Hello Hello

28 February 2012

Birthday Februari




Happy BirthDay to


Bella , 2Februari. Ex-roomate mase kat Matrik Gopeng dulu. Katil kite depan2 je kan. Die seorang yang pemalu. Pemalu ke?? Rindu die ni. Bila lagi mau jumpa ni kawan??? 




Ann , 8Februari. Ex-roomate sem1 di Unimas. Sekarang dah jadi bestfren aku kat Unimas walaupun die sekarang dah menetap kat luar. Seorang yang sentiasa memahami aku. Nak keluar ke mana2 pun die lah driver aku. hehe.





Nain , 8Februari. Baru je jadi Ex-roomate. Roomate aku sem lepas. Sekarang ni akan duduk di luar. Seorang perempuan yang relax & slumber. Ada masalah sabar je. Sabar jelah aku tengok die ni..hehe 




Fikry , 9Februari. Ni Ex ape eh? haha. Barang yang lepas jangan dikenang. Kunun2.... Walaupun masih tak dapat melupakan tapi hidup mesti diteruskan. Cewahhh.... Lelaki pelik dan lain dari yang lain. Pandai berkata2 dan berfalsafah. wah!wah!wah! Kalau nak dapatkan nasihat memang baik punya. haha. Berfixie la selama-lamanya. Sebab die ni lah aku fobia tengok fixie. 
Gambar semua kini tinggal kenangan. =)



Ek('Ezzati) , 16Februari. Ex-classmate mase Matrik Gopeng sem1. Gossip Girl dalam kelas dulu, ni lah ketuanya! hahaha. Die seorang yang banyak cakap tapi baik hati tau.





Erma , 20Februari. Kawan Ex-sekolah rendah & menengah Convent aku. Die ni memang aktif lebih lagi dari aku. Dah lame tak jumpe die ni. Mesti banyak perubahan kan sekarang?? hehe




Amad , 21Februari. Ni Ex-budak sekolah agama aku. Jiran aku gelar die Lelaki paling Hensem kat kawasan rumah aku. Jiran2 aku cakaplah. Betul ke? Kalau dah kulit cerah muka pun boleh tahan je orang tengok memang orang akan cakap macam tu la.  hehe





Untuk kawan2 yang di atas, Selamat Hari Lahir. 
Semoga panjang umur dan murah rezeki. 
Semoga berjaya dalam kehidupan masing2 dan ceria2 selalu.
Sayang korang semua <3<3<3

=]=]=]

26 February 2012

AhaD

Pagi ahad macam pagi sabtu juga. Hujan tak berhenti2 membuatkan orang2 kat rumah aku ni lama dibuai mimpi yang indah2. haha. Hari ni heboh dengan kedatangan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke UNIMAS. Actually ada event Konvokesyen Kebangsaan Politik & Patriotisme yang akan diadakan di DETAR. Tapi aku tak pergi sebab aku nak uruskan hal fakulti ni. Jadi tak dapat lah nak jumpa tapi berselisih jugalah dengan rombongan Tun Dr Mahathir Mohamad kat tengah jalan. Lambai dari dalam kereta jelah. haha.

 Perancangan hari ni dengan Zidane lagi teman aku beli hadiah2 untuk open day fakulti. Bingung kepala otak aku nak beli ape. Mula2 singgah One TJ. Barang2 yang ada dalam list tak semua aku beli sebab nak ikut bajet. Beli ape yang aku rasa murah dan mencukupi bajet. Dah menjadi kebiasaan, kalau suruh aku beli barang, pilih barang, pegang barang mesti barang tu warna merah. Perempuan macam aku yang terlalu obses ngan warna merah memang macam ni. Kalau takde warna merah memang tak akan beli lah barang tu kecuali terpaksa. haha. Tapi aku fikir orang lain juga, tak kan nak ikut citarasa aku je kan. Hadiah tu bukan untuk aku tapi untuk fakulti. Ade USB hub, headphones, cleaning screen, dam macam2 lagi lah. So, ada macam2 juga warna yang aku beli tadi. Adil kan??? hehe

 Rasanya setakat tu je dulu aku beli, esok sambung pulak. Sebab tak sure nak tambah barang ape lagi. Lagipun nak usha2 barang kat tempat yang lain2 tu mungkin tak sempat disebabkan malam aku ade perjumpaan. Then, pada malamnya aku pergi perjumpaan tu. Rupa-rupanya perjumpaan ahli Kelab Sukan Sakura. Aku ahli futsal. Pada masa tu juga ada pelantikan untuk menjadi Ajk2 kelab ni. Cadang punya cadang, setuju punya setuju, aku salah seorang ahli yang dilantik untuk memegang jawatan Timbalan Presiden Kelab Sukan Sakura. Terkejutla pulak! Tula tangan tu dok busy bertweet pasal game MU mlm ni sampai tak dengar cadangan orang. Ingatkan adelah lagi senarai calon yang lain, ni terus jadi dengan persetujuan semua ahli. Terima kasih pilih aku ye korang semua. Insyaallah aku akan buat yang terbaik walaupun dalam fikiran terfikir tambah lagilah kesibukan aku sem ni. hehehe


Akan aku bersedia dengan jawatan ini. 

