Hello Hello

31 December 2011

Awal & Akhir

Hai Sabtu, 31hb tarikh terakhir di bulan Disember & hari terakhir di tahun 2011. Banyak suka duka, pahit manis yang aku lalui sepanjang tahun 2011. Itu semua telah banyak mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan dan belajar apa itu erti kehidupan. Sebab kita ni kadang2 berada di atas kadang2 kita berada di bawah. Sebagai seorang yang sedang meningkat remaja, aku ni kadang2 tak cukup matang dalam certain2 hal. hehe. Disebabkan itulah aku banyak berkawan. Terima kasih kawan2 yang selalu berada dengan aku di kala susah dan senang. Terima kasih juga kepada kawan2 baru yang hadir dalam hidup aku =). Hidup aku juga sentiasa ada mama. Tak kiralah aku jauh kat mana pun, mama sentiasa ada dengan aku. Mama lah yang selalu ada dengan aku di kala aku rindu, sedih, hampa, kecewa, menangis, gembira, seronok dan apa2 jelah. Sebab aku dan mama tiada rahsia. Everything yang aku buat aku akan bagitahu mama. Dan di saat aku terlalu kecewa dengan relationship aku, mama lah orang first yang tahu segalanya. Kerana disebabkan itu jugalah ia selalu mengganggu perasaan aku, sentiasa berlegar2 di fikiran aku dan ganggu pelajaran aku. Emosi aku stabil sampai sekarang ni pun disebabkan mama juga. Yelah, tengok anak dara dia yang sakit macam apa ntah, mana tak risau kan.  2011, kau banyak mengajar aku. Disebabkan masa lalu, aku jadikan ia pengalaman dan pengajaran untuk hidup aku walaupun aku masih terasa sakit, serik dan fobia sampai sekarang. Aku mengaku kadang2 aku tidak kuat untuk menghadapi semua itu tapi hidup ini perlu diteruskan. Jadi, Selamat tinggal kenangan 2011.



Segala apa yang berlaku sepanjang 2011, segalanya di sini............




2012. Selamat datang. Semoga tahun baru ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Dan aku berharap, segala dugaan dan cabaran aku berani menghadapinya ... 


Diary Mijot 2012 =)



SELAMAT TAHUN BARU 
=]=]=]

25 December 2011

Hari Natal




Merry Christmas aku ucapkan kepada yang beragama kristian expecially to my best friend, Ann, my roomate, Nain, dan juga Nadya & Mel. Sejak belajar kat Sarawak ni lah aku mula berkawan rapat dengan kawan yang beragama kristian dan bumiputera. Contohnya Ann & Nadya lah yang aku kenal dulu masa mula2 datang sini. So, Christmas kali ni Ann bawa aku, Anis & Wan pergi ke rumah Mel di Bau. Sepanjang perjalanan hujan tak henti2. 

Makan bukan sebarang makan. Tanya dulu halal ke tak bagi kami ni. Ada makanan untuk Muslim. Diasingkan lagi makan dalam rumah. hehe. Lagipun Mel ni pun ade kawan2 Muslim juga. Al maklumlah, Mel ni Miss World Harvest Festival 2011. Ramailah kawan2 nya. Memang makan banyak. Macam2 ada...



Ann, Mel, aku , Anis & Wan....


Christmas pun ade lemang juga. Tapi kat sini panggil pulut. Yang dalam bungkusan cucuk dengan lidi tu pulut   periuk kera sebab pulut tu dimasak dalam periuk kera. haha. Rasanya sama je cuma masak dengan cara lain .


Yang ni pulut masak cara lain pulak.


Kat sini tak kiralah perayaan ape, kek lapis ni mesti ade. Tapi yang ni bukan beli tapi home made punya tau...


Anis makan pulut periuk kera....


Ada sate, nasi minyak, rendang ayam, daging, sayur, bihun, roti canai dan macam2 lah. Cuma mampu dan tak mampu je nak makan sebab perut dah penuh dengan makanan.


