 nak ingat pasal lesen. Semuanya dah selesai dah. Lambat betul nak dapat lesennya pun. haha. Ni namanya lesen last minute. Lesen Raya =). Ok, dah tak nak cakap pasal tu. Nak cakap pasal moreh. 

Masa mula2 bulan puasa memang ada satu, dua je tempahan untuk catering moreh. Bila dah masuk pertengahan Ramadhan, alhamdulillah rezeki Tuhan bagi lebih sikit. Dah bila nak dekat2 raya ni memang ramai yang kol, mesej nak tempah catering moreh. huh. Hampir setiap hari start dari pagi sampai malam telefon akan berdering. Sapa lagi kalau bukan aku lah yang asyik mengangkat telefon tu kan. Aku dah pesan kat mama and ayah aku cukuplah terima tempahan tu sampai hari jumaat ni. Bukan aku nak suruh mama ayah aku tolak rezeki atau apa tapi biarlah ada masa untuk mama dan ayah aku berehat. Kadang2 aku dah jemu tengok lauk2 yang sama mama aku masak. Mama aku nama je masak lauk moreh tapi setiap kali juga pergi bazaar borong makanan sebabnye mama pun cakap dah jemu makan lauk2 yang mama masak. hehehehe. Ayah aku je yang tak jemu2. Memang dasyat kalau masakan tu dari air tangan isteri sendiri kan. Tapi lepas aku dah pesan macam tu, mama dan ayah aku lebih memahami dulu dari aku. Memang ade tempahan2 yang ditolak. Maaf ye pakcik makcik, cikgu2, pak imam tok kadi semua yang menempah tapi ditolak.

Dan ade juga yang dah menempah dulu catering untuk majlis rumah terbuka lepas raya nanti. Owh, mintak maaf ye. Tempahan itu akan dibuka dan diterima selepas 8hb Sept sahaja iaitu selepas saya, Hamizah Anuar anak kepada En. Anuar dan Puan Teh balik ke Sarawak. Nak puas2 raya ngan saudara mara tambah2 lagi ada saudara nak buat kenduri pulak masa raya tu. =)

Dah nak dekat raya ni, adik je yang boleh dikatakan dah lengkap semuanya untuk raya. Aku? Baru sikit. (memang aku seorang kakak yang kuat jeles). Nak lagi boleh tak mama ayah? Macam tak biasa pulak aku ni shopping last minute kan. Ok, sabar2 sebab adik dah lengkap, aku belum lagi. So, lepas ni kalau shopping pergi tempat2 aku je, tempat adik tak payah. hehe. Hari tu ayah mama dah bising2 beli baju lari tema. Haihh, nama warna memang dah sama cuma aku nak kontra gelap sikit je. haha. Nanti tangkap gambar mesti cantik punya. cewahhh !!!. 


Menghitung hari nak Raya. Seronok! Tapi bila dah nak raya ni teringat dah nak balik Sarawak. Owh tidak!!! Cepatnya masa berlalu ~~~  =]=]=]

19 August 2011

20 Faktor Si Pria Boleh Dipercayai




Konsisten 
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu, apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘ menjerat ‘ kamu. Siapa tahukan.

Boleh dikawal  
Perkara2 yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu2 dengan cara kamu.

Komitmen  
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani memberikan komitmen dan bersungguh2 dalm perhubungan, tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing2 akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ia akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Kejujuran  
Jika kamu dan si dia jujur, ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ia juga untuk kebaikan bersama. Walaupun  ada kalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing2 ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Terima seada-adanya  
Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara2 negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap2 yang disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan.

Saling memahami 
Mereka juga menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja, bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengerti dan menganggap diri kamu tidak dihargai. 

Simpati 
Simpati adalah usaha memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara2 yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Diyakini 
Bila rasa yakin, kamu boleh member pandangan bersama si dia. Baik dalam hal2 remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun  tidak .