=]=]=]


25 February 2012

Outing Saturday

Bangun subuh tengok2 hujan lebat sangat sekali ngan ribut. Memang sedap tidur sampai ke tengahari lah kalau macam tu dengan sejuknye. Pagi tu actually ade pemilihan futsal untuk Kolej Sakura. Tapi dah hujan pukul 8 tu tak berhenti maka postpone ke jam seterusnya if tak hujan la. Last2 habis pemilihan futsal dah tengahari. Tak sedar dah tengahari sebab cuaca macam waktu pagi. Patutlah orang pelik tengok aku beli makanan breakfast bukan lunch. Balik bilik baru aku perasan. aiyakk!!!

Petang dah janji ngan zidane teman aku beli barang makanan. Al maklumlah aku ni mesti ada makan macam roti, biskut, coklat. Aku ni perempuan sentiasa nak mengunyah je kejenye. Then, lepas beli barang semua, zidane bawa aku pergi makan malam di satu tempat kat area Petrajaya sana. Tempat ni pernah masuk dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan kat Sarawak yang hos nye Qi tu kat Tv3. Yeke? Nama tempat ni Seven on Seven Cafe. Start pukul 8lebih dah makin ramai orang. Order pun lambat je dapat.

 Sebelum tu singgah rumah fizah dulu then baru pergi sana. Ingatkan zidane beli kek untuk nain sebab birthday nain baru je lepas. Rupanya untuk kami 3orang, aku, fiza & nain. Rasanya lebih kurang 3jam kami kat situ. Sejam tunggu nain, sejam lagi tunggu makanan nain, lebih sejam lagi kiteorang sambut birthday. haha. Fiza makan nasi pattaya & air jagung. Zidane makan nasi goreng sambal & teh c. Aku pilih mee goreng mamak & watermelon longan. Nain pulak nasi goreng dabai &air bandung. 
 

Happy Belated BirthDay!!! Thanks Zidane. =)


Ni penyanyi di Seven on Seven cafe. Dengar kata Ziana Zain, Awie, Dayang Nurfaizah nak datang malam tu. Ntah betul ntah idak tak tahula. Takdenye kami nak tunggu malam tu. huhu




Thanks zidane belanje kek dan thanks nain belanje makan malam. Stress hilang sementara malam tu tapi kaki mula lenguh disebabkan main futsal tanpa stretching pagi tadi. hehe

=]=]=]



24 February 2012

End of first week

Sekarang dah lepas minggu pertama untuk sem4 ni. Baru minggu first dah macam2 hal.Apakah??? Sem ni agak mencabar. Dengan adenye subjek faculty core course, programme core course, core course other programme, generic course + PERTEKMA. wow! macam mane ni??? Minggu ni memang minggu kebuntuan dan keconfusan aku. Isi borang, pastu padam, pastu drop add course last minute menyebabkan nama aku takde dalam sistem. Sabar jela turun naik ke pejabat.

 Semua kelas dah masuk, ade yang dah start lecture dan ada juga yang just introduction. Masuk kelas differential equation dengan Mr.Phang dah macam multivariable calculus macam sem lepas plak. Masuk kelas numerical method dengan Dr. Jane, kecut perut dowh!!! Dengan sekarangnye ni Dr. Jane guna sistem PBL, group dah bagi,  nanti diberi tajuk cari information sendiri, bincang sendiri, belajar sendiri, tahu sendiri, no lecture and lecture note tidak di upload. wow!!!

 Kelas introduction to computer graphics plak dengan Dr. Jacey. Lecturer yang hot!!! haha. Ni lagi satu, untuk lab kami akan diajar tapi ade juga yang kami akan belajar dan cari sendiri. Dr. Jacey cakap siapa yang dapat A untuk subjek ni, Dr. Jacey belanje dinner atau pun cakap nak makan mane2 nanti die bayar. Siapa dapat, sem depan claim ngan die. haha. Patutlah die buat macam tu sebab sebelum ni tak ade sesiapa yang dapat A lagi. Object oriented dengan Dr.Edwin. Baik2 saja dong kelas ni. Kelas EPP plak best punye. Dengan lecturer yang sangat excited. ahaha. Nak target subjek ni. Semangat! Kesemua subjek yang aku ambil ade 7. Tak taulah yang lagi dua subjek tu boleh ke tak aku ambil sebab nama aku takde dalam sistem lagi. Harap2 dapatla. =)

Dah seminggu duduk dengan roomate baru. So far ok. Tapi tak banyak sembang sangat kadang2 tu. Aku yang sombong atau aku yang tak banyak cakap? Padahal kawan2 aku cakap aku ni 'peramah'. Peramah lah sangat. haha. Mungkin awal2 ni tak biasa lagi kot dengan perangai masing2. Satu rumah ni pun dah bertambah housemate. Nak basuh kain pun ampaian selalu penuh. Alamatnya hantar dobi lah. Lagipun dah ade buka dobi kat pavillion tu.