Tengok. Ade ikan keli bakar. Rindu sambal tumis ikan keli masakan mama.


Thank you Ann. Barulah aku tahu serba sedikit macam mana sambutan mereka. Sama juga dengan kita yang muslim ni ade makan2, kunjung-mengunjung tapi mereka ade pokok krismas dan hadiah, kita pulak ade duit raya. hehe.

=]=]=]

23 December 2011

6th Years Sakura




Event ni telah berlangsung pada 17 & 18 Disember sempena Ulangtahun ke-6 Kolej Kediaman Sakura iaitu satu-satunya kolej yang didiami oleh pelajar perempuan sahaja. Aku seronok sebab semua perempuan. Sikit je penghuninya, tu sebab kolej aku kecik dari kolej2 lain.  Banyak aktiviti2 yang dijalankan selama 2 hari tu. Ada Senamrobik, Marathon, Autoshow, Gig, Bazaar, Malam Gala Sakti, X-Game, Bola tampar & Konsert Amal. Tapi tak semua aku dapat tengok disebabkan aku mohon untuk menjadi ajk. Last2 aku dapat jadi Ajk Charity Konsert. wah! suke! suke! hehe. 





Bro baju putih atas ni relax je main.
Bro baju hitam sebalah kiri ni terjatuh pulak dia lepas tu.... Ramai jugalah orang2 luar yang masuk pertandingan ni. Meriah =)


Macam2 aksi ada tengok orang main bola tampar.


Aku jaga tempat pendaftaran bagi  sesiapa yang berminat untuk jamming  =)


Inilah dia ruang pameran dan info2 tentang Kolej Kediaman Sakura yang dah berusia 6 tahun ni =D


Gambar2 posing dari Gadis2 Sakura ....


Antara yang jamming kat sini, dah penat main skate , jamming pulak dieorang...


Autoshow......
Aku Ajk Charity Konsert. Charity konsert malam 18hb tu malam kemuncak. Berlangsung di DETAR UNIMAS. Aku diberi tugas sebagai penyambut tetamu dan cek tiket malam tu. hehehehe =)
Selamat Datang ~~~ Selamat Datang ~~~




VIP ----------------->>>


Sonar Tribal. Band dari Sarawak.


Penari2 dari Kolej Bunga Raya


Funky Crew. Aku memang suka tengok mereka2 ni nari. Semmat!! =)


Disebabkan kenakalan, kebisingan & keaktifan junior2 aku malam tuuu

------------------------------>>>>

   <<<------------------------
Aku kena panggil jawab teka teki dengan mamat baju hitam tu. Nasib baiklah mamat tu junior aku.
Teka-teki yang diberi : Dalam banyak2 tali, tali apa yang panjang?.
 Mamat tu dah jawab dulu jawapannya tali yang panjang. Dah dia jawab betul, aku bagilah jawapan lain. Jawapan aku tali perut. hahaha. merepek meraban aku ni..........



Semua tertunggu konsert ESTRANGED malam tu sebenarnya... Nah!!! Melompat2 lah korang depan stage tu!!


Tengok gaya Estranged buat trademark kolej kami
SAKURA "KAWAII"


ERA & ESTRANGED


Bersama orang2 kuat event  6th Years...



Hasil jualan konsert ni kami salurkan ke Jabatan Radioterapi dan Onkologi , Hospital Umum Sarawak.












eeh!!!.. masuk Harian Metro, 22 Disember 2011, m/s 9 .











Tahniah Kolej ku sebab dah berjaya mengadakan Konsert Amal sempena Ulangtahun Kecemerlangan Kolej Sakura yang ke-6. Aku sayang Sakura <3. Harap2 aku dapat stay lagi kat Sakura untuk sem depan.
Walaupun penat masa tu, tapi aku enjoy juga dengan konsert malam tu dengan kawan2. Rasa seronok juga dapat jumpa artis kan. hehe. Dah lah malam tu tepat pukul 12.00a.m, 19 Disember birthday aku. Tapi event belum habis lagi. Kepala dah pening, perut dah lapar, badan dah letih, handphone dua2 asyik bunyi je kol masuk, mesej masuk dari kawan2 aku yang nak wish aku. Sorry kawan2 aku tak jawab disebabkan event ni lah. Tapi di masa hari lahir aku, aku dapat gambar dengan mereka2 di bawah ni........ Best =)



Rich, Hanafi , Andy & Dj Radio ERA kitak di Kuching, 96.1fm
Tapi kenapa ramai yang tergila2kan Andy? hehehe 


=]=]=]

20 December 2011

Surprise ........


Hari ni pergi mana2 sahaja still ada lagi yang wish selamat kat aku. Terima kasih banyak2 kepada yang still ingat, yang terlambat, yang berulang2 wish. haha. Kepada yang ada niat, pasang niat nak kenakan aku, sorilah korang dah terlambat. Suka aku sebab aku terlepas dari niat korang yang nak kenakan aku. Minggu ni walaupun kelas banyak takde, tapi masa tu tak lah dibuang begitu sahaja. Assignment! Projek! Presentation! Rasa nak muntah dah buat. haha. Lepas selesai buat assignment petang tu, Ann ajak pergi jeti. Aku rasa agak pelik sebab dia dah la tak sihat, tak larat tapi ajak aku pergi jeti. Apakah? Ok, disebabkan die bestfren, aku ikut jela. Tapi aku rasa lain macam je. Dah sampai kat jeti terkejut ingatkan kawan2 aku dah balik, rupa-rupanya ade lagi.

Terharunya dan malunya aku kat jeti. haha. 




Kek coklat. Salah satu kegemaran aku adalah kek. Tak kisahla kek ape janji berperisa coklat. hhahaha.. wow! sedap seyh! Pandai dieorang pilih kek untuk aku. Tapi kan lilin tu macam aku tak cukup umur je, macam muda sangat2 aku ni. hahaha
Makasih semua =D


MyBESTFREN since sem1


Dua lelaki yang selalu ade ngan kiteorang since sem1


Sambil2 tu pemurah bagi ikan makan roti & kek.


Aku sayang korang ............ Friends Forever yaw! =D


Memang tak sangka aku dengan plan korang ni. Tapi bersyukur tak kena buli. yes!!!
Terima kasih kek coklat dan hadiah itu..........

Dan malamnye pulak aku ade meeting PERTEKMA dan ade aktiviti pertukaran hadiah antara exco sempena krismas. Masa cabut undi aku dapat lelaki, so aku tak tau nak bagi apa kat orang lelaki. Kalau perempuan senang je nak bagi hadiah. Jadi, petang tu rushing pergi beli hadiah. Malam tu aku dapat hadiah lagi. Dari orang yang sama pulak tu, si Ann. haha. Patutlah plastik sama macam petang tadi. haha. Memang excited gila dapat benda warna merah ni. Thank you <3


=]=]=]































19 December 2011

19 DISEMBER ...





19... Tu dia.... nombor feveret aku tuh... haha.. Alhamdulillah 19 Disember genaplah umur aku tahun ini menjadi 20 tahun. Dah masuk angka 2 da tu. Tapi takpe, tetap remaja.

Selamat Hari Jadi ~ Selamat Hari Jadi ~ Selamat Hari Jadi Hamizah Anuar ~ Selamat Hari Jadi ~~~
nyanyi untuk diri sendiri. haha

Gembira hari ni takde kelas. Cuma ade kerja yang perlu dibereskan di fakulti. Kawan2 pun tak jumpa sangat. Nasib baiklah, kalau ade kelas, ade pulak kawan2 yang agak nakal tu memang kenalah aku. Tapi nasib baik tak kena. Beruntung sebab aku tak pernah dikenakan masa BirthDay aku. Memang dalam hati kalau da habis settle kerja kat fakulti, aku nak duduk bilik je tak nak keluar2. haha. Roomate pulak tetiba je balik rumah awal. Pelik, adakah disebabkan aku punya hari bahagia hari ni? haha.



 Beruntung dapat roomate yang jenis tak kisah & tak membuli ni. haha. Thanks Nain for the Cupcake & bawa pergi makan Raja Ayam Penyet =)


BirthDay Girl 


 Yang baju merah tu , BirthDay Man........(ade ke?? )
Aku berkongsi tarikh BirthDay yang sama dengan bapa saudara kesayangan aku ni, tapi tahun memang jauhla bezanya.
Selamat Hari Jadi Andak. Tahun ni dah janji nak sambut lepas aku balik nanti. 
Yes! hadiah ape pulak tahun ni ye??? haha




Minta maaf sangat2 kepada yang kol & mesej tepat pada tarikh & waktu nye, aku tak menjawab & tak membalas sebab penat sangat. Dah lah malam semalam ade konsert. So, agak keletihan & kepenatan hari tu. huhu. Tahun ni 1st time BirthDay aku, mama & ayah takde bersama. Tapi tidak mengapa ucapan dan nasihat dalam telefon pun sudah cukup memadai.  Terima kasih juga kepada adik gemok aku yang tiap2 hari mesej bagi gambar BirthDay. Apakah ??? Lepas ni kalau bagi lagi tak taulah ape motifnye...


Walaupun aku tak sambut BirthDay seperti yang sebelum2 ni, tapi aku gembira dan senang hati sebab banyak perkara yang berlaku & mengajar aku pada hari ni.
Alhamdulillah, segala persoalan yang bermain2 di minda, difikiran, dihati terjawab juga pada hari jadi aku ni. Mungkin berkat dari nasihat dan kata2 mama yang aku turuti pada subuh hari tu kot. Terima kasih juga kepada kawan2 yang sudi mengangkat kol free aku hari ni.... 
Thanks a lot kepada semua yang telah wish & ingat aku....



I wish ... I wish .... I wish.... Hanya Tuhan sahaja yang tahu ....
=]=]=]

11 December 2011

Kembara Budaya Sakura






Hai hai semua yang klik dan usha2 blog Mijot ni. 10hb Disember , Mijot ade trip lagi. Kali ni trip dari Kolej Kediaman sendiri iaitu Kolej Sakura (trademark kami) -------> "Kawaii". Trip kali ni pergi dua tempat, Muzium Negeri Sarawak & Kampung Budaya. Dah masuk tahun dua dan lebih kurang setahun lebih belajar kat Sarawak ni, baru kali ni nak menjejakkan kaki kat Kampung Budaya ni. Hanya sempat singgah di tempat sebelah nye aje iaitu Damai Beach. Sebelum ni hanya dengar potpetpotpet kawan2 je tentang Kampung Budaya. Kali ni, aku dah masuk dah tengok. Tapi nak masuk ni kena bayar jugala ikut umur ye. Kalau student ade murah sikitlah. hehe.
Enjoy gambar2 yang belambak ni dulu.... =)



Mai2 pilih2 nak yang mana?? haha.





Group kami ---------->



















Monumen pahlawan2 di Sarawak tapi yang sebelah kanan tu tak tau ukiran gambar ape.
Cantik tak ??? hehehehehe.




Ntah apela Tia buat kat ikan tu.  Paham ke ntah ikan tu.















Tertarik dengan haiwan ni. Walaupun lambat tapi comel. Share2 makanan pulak. sweet je <3



haaaaa.. Patung ikan pun ade. Ni jela ikan yang boleh dipegang dipeluk... haha










Kat dalam Muzium ---> no food, no hp, no camera. Ok, menurut perintahlah juga. Kat lua muzium je ambil gambar. Tengok batu ni macam rupa apa??? ------->


Yang muzium ni nak masuk kena bayarlah tp boleh tangkap gambar auntie tu cakap... Muzium ni jela yang boleh ambil gambar. haiiyaaaa...




Dalam muzium ni ada banyak jenis batu & kayu yang dah berusia beratus2, beribu2 tahun.




