Hello Hello

30 September 2012

Sekitar Raya Tahun Ni : Part 3




Assalamualaikum =]=]=]


Bersambung dari part 2. Ni entry raya dengan kawan2 pulak. Lebih kurang minggu ketiga raya, mula memikirkan bilalah nak jumpa girlfren2, kawan2, teman2 tersayang aku ni. Hari2 asyik busy dengan tolong catering dengan beraya bersama family je. Nasib baik ada satu hari tu mama bagi line aku jumpa kawan2 walaupun masa tu aku rasa tak sampai hati nak pergi sebab nak tolong mama. Bila lagi aku nak tolong kan. Aku dah la jarang balik. Yezza. Mama memang memahami aku. Jadi, roger2 teman2 yang masih dan yang sudah berada di Teluk Intan. Mula2 temu janji dengan aliya dan jue. Terima kasih kepada ayah aliya yang hantar dan amik aku ngan adik malam tu. Bawa pergi Euro Fun Park sampai tengah malam then belanja McD. 


 Aliya, me & Jue

Seterusnya, temu janji bersama teman2 semasa di sekolah rendah dulu. Wah!!! Riuh kat McD tempat kiteorang lepak memang tak yah cakapla. Buat tempat McD tu macam bapak kiteorang punye je. Pekerja kat situ rasa macam nak halau je kiteorang ni. Dah lepak punye lama, riuh lagi tu. haha. Al maklumla, ada di antara mereka yang last kiteorang jumpa masa tahun 6. Bila masuk sekolah menengah ada di antara mereka yang sambung kat sekolah berasrama penuh. Aku sekolah convent je. hehehe. Bayangkan berapa lama tak jumpa face to face. Kat fb tu lain la kan. Walaupun di antara mereka ni dulu geng lain2 tapi kiteorang saling mengenali walaupun tak rapat sangat dulu. Lagi pulak mereka ni pernah jadi pelanggan nasi lemak yang aku jual kat kelas dulu *bangga. Jumpa di satu tempat duduk bersembang kat situ je rasa macam tak cukup. Then kiteorang plan jalan2 jauh sikit, Yang pasti luar Teluk Intan. haha. Manjung? Bercomment pulak kat fb nak pergi kolam air panas pulak. Memang malam tu mulut lenguh gelak sorang2 depan laptip macam orang gila baca comment2 dieorang ni. Akhirnya, Manjung destinasi kami. Masa dari pagi sampai petang sebelum jam6 memang tak cukup juga rasanya. Tapi takpe, asalkan kiteorang semua dapat luangkan masa bersama walaupun sekejap =)


Ayah belanja bekalan sarapan pagi kiteorang semua. Nasi lemak. Thank you ayah. Sorry korang, mama aku tak sempat nak masak nasi lemak yang korang pernah beli dulu. Tau korang rindu nasi lemak buatan mama aku.hehe 

Syahirah, Fatin, Aina, Kuya & Erma. Pernah tengok kan view belakang tu kat entry sebelum ni? haha. Teluk Batik lagi. Tapi bila datang sini suasana macam pantai yang dah ditinggalkan. Pengunjung takde.


Kuya. My bestfren dari sekolah rendah sampai sekarang =)


Fatin. Satu kelas di sekolah rendah kecuali tahun 3


Syahirah tak pernah sekelas sebab die pandai lagi...hehe


Erma, memang sama sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah. Die memang kreatif kalau pasal tulisan macam gravity ni =)


Aina Sofia si mata bulat. Rapat dan kenal di sekolah agama sejak Tahun1. Anak guru besar sekolah agama ni. Memang bersaing dulu kan. Kita memang very energetic & garang waktu dulu kan. Dengan budak laki pun tak tegur. Pernah lawan dengan budak laki dulu senjata kita adalah cover kipas, penyapu dan penyedok sampah kan. very the naughty kita dulu. wahahaha=)


Sanggup cari orang di sekitar pantai sebab nak suruh tangkap gambar. Memang tak tau malu betul..haha


Memang nakal. Habis barang2 makcik aiskrim ni kami usik


My friends. Walaupun berlainan character tapi mereka ni satu kepala.


eh??? tiba2 nak tiru gaya orang beraya pakai baju kelabu sedondon senyum tutup mulut berlatar belakangkan laut. hewhewhew. *saje cari pasal  haha


