Hello Hello

27 June 2012

26 June 2012

Penat macam bawang merah?




Assalamualaikum =]=]=]



Ahad lepas berakhirnya semester 2. Ahad lepas berakhirnya juga Tahun 2 aku. Ahad lepas jugalah pulang kunci dan ambil kunci bilik baru. Dapat rumah tingkat 3 oiii... huh! Satu hari dari pagi sampai petang angkut barang dari tingkat 1 ke tingkat 3. Tapi sebelum nak tinggalkan rumah lama kena pastikan rumah yang nak ditinggalkan tu dalam keadaan bersih. Kalau tak bersih kena denda pulak kang tak pasal2. Yup! Dah last sem memangla kotor. Tinggal itula inila kat rumah tu.

Akibat aku dah menjadi salah satu mangsa orang terakhir yang tinggalkan rumah tu terpaksalah buat kerja2 macam bawang merah cerite dulu2 tu buat. Cuci2, sental2, gosok2, sapu2. omg! tak nak bayangkan dah. Betapa bisingnya rumah tu disebabkan kebebelan aku ni ha. Aku tak kisah nak kemas rumah tu, tapi masalahnya termasuk kemas barang2 orang lain yang biar macam tu je. huh! Dieorang tak perasan ke ada tinggal barang ke ape ke kat rumah tu? Kalau yang tak penting takpe, ni yang penting pun ade. Aduhainyee pun! Lantaklah, kalau dapat tangan aku ni yang mengemas, kalau dah terpaksa aku buang terus kecuali lah kalau barang tu aku tahu kepunyaan siapa aku akan simpan dan bagi balik kat tuan empunya barang. Baru aku tahu terseksanya jadi orang last ni. Tu lah kan, sebelum ni balik awal. Kemas barang2 sendiri je. Kan dah kena kat kau mizah! haha. Takpe, pengalaman! pengalaman!


 Ni barang makanan yang dapat aku kumpul kat rumah tu. Tak termasuk makanan2 yang dikumpul oleh housemate aku lagi sorang. Bila campur due2, dapatlah dua kotak besar. Agak2 takde siapa yang nak makan, alamatnya bagi ikan makan kat tasik jela kan.


Ni haaa... Baju2 dan seluar2. Mane aku nak sumbat kat bilik baru tu ntahla. Pandai2la aku...


 Haaaa.. Ni botol yang dok dikumpul dari awal sem, mungkin sebab nak kumpul merit tempoh hari nak kitar semula la konon. Tapi tak sempat nak hantar. Bila dah habes sem, lupa pulak nak buang kan. Agak2 ni dah boleh buat dua or tiga lane main bowling ni.


Bila kemas2, tetibe terjumpa pulak aku ngan benda ni dalam beg. yeh!! Doublemint. Ni botol yang aku kumpul untuk sem ni maksudnye juga yang dah aku kunyah untuk sem ni. Mulut aku ni memang tak berhenti-henti nak mengunyah, untuk kesegaran nafas dan mulut kunyah la Doublemint !!! =)


Keadaan di rumah baru ~~~


Ni belum lagi campur ngan kotak2 besar aku lagi. haha. Ni lah anak dara punye barang2.
Ade lagi yang belum datang. Dah memang macam stor simpan barang dah rumah ni. haha


 Ni kat dalam bilik baru. Muat ke barang2 aku nak letak dalam bilik ni??
Dapat katil bawah. yey!!!


Pemandangan dari balkoni rumah aku. Wahhhhh! Nampak Pavillion & nampak ....... hehehe


Tengok tasik Unimas. Agak2 aku jerit dari balkoni rumah aku, penghuni kolej bunga raya dengar tak?? Aku rasa dengar, beberapa minit lepas tu kena panggil kena denda ngan staff kolej sebab buat bising... naya ja~~~  hehe


Tidur awal, bangun awal. Tapi tidoq tak cukup sebab sakit tang tu la sakit tang ni la. huhu. Esoknye kelas dah start. Apa jadi short sem ni kita tengok. =)


=]=]=]

