Hello Hello

21 April 2012

cuti sem : Permai





Ni sambungan dari entry Pantai Puteri . Lepas zohor, kami bertolak pulak ke Permai, kawasan pantai kat Gunung Santubong juga. Perjalanan kurang dari setengah jam dari Pantai Puteri. Kali ni mandi air masin dengan mandi air sejuk pulak. haha


Nak masuk sini kena bayar. Kalau students macam kami ni bayaran murah sikitla .


Muka seronok + tak sabar nak mandi lagi sebab pergi kat Pantai Puteri sebelum tu tak dapat mandi. hehe


Kawasan pantai kat Permai. Yang kat belah sini penuh dengan batu2...


Suasana di waktu petang ~~~


Sebahagian dari Gunung Santubong


Air yang kat tengah2 ni sejuk. Air yang mengalir dari gunung. Yang belah sana tu baru air laut.



Masa mandi, ombak boleh tahan la. 


Mereka ni duduk sini, guling2, baring2 kat pasir ni sebab air situ sejuk. Siap cakap pasir kat situ boleh jadi skrub lagi. Ntah betul atau tidak aku tak tau la kan. Patutla aku tengok diorang ni lumur pasir kat tangan ngan kaki. Aku pun join sekali. Last2 main baling2 pasir la kan. haishhh


Pakai spek dah macam kembar aku tengok couple dua orang ni. hehe


Air yang mengalir dari gunung. Sejuk je...=)


Lepas mandi air masin. Kami neutralkan badan kami dengan air sejuk pulak. hehe. Jadi, kami naik atas mandi air gunung pulak. 


Serius memang air ni sejuk sangat. Yang perempuan semua belajar berenang tak berhenti kecuali aku. Aku just tengok gelagat dieorang yang tak putus asa belajar berenang kat sini. hahah


Akhirnya, mereka tiga ni dah pandai mengapung kan diri dan berenang bukan macam kuak lentang tapi macam kuak kelam kabut. hehehehe .. jgn mara haaaaaa 


Kesejukan dowh ~~~~


Kalau ade yang bercadang nak bermalam kat sini, tempat ade disediakan. Kena bayar juga lah. Not free ok. Ni lah, duduk kat rumah tinggi ni, ade aircond. 


Pandangan Permai dari atas ...


Dah mandi air laut dengan air sejuk, perut pun mulalah menyanyi sebab lapar. Then aku dengan ann saje singgah di cafe ni. Nak try makan makanan kat sini. Sedap ke tak????


Aku order Nasi Goreng Puteri Santubong, RM15. Lagi mahal dari Secret Recipe punye nasi. Bila rasa, wow!!!!! Sedaplah!!!. hehe =D


Masa tengah makan, buka hp bace update twitter semua pasal Gempa Bumi kat Indon mase tu. Agak terkejut juga aku masa tu. Yang aku pulak asyik twitt pasal aku kat pantai je. Patutla masa aku mandi kat laut ombak besar2 je. Tapi sampai ke Sarawak ke Tsunami???


Selain tu, kat Permai ni ade outdoor recreational activities macam high ropes course + flying fox, wall climbing, Mount Santubong climbing, Mount Santubong foot hill walk, kayaking, sea rafting. Baot trip pun ade. Dolphine & Crocodile searching, mangroves area, snorkeling, fishing trip dan macam2 la. Bayaran untuk semua aktiviti tu semua dah ditetapkan.



=]=]=]

cuti sem : Pantai Puteri




Yeh! Cuti sem minggu lepas bercadang nak pergi Sabah tak jadi, nak pergi Miri pun tak jadi juga. Memang jenuh mencari idea nak habiskan masa cuti kiteorang ni. Pergi PC Fair di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), pergi The Spring tu pon dah berapa kali dah dalam seminggu tu kan. Jalan pusing2 satu Kuching. Akhirnya dapat juga idea dari nadya. Pergi pantai di Gunung Santubong bersama-sama coursemates die. Mula2 kami pergi Pantai Puteri nak barbecue sekali. So, tengah malam sebelum nak pergi tu masing2 bertungkus lumus menyiapkan makanan masing.


Nampak tak?? Itula Gunung Santubong. Kalau betul2 perhatikan Gunung ni nampak macam bentuk muka orang tau. Nampak bentuk hidung, mulut. Yelah, sebelum ni pun ade cerita tentang Puteri Santubong kena sumpah jadi Gunung. Tu lah sebab nama gunung ni Gunung Santubong. 