Dan kemudiannya bertemu janji dengan Eka & Erma pulak. Dah lepas bercerita bagai di secret recipe sampai dah nak tutup, again, masuk lagi di Euro Fun Park tu. Teman minah due orang ni main. Aku memang tak la nak main yang pusing2 yang berhayun2. omg! aku tak tahan. habes2 pun aku main bumper car yang langgar2 tu. memang aku ni tak extreme bila masuk fun fair. buang duit bayar masuk je tapi tak main. memang pun. tengok orang main je. haha. Baru aku perasan takde gambar. haish. Ade lagi kawan2 yang tak sempat aku jumpa tu mungkin panjang umur kita jumpa lagi ye. Termasuklah kawan2 lelaki yang ajak jumpa tapi aku tak dapat. No time. Maaflah ye =). 
Memang banyak different raya aku tahun ni hanya aku je yang tau. huh! Mama ade cakap aku bertuah raya tahun ni. errkkk??? 





=]=]=]




Sekitar Raya Tahu Ni : Part 2




Assalamualaikum =]=]=]


Bersambung dari part 1. Selepas seminggu bercuti adik dah mula sekolah pagi dan sekolah petang tapi aku rasa sekolah petang tu die jarang pergi, ponteng secara sengaja dan tak sengaja. haha. Nama pun bulan Syawal, raya sebulan, memang ramai ahli keluarga yang buat rumah terbuka, jamuan raya, kenduri kendara. Family aku tak sempat nak buat disebabkan lepas beraya tempahan catering datang macam orang nak bayar barang2 kat kaunter tu ha, berbaris. Yang aku ni duduk rumah kerja part time menjawab panggilan telefon rumah dan hp mama ngan ayah. 

(a) Panggilan dari orang yang kenal suara aku terutamanya cikgu2 dan pelanggan2 tetap mama

Aku : Hello
Pemanggil: Hello. Ni miza ye?
Aku: Aah. Ni cikgu ye?
Pemanggil : Sihat ke? Berapa lame cuti? Bila balik?
Aku : Sihat je. cuti sebulan. balik sini sebelum raya balik sana balik tak tahu bila lagi.
Sambung conversation lebih kurang 7minit

(b) Panggilan dari pelanggan mama yang tak cam suara aku

(1)
Aku : Hello
Pemanggil : Hello. Assalamualaikum Teh, saya ni (nama) nak tempah makanan bla bla bla
Aku : Waalaikumsalam. errr.. Ni anak die..
Pemanggil : Owh miza ye? ade kamu balik? bila balik? cuti berapa lame?
Aku : Aah..ade balik...cuti sebulan. balik sini sebelum raya balik sana balik tak tahu bila lagi.
Sambung conversation lebih kurang 5minit

(2)
Aku : Hello
Pemanggil :  Hello ni Teh ye...
Aku : Bukan.. Ni anak die...
Pemanggil : owh anak Teh ke? ade balik. Bile baliknye? berapa lame cuti?
Aku : cuti sebulan. balik sini sebelum raya balik sana balik tak tahu bila lagi.
Sambung conversation lebih kurang 5minit

(3)
Aku : Hello
Pemanggil : Hello Teh, tarikh bla bla bla saya nak tempah boleh?
Aku : Errr kejap ye panggil mama. Ni anak die..
Pemanggil : Eh? bila balik kamu ni? berape lame cuti? sihat ke?
Aku : cuti sebulan. balik sini sebelum raya balik sana balik tak tahu bila lagi.
Sambung conversation lebih kurang 5minit

(c) Panggilan dari pelanggan baru mama dan mungkin yang tak pernah jumpa aku lagi

(1)
Aku : Hello
Pemanggil : Hello Assalamualaikum Teh. Kak ni nak buat jamuan raya bla bla bla bla...
Aku : Saya ni anak Teh. Nak cakap ngan mama kejap ye
Pemanggil : Laaa.. anak ke.. Yang belajar kat Sabah tu ye?
Aku : Aah.. bukan belajar kat Sabah tapi kat Sarawak.
Pemanggil : owhhh yeke.. bila baliknye? cuti lame ke?
Aku : cuti sebulan. balik sini sebelum raya balik sana balik tak tahu bila lagi.
Sambung conversation lebih kurang 5minit