Perbezaan pendapat  
Memanglah tak dapat lari daripada perbezaaan antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing2.

Elakkan dendam  
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ia akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Berfikiran terbuka  
Jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Tulus dan jujur 
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata2 yang sedap didengar dan senang difahami. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Tak selalu didampingi  
Bukan semua orang menyenangi kekasihnya sentiasa di sisi. Ada juga yang inginkan kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan2 dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.
Jauh di mata dekat di hati  
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apa pun  teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Persamaan  
Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Tak saling menyalahkan  
Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Hormat-menghormati 
Kamu harus menghormati si dia begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Penghargaan 
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat menghargai kasih dan dirinya. Apa pun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa hargai perasaan dan dirinya.

Bukan materialistik  
Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ia terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Perancangan bersama 
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk mejamin kebahagiaan. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecap kegemilangan dalam perhubungan.



Sumber : dara.com

YUNA & Cinta Jarak Jauh


Saya Peminat Fanatik Yuna !!! =]=]=]

Sejak Yuna kat Los Angeles, AS ni, cerita2 Yuna pun tak selalu keluar kat media. Yelah, dah duduk kat luar negara jaranglah nak kena interview sangat kan. hehe. Hari ni memang syok giler sebab baca paper Metro ada cerita pasal Yuna!!! Owh! Aku sangat suka ! =) .

Selama ni aku just ikut perkembangan Yuna melalui twitter, fb & Yuna Inspired. Dan sekarang cerita Yuna keluar pasal Cinta Jarak Jauh dengan Qi. Tak nak ulas panjang2. Semuanya ada di sini kalau nak tahu  klik lah  http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Harapkasihkejenjangpelamin/Article/index_html ... =]=]=]


 Oh Yuna !!! =)




Malaysian Philharmonic Orchestra ~ YUNA

Tengok kat atas ni memang rasa nak pergi je. Tapi aku dah kat Uni. adoiii.....


I like her song ~~~
I like her style ~~~
I like her personality ~~~
I will support her in Music Industry forever <3 ~~~
=]=]=]






17 August 2011

Nasib baik



First of all nak ucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran hari ni. Bulan puasa ni perbanyakkanlah membaca Al-Quran. Bila kita baca Al-Quran buat hati kita sentiasa tenang. Dalam keadaan banyak masalah pun hati tenang je nak menempuh segala masalah tu. hee =). 

Ni nak cerita pasal tajuk entry kat atas tu lah. Semalam, Senarai penempatan Kolej Sakura Sesi 11/12 dah keluar kat dalam Fb. Kawan2 aku dah cek. Dieorang2 dok tanya aku dapat kolej ke tak, padahal aku belum cek. Takut tak dapat. Bila aku buka doc kat dalam group tuh, mak oi banyaknye nombor. Aku pun mencarilah no matrik aku sampailah habis senarai tu, tak jumpe2 no matrik aku. Aku dah mula cuak, air mata dah bertakung sebab takut tak dapat. Kali ke-4 cek, huh !!! Ade no matrik aku. NASIB BAIK. SYUKUR ALHAMDULILLAH. Apa lagi, bergema rumah aku menjerit seronok. haha. Sorry kat mama yang masa tu tengah masak kat dapur, yang ayah pulak tengah tengok tv kelam kabut tengok anak dara ni menjerit sorang2. hehe. Sampai hari ni dah masuk 11 kali aku buka doc tu cek no matrik aku ada ke tak. Nak sure sangat2 takut tersalah no matrik. 

Tapi kesianlah dekat kawan2 aku yang namanya dalam waiting list bila dah baca doc yang di post kan juga kat dalam fb semala.


 Bila dah lega dapat kolej, ade pulak lagi satu masalah yang datang....


Aku nak duduk mana nanti? Flight aku 8/9, 3hari lagi baru boleh daftar. haha. Lawak pun ada masalah aku ni.  Ingatkan boleh lah daftar awal. Aku balik sana awal pun bukan saja2 tapi aku ada meeting kat Fakulti. Tak pe lah, mama kata tu takde masalah sangat, janji kamu dapat kolej. Aku nak mintak dan mohon kerjasama besfren aku kat sana, tumpang tinggal kat rumah untuk 3hari. Lagipun barang2 aku semuanya ada simpan kat rumah dia. Harap2lah boleh =)
  
=]=]=]

15 August 2011

Mis Amigos



Tajuk kat atas tu maksudnye My Friends. Agak2 tu bahasa ape eh??? hehe. Entry aku sebelum ni pasal persahabatan. Petang tadi aku takde buat ape2, berangan punya berangan tetiba teringat pulak kat kawan2 yang aku pernah kenal masa kecik dulu dan sampai dah besar sekarang. Lantas aku cari gambar kawan2 aku, yang aku kenal masa Tadika, SK and SMK Convent, KMPK dan juga UNIMAS. Aku memang suka tengok gambar2 ni. Rindu pulak rasenye. Bila tengok gambar balik, terfikir masa2 yang dulu tu jadi kenangan dan tak akan berpatah balik. haha. 

Meh nak bagi tengok antara gambar2 yang kenangan bagi aku. Tapi gambar tadika dan sekolah rendah takdela. hehe. Malulah ~~~

SMK CONVENT




KMPK








UNIMAS











 Yang bawah ni Girlprens aku yang selalu kalau de cuti kami keluar sama2. 
Yang lain2 Aiza & Erma dah jarang jumpa & keluar sama. 
Lepas ni kita terpisah lagi sebab dah nak masuk U masing2. 





 Kenangan Terindah  =]=]=]

10 K dalam PERSAHABATAN





KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Sebab itu, kadang2 perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita.


KESETIAAN terhadap seorang sahabatmampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu.Apabila kita setia terhadapnya, kita akan diingati oleh mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.


KASIH SAYANG kadangkala tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar mendoakan untuk sahabat2 kita, insya-Allah itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.


KEBERANIAN dalam berkata benar. Jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesalahan yang dilakukan.


KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas kita bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang keran keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.


KEJUJURAN. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa2 dari sahabat kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar2 perlu dirahsiakan. 


KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar mana pun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya.


KEGEMBIRAAN. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat2 tercinta. Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua. 


KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.


KESERASIAN. Dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah paham. 

=]=]=]

14 August 2011

Usah Gopoh Ungkapkan Cinta



Kenali si dia dengan lebih mendalam


Jangan terlalu yakin 


Minta pendapat daripada teman


Jangan terburu-buru menyatakan perasaan


Sedikit terbuka


Jangan memujinya berlebihan


=]=]=]

Sumber :  dara.com

12 August 2011

Korang !




Rasa rindu pulak kat korang masa cuti sem ni  <3

Photo edited and posted by DOROTHY ANN, my BESTFREN.  =]=]=]



11 August 2011

Resah



Gelisah alah resah ~~~ duduk di amboi sakit rindu ~~~ mengenang alah tenang junjungan kalbu ~~~. Tak taulah lagu berentakkan etnik sapa ni aku nyanyi je. Mesti nak nyanyi aku ni. Ape yang terlintas lagu kat kepala, nyanyi je tak kira sedih or tak sedih cam orang happy selalu je aku ni. haha. Orang memang selalu nampak aku happy pon. 

Nak ceritalahkan, sejak dari minggu lepas lagi aku rasa macam tak sedap hati je, resah je. Mood nak update blog pun takde. Tak taulah nape. Tapi aku biarkan je perasaan tuh. Tup2, hari ahad lepas masa aku on9 Fb, ade kawan satu kolej kediaman aku kat Unimas post something kat wall aku. Ayatnye berbunyi macam ni , ' Hamizah Anuar....ko da kol kolej x?...diorg da rombkn utk kolej kta x?xmoh aku dok luar... haa??? mood aku time tu terus berubah. Terkejutla kan. Apsal pulak nak rombak2 balik? Hari tu da cakap sape yang cukup 15 merit atau lebih memang dapat kolej. Tapi ni lain pulak jadinya. Kenapa nak rombak??? Kenapa??? Dah elok tenang fikiran, dah tak payah fikir pasal kolej kediaman, ni jadi balik macam tahun lepas. Ntah dapat atau tak. emmm. Masalah lagi timbul. Aku tanya kawan yang ni cakap tak betul, bile tanya kawan yang itu cakap mungkin. Yang mana satu ntah. Nak kena balik fikir pasal kolej, tapi perlu ke aku nak fikir cari rumah sewa?. Yelah, ready takut2 tetiba pulak nama aku kena buang kolej. Bukanlah aku nak mintak macam tu tapi aku awal2 plan lah. Macam mana nak cari rumah sewa ni sedangkan kawan2 aku yang ramai dah kena buang kolej tu, sampai sekarang ade ramai lagi yang tak dapat lagi cari rumah sewa. Bile tak dapat cari lagi umah sewa nak booking tiket flight bilenye, sebab kalau dah sampai sana tak dapat kolej nak tidur kat mane kan.  Memang kesian. 

Memang ramai yang tak dapat kolej untuk sem depan sebab nak bagi tempat kat student intake baru nanti. Ada seorang senior ni post pasal intake baru kat satu group aku. Dalam post tu ade mengatakan bahawa seramai 3700 student yang telah terima tawaran ke Unimas dan mungkin akan menjangkau 4000 student. Bilangan student tahun ni adalah hampir dua kali ganda dengan intake aku tahun lepas. wow!!! banyak tu!!! Masa intake aku tahun lepas sikit sebab ramai yang tolak tawaran ke Unimas. Patutlah kali ni banyak student yang kena buang kolej.  haihhh. Student yang dah dalam senarai dapat kolej ni akan kene rombak ni kan pulak dengan nama student yang ada dalam waiting list mesti ade yang kena buang punya. huh. Aku harap kolej kediaman aku takde nak buat rombakan dan still dengan keputusan yang dulu.

Nak cerita pasal rumah sewa, memang ade rumah sewa kat sana. Ade juga kawasan perumahan yang baru buat aku tengok sebelum aku balik semenanjung hari tu. Cuma dekat dan jauh nak pergi Uni, mahal dan murah je nak bayar. Dalam Fb pun ade juga senior2 yang bagi maklumat tentang rumah2 sewa ni untuk dieorang yang tak dapat kolej. Tapi aku rasa macam taknak duduk luar. Better duduk kolej sebab lagi senang. Mama dan ayah aku pun cakap macam tu juga.

Ye. Aku tau, zaman Universiti ni lah kita belajar erti kebebasan, berdikari. Tambah2 lagi pada student yang belajar jauh2 tak kira lah kat luar negara atau dalam negara. Macam aku juga yang dah setahun belajar di bumi kenyalang. Bila dah dapat susah, dugaan macam2 tempuh kenalah pandai2 selesaikan sendiri. Pasal kolej ni aku tak boleh nak cakap apa, just tunggu je keputusan pihak kolej dan pihak U. Mungkin pihak U buat macam ni ade sebab. Harap2 aku balik sana nanti, adelah satu bilik untuk aku pihak kolej bagi. Tak bagi bilik aku dulu pun takpe, asalkan aku dapat kolej sem depan. Tapi moga2 lah kolej aku tak buat rombakan eh =).

Mama tegur aku cuba jangan fikir sangat kena buangla, cari rumah sewala, apela, bla bla bla.... Yakin kan diri akan dapat kolej. Doa je banyak2. Tu lah, kan dah kena ngan mama, ngadu lagi, bising2 lagi. Tapi betul juga cakap mama tu, kena yakin, lagipun merit aku pon dah terlebih 15. 
Aku berharap sangat =]=]=]


08 August 2011

Bagaimana untuk memahami GADIS




Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Halus
Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Cerewet
Bukan bermaksud Fussy tak tentu hala, kadang2 ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.

Ikhlas
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban
Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak2 dan suami. Wanita amat tabah.

Prihatin
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja
Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama Lelaki , namun juga sesama kaum.

Ego
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup tolak ke tepi egonya apabila bersemuka dengan orang yang dicintai.

Cinta
Cinta pertama bagi adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks
Seks bukanlah segala-galanya buat Wanita kerana Wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Nafsu yang banyak tidak tertumpu pada satu sahaja. Lelaki pula dijadikan dengan 9akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya. 



Jadi, fahamilah kami sebagai seorang Gadis  =]=]=]






07 August 2011

Puasa di kampung

Lepas memborong makanan kat bazaar untuk berbuka puasa kat kampung, mama terus drive balik. Kali ni balik kampung ayah tak ikut sebab ade catering di Bagan Datuk. So sampai kampung cun2 terus buka puasa. Itulah bagus. Hidang2, baca doa terus buka puasa. haha. Dengar cerita juga yang balik kampung minggu ni cu, pak ude, pak andak dan pak cik. Tapi yang ade buka puasa masa tu cu je. Yang lain tak nampak muka lagi. Makanan pun mama beli banyak. Yang mama masak dari rumah pun banyak macam nak berkelah ngan saudara mara. Takpe, mungkin esoknye mereka sampai. 

Esoknye pulak, pagi sabtu keluar ke Manjung teman cu beli barang. Disebabkan cu dah pandai drive, ni first time keluar jalan2, ronda2, ambil angin dengan cu kat Manjung. Disebabkan kat Manjung de Tesco yang baru dibina, so, singgah lah kat situ membeli barang2 dapur. hamboi. Masuk2 pintu mule2 dah nampak BIG APPLE. Oh My! Kat Teluk Intan takde pun =( Setakat Secret Recipe adelah. Kat Manjung pun ade SR tuh. Manjung lebih maju dari Teluk Intan nampaknya. Nasib baiklah bulan puasa, kalau tak bulan puasa memang aku dah rembat BA tu macam mana aku rembat selalu kat The Spring, Kuching sana nun. Senanglah lepas ni tak payah pergi jauh2 ke Ipoh ke nak beli BA, pergi Manjung je. Kalau macam tu tiap2 minggulah aku nak selalu balik kampung kalau aku ade balik semenanjung. haha. 

Balik dari beli barang tengok2 pak uda dah sampai kampung. Yang lain dengar cerita tak jadi balik termasuklah pak cik. Aduhai, dah lah pak cik kahwin dulu aku tak pergi sebab tak dapat balik, kali ni dah dapat anak pun aku tak dapat tengok. Tunggu raya lah jawabnya. Pak cik adik mama dah dapat anak. Pak cik adik ayah pulak bawu membesar kat dalam perut dengar citer. Pak uda balik kali ni bawa gambar bakal mak sedare aku pulak. Bila tengok gambar, dua, tiga kali lah aku buat pengecaman. Sebabnye mukenye sebijik, sejibik, serupa macam bini Salleh Yaakob yang keempat tu. haha. Sorry to say lah pak uda. Jangan mara ha. Yang ni bila pulak nak kahwinnye tak tau. 

Lepas ni nak balik kampung lagi untuk menghabiskan masa2 aku kat sini. Itupun kalau takde pape halangan. Yelah mungkin lepas ni aku dah jarang nak balik. Nak puas2 juga berpuasa ngan maktok dan tokwan. haih. Bila balik kampung, terasa rindu pulak berkumpul ramai2, buka puasa ramai2 dengan saudara mara, adik beradik mama yang ramai tuh. 

Hati sebenarnya seronok berpuasa kali ni dengan family, pastu tak sabar nak raya jumpa saudara mara kat kampung TETAPI ade rasa sedih sebabnya cuti sem dah nak habis, dah nak masuk Uni balik, dah nak berpisah ngan mama & ayah balik. alaaaaaa =(

Pernah satu hari aku mengadu kat mama ,

aku : mama, bulan puasa ni rasa rindu pulak kat Unimas. Rasa rindu               nak belajar nak pergi kelas.
mama : emmm... dah tak rindu kat mama dah ke???
Aku terdiam sebab tak tau nak jawab ape ngan soalan mama tu. Sedih je bunyi... emmmm.

Lagi satu ayat aku ngadu lagi kat mama ,

aku : mama, cuti dah nak habis. macam mane ni?
mama : tulah, lepas ni dah jauh dari mama ngan ayah. tak dapat nak makan2, jalan2 sama2 dah. nak kene tunggu kamu balik la. tapi entah bila la nak balik lagi.
Yang ni dah memang aku senyap terus, air mata bertakung. Oh Tuhanku! Confirm2 kat airpot aku menangis seperti mana aku menangis masa aku mula2 flight dulu dengan ayah. huh. ( type sambil menahan air mata ni). Rasa macam tak boleh nak renggang walau sesaat pun ngan mama & ayah. 

Begitu cepat masa berlalu. Tup tup dah nak habis dah cuti 4bulan ni. Masa itu emas. =]=]=] 


04 August 2011

Kemasalahan melanda

 Masing2 ada masalah sendiri masalah dunia masalah peribadi ~~~ luahkan jangan simpan dalam hati boleh cerita di kedai kopi~~~.. Tu dia lagu dari Malique ft Salam. Memang sesuai pun. Memang sekarang tengah ade masalah. Ingatkan dalam bulan puasa takde masalah, tak cari masalah & tak dapat masalah, tapi aku hanya mampu bersabar. Dugaan tu. Masalah nak mengon9kan diri pulak sekarang. Tak taulah problem tang mane. Bil da bayar. Bila on9 boleh, tapi tak boleh nak search google ke facebook ke twitter ke blog ke. Hanya ade mase2 tertentu je. Aikkk??? Tak kan nak ikut mood juga kot. haihhh. Tapi sejak due menjak ni, bila aku on9 jarangla aku nak on facebook or twitter. Mood takde ke arah itu, tapi mood ke arah search perkara lain, ke arah perkara yang diperlukan, memerlukan & yang perlu. cewaahhhh !!! Bila mau ok ni. Apa masalahnye BB? Internet? Laptop?

Ni lagi satu masalah otak. Haihhh. Awat ingat bende tu balik? perasaan tu datang balik. Please! Please! Go Away la! Jangan kacau la! Aku nak lupakan semua tu. Kepala otak asyik dok ingat bende2 merepek tuh watpa Hamizah Anuar? Dah kena ceramah ngan mama pun bende tu hinggap balik dalam kepala otak ni. Padahal orang tu ade ingat ? Usah perasan ! Manelah ko tali? Sik nampak juak tok !

Lagi satu masalah berbelah bagi. Serius memang aku tak suka berada dalam situasi di tengah2. Tersepit & terhimpit. Berbelah bagi antara saudara mara atau mama& ayah. huh. Bulan puasa ni nak duduk rumah saudara atau nak duduk ngan mama& ayah? Nak puasa dengan saudara atau puasa ngan mama& ayah? Due2 kesian. Dahlah bulan Ramadhan ni la bulan last yang aku nak duduk kat rumah ni. Lagi sebulan je lagi cuti. Lepas ni dah nak masuk Uni balik. Entah bila nak balik lagi. Entah bila ade cuti panjang macam ni lagi. Ntah ade ke tak. Yang mana satu ni???

Problemo! Problemo! Subhanallah ...... Hendaknye lah masalah di kurangkan. Kesabaran dilebihkan. Amin. =]=]=]

02 August 2011

Awal Ramadhan

Hari ni hari kedua berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Adik pun dua hari ni juga die dapat puasa penuh tanpa sahur. Baru darjah satu. Aku dulu darjah satu puasa sekerat hari je. haha. Ramadhan tahun ni seronok sangat sebab dapat berpuasa kat rumah di samping family tersayang. Kalau macam dua tahun lepas aku berpuasa kat matrik dan tahun lepas pulak aku puasa kat Sarawak. Lagilah kan, waktu kat seberang sana tu lagi awal dari kat semenanjung. Tapi takpe, belajar jauh2 ni banyak pengalaman yang aku dapat untuk menjadi seorang yang lebih berdikari =).

Bulan puasa kali ni juga, mama cakap tak nak masak. Kalau nak masak pun untuk siapa yang tempah makanan or catering untuk buka puasa je. Hanya beli kat bazaar Ramadhan untuk juadah buka puasa. huh. Semalam hari first berpuasa dan hari first juga kepada peniaga2 yang berniaga di bazaar Ramadhan tu. huh. Kali ni banyak pulak orang jual lauk pauk. Dulu takde la banyak camtu. Kebanyakan yang bergerai kat sana kawan2 mama aku, kawan2 ayah aku, jiran2 aku jangan cakaplah. Makin bertambah ade jiran aku buka gerai. haihhh. Maklum sajalah, mama & ayah aku pun orang berkedai juga, ramailah yang kenal. Bila lalu gerai ni, stop kejap, sembang. Lalu gerai tu, stop kejap, sembang. Macam mana lah nak jalan, stop, beli pastu balik. Lama kat sana sebab tu lah. Bila stop suruh beli, macam mana nak beli kalau dah semuanye ayat sama macam tu. Kami ni 4beranak je. Tak ramai pun. Kalau nak beli semua dalam hari yang sama, siapa nak makan? membazir adela. Takpelah bulan puasa ni sebulan. Mama & ayah aku akan selalu pergi ke sana. Jadi, setiap gerai yang kami kenal kami akan singgah dan beli. huh. Yang tak kenal pun kami akan beli nak rasa. hehe

Pengunjung2 yang menyinggah ke bazaar tu pon ape kurangnya. Macam2 gelagat ade. Lagipun Teluk Intan ni kan kecik. Memang jumpa sesiapa2 sahaja yang kenal. Yang lama tak jumpe, yang baru jumpa memang ade terserempak. Cuma tegur dan tak tegur je. Hari ni, jumpa ramai yang kenal. huh. Memang hari ni juga, Tuhan nak tunjukkan kat mama orang tuh. haha. Kan dah terjumpa depan mata. Adohai. Yang aku pulak tiba2 rabun hilang tapi dalam hati takut juga silap orang. Akhirnya tekaan aku memang betul lah kau orang nya. Kenal juga ko kat aku ye. haha. Agak2 orang perasan tak gelagat aku yang menggelabah semacam kat mama aku kat tengah2 jalan bazaar tu??? haha. Buat malu je. huh!

Aku cuti sem ni pun dah 3bulan dah ni. Lagi sebulan lagi aku dah nak balik sana. So, di bulan Ramadhan bulan yang mulia ni aku harap aku dapat selesaikan niat aku dan segala perkara2 yang aku dah senaraikan dalam diary aku tuh sebelum aku nak masuk sambung belajar sem baru nanti. Muhasabah diri pun ade juga. haha. Bulan ni kalau kita banyak beribadat kita dapat banyak pahala. So, aku harap dapat kurangkan amalan2 yang kurang baik aku bulan puasa ni. 

Mengharapkan Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas. =]=]=]


01 August 2011

masa2 sebelum puasa

Penghujung bulan Julai dah berakhir dan awal Ogos dah tiba maksudnye bulan Ramadhan juga dah sampai. Due hari lagi sebelum nak puasa cadangnye nak pergi makan angin lah. Sebab nanti bulan puasa tak boleh nak makan angin sangat nanti letih tambah2 lagi bulan puasa kan bulan keberkatan bulan nak kumpul pahala =). 

Jadinya makan angin kali ni adik yang decide, sebelum ni makan angin aku yang decide. Ayah dan mama terpaksa mengikut kehendak due2 anak mereka yang banyak songeh ni. haha. Adik decide nak pergi Lost World of Tambun, mama dah suruh tengok tiket dan tempat2 menarik kat dalam tu sebab sebelum ni memang tak pernah pergi. Tapi objection dari aku tak nak pergi kat situ di atas sebab2 tertentu. Mama yang memahami aku, pujuk adik suruh decide tempat lain. Nasib baik adik makan juga pujukan mama tu. haha. So, adik decide nak pergi Zoo. Sebelum ni adik dah pernah pergi waktu siang, kali ni die nak pergi waktu malam pulak. haih. Zoo pun zoo lah. Aku ikut jela. Lepas hantar makanan bungkus kat sekolah rendah dan menengah kami pun chaw! ...

Disebabkan di Taiping kami tak ade sedare mare terpakse lah mencari hotel untuk bermalam. Aku pulak, last aku jejakkan kaki kat Taiping tu masa aku Form4. Itupun pergi under sekolah untuk competiton Hoki sekolah2 premier kat Taiping. Memang kali ni pergi aku hanya ingat The Store dan perpustakaan awam je kat sana. Sebab kat situlah tempat budak2 hoki menginap. Jalan punya jalan, belok punya belok, pusing punya pusing akhirnya dapat tempat menginap. Memang Legendlah !!! =)














seronok nak jumpe kawan2 die =)

bukan duduk atas train tapi duduk atas paha mama










besar betul ikan keli, kalau masak sambal tumis memang kenyang 






Esoknye lepas check out si budak gemok nak pergi mandi air terjun pulak ... Tercari2 air terjun nasib baik ada.







tergolek2 sebab penakut air








ku mencari bayang mu tiada ~~~~ hahaha


airnye tak sejuk sangatlah




baik punye !!!









adik, ayah cakap muka ko ni kadang2 ade macam muka Aizat penyanyi tu lah. haha 


Sebelum balik ke rumah, singgah ke Ipoh , mama mau beli something untuk raya. Balik dari Ipoh mesti wajib singgah Tesco Kampar sebab itu tempat wajib singgah adik untuk bermain. huh. And aku mengambil kesempatan yang ada untuk berjumpa ngan sayang aku yang dah lama tak jumpe, my KIKI <3 . 4 tahun tak jumpe beb. Rindu tak tau nak cakap lah. Dari tahun ke tahun cakap nak jumpa tak jumpa2 then sekarang jumpa pun. Bila nyanyi lagu Adira yang Awan Dania tu mesti ingat Kiki. Bila teringat Kiki mesti nyanyi lagu Adira yang Awan Dania tuh. haha. Dek, mama akak cakap kamu cantek sangat, memang sesuai kalau jadi Awan Dania. hehe. Have a great day with Her yesterday walupun tak lame. Potpetpotpet sampai tak ingat orang kiri & kanan. Sayang kamulah dek =)


adik tak sabar nak main, aku pulak tak sabar nak jumpa adik satu lagi. haha =)


budak ni seronok2 juga, tapi hari Isnin sekolah kena puasa tak dapat makan macam biasa


Rasa suasana riang berdua ~ disaat luka lupakan saja ~~~


Pabila bercinta dan dicinta cari cinta cinta mega ~~~ <3
Tunku Puteri Syakirah 

Walaupun tak ke mane sangat dan tak jauh sangat makan angin cuti hujung minggu ni, tapi puaslah riang ria, makan2, jalan2 bersama family. Hari ni dah start puasa. Selamat Berpuasa kepada semua.

 Ku mengharapkan RAMADHAN kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna =]=]=]