Hello Hello

22 December 2013

22th Birthday




Assalamualaikum =]=]=]



Pertama sekali, pada 19 Disember 2013 iaitu ulang tahun hari lahir aku ni, aku ingin mengucapkan rasa Syukur kepada Tuhan aku masih sihat dan dipanjangkan umur. Dah boleh nyanyi lagu Taylor Swift ni ~~~ I'm feeling 22 ~~~ hahaa.

 Pengakuan sejujurnya dari aku, sememangnya pada hari jadi aku, aku takde feel pun aku jadi birthday girl ke, nak sambut ke, nak mengharapkan kawan2 wish ke ape ke sebabnya aku busy dengan presentation FYP1 aku. Haaaa.. Ni yang nak story ni. Memang dah lama aku tau tarikh presentation FYP1 ade 3 hari iaitu 18hb, 19hb dan 20hb Disember. Tapi dalam hati aku ni kuat mengatakan tarikh presentation aku confirm jatuh pada 19hb. Dan terbukti memang betul selepas aku semak nama aku dalam sistem. Jam 3.00pm 19 Disember 2013 bersamaan hari khamis adalah presentation dari Hamizah Anuar. Ya Allah, gementar seyyhhh! Aku dah lah seorang yang tidur awal, yang wajib tidur malam, kali ni dalam lebih kurang 2jam je tidur. Duduk depan laptop buat slide presentation, kaji mengkaji tentang brain tumour, tentang cellular automata dengan tangan menggigil, dada berdegup kencang, tension, stress, depress, sakit perut 3hari berturut-turut presentation punya pasal. Yang lain dilupakan dah. Mama sampai berkali-kali kol dok risau anak dara die ni ha. Sambil nyanyi lagi tu. Yang tu memang lawak dengar mama nyanyi. haha 

Alhamdulillah berkat doa, nasihat2 yang diberikan oleh orang2 tersayang dapat juga aku handle diri sendiri walaupun ada juga masa aku nak marah orang je especially abg senior, I'm so sorry =). Pada hari 19hb tu, dah siap buat slide presentation kononnya nak jumpa supervisor , bila dah jumpa hamek kau! Kandungan dalam slide tu  banyak kena tukar, itu tak nak, ini tak nak. huh! Lagilah stress. Aku memerlukan 2jam untuk edit slide dan cari information yang perlu dicari sebelum waktu presentation. Memang menguji kesabaran. Tengah2 buat kerja. Ann ngan Amilia nyanyi lagu birthday untuk aku dan seterusnya semua kawan2 yang ada dalam FYP Lab tu pun nyanyi sama. Terharu sangat. Malu nye tak tahu lah nak cakap macam mana. Tapi aku memohon maaf kepada kawan2 dan junior2 yang pada waktu tu wish aku tapi muka aku ni macam takde perasaan je, just aku reply Thank you dan senyuman yang tak berapa nak meriah aku rasa. Aku mohon maaf ye =).

 Alhamdulillah, FYP presentation dah lepas. Aku berpuas hati juga walaupun ada kekurangannya aku terima seadanya dan aku akan perbaikinya pada semester depan untuk FYP2 aku =). Insyaallah. Al maklumlah, lain student lain tajuk, lain lecturer lain komen. Aku ada juga pergi ke beberepa slot kawan2 aku, bila aku tengok diorang walaupun ade yang aku rasa sangat bagus tapi kalau lecturer tu tak puas hati atau tak paham, siaplah kau! huhu. Lepas ni aku cuma tunggu tarikh untuk present kat timbalan dekan je. Semoga dipermudahkan. 


Nasib baik tak terlompat2 bila dapat hadiah. Thank you so much BFF. Walaupun tak keluar makan2 ke ape tapi sangat berterima kasih dapat hadiah pun dah cukup dah. Masing2 busy kan as a final year student =)



Always love you both. Macam kekurangan sorang je kan. 



Terima kasih kepada kawan2 semua yang wish tak kira di Facebook, Twitter, Instagram yang dok komen, mesej and kol . 
I'm 22 now. Alhamdulillah.
=]=]=]