(2)
Aku : Hello
Pemanggil : Hello Teh tarikh bla bla bla ade kosong tak? Kak nak buat jamuan kat dewan. Harap2 ade kosong le. Lauknye ringkas je...
Aku : Makcik saya ni anak Teh...kejap ye
Pemanggil : owh anak ingatkan Teh tadi. bla bla bla bla
Sambung conversation lebih kurang 5minit

Ni lah antara dialog2 dari diorang. Nampak kan ayat yang diItalic dan diBold kan tu. Haaa. Tu disebabkan malas nak jawab panjang2. Jawab dengan ayat copy paste je sebab soalan yang ditanya pun lebih kurang copy paste juga kan. Yang sambung conversation tu macam2 la kena temu ramah pasal aku baru bagi cakap dengan mama. Disebabkan dah tak larat nak keluar masuk bilik nak jawab telefon, lepas je dengar orang nak cakap ngan mama or ayah, terus jerit panggil mama or ayah. hahahaha. Kadang2 rasa macam kena jadi pak guard duduk sebelah telefon. Walaupun ramai yang nak tempah makanan sama ada bungkus or catering, tapi mama tak terima semua, sebab kami nak juga ada masa terluang bersama family walaupun busy dengan tempahan orang. Rezeki2 juga tapi family tak dilupakan =). Lagipun dalam bulan raya lagi, raya kami pun tak habis lagi. Kadang2 satu hari ade tiga empat orang nak tempah. Tu pun dah cukup penat bagi yang masak tau. Subuh pagi tengahari petang malam asyik kat dapur je. Jikalau ade sikit tempahan makanan, waktu petang keluar jalan2 beraya. hehe.

Walaupun mama ngan ayah ni catering merata tempat tapi aku ni jarang nak ikut mama atau ayah pergi ke rumah orang yang tempah catering tu. Ntahla. Memang malas. Just tinggal kat rumah kemas rumah kemas dapur lepas mama masak catering. Tapi kali ni mama pujuk aku suruh pergi jamuan raya seorang cikgu ni. Tak silap aku la cikgu ni serta adik beradiknya berkongsi tiap2 tahun buat jamuan raya untuk anak2 yatim dan kawan2 serta anak saudara mereka sekali. Kali ni aku pergi.

 Lepas mama masak catering ayah pergi dulu melihat pembantu2nya di tempat catering tu. Then aku mama dan adik pergi kemudian. Sampai je kat situ aku tak tau nak buat ape dengan adik. Mama macam biasa la walaupun bukan tuan rumah tapi gaya mama dah macam ahli keluarga cikgu tu. Ramah ngan orang. Yang aku ni tak kenal siapa pun. Yang adik pulak pun sama. Lagi pemalu dari aku. Ikut je mane aku berjalan padahal anak toke kambing golek tu kawan die kot. Malu nak tegur. haiyaaaa. Dan bila dah tiba masa orang menjamu selera aku dengan adik ni tak tau nak makan apa. Sebab nasi lauk pauk semua yang aku cincang, aku tengok, aku rasa kat rumah tadi. haha. Rasa segan nak makan kat situ. Jadi makan jela sate, kambing golek ngan ais kacang yang bukan mama aku buat. 

Lepas tu duduk2 sambil melihat gelagat orang. Yang adik pulak hilang entah ke mana berlari2. Rupanya dah ade geng. Aku? teruskan melihat gelagat orang yang datang. Tetiba, salah seorang dari adik beradik cikgu tu sapa aku jemput aku makan nasi. Aku cakap takpe. Bukan sombong tapi...... Nasib baikla pakcik tu paham. Die cakap sebelum aku datang situ mesti aku dah merasa dulu. haha. Aku pun angguk lah takkan nak geleng kot. haha. Bila dah petang dah sikit oramg datang, makanan pun nak dekat habis, aku dijadikan sebagai bahan bualan dan gurauan. Dah besar ni, dah jadi anak dara ni macam2 la kan soalan2 yang terkeluar dari mulut pakcik2 dan makcik2. yang muda2 ni hanya mampu senyum dan gelak sahaja termasuk aku. Hamboi.. Mentang-mentanglah anak2 lelaki mereka semua hensem2 ye. tak heran! wahahaha. Ingat tempah anak orang macam tempah catering ke? no! no! no! Nasib baik mama ni pandai back up anak sendiri. yeh! yang ayah pulak takde perasaan, buat hal sendiri je. huhu. Aku seronok tengok family2 cikgu ni sebab semuanya sporting2 ramah2 dari yang tua sampai yang muda. Memang betul cakap mama baru kenal dah macam saudara sendiri dah.



