Hello Hello

22 December 2013

22th Birthday




Assalamualaikum =]=]=]



Pertama sekali, pada 19 Disember 2013 iaitu ulang tahun hari lahir aku ni, aku ingin mengucapkan rasa Syukur kepada Tuhan aku masih sihat dan dipanjangkan umur. Dah boleh nyanyi lagu Taylor Swift ni ~~~ I'm feeling 22 ~~~ hahaa.

 Pengakuan sejujurnya dari aku, sememangnya pada hari jadi aku, aku takde feel pun aku jadi birthday girl ke, nak sambut ke, nak mengharapkan kawan2 wish ke ape ke sebabnya aku busy dengan presentation FYP1 aku. Haaaa.. Ni yang nak story ni. Memang dah lama aku tau tarikh presentation FYP1 ade 3 hari iaitu 18hb, 19hb dan 20hb Disember. Tapi dalam hati aku ni kuat mengatakan tarikh presentation aku confirm jatuh pada 19hb. Dan terbukti memang betul selepas aku semak nama aku dalam sistem. Jam 3.00pm 19 Disember 2013 bersamaan hari khamis adalah presentation dari Hamizah Anuar. Ya Allah, gementar seyyhhh! Aku dah lah seorang yang tidur awal, yang wajib tidur malam, kali ni dalam lebih kurang 2jam je tidur. Duduk depan laptop buat slide presentation, kaji mengkaji tentang brain tumour, tentang cellular automata dengan tangan menggigil, dada berdegup kencang, tension, stress, depress, sakit perut 3hari berturut-turut presentation punya pasal. Yang lain dilupakan dah. Mama sampai berkali-kali kol dok risau anak dara die ni ha. Sambil nyanyi lagi tu. Yang tu memang lawak dengar mama nyanyi. haha 

Alhamdulillah berkat doa, nasihat2 yang diberikan oleh orang2 tersayang dapat juga aku handle diri sendiri walaupun ada juga masa aku nak marah orang je especially abg senior, I'm so sorry =). Pada hari 19hb tu, dah siap buat slide presentation kononnya nak jumpa supervisor , bila dah jumpa hamek kau! Kandungan dalam slide tu  banyak kena tukar, itu tak nak, ini tak nak. huh! Lagilah stress. Aku memerlukan 2jam untuk edit slide dan cari information yang perlu dicari sebelum waktu presentation. Memang menguji kesabaran. Tengah2 buat kerja. Ann ngan Amilia nyanyi lagu birthday untuk aku dan seterusnya semua kawan2 yang ada dalam FYP Lab tu pun nyanyi sama. Terharu sangat. Malu nye tak tahu lah nak cakap macam mana. Tapi aku memohon maaf kepada kawan2 dan junior2 yang pada waktu tu wish aku tapi muka aku ni macam takde perasaan je, just aku reply Thank you dan senyuman yang tak berapa nak meriah aku rasa. Aku mohon maaf ye =).

 Alhamdulillah, FYP presentation dah lepas. Aku berpuas hati juga walaupun ada kekurangannya aku terima seadanya dan aku akan perbaikinya pada semester depan untuk FYP2 aku =). Insyaallah. Al maklumlah, lain student lain tajuk, lain lecturer lain komen. Aku ada juga pergi ke beberepa slot kawan2 aku, bila aku tengok diorang walaupun ade yang aku rasa sangat bagus tapi kalau lecturer tu tak puas hati atau tak paham, siaplah kau! huhu. Lepas ni aku cuma tunggu tarikh untuk present kat timbalan dekan je. Semoga dipermudahkan. 


Nasib baik tak terlompat2 bila dapat hadiah. Thank you so much BFF. Walaupun tak keluar makan2 ke ape tapi sangat berterima kasih dapat hadiah pun dah cukup dah. Masing2 busy kan as a final year student =)



Always love you both. Macam kekurangan sorang je kan. 