15 June 2012

Al kisahnye




Assalamualaikum =]=]=]


First sekali aku nak ucapkan syukur Alhamdulillah sebab nama aku tersenarai dalam Senarai Jaya yang kedua Kolej Sakura untuk sem depan. Sebelum ni, memang dah keluar senarai jaya tapi ditarik balik sebab ada masalah tentang merit untuk sesetengah pelajar. Sebelum ni punya senarai jaya pun nama aku tersenarai juga tapi tak sure tak boleh lah nak confirm sangat. Ok! Kali ni betul2 punya list keluar. Yey! Dapat duduk kolej lagi sem depan. Duduk rumah yang sama dari sem satu dan bilik yang sama dari sem lepas. Boleh lagi lah intai2 orang yang lalu lalang tepi kolej aku, tengok orang berdating, tengok kereta lecturer kat car park dah datang ke belum, panggil nama sesiapa yang aku kenal dari tingkap. cewahhh~~~ banyak bunyi pulak kan aku ni. Kecuali pihak kolej tukar bilik kiteorang, tu lain ceritalah. huhu. Roomate aku pulak nama dalam KIV list. Alaaaaaaaaa.......Memang confirm la dapat roomate baru lagi sem depan. Setiap sem aku dapat roomate baru. Tapi kalau bilik aku kosong lagi, kalau rayuan roomate aku diterima, dapatlah bilik sama lagi. Tu pun kalau roomate aku nak duduk kolej lagi. huhu. Tutup cerita pasal kolej, dah puas hati sebab dapat kolej lagi kan.
 Dalam kepala otak ni ---> Citrawarna Pesta Konvo sem depan! .. hehe =D


Pasal exam pulak, dah lepas tiga hari berturut-turut exam, lepas ni another two 'KILLER' papers bagi aku. Differential Equation & Numerical Method! Bergelumang ngan equation aku lepas ni. Alhamdulillah, exam yang lepas2 apa yang aku study keluar masa exam. Fb pun aku on9 tengok announcement je lepas tu log out. Biarkan je friend requests, messages & noti yg manyak2 tuh. Kang kalau klik button2 tu semua kang aku lagha terus kang. Twitter pun sama, just tweet by mobile message je. Dan lagi satu hal, handphone no celcom aku tak leh on. Dah charge pun tak leh on juga. Pasai pa? Bateri ka? charger ka? Lantak lah situ. Nasib baiklah tengah minggu exam dalam otak fikir exam je, tak fikir benda lain dah. Sorilah kepada kawan2 aku yang dok calling2 mesej2 nombor tu aku tak jawab. Hari tu dah kena bising ngan Anis sebab tak dapat kol aku. Bajet macam takde nombor aku lagi satu je kan. haha. 


Lastly, pasal tangan aku yang melecur akibat kempunan nak breakfast masa hari fisrt nak exam tempoh hari, Alhamdulillah dah kembali pulih. Kalau tak, pedih, merah je. Yelah, dahla hot chocolate yang aku bancuh tu airnya baru lepas masak. Sebab nak elak gelas merah kesayangan aku tu daripada jatuh hancur pecah berkecai, aku tahanla gelas tu. Menggelejatlah tahan air panas tu tumpah ke tangan aku macam nak ambil wuduk sampai ke siku je kan tumpahnya. huh!. Ok dah stop sampai sini. Kang panjang beno ceghiternye pulok!. 



Nak masuk exam pun muka macam tu tapi nebesnya sampai buat perut bergetaq. 
Untuk result Euro, diupdate oleh kawan2 aku dan tweet2 pasal bola yang masuk dalam hp aku.
Terima kasih kawan2.
 Baju je oranje atas tu, tapi diri tetap sokong GERMANY! GERMANY! 
hehehehehe



=]=]=]

09 June 2012

Jersi Puteh seluar hitam




Assalamualaikum =]=]=]




Dah lepas Liga itu Liga ini, Piala itu Piala ini, Cup itu Cup ini, kini demam bola kembali dengan Euro 2012. aiyoooo.. time aku exam pulak tu kan, spoil betul. 16 negara, 4 group tapi 1 juara. Hoyehh!!! Aku pilih jersi putih seluar hitam, bendera hitam merah kuning. 
Ape lagi, GERMANY lah.. hehe.

10 June 2.45 a.m Germany vs Poland
14 June 2.45 a.m Germany vs Holland (mane satu akan menang ni?)
18 June 2.45 a.m Germany vs Denmark
 
Yang lain pun boleh tahan hebat juga macam Spain & Netherlands. Pasukan manakah pilihan anda? Selamat menonton game2 Euro 2012 kat tv tu ye =)


 Toni Kroos! ^_^ beza umur tua setahun je dari aku. wahahahaha. Pemain Bayern yang juga Pemain Midfielder untuk Germany! =D


Tengok! Aku dah tukar theme Germany untuk dua2 handphone aku sekali. hehe 


Ok! nak sambung Study! Papai!

=]=]=]

08 June 2012

It's alright




Assalamualaikum =]=]=]


Jumaat, penghulu segala hari. Cepatnye masa berlalu. Esok dah start minggu exam. Tapi paper aku start rabu minggu depan. Minggu Euro 2012 pun dah start juga. Germany! Germany! Go! Go! Go! *tetibe lari tajuk. Dan hari ni pagi & petang ade kelas. Orang ingat aku pakai semart-semart macam nak keluar enjoy padahal aku nak pergi kelas. Kawan2 aku tanya pergi kelas? Ya aku jawab, sebab lecturer2 rindu kat kiteorang masa study week ni.Tu sebab adanye kelas sebab nak jumpe kiteorang. haha. 

Huiii, pagi punye kelas best. Yelah, dapat markah assignment tinggi. Collect balik assignment2 lain pun boleh tahan juga markah. Alhamdulillah. Bila tiba kelas petang Numerical Method, down seketika sebab markah midterm rendah. Al patutla lecturer kiteorang tak nak bagi balik paper sebab tu lah. Dah kiteorang nak, kena la bagi kan. Tapi lecturer ada pesan jangan ambil kisah pasal markah & soalan midterm sebab dalam final keluar tajuk selain yang keluar masa midterm tu. huh. Nasib baik aku tak down sangat, kalau tak, moody satu hari, sebab aku dah boleh agak midterm aku macam mana, memang aku blur tang satu soalan ni. . Dahla banyak markah kat situ, jadi aku hilang banyak markah kat situ jela. Ok, harap2 markah2 assignmet, lab test & PBL dapat bantu markah midterm aku. Thanks madam bagi hint sikit2 pasal final. =)
 I have to work hard for Numerical Method subject. It is about Mathematics and Mathematics is my favorite subject since I was in primary school. But there is something that I feel so hard to do it.huh!
 It's alright, You can do it Hamizah Anuar =D!


Hari Jumaat. Mari berjemaah bersama-sama. Tenangkan hati tenangkan fikiran di Majlis Ilmu =)

GoodLuck untuk kawan2ku dan semua student yang start exam esok.
All the best!


=]=]=]

06 June 2012

Sang Mantan Sudah




Assalamualaikum =]=]=]


 Sehubungan dengan tajuk di atas, bukan nak tukar tajuk lagu nidji sang mantan tu, tapi ni nak bagitahu pada tarikh 5 June 2012 lebih kurang jam 10 malam macam tu, secara rasminya aku dah sign surat penyerahan jawatan dan secara rasminya aku dah jadi mantan. yey! No more orang panggil bendahari & ceti halal. No benci2, no buat2 muka sebab aku dah tak mintak2 duit, kutip hutang bagi duit calim apa semua . ok!. haha. Tapi, aku serah jawatan je malam tu. Duit2, buku log, kertas2 akaun, resit semua aku tak bagi lagi sebab aku tak selesai lagi tutup akaun. haha. Maaf ye kepada bendahari. Later, I'll give you. Don't worry ok =)


 Madam Hamizan & Madam Hazlini advisors kami. Yang selalu mengkritik ke arah kebaikan kepada kami, bagi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami.