Kambing golek


Tetamu yang datang


Antara lauk2 yang mama masak dalca, kurma kambing, ayam masak merah, jelatah


Ais kacang


 
 Sate


 Kebanyakan yang tempah makanan dengan mama kebanyakannya lauk yang sama. Yang aku kat dapur ni sambil masuk lauk sambil tu cedok sikit untuk diri sendiri dan adik. Dah lama tak tolong mama macam ni, bila malam tak dapat tidur. Lenguh tangan. Mana tak lenguh kalau dah angkat periuk kuali besar sorang2. Mama tak bagi angkat sorang aku nak angkat sorang juga. Masalahnye aku larat kalau aku tak larat tu lain lah. huhu


 Kurma kambing again. huh


 Salah satu lauk yang selalu orang order, ayam goreng berempah. 


Tempahan yang berbungkus pulak. Asyik nasi tomato je. Tambah2 bungkus untuk budak2 sekolah ataupun di surau2. Kalau bukan nasi tomato mesti nasi lemak. Aku tolong bungkus beratus2 sampai dah takde rasa lapar pun tengok makanan. Cium bau je. haha. Aku rasa mama patut naik kan harga makanan sikitla. Lagi mama aku dah jual murah lagi dieorang nak murah nak banyak nak sedap. Tau la mama aku masak sedap. Ingat ade untung ke kalau nak kuantiti banyak tapi nak murah! banyak cantek! *bengang . huhu




=]=]=]



Bersambung ......... =]=]=]


Sekitar Raya Tahun ni : Part 1




Assalamualaikum =]=]=]


Wahh!!! Dah lame tak update blog merah aku ni. dah masuk bulan Zulqaidah dah ni. Nak menaip entry untuk raya pun dah no idea untuk pendahuluan. Terus jela kepada isi2 penting. haha. Kau ingat nak buat karangan tingkatan 5 ke hape ni mijah?. Orait. Tahun ni raya sedikit berbeza dari tahun lepas. Ape yang beza eh??? jeng!jeng!jeng!. Tahun ni raya family aku tema KUNING! So, baju raya utama mama, ayah, adik dan aku mesti warna kuning seragam! omg! Kuning??? Takde warne lain ke? haha . Orang tanye kenapa warna kuning sangat tahun ni? Dari jauh dah boleh nampak family Nuar misai ngan Teh catering punya family datang rumah. Hamboi ayat tak leh blah betul. Yang ayah jawab, aku yang nak warna ni tahun ni. Yang aku pulak bila ditanya, jawab ayah yang nak warna ni tahun ni. Yang mana satu ni? Nak percaya ayah atau anak? 

Lepas je aku sampai di semenanjung 4hari sebelum raya, lepas berbuka puasa bersama family cu di Bangi, ape lagi start la aktiviti mencari baju raya. Inilah masa yang aku tunggu bersama mama setelah hampir 2bulan lebih rasanya aku menahan nafsu bershopping masa short sem. huh!!! Mula2 dah masuk butik itu butik ini tempat itu tempat ini, dah mula rambang mata aku. Tak tau nak beli baju utama atau baju sampingan dulu. Boleh aku bagi kategori baju pulak kan. haaaa. Maksud baju utama tu baju tema family la, baju sampingan tu baju raya yang untuk raya kedua ke ketiga ke keempat dan seterusnya. Tapi bagi yang BerCOuPle ke yang dah bersuami or beristeri tu boleh tambah satu kategori lagi. wahahahaha. 

Disebabkan aku ni seorang yang cerewet, balasannya hamek kau takde saiz. Baju yang sedap mata memandang, yang aku rasa cantik sesuai boleh pulak saiz dah takde / ini je yang tinggal / dah habis stok la / yang corak ni saiz M dan L je yang ade / warna ni saiz S dan XS dah habis la dek. Memang on the spot hentak kaki mulut muncung. Very the buruk perangai kau mijah! haha. Macam mane la nak bershopping dengan boypreng macam tu. Entah tahan entah idak. haha. Nasib baikla cu dah paham citarasa dan perangai anak buah kesayangan dia sorang ni macam mana. Dia bawa aku pergi satu butik ni. Wah! Memang I like it bebeh! Mama pun suka juga. Ok lepas ni boleh singgah lagi. Esoknye otw balik Teluk Intan, eh memang tak lah terus balik. Ayah aku ni kuat berjalan, Singgah situ singgah sini. Mama dengan adik yang kadang2 tak tahan. Aku ok je. Tapi kali ni hanya singgah beberapa tempat je sebab si gemuk yang berpuasa tu tak larat nak berjalan. Nak puasa penuh la katakan =) . Finally, dapatlah baju lagi. Ok tahun ni mama bagi limit beli baju sebab aku ni jarang pakai baju kurung. Yelah bonda ku.