Event PERTEKMA bermula minggu depan. Sekarang ni agak busy untuk persiapan Open Day FCSIT. Hope semua berjalan lancar minggu depan. Assignment pun dah ade untuk minggu pertama ni. Aku harapkan minggu depan yang lebih baik dan semoga permohonan aku diterima....

=]=]=]

19 February 2012

Balik sudah


Alhamdulillah. 2.40pm 17Februari aku selamat sampai di bumi kenyalang. Tu pun flight delay 1jam 15minit. aiyakkk!!! sabo jela. Cuti sem dah nak habis. Tapi aku ni dikira awal la balik. Kawan2 aku yang lain semua balik pada minggu dah start kelas. Aku tak kisah apa orang nak kata sebab aku memang selalu balik awal. Aim aku balik awal sem ni sebab aku nak cop katil bawah, alamari besar & meja sederhana tu. haha. Bilik aku kekal sama macam sem lepas cuma aku akan dapat roomate baru je sem ni. Setiap sem aku dapat roomate baru. Roomate aku semuanya orang Sarawak. Sem ni orang sarawak lagi ke? Ok. Ku Menunggu ~~~ wakakaka...

Balik sini macam biasa ann jemput kat airpot. Then pergi terus ke Unimas nak daftar kolej dulu. Dah lepas letak barang semua, keluar ke Kuching la kan. Makasih juga la kat anis sebab tumpangkan aku tido kat rumah sewa baru die selama 3hari 2malam. Hari ahad aku balik kolej balik sebab kena kemas bilik dan ambil barang2 kat stor. Dah la banyak barang. Sempat ke nak kemas? Esok dah nah start kelas. Dalam otak asyik fikir sape lah roomate aku nanti??? huhu


 berAyam Bakar pulak =)


Salah satu aktiviti bila tumpang rumah anis. Buat pertama kalinya aku kat sini aku masak. haha. Bak kata mama buat malu je nama anak caterer tapi tak tahu masak. Ok. Tipulah kalau aku tak pernah pernah masak kan. Aku pernah masak ye. Tapi setakat ni masak yang biasa2 je. hehe. Cuma kat kolej aku tak berkesempatan nak masak sebab kolej aku tak dibenarkan memasak.
  

 Tangan sape la tu..huhu


 dah siap.. Nasi Goreng dan ayam goreng bersalut..


 Akhirnya, makan bersama dengan ann & anis sambil layan Ombak Rinduuu.........
hehe 

=]=]=]

10 February 2012

cuti sem



Cuti sem kali ni nampak macam busy je. Pergi sana pergi sini. Holiday sana sini. huh. Bila lagi nak bersama2 ngan family. Aku dah lah jarang balik. Ni sem depan aku balik ke tak aku pun tak sure. So, ambil peluang sem ni holiday puas2 walaupun aku rasa cuti lebih kurang sebulan tu tak cukup. Memang tak cukup pun!!! Tengok2 sekarang aku dah nak balik Sarawak dah.haiiyaaaa. 

Cuti sem ni jalan di Melaka, Kedah, Penang. Tu pun tak habis pusing satu negeri tu. Negeri Melaka memang best la kalau nak pergi holiday bawa budak2. Naik itu ini. Kaya betul Melaka ni. Nak naik Menara taming sari kena beratur panjang, naik cruise kena beratur panjang juga. Nak masuk apa2 kat sana semua kena bayar. Hari cuti umum tak letak kupon parking tu pun kena saman. kaya!kaya! haha. 

Dah habis bercuti. Duduk rumah pulak sebab mama ayah ade catering. Berkesempatan juga lah aku berdating dengan bee ef ef aku kat sini. Dah habis catering, aku balik kampung. Baru semalaman kat kampung mama, aku dah nak kena pergi Salak Tinggi duduk rumah cu. Bila dah semalaman kat Salak Tinggi balik Teluk Intan pulak sebab opah sakit. Bila dah beberapa hari kat rumah opah, mama suruh balik alasan mama tak puas cuti dengan anak dara die. Mama mengira hari lagi seminggu aku dah nak balik Sarawak. Pergi ke sana ke mari dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang sampai aku cepat penat cepat ngantok. Walaupun aku tak drive just duduk je dalam kereta pun penat juga wooo.
















Kepada sedare2 yang tak sempat nak jumpe nak tidur kat rumah tu maaflah. Cuti sem ni kejap je. Duduk rumah ngan family pun tak lame, asyik keluar je ngan family. Pada kawan2 yang ada ajak keluar ajak jumpa keluar makan, sorila tak berkesempatan nak jumpa. Panjang umur kita jumpa lagi. Jangan terasa la ye..


=]=]=]