Hari ni memang kene ngan sorang mamak ni. haihh.. Aku ajak mama pergi kedai tu sebab nak beli roti. Aku kan suka makan roti coklat Gardenia. So, aku beli roti coklat yang harge 70sen tu 3, yang 90sen tu 2 dan roti coklat ade kismis yang RM4.20 tu satu. Ni cukuplah sebagai makanan segera aku kat rumah selama dua atau tiga hari. Pastu aku beli aiskrim coklat 4. Bila mama nak bayar die cakap macam ni kat mama, 'Ni saja ka u mau beli? Barang lain takde? U slalu beli banyak barang'. Mama aku jawabya.'Takda len barang, anak I saja yang mau beli, die mau ni saja'. Mamak tu cakap balik, 'Aiyooo, ni saja ka? Patutla badan macam tu. I banyak kasian tengok die lah, macam orang tak makan. U tak bagi makan die ka?'.(dalam hati aku sabau jela dengar). Mama aku jawab, 'Bukan tak bagi makan tapi memang badan die macam tu, bukan masalah die tak makan atau kurang makan, die banyak makan tapi badan die tak mau naik2'. Dalam hati lega sebab mama tolong jawabkan tapi yang buat aku tetibe menjerit kat kedai tu sebab lepas tu mama cakap, 'Dia belajar kat sarawak sana pun die banyak makan, tapi kat sana die makan ulat pokok yang boleh makan mentah2 tu'. Haaaa!!!!!!!! Memang aku menjeritla. Kunun2 mama saje nak melawakla kat kedai tu. Orang2 yang kat counter tu memang gelak la. Termasukla sorang abang ni. haihhh. Blushing2 aku tadi. Aku wat bodo je. Relax2 sudaaa. haha.
Persoalan sekarang, kurus sangat ke aku ni?. Kat badan aku ni still ade lemak aku rase. Yang kat lua sana tu ade lagi yang lagi keding dari aku. Ade salah satu kenyataan akhbar kat metro mengatakan bahawa tak semestinya orang kurus takde lemak. Lepas ni ape lagi mau coment? haha. Actually, aku tak kisah orang nak cakap ape kat aku, nak cakap keding ke papan ke tiang ke lurus ke ape ke. Tak marah pun. Dah biasa dah. Tambah2 aku sekarang dah belajar kat Sarawak. Lagi la kene main macam2. haha. Tapi nanti kalau aku da berisi jangan terkejut dan tak kenal aku pulak ye. haha.
Aku pernah berisi dulu. Masa aku kat matrik Gopeng. Yang jelas aku berisi masa aku sem 2. Memang naik berat badan aku tapi still dalam lingkungan underweight juga =). Yang aku dan mama aku perasan, bila berat badan aku naik, muka mula jadi tembam atau chubby sedikit dan dan dan dan bila pakai seluar jeans rasa macam tak muat (paham2 jela tang mana). hehe =) ...
ce tengok ce tengok =]=]=]
ni masa lepas SPM, sebelum masuk matrik
masa sem 1 kat matrik
muka dah mula nak tembam, ni masa pertengahan sem 2 kat matrik
ni memang nampak lah perubahan sikit, masa study week sem 2
yang ni masa exam PSPM 2
ni da masuk UNIMAS masa MAP
sem 2 kat UNIMAS
Masa cuti sem 4bulan ni camnilah aku
Yang kurus nak jadi tak kurus, yang tak kurus nak jadi kurus. Maaflah jikalau ade yang terasa tapi macam tu lah manusia sekarang. Tak kiralah kita ni besar atau kecik, gemuk atau kurus, muda atau tua, KITA HENDAKLAH SENTIASA BERSYUKUR DENGAN APA YANG TUHAN DAH BAGI KAT KITA. Kita kat dunia ni hanya sementara. =]=]=]
No comments:
Post a Comment