So, malam raya lepas maghrib bersiap2 pakai baju utama satu family pergi bergambar di Kedai Gambar. Ini bukan sebab tak sabar nak raya tapi nak mengelakkan kesesakan lalu lintas dengan family2 warga Teluk Intan di dalam kedai gambar Wah Kong pada raya pertama selepas sembahyang raya. Dah serik dah berebut dengan orang nak bergambar. Nanti kelam kabut nak cepat bergambar baju senget2  senyum entah ke mana. hehe. Raya minggu pertama memang hari2 berjalan ziarah menziarahi ke rumah sanak saudara yang jauh dan yang dekat tambahan pulak adik cuti raya seminggu. Mama pun cuti seminggu dari menerima catering dan tempahan makanan dari pelanggan2nya. Yes! Raya pertama di rumah opah. Tak jauh pun kat Teluk Intan juga. Adik beradik ayah pun ramai yang beraya di rumah mertua tahun ni. Jadi petang tu lepas asar bertolak ke rumah maktok dan tokwan di Sitiawan pulak. Kejap je beraya rumah opah. 
Tahun ni perbezaan pertama ialah raya tahun ni ade baby. Bukan aku punya baby tapi uncle2 dan my cousin punya anak kecil yang comel2 yang rasa nak cubit2 lempang2 je muka kan. ganas betul aku ni. Family belah mama seronok sikit sebab maktok dan tokwan baru dapat cicit pertama maksudnya anak buah sedara aku yang pertama la kan. oh my! aku Aunty mijah! len macam bunyi eh! Disebabkan mereka aku dah mula suka budak2 tapi yang terpilih jela.hehe. Raya ni juga rasanya dah boleh tambah klaka sarawak kat kampung selain cakap banjar, kedah dan perak sebab cousin aku yang sorang tu pun dah sambung belajar kat Uitm Samarahan. Tapi die kejap je cuti aku lama. yey!


Raya pertama gambar dah siap =) . Serius betul muka ayah aku ni. Mama sweet smile. Adik pula bagus dengar cakap kakak senyum nampak gigi =D haha


Very the Kuning. Kuning DiRaja menunjukkan kami sekeluarga warga PERAK DARUL RIDZUAN. cewah....


Family belah mama. Setengah dari adik beradik mama beraya di rumah mertua masing2.


Berkonvoi adik beradik ke rumah saudara2 belah maktok dan tokwan di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor menjadi tradisi family belah mama setiap tahun beraya. 


Khaizuran Hanis anak pakcik ayah


Nurul Firzanah anak pakcik mama


Mohd Afiq anak pak andak


Amanda Nur Aqeela anak kak long


Orang pergi beraya kat rumah orang tapi kiteorang menjongket pergi beraya tepi laut. Kebetulan family aku masih di kampung maktok dan tokwan, adik beradik ayah ajak pergi bawa anak2 mandi di Teluk Batik. Dah dekat je dari rumah maktok lalu melalu pergi jela kan. Ramai juga orang pagi2 yang mendung yang sebelumnya tu hujan rintik2 ombak besar air pasang. Aku memangla tak mandi. No gang la. Gang ngan budak2 bawah umur apa barang. cewahhh!!!


Ombak rindu mengganas ~~~ =P


Gelagat sepupu2 ku


Due beradik ni terkedu sebab ombak besar.


Adik aku dibuliii.....dibulii....dibuli...................


gang dengan mak2 sedare 


macam best je naik ni.. Bro yang bawa ni buat aku kering darah tau tak! Pusingan die memang sabo jela! Aku dah la tak pandai berenang.


Saje je nak bagi kami semua basah satu bot!


Thank you cu belanja kami naik bot =)


Pinjam pakcu punya dslr yang dah di naik taraf. Wah. lagi berat. dah lama tak snap2 gambar ni. 
My favorite! I like! Boleh cari boypreng photographer pasni. cewahhh!!!




=]=]=]



Bersambung......=]=]=]