Jalan nak belok ke Gunung Santubong.


Semasa dalam perjalanan turun naik bukit.


Tengok Pantai Puteri ni. Masa ni jam pukul 11 lebih. Air laut pun tak penuh lagi. Landai je yang luas. Memang jauh sangat air laut tu.


Nampak tak awan padat dan hujan dalam gambar ni. Sedangkan kat tempat kami panas terik, di seberang sana pulak hujan. Kuasa Tuhan amat menakjubkan =)


Bila aku datang sini, aku suka tengok langit. Cantik sangat sambil berangan... ooppsss!!!! hehe =D


Yang ni salah satu makanan yang kami bawa. Penat lelah buat di tengah malam. hehe


My frens & my new frens =)


Yang perempuan2 bergambar je...


Yang lelaki pulak sedang berusaha menghidupkan api . hehe


Yang ni lah masa yang ditunggu-tunggu. Barbecue time !!!


Aku tak makan banyak sangat masa tu sebab terlalu teruja melihat keindahan alam. Sibuk dengan ambil gambar...lagipun makanan pedas aku tak makan. haha


Sembang menyembang. Semua bahasa keluar, Kelantan, Perak, Kedah, Sabah, Sarawak, KL campur2. hahaha


Yey!!! Dapat main layang- layang sebab angin kuat masa tu. Nasib baik tak terputus talinye.. haha.. Dah macam lagu la pulak kan ayat tu..


See. Langit & landai. Aku suka sangat. Cantik!!!


Berjalan untuk beberapa belas minit di tengah landai yang luas. Dalam hati nak pergi tengok laut yang jauh sangat tu tapi tak larat. Jalan tengah panas yang terik tapi tak terasa sebab angin kuat. Serius memang seronok main layang2 kat tengah2 tu. 


Berdiri di tengah2 laut yang takde air dan berlatar belakangkan Gunung Santubong =D



Seronok tengok budak dua orang ni main aci kejar tengah2 landai ni...


Tu sebab masa nak balik pipi merah macam pakai blusher sebab Sunburn. Waktu tengahari panas terik main layang2. Tapi kenapa kawan2 yang lain tak sunburn macam aku? =/


Shoot dari kami berdua. Oh langit, kau memang cantik.  =)


 Tengok ape ni????


 Ni pasir la.. Hasil dari kreativiti ketam kecil nak buat lubang jadi tempat tinggal. hehehehe


Hey Ladies!!!! 


Hye bro!!!!


Lepas makan dah kenyang dok menyembang panjat pokok sambil tunggu nak mandi laut. Tapi tak akan jadi mandi sebab air laut lambat lagi nak pasangnya... haha



Pantai Puteri best. Walaupun air laut tak penuh masa tu tapi tenang je suasana kat situ. Tambah2 lagi aku suke tengok langit. Lagipun tak perlu bayar pun nk pergi situ. Enjoy!!!! 


=]=]=]

entry ini ade sambungan


cuti sem : Perasmian MASUM




MASUM Fasa 1. Majlis perasmian Masum telah diadakan pada 9 April lepas dan sekarang baru aku nak update post pasal ni. haha.








UM


USM


UKM


UPM


UTM


UIA


UUM


USM


UPSI


USIM


UITM


UMT


UTHM 


UTEM


UMP


UNIMAP


UNISZA


UMK 


UPNM


UNIMAS


Krew2 MASUM


Semua atlet2 berdiri la korang lame2 .. hehe


Persembahan dari warga UNIMAS 


Wah!!!! Perasmian ade bunga api la!!!!!


Jenoh aku nak ambil shoot bunga api yang ok sikit...huh!


Yang ni aku rasa bunga api dah masuk angin... Sebabnya bunga api tu tak meletup pon. Masuk angin or tempat letak bunga api tu yang basah sebab hujan?


Bacaan ikrar.




Aku rasa seronok bila tengok semua atlet2 sukan kat stadium tu. Tapi lagi seronok kalau aku adalah salah seorang jadi atlet UNIMAS. Tapi tak =( . Tidak aktif macam dulu2. Bestnye kan!!! Aku hanya berkesempatan tengok game squash je. Bila tengok orang main squash hari tu, aku rasa macam nak cuba game baru lah pulak. Nak cuba aktif main squash pulak la. Kawan da ade. Cuma raket je belum ade lagi. hehe. Lepas MASUM fasa 2 ... Bila pulak eh???

=]=]=]