Tengok cara mereka ubah suai lanskap kat situ. Batu dan kayu tu berharga tau...













Selamat Datang ke Kampung Budaya. Kalau pergi sini boleh tahu pelbagai kumpulan etnik kat Sarawak ni. Macam mana pakaian, kehidupan, rumah tradisional mereka masing-masing, kemahiran menghasilkan kraftangan dan aktiviti-aktiviti tradisional dan permainan sama seperti nenek moyang mereka lakukan sebelum mereka. Bestlah kat sini. Then, boleh juga tengok persembahan mereka.




Muka excited nak masuk dalam.



Nampak tak tu..... Kampung Budaya ni dekat je dengan Gunung Santubong. Gunung Santubong kat belakang tu diselaputi awan. Meh nyanyi sikit
' Puteri Santubong Puteri Sejinjang, penjaga Gunung negeri Sarawak' ~~~



Nak juga lalu kat jambatan sini. Padahal ade je jalan lain. haha


Muka excited. Bak kata yang baju pink tu , jakunza, jakun sebelum ni tak pernah lagi naik titi buluh ni. haha



Yang kawan2 aku dok posing kat tempat ni adalah tempat nak lenyekkan tebu yang keras tu...


Yang ni adalah rumah pahlawan Bidayuh. Nampak tak benda yang aku pegang tu. Comelkan. Dibuat dari tempurung kelapa. Hasil kraftangan dari yang pakar.





Ni alat untuk padi. Seronok main alat ni. Siap boleh menari sekali. haha



Hasil2 baju yang dijahit oleh orang bidayuh.


Tu dia. Kat sini mereka panggil kuih yang rupa macam bunga mawar tu Kuih Cap.




Ni tingkap rumah Iban.



Terjumpa pulak air terjun sesat kat sini. Nak mandi tak boleh, so, main air jela... =)


Jom main sumpit......


Abang sumpit hensem yang jaga kat situ cakap takde sorang lagi pun yang sumpit kena tin yang kat atas sekali tu. Kalau kena, dapat hadiah. Tia try, at the 3rd sumpit she got it. haha. Terdiam abang sumpit tu. Last2, hadiahnye duduk situ ganti die 3hari 2malam then pakai cawat cam dia. ha??? hahhaa.. just kidding.



Tu ha abang sumpit hensem yang disukai ramai... hahaha


Di dalam rumah orang Ulu.



Menjual cucur bandung , Tapioca cookies. Memang sedap. Rugi kalau tak cuba =)


 


Melawat rumah Melanau pulak.



Tau main bende ni?? Kalau salah step memang tersepitlah kaki kau...



Jumpa kak Pia, juru tari Citrawarna Kolej Sakura =)

 Rumah orang Melayu Sarawak
 

Makcik ni jual bahulu. Bahulu nya kecik comel je. Lembut dan sedap juga.



Kat depan rumah orang Cina. Tu pokok lada hitam. 


Wahhh.... Aunty ni nak lawan senyuman aku ke? Lebar senyumannya tu, kalah aku... haha .. Speaking pun terer wow!!! 














 ......................... Takde tiket tak boleh masuk


 Show time kat Kampung Budaya.



Hamboi... Semua dok riuh dalam panggung tengok abang sumpit hensem ni keluar menari & buat persembahan. Banyak betul peminat dia. Gimik je lebih .. haha














Banyak lagi yang menarik kat sini. Overall memang best trip ni walaupun penat berjalan, cuaca panas, berpeluh ape semua. huh. Teruja pun ade sebab sebelum ni tengok etnik2 Sarawak kat Tv je kan. So, jomlah ke Sarawak kenal budaya dan masyarakat kat sini macam mana. Tak kenal maka tak cinta uuiitt. Walaupun aku bukan orang sini tapi aku bangga o0o0o0o0o0oo duduk sini. Sarawak negeri kedua kesayangan aku. I Love Sarawak yaw <3. 


Jom layan lagu ni =]






=]=]=]