Hello Hello

23 December 2012

I make it short




Assalamualaikum =]=]=]


Hari demi hari menunggu saat untuk pulang ke semenanjung. Hati dan diri aku terlalu rindu mama ngan ayah =(. Terlalu sangat. Terasa macam nak ayah jadi bodyguard aku dan mama pulak sentiasa disamping aku di mana jua aku berada. Setiap kali mama kol, sering kali aku menjerit dengan ayat rindu di permulaan bicara aku ngan mama melepaskan rasa rindu yang teramat sangat dan sering kali lah fikiran aku melayang macam aku ada di rumah tersayang bersama-sama family. Kalau tak dengar suara mama mulalah nak emo. Setiap kali mama kol juga aku selalu jeles dengan adik. Sebab aku teringat masa aku sekolah dulu2 bila duduk rumah ada mama ayah rasa tersangat bahagia. Fine! Homesick berselang hari. Kejap ok pastu tak ok. Ntah kenapa sem ni berbeza sedikit. Ditambah pula dengan hubungan jarak jauh. Hari demi hari aku belajar erti kesabaran. Stay with 3K nasihat yang selalu mama pesan kat aku iaitu Kesetiaan, Kejujuran & Keikhlasan. Sebelum ni aku buat tapi aku tak rasa. Ternyata cinta aku dulu hanyalah cinta eksperimen. Mama cakap 3K ini akan kekal lama jika antara satu sama lain buat. Kalau seorang je buat seorang lagi tak buat memang tak akan jadi. Aku tersangat rindu. Mungkin disebabkan tersangat rindu aku jadi moody tetiba, tersentap tetiba, merajuk pun tetiba. Dulu bila aku sunyi aku akan cari mama je. Sekarang aku akan cari mama dan mr. Tapi kalau dah due2 busy aku nak cari sape. Solutionnye duduk bilik tak keluar2 melayan perasaan sorang2 merajuk macam budak kecik. Malu betul mijah ni! Mungkin tersangat dan terlalu rindu kesemuanya tanpa bersua muka tu lah yang emosi aku tak tentu arah. Air mata pun senang je mengalir macam air terjun lata kijang. Tengah dalam phone pun cepat terasa kadang2 tu. Orang nak main2 pun kau rasa serius. huh! Serius, aku kalau terlalu rindu sangat macam ni lah jadinya. I'm sorry my dear bila kol mesti akan ada keadaan yang dua2 membisu. Time tu lah mula aku rasa nak menangis sebab aku rasa aku yang bersalah dalam hal tu tapi orang lain jadi mangsa. Mijah! Kau tak sayang orang yang kau sayang ke? Dalam hati jawab, mestilah aku sayang sangat2. Rindu tau tak! Mama ayah yang selalu memberi ceramah dan semangat sebab mudah sangat aku lemah semangat. Menghitung hari nak habis study week habis exam week. Lepas tu aku nak jumpa orang2 yang aku sayang dan rindu sangat kat semenanjung tu. Tak sabar nak peluk cium my family dan mohon sangat dapat jumpa my dear pleaseee....     

Rindu sangat =(



Menaip dengan mata sepet bertemankan air mata yang mengalir ='(
I'm sorry.........................

21 December 2012

Cukup umur sudah?




Assalamualaikum =]=]=]


Alhamdulillah..... pada 19 Disember sudah genap umur aku yang ke-21. baru nak masuk 21? Bak mention zaril di twitter 'orang dah nak masuk 22, Hamizah Anuar baru je melangkah 21' haha. taula zaril ni abg long kan. Ate udah keluonye lambat, tarikhnye pun lambat la kan. Tarikh birthday aku jatuh pada hari rabu di mana last minggu perkuliahan di mana juga aku takde kelas sebab kebanyakan kelas pada minggu last ni takde. Dah habis topik lecturer nak mengajar students. Yang tinggal pun assignment2 , presentation2. Bak kata Sir Haji Fairuz 'oh the never ending assignments' . haha. Disebabkan rabu aku takde kelas, memang niat nak duduk kat bilik je tak nak keluar2 sebab dalam fikiran ni ade je nanti orang nak baling itu ini tanpa sedar. Sebab ape aku fikir macam tu sebab aku tak pernah kena baling tepung ke telur ke or ape2 la dari dulu sampai sekarang. Al maklumlah kalau dulu aku birthday masa cuti sekolah. Masa matrik pulak birthday aku jatuh masa cuti sem. tahun lepas sama juga minggu last lecture dan takde kelas. Nasib baik housemate2 aku semuanya baik2 belaka, hanya wish nyanyi2 sahaja di tengah malam. Baik betul junior2 ni kan. Tapi nak duduk bilik pun tak boleh, haritu ada hal di kolej dan fakulti.