One more, Mr Phang advisor kami juga. Malam tu tak dapat datang tapi terima kasih juga kami ucapkan sebab banyak bagi pendapat untuk semua aktiviti2 yang kami buat.


Surat penyerahan tugas. Tengok tu, neves ke ape ntah aku melalut ke laut sampai tandatangan dua kali. haha. Terima kasih ye bendahari baru puji tulisan aku kecil & comel macam tuannye *malu kejap. hikhikhik. aik?? ade pape ke? tak saba nak pegang duit le tuwww. tu sebab puji I. haha =D


Our T-shirt, lepas ni dah jarang nak pakai. eh, memang aku jarang pakai pun.huhu


 Wajah2 mantan yang seronok dah lepas jawatan. ececeh. Dalam hati siapa yang tahu. kekekekekeke


 Tu dia.... wajah President yang baru. Semangat yaw! Chelsea lagi tu! =)


 
Gelagat2 mereka. Baca betul2 apa tugas2 untuk jawatan anda.huhu


 Wahhh!!!!! penggantiku! Loo Lee Ching!


 Yang ni antara exco2 yang tiada. Afham, Arez, Ilham & Ghana, kami semua dah letak jawatan. Jawatan anda semua pun dah kami letakkan. Rasmi tau! haha. 


 Mantan2 Pertekma 2011/2012


Ni masa first event kami bersama2 faci2 masing2..


 Shooting bersama ~~~


Yang ni pulak masa photoshoot untuk buku Fakulti. Ramai kan. Lepas tu, semakin lama semakin berkurang ahlinya.


Dah takde dah nak pegang duit manyak2, nak pening2 kira claim orang, nak mintak2 hutang orang, nak dengar complaint2 pasal duit, nak sibuk2 catat dalam buku, ape2 jela. Pegang duit sendiri jelah lepas ni.haha 



Setelah dua sem memegang jawatan masing2, banyak pengalaman, kenangan manis kau dan aku, kenangan pahit tawar masin yang kami semua dapat. Even di kalangan kami semua pun, banyak masalah yang datang memberi pangajaran kepada kami semua. Sedangkan bukan salah kiteorang pun ade juga di kalangan pelajar yang menuding jari kat kiteorang. Hampa, geram, sedih, marah pun ade. Macam2 dengar pasal kiteorang ni, ada yang cakap kiteorang banyak masalah lah, buat masalah lah ape lah. Tapi tak mengapa, perkara yang sebetulnya Tuhan je yang tahu. Jangan kita dengar sebelah pihak sahaja, itu tidak adil. Jangan hanya nak menunding jari sahaja kalau kita tak tahu perkara yang sebetulnya. Cuba letakkan diri kita dengan orang lain, kita akan rasa benda yang sama juga. Ok, benda dah lepas. Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja ~~~

Kepada semua exco2 baru, Selamat Maju Jaya & Gudluck untuk tahun 2012/2013. 
Ingat pesan madam, jangan nak main tembak-tembak antara satu sama lain! Ingat tu!

=]=]=]

03 June 2012

Bermulalah......




Assalamualaikum =]=]=]



Assignments, Project & Presentation semuanya sudah selesai. Sekarang bermulalah study week. Bertukarlah jadual rutin harian aku. Yup! aku ni jenis yang sistematik sikit. Kalau tak sistematik memang lagha banyak sangat lah kan. Itulah sebabnya diary aku penuh dengan pen merah, pen biru, pen hitam, contengan2, lukisan2, macam2 ada. haha. Jadual kelas pun dah ditukar dengan jadual study week & exam week. Aku harap aku akan ikut jadual ni. Kalau agak2 aku tertinggal, aku qada' balik masa belajar aku. Yelah, masa study week, macam2 hal. Tensionlah, stresslah, mestilah nak keluar ambil angin tapi janganlah melebih2 sampai tak ingat nak study pulak. Kepada kawan2 yang sedang berstudy week macam aku, 
Selamat belajar. Study Smart !

=]=]=]