Hello Hello

31 December 2011

Awal & Akhir

Hai Sabtu, 31hb tarikh terakhir di bulan Disember & hari terakhir di tahun 2011. Banyak suka duka, pahit manis yang aku lalui sepanjang tahun 2011. Itu semua telah banyak mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan dan belajar apa itu erti kehidupan. Sebab kita ni kadang2 berada di atas kadang2 kita berada di bawah. Sebagai seorang yang sedang meningkat remaja, aku ni kadang2 tak cukup matang dalam certain2 hal. hehe. Disebabkan itulah aku banyak berkawan. Terima kasih kawan2 yang selalu berada dengan aku di kala susah dan senang. Terima kasih juga kepada kawan2 baru yang hadir dalam hidup aku =). Hidup aku juga sentiasa ada mama. Tak kiralah aku jauh kat mana pun, mama sentiasa ada dengan aku. Mama lah yang selalu ada dengan aku di kala aku rindu, sedih, hampa, kecewa, menangis, gembira, seronok dan apa2 jelah. Sebab aku dan mama tiada rahsia. Everything yang aku buat aku akan bagitahu mama. Dan di saat aku terlalu kecewa dengan relationship aku, mama lah orang first yang tahu segalanya. Kerana disebabkan itu jugalah ia selalu mengganggu perasaan aku, sentiasa berlegar2 di fikiran aku dan ganggu pelajaran aku. Emosi aku stabil sampai sekarang ni pun disebabkan mama juga. Yelah, tengok anak dara dia yang sakit macam apa ntah, mana tak risau kan.  2011, kau banyak mengajar aku. Disebabkan masa lalu, aku jadikan ia pengalaman dan pengajaran untuk hidup aku walaupun aku masih terasa sakit, serik dan fobia sampai sekarang. Aku mengaku kadang2 aku tidak kuat untuk menghadapi semua itu tapi hidup ini perlu diteruskan. Jadi, Selamat tinggal kenangan 2011.



Segala apa yang berlaku sepanjang 2011, segalanya di sini............




2012. Selamat datang. Semoga tahun baru ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Dan aku berharap, segala dugaan dan cabaran aku berani menghadapinya ... 


Diary Mijot 2012 =)



SELAMAT TAHUN BARU 
=]=]=]

No comments:

Post a Comment