Nak dijadikan cerita, tup tup ann kol ajak keluar lunch sama sebab dia takde teman. Aku ok je kalau bab makan ni. hehe. Ann bawa aku lunch di Sarawak Golf Club di mana memang tu tempat biasa kami pergi lunch. Yang aku pun excited juga lah sebab dalam kepala dah terbayang ginger chicken rice yang selalu aku makan. hehe. Setibanya sampai kat situ kat meja yang nak diduduk, mula lah dengar suara2 yang tak mengikut tone nyanyi lagu ' Happy BirthDay' kat aku. OMG! Memanglah kakak2 ni kan. Patutlah senyap. Yang si Amilia katanya nak pergi fakulti ajar assignment tak jadi pergi fakulti, yang anis diam je tak mesej aku. Padanlah kan. Nasib baik tak ramai orang. Malu dowwwhhhh. Tapi kenapa aku tak perasan dieorang dari jauh eh? Padanlah, rabun aku pun makin jauh mana nak nampak..haha



Happy BirthDay to me! sweet 21 <3


 kakak pembuli 1


 kakak pembuli 2 paling ganas



 pembuli 3 


 pembuli 2 & 3 bergabung. dah macam aku pakai krim jerawat pulak kat muka kan. bau kek muka aku tau tak!


 
 bila aku sampai semua dah sedia. termasuk ginger chicken rice aku. thanks korang tau menu makanan aku kat SGC ni...hehe


cute kek from them.Thank you dear2 sekalian. nampak kecik tapi sedap! kek chocolate! hehe. And surprise from Sarawak Golf Club tetiba datang hidangkan air free ni. Ingatkan girlfrengs yang order tapi sebenarnya tak. Aku pun tak tau la apa nama nya. sedap! Thank you so much to the owner of SGC =).

 Apa punya pesanan aku pun tak tau la. Itu je pesanan nya. Aku ni kurus sangat ke ha? haha 


 And the presents, Frosty the snowman. thank you so much. Kat lua ade dalam pun ade. Suke sangat dari lua sampai kat dalam benda2 tu semua warna merah kecuali ferrero rocher mane ade warne merah kan? Sedondon ngan warna baju aku hari tu. hehe.



Thank you sayang2. Korang menggantikan sayang2 aku yang berada di semenanjung tu. Have fun with you alls, lepaking2 di cs lab. thank you so much teman aku. Sayang2 aku kat semenanjung masa tu semua tengah busy. 


Alangkah bestnye ade sayang2 yang kat semenanjung tu di sisi bersama aku hari tu. Wish aku sebenarnya nak sayang2 aku kat semenanjung tu bersama ngan aku sepanjang hari. I wish you'll were here. Kol free pun tak guna sangat nak kol sebab masing2 busy. Agak sedih sikit di situ tapi be positive, I still have my bestfrens ever mase tu. Thanks a lot. Kalau tak menangis aku masa tu. haha. Thank you to all my friends yang baru kenal dan yang dah lama kenal yang wish kat aku di twitter, facebook, whatsapp, mesej, call & inbox. Thank you so much. Thank you mama, adik & Mr Fox nyanyi2. Love you <3. Ayah nanti nak tuntut hadiah demand sikit sebab tak nyanyi kat aku. haha. Dan tak lupa juga kepada yang kongsi tarikh lahir dengan aku , pak andak, my uncle. Happy BirthDay to you too! dah janji kali ni kita celebrate 4orang sekali termasuk dua orang anak die yang birthday hujung bulan ni. Kek besar sikit lah jawabnye. =)


 =)


=]=]=]

 

I miss you so much ayah adik mama & Mr <3 







13 November 2012

Sambung plan ke Bau




Assalamualaikum =]=]=]


Bersambung pulak dengan entry baru. Another plan untuk cuti midsem. Kali ni plan ke area2 Bau, Sarawak sana bersama ann & zidane. Yang lain masing2 ada hal dan masalah sendiri. Ok, pakai satu kereta je trip ni. Bertolak di tengahari, lambatkan? zidane suka berjalan + ann orang sini jadi tak perlu risau tentang arah jalan or nak ikut jalan mana sebab due2 bestfreng aku ni tau jalan. Tak tau jalan pun main try je ikut jalan mana sebab semua jalan kat sini takde penghujung, keluar jalan itu la keluar jalan ini la. Yang aku duduk belakang kalau tak mengunyah mesti tidur. Tambah2 ada certain tempat yang kami lalu hujan. Tempat first pergi ke Tasik Biru kemudian ke Gua Angin.