Terima kasih kepada kawan2 semua yang wish tak kira di Facebook, Twitter, Instagram yang dok komen, mesej and kol . 
I'm 22 now. Alhamdulillah.
=]=]=]

29 September 2013

Yuna Istana Budaya




Assalamualaikum =]=]=]





Tudia... Konsert dah nak dekat sebulan yang lalu, baru nak buat entry pasal konsert ni. Yuna & National Symphony Orchestra telah diadakan pada 6, 7, & 8 September yang lalu. Aku pergi konsert ni pun pada malam 6hb iaitu pada hari jumaat. Itu je masa yang sesuai aku nak pergi sebabnya 8hb tu tarikh flight aku balik ke Sarawak. Al maklumlah dah nak masuk sem baru selepas 8 bulan meninggalkan bumi Kenyalang. Serius memang aku berharap sangat nak pergi konsert ni sebelum aku balik Kuching sebab bila aku dah kat Kuching aku dah jarang nak balik semenanjung kecuali cuti sem panjang baru aku balik. Jadinya, aku mengambil kesempatan ini sementara ada lagi masa aku kat semenanjung, aku minta kebenaran mama dan ayah untuk pergi konsert ni bersama azreen. Thank you so much ayah, kebetulan hari jumaat tu memang dah bertolak ke B.B Salak Tinggi then ayah hantar aku kat Putrajaya so that azreen boleh jemput aku kat situ dah kebetulan juga dia praktikal kat Cyberjaya. So, keadaan nak pergi ke sana agak tak tenang sikit sebab lapar, traffic jam dan takde tempat parking. Aku dalam kereta dah pening kepala dah kan. 

Setibanya masuk ke dalam Istana Budaya, peerrggghhhh!!! ramai kot orang yang serba cantik, formal, lip lap lip lap, bling bling, glamorous kau nak tengok Yuna ni. haha. Tambah pulak ada photo gallery Yuna, ada jualan merchandise Yuna lagi. Aku berkesempatan juga lah beli beg tapi tak berkesempatan nak beli T-shirt sebab saiz dah habis. Tidak mengapalah. Kita dapat tengok konsert Yuna. Tapi untuk hari yang kedua, ketiga tu tak dapatlah nak cakap macam mana sebab tak pergi pun. Sebelum nak masuk dalam, dok ambil2 gambar dulu, melihat gelagat2 orang disekeliling. Tetiba adalah kelibat mak Yuna. Eh? Jules pun ade? He's very friendly. Tinggi dan hensem. Ok sesuai. Orang dok menunggu giliran nak ambil gambar ngan dia.


Nak duduk seat bawah dan depan sebenarnya tapi lambat beli tiket, duduk kat upper circle pun ok =). Tiket sold out kau! wallawehhhhhh


My bestfriend, Azreen. Dia juga salah seorang big fan of Yuna. So, thank you to him yang tolong belikan tiket konsert ni.


Sangat baik mak Yuna ni. Dah macam mama aku pulak kan. Tapi mama aku lagi special <3


 Photo Gallery Yuna di ruang legar Istana Budaya



Photo of Yuna captured by Jules. wow! nak juga boyfriend ambil gambar macam ni. kuikuikui =)


 Nak ambil gambar kat sini pun kena ikut turn juga tau. Belum jumpa Yuna lagi. haha



List lagu yang dinyanyikan oleh Yuna. She's a singer songwriter who is signed under David Foster’s Verve Records. The performance was super duper awesome + gabungan sususan muzik Orchestra & The Palauans yang sangat superb + suara Yuna yang hebat dan unik. Biasanya artis kalau kita dengar suara dia live mesti ade lain sikit tapi Yuna sama je suara die. wow! Amazing beb! Serius amat teruja dengan konsert ni. Tambah pulak dengan iklan saringan dari No Noise Percussion yang sangat lucu dan kreatif. Menarik seh! Dan tak lupa juga pada malam tu ada special sikit. Special nya ada penampilan khas dari gitaris Incubus, Michael Einziger. Mike main gitar, Yuna pulak nyanyi lagu 'I miss yOU'. omg! teringat orang tersayang eh! =D hehe .
Last performance, lagu Lelaki. hahaha. syok habis! best dan sangat best



Yuna adalah penyanyi termuda yang membuat persembahan dengan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan bak kata Ketua Pengarah Istana Budaya dan juga artis ketiga yang membuat persembahan yang berjaya memecahkan rekod penjualan tiket SOLD OUT. Album baru Yuna 'Noctural' di bawah Verve Record akan keluar pada akhir bulan Oktober. wohh!
Thank you juga kat Hatta Dolmat yang mereka pakaian Yuna untuk konsert ni. Kecik je tengok Hatta Dolmat depan2. Apa pasal aku tak ambil gambar dengan dia sekali? Nanti boleh suruh buat baju kahwin aku (berangan sangat). Yuna was very beautiful and gorgeous. Aku jadikan dia sebagai role model aku bukan sebab aku nak jadi penyanyi tapi sebab Yuna mempunyai ciri2 yang aku rasa patut dicontohi =). 
Feeling wonderful time ni. Ok lah tu kan, nak buat kenangan sebelum pulang. Memang tunggu Yuna balik baru kami balik. haha. Yang mama dok menunggu aku balik baru tidur. Sorry mama. Thank you mama, ayah & azreen.
Yuna & National Symphony Orchestra sangat best!




=]=]=]






22 September 2013

Mereka ini lah




Assalamualaikum =]=]=]



Nak cerita tentang sahabat2 yang aku kenal dari sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Sekarang masing2 dah jadi anak dara dah tak macam kat sekolah dulu, pakai baju sekolah kadang2 skema kan walaupun kiteorang ni famous amos juga kat sekolah dulu kan. Tapi kami yang dulu bukanlah yang sekarang hey! Macam lagu tegar pulok. Lepas je SPM, masing2 sambung belajar ke matrik, politeknik dan seterusnya ke IPTA & IPTS. Dah jarang dah ade masa nak jumpa, lepak macam kat sekolah dulu. Nak lepak sama2 tunggu cuti sem itupun kalau siapa yang sama cuti sem. Al maklumlah universiti lain2 semuanya. Bila dah jumpa memang takde full stop cerita & gossip masing2 bersambung2. haha. Lepas tu gelak tawa sampai tak ingat orang lain di sekeliling dah macam tempat lepak tu bapak kiteorang punye kan. 



empat dara =)


Lepas lepaking yang pertama, kami bercadang untuk lepak dan jalan ke luar kawasan Teluk Intan. Sebenarnya paling jauh pun kami pernah keluar lepak ke Lumut je. Kali ni jauh sikit ke Ipoh. haha. Atas kebenaran ibu bapa masing2 untuk keluar bersama akhirnya plan yang tak berapa nak plan tu menjadi. Kiteorang tak boleh nak plan sangat nanti mesti tak menjadi. Keluar haritu dari pagi dan balik sebelum malam. Thanks to eka jadi driver dan kenderaannya. 


Welcome to Gunung Lang


 me, eka, erma, kuya & aliya


 Bila pergi ke tempat2 macam ni, dalam hati mengatakan "Ya Allah sungguh indah ciptaanMu . Bersyukurlah wahai manusia"


 Their smile... Sama kan macam saya? =D


 Burung unta kat belakang tu pandai tau. Aku panggil dia suruh tengok camera dia pun tengok. Tapi burung unta tu tak dapat nak senyum macam kawan2 aku neh.haha


 Them =)


 Thank you for being my model bestfriends 


 dua orang ni excited bagi makan

 Gunung Lang ni sebenarnya adalah sebuah taman rekreasi yang terletak di antara batu kapur di Jalan Kuala Kangsar lebih kurang dekat jela ngan pusat bandar. Kat sini kita boleh naik feri untuk menyeberang tasik yang dikelilingi oleh bukit batu kapur. Kat sini juga ade zoo kecil, taman permainan, watchtower, rumah kampung. Murah je tambang feri ni. Jom la singgah . haha


memang panas tapi suasana kat situ tenang je tau. nak berangan pun boleh


Sementara bulan Syawal masih ada, aliya buat open house dan menjemput kawan2 sekolah yang ada masa free untuk datang rumah die. Kalau dulu masa persekolahan kalau time raya memang sorang2 buat open house (kecuali aku). Tapi sekarang dah jarang dah. Cuti sem pun tak sama juga tiap2 tahun kan. 


 Budak2 kelas 4&5 Chemistry dulu. merindui yang lain. =)


fish eye with the girls...aija, nazihah, mira, aliya, ema, kuya, eka & me <3
Tak sia2 aku bawa adik aku dimana jua aku berada sebab adik aku boleh jadi photographer aku. haha



Mengenali kalian adalah satu kesyukuran, bergurau dengan kalian adalah satu kebahagiaan, menyakiti hati kalian akan kuelakkan dan aku berharap semoga persahabatan kita abadi hingga mati memisahkan kita. 
Love you all Girls <3 



=]=]=]

19 August 2013

Kisah Raya Raye Rayo part 2




Assalamualaikum =]=]=]



Ni sambungan balik part 1 punye. Masa raya pertama tu lepas solat sunat Hari Raya, satu family pergi kenduri jiran sebelah rumah. Lepas makan terus pergi ke rumah opah dan atok. Raya kat sini agak tak best sebab aku takde geng. Geng sepupu yang kecik2 sekolah rendah, menengah adela. Cousin yang tua2 dah balik setibanya aku sampai rumah opah. Dah boring sangat aku kacau lah budak2 tengah main lepas tu menyebuk dengar opah dengan mak2 suadara menyembang. haha

juadah sarapan pagi yang dimasak oleh mama untuk dibawa ke rumah opah dan atok


Pada malam tu, kami semua berkumpul di rumah opah untuk menyambut hari jadi bagi yang lahir pada bulan julai, ogos dan september =)


Raya kedua tak pernah2 lagi beraya di rumah sendiri. Nah! Tahun ni duduk rumah sebab mama ade tempahan catering untuk makan2 raya. Dalam otak aku terfikir, boleh pulak nak order lauk. Tak boleh nak masak ke? Saudara mara kan banyak yang balik raya. Bukannya nak menolak rezeki tapi kami pun nak beraya juga. Ingat caterer takde cuti ke? Ok takpela, sehari je. Rezeki kan. Tolong lah mama kat dapur sambil tolong makan sekali. Lepas tu, yang adik dengan ayah melayan budak2 datang beraya. Tiada gambar untuk dipublish sebab penat. 


Yang raya ketiga ni best sikit, sekeluarga ke Selangor sebab Kak long nak bertunang. Lepas kenduri tu, konvoi beramai2 bersama adik beradik mama yang lain ke rumah saudara belah maktok dan tokwan di Pasir Panjang, Sekinchan, Sg Besar dan sekitarnya. Lepas dah habis kenyangkan perut dengan pelbagai juadah yang dihidangkan, semua kembali ke rumah maktok dan tokwan. Ape lagi riuh rendah rumah kampung tu dengan budak kecik menangis, sepupu2 kecik main lumba lari dalam rumah terpekik terlolong, yang di luar bermain bunga api dan mercun, yang mak2 bersembang kat dapur dan yang lelaki2 tengok bola. Aku join yang tengok bola tu. Itu pun riuh dah macam stadium rumah maktok ngan tokwan asyik nak menjerit je tengok bola.


 my lovely mama <3 


 macam ni rupanya orang nak bertunang


 hantaran belah lelaki dan perempuan


me & kak long


Sepupu ku. Memang kami sebaya tapi aku muda lagi. hikhikhikhik


 yang budak2 senyum sikit senyum sikit 


Raya keempat = Hari Ahad, semua adik beradik mama pakat nak balik rumah masing2. Dah macam kat airpot. Sorang2 penerbangan berlepas. haha. Lepas tu rumah maktok kembali sunyi sebab tinggal family aku je kat rumah maktok tu. Adik takde geng, aku pun same. Fair kan! Petang tu, ayah dan mama tak nak bagi kami berdua boring, bawa kami ke Teluk Batik. Bukan nak mandi kat pantai tu tapi nak beraya rumah orang. Punyalah banyak kereta nak masuk simpang tu, confirm pantai penuh dengan orang mandi. 


 they called him Apek sebab muka die memang macam anak cina. Dah lah putih melepak dari aku


 with Aliya Amanina


 pergi beraya. Ayah ku!


5 Syawal memang agak boring, aku, ayah dan adik ke Manjung. Baju kurung, baju melayu hilang dah. Adik dok shopping raya pulak kan. Nak beli kasut la, cover Ipad la. Belikan jela. 




Dan petang tu, kononnye nak kutip kepah kat Tanjung Kepah, tapi air laut tengah pasang, ombak kuat, angin kuat, berpanas jela kami kat situ. 


 mata kami sama kan? -_- 


 tengok ayah posing sama je. macam copy & paste. cuma zoom sikit. haha


Raya keenam pergi jalan2 kat Lumut dengan family. nak beraya ke mana lagi sebab dah beraya dah sebelum ni. So, makan angin jela. Kat sini pun banyak angin.


 Lumut ni pun kawasan gua juga bro! haha


menikmati aiskrim bermotor mat kool mat kool kawanku ~~~



Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Hamizah Anuar & family
Maaf Zahir dan Batin 


=]=]=]






    






 

Kisah Raya Raye Rayo part 1




Assalamualaikum =]=]=]



not official punye baju raya. kuning hijau bagaikan limau purut dan lemon. ok kan? haha


Selamat Hari Raya! Selamat Hari Raya! Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Amacam raya tahun ni? Ade meriah? Ade seronok? Banyak dapat duit raya? Banyak bagi duit raya? huhu. Aku? Lepas praktikal bulan lepas, pertengahan Ramadhan baru aku berada di rumah manis rumah aku di Teluk Intan. Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga bersama mama dan ayah tersayang di rumah tak lupa juga dapat bergaduh hari2 dengan adik gemok aku tuh. haha. Bulan puasa tahun ni, mama dan ayah aku banyak juga dapat tempahan moreh dan tempahan lauk2 seperti rendang ayam dan daging, dan lauk pauk yang lain. Sebagai seorang anak caterer, mestilah ade tolong juga kan. Tapi mama dan ayah tak lupa juga masa untuk bershopping raya bersama anak2nya ni. Bila ada hari yang takde catering, masa tu lah pergi mencari baju raya. Sebab ape mencari baju? Sebab aku dan mama dah tak tempah jahit baju kat orang dah. Sekarang beli yang dah siap je sejak aku Tingkatan 4 lagi. Senang cerita.

Tapi ade juga susah ceritanya, aku jenis yang cerewet memilih baju. Aku selalu beli baju aku kat Butik. Sama juga macam mama tapi mama tak cerewet macam aku. Mana2lah kalau ade butik or collection aku masuk. Kalau tak berkenan, keluar pergi masuk butik lain. haha. Ayah dan mama pulak yang sibuk mencari baju untuk aku sebab nak lepaskan aku dulu baru beli baju mama, ayah dan adik. Memang selalu macam tu. Kalau tak, tema tahun ni warna merah tapi disebabkan baju aku tak beli lagi sampaila hari last puasa, petang tu baru dapat baju. Dah terlambat ayah dan adik nak cari baju melayu sebab nak photoshootnye malam raya tu, so, tahun depan jela pergi photoshoot. hehe. Nak cari baju sedondon dengan abg senior pun takde kan. So, amacam raya tahun ni mijah? Alhamdulillah. Masih dapat lagi duit raya tahun ni. Syukur. Macam biasa, tokwan yang paling banyak bagi duit raya ratusan ringgit. Alasannya sebab aku belajar jauh. Dengan itu, memberi semangat untuk belajar bersungguh2 sehingga graduate. I will tokwan, Insyaallah =).

Tahun ni bergambar pun tak banyak sangat. Yang banyak gambar makanan je sebab mama dengan ayah selalu ade catering. haha. Nampak sangat kau duduk rumah memang senang lenang mijah asyik tangkap gambar makanan lepas tu makan. Kisah Raya Raye Rayo bersambung di part 2 .



=]=]=]



31 July 2013

Praktikal ku T.A.M.A.T




Assalamualaikum =]=]=]



Syukur Alhamdulillah......... 
Itu ungkapan first untuk 2 minggu yang lepas di mana tamatnya sudah latihan industri aku dari 4 Februari hingga 19 Julai. 5 bulan lebih bersamaan dengan satu sem aku praktikal tolak dengan cuti sem lepas tambah sikit dengan cuti sem sekarang! huh! Macam kira math pulok. huhu. Memang dok berkira hari bilalah nak habis praktikal ni kan. Oklah. Aku buat ringkasan jela tentang praktikal aku ni. Sebenarnya aku praktikal start awal bulan Mac sebab sebulan sebelum tu aku ada join satu program IT yang diberi nama INFOSYS. Lepas je tamat Infosys aku terus mendaftarkan diri ke Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) di Putrajaya. Aku praktikal di Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM). Sebelum nak praktikal tu memang macam2 benda aku fikir. Takut, gementar, boleh ke aku praktikal ni? ape kerja yang aku dapat kat pejabat nanti? selalu ke aku kena marah nanti? dan macam2 lagi.





Ni lah setengah dari gelagat aku kat office yang tak boleh lekang dengan camera tiap2 hari nak ambil gambar. hehe


Nak cerita pasal tempat praktikal aku ni. Kat bahagian aku ni, staff nye sikit je. Dalam belas2 orang macam tu lah. Bila datang je kiteorang kat office tu, memang riuh. Dari depan pintu dah boleh dengar suara kiteorang. Al maklumlah, aku, Amy, ngan Anis ni memang banyak mulut, suka gelak, suka bergurau. Tambah2 lagi bila dah tension buat kerja error sana error sini, sistem tak bergerak ape semua, mulalah mencari mangsa untuk dikacau. haha. Aku memang selalu kena geletek lah, kena tarik lah apela bila si kakak Anis dan kakak Amy ni stress. Tambah pulak aku duduk di tengah antara Amy ngan Anis. sabo jelah. haha. Lagi satu yang aku takkan lupa suasana kat situ. Super duper sejuk sampai nak beku tangan ngan kaki aku Tuhan je yang tahu. Sebab adanya bilik server punye pasal terpaksa kuatkan aircond. Praktikal kat government ni, macam2 orang aku jumpa, baik orang pangkat besar sampai yang sama praktikal macam aku. Ada juga beberapa course training yang aku join. Yang aku tak dapat lupakan masa training windows 8 kat Microsoft kat Menara 3 KLCC. Serius, aku ada niat juga nak kerja kat situ. Bestttt ooooo. Semoga termakbul lah hajat aku ni. Amin..... Staff2 kat BPM pun semua baik2 belaka. Rajin juga melayan kiteorang ni yang nakal. haha. Puan Fatimah aka bos kami kat situ pun sangat sporting. Supervisor aku Sir Mani pun rajin juga melayan kiteorang bertiga. 


 Anis & Amy yang sama praktikal dengan aku juga kat BPM,MOT


We are visited by our advisor, Dr Chiew Kang Leng in the MOT


 My supervicor, Sir Mani yang very smart man, otak asyik berfikir tak berhenti. Semua masalah ada penyelesaiannya. Die je yang selalu boleh selesaikan. haha.


 Ni lah belasan staff BPM yang sporting, caring dan baik hati. Thank you for your all support =)


Dapat join Kayuhan Patriotik dengan bos, Sir Mani dan Miss Nurul 


 Lepas pilihanraya yang lepas, Kementerian Pengangkutan dapat menteri baru. Dapat juga aku jumpa face to face dengan YB Dato' Seri Hisyamuddin


 Aku juga sempat menjadi ahli Koir MOT bersama staff MOT yang lain. yey!!!!


Aku kalau buat kerja memang khusyuk. Amy ngan Anis mengumpat memanggil aku kat sebelah aku pun aku tak dengar sebab terlalu fokus sangat. haha. Tapi start aku stress ngan tension bila sistem yang aku buat corrupted, hang, loading, error. Tu yang buat muka aku yang dah comel ni jadi muncung. ecececceehhh.. haha


Aku kira bersyukur juga sebab sepanjang aku praktikal ni aku tinggal dengan mak sedara aku yang aku panggil cu di B.B.Salak Tinggi. Cu aku ni pun kerja government di Istana Kehakiman. Tempat praktikal aku kat presint 1, cu aku pulak di presint 3. Aku masuk 8.30a.m, cu aku pulak 8.00a.m. Memang aku berterima kasih sangat dekat cu aku sebab selain rajin melayan kerenah anak2 die, cu pun rajin melayan aku. Aku pergi praktikal pun dijemput dihantar. Cume kadang2 cu aku ni tersangatlah busy, aku terpaksa menaiki bas, naik erl dari Putrajaya Central ke Salak Tinggi. Aku sebenarnye tak boleh naik bas sebab aku cepat rasa pening. Kalau tak nak bagi pening, dalam bas tu aircond kena kuat kat atas kepala aku ni baru kurang pening aku. Nak tak nak terpaksa la kan. Sepanjang aku praktikal kat sini, banyak perkara, dugaan yang aku hadapi, yang aku belajar. Kadang2 nak menangis pun ade, nak ayah ngan mama sentiasa ade dengan aku. Padahal sikit je pun susahnye. Tulah manja sangat mijah ni tak boleh nak susah sikit. Tapi dari kesusahan tu lah pengalaman yang boleh jadi pengajaran kepada kita =). 

Tambah pulak aku ni seorang yang suka jalan dan suka bershopping cuci mata. Kalau hujung minggu tu mesti nak keluar, keluar jalan2 dengan cousin2, dengan family cu aku sendiri, kalau tak keluar pun buatlah aktiviti yang dapat memenuhi masa lapang aku. Cuma kalau ada cousin aku atau cu aku nak balik Teluk Intan aku akan ikut. Kalau tak pun tumpang anis balik lepas tu ayah aku jemput aku kat Sabak Bernam. haha. Tempoh aku berpraktikal ni lah masa yang sesuai untuk aku plan tarikh, masa dan tempat untuk keluar berjumpa dengan rakan2 aku. Contohnya, aku plan keluar dengan bestfriend aku azreen, kawan2 matrik aku dulu Farah dan Syurah, abg senior. hehe.

Masa hari last di minggu last aku praktikal tu, email majlis berbuka puasa sempena hari terakhir kiteorang menjalani latihan industri kat situ dihantar kepada semua staff BPM. Sangat terharu weh. Staff2 BPM semuanya caring dan sporting. Tapi ada juga beberapa staff yang tak dapat hadir disebabkan ada hal sendiri. Makan free weh siapa yang tak nak. BPM yang support. wallaweh! Majlis berbuka puasa kiteorang masa tu di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Alhamdulillah kenyang.

 Gift dari bos, Puan Fatimah. Thank you puan


 Puan tonton tv1 sementara menunggu azan nak berbuka


 sedap weh sedap ngat aihhhh!!!


 yang hadir malam tu


 menikmati makanan yang sungguh menyelerakan


Report LI kena hantar sebelum 31 Julai. Alhamdulillah syukur. Walaupun banyak rintangan pasal sign log book la, attachment la, pasal pos report lah, akhirnya dah selamat Report aku sampai ke fakulti pada 31 Julai. Terima kasih Puan Fatimah, Sir Mani, Amy, Anis, Ann dan ayah yang terlibat dalam proses membuat dan menghantar report. hehe. Mendoakan aku lulus dalam subjek TMY 3912 Industrial Training. Amin..............
Sekarang seronok dan tenang berada di rumah bersama family tersayang dan dapat makan banyak2 dan sedap2.  Masa untuk rehatkan otak. hehe



=]=]=]