 
 Welcome! Welcome!





Nama tasik biru tapi nampak macam hijau kan?


with them


Seronok budak2 kt belakang tu .....


gff


Dorothy Ann & Daisy Annette


kalau boleh nak je turun bawah lagi


Zidane <3


Ann <3


kaki jalan =P


bersama kembar tapi tak sama tak serupa..hehe


baby =)


Tersinggah pulak kat tepi jalan ade mini zoo.








Dinosoru???


ape nama tempat ni pun tak tau la den...huhu


sampai juga akhirnya~~~


we're here!!!


memerlukan lampu suluh untuk menyuluh apa yang patut~~~ apa yang patut~~~


mari naik!!!


Jalan mana nak lalu ni??


hanya kami 4org je yang nak masuk dalam gua ni. da beberapa kali keluar masuk keluar masuk tapi tak masuk2 ditambah pulak dengan aku yang mulanya agak tak confident nak masuk dalam tu bertemankan 3org kawan perempuan. Bila masuk keluar balik, lepas tu tunggu kat pondok kot2 ade orang singgah nak masuk gua tapi takde juga. Lepas tu amik gambar dulu la apela. Finally, masuk juga dengan lampu suluh dan payung untuk mengelakkan kepala dari kena titik2 air dalam gua ditambah pula untuk keselamatan.hehe


sampai di seperempat jalan..




jalan ni ditutup sebab ade construction




Ni kiteorang masuk ikut jalan terus tak belok2 tak pandang kiri kanan pandang depan je sampai nampak cahaya.. haha.. Lain kali datang sini pakai jalan lain pulak. Bila nak jalan balik, hati rasa nak ikut jalan yang sama juga terus tak belok2, rasa takut nak try jalan ke kiri dan kanan. Penat oihh walaupun dalam gua tu sejuk tapi berpeluh juga. Rasa macam nak pergi lagi, mana tau boleh pergi dengan Mr. ke kan? hakhakhak..


=]=]=]


Hai Lundu




Assalamualaikum =]=]=]


Lepas Raya Aidiladha terus sambung cuti mid sem. Mula menyusun aktiviti2 dan plan2 dengan girlprens apa yang boleh dibuat untuk memenuhi masa2 cuti midsem. First plan, itupun last minute decide nak ikut kawan2 pergi ala2 berpicnic ke Lundu. Pagi tu hujan renyai2 tapi plan tetap diteruskan. Memang sepanjang perjalanan dari Samarahan ke Lundu hujan tak berhenti pagi tu. Perjalanan lebih kurang 2jam aku kira sebab start perjalanan tu aku dah mula ngantok dan seterusnya dibuai mimpi. Bila aku terjaga masa dah nak dekat sampai ke Pantai Pandan. Lama juga lah aku tidur. Yang aku ingat aku terjaga sebab aku terdengar lagu Judika berkumandang di radio Era fm. hahaha.


Very nice walaupun hujan renyai2 masa tu


Air laut baru nak pasang


di seberang sana tu adalah Gunung Santubong


Ni bekalan yang aku ngan ain bawa. Hujan buat kiteorang rasa lapar, makan dulu dalam kereta


Makanan yang berat2 macam nasi, lauk pauk, bihun goreng dimasak dan dibawa oleh matun dan housematesnya


tak nampak lauk ke zakwan ni?


makan time!


yang teruna2 dapat makan free yea!


Air kelapa yang dibeli di sini. nyaman! =)



kebetulan dah ada gitar kan, request lagu Judika. auchh!!! hahaa


Akhirnya zidane dah sampai setelah keseorangan di sepanjang perjalanan ke sini.

tak dapat daki bukit daki batu2 ni pun dah cukupla...


Here I am =)


Alangkah seronoknya bila berjalan di tepi pantai bersama Mr. cewahhh!!! *berangan ko mijah!


 
Ain =)


Suasana selepas hujan renyai2


Batu2 besar





the rocks


apela gelagat dieorang kat tengah2 ni?








air ni sangat sejuk dan jernih


the ombak rindu yang mengamuk


ni lah aktiviti si teruna2 ni


mari kita zoom ape diorang buat..haha



kaki pancing rupanya dieorang ni.....


ape lagi la yang dieorang buat tu?


siapa punye ni tersadai kat sini. anak tumpang duduk nak amik gambar... hehehe =D


dah panas masa ni pun sya tutup muka sebab mengantok. aiikk???










jalan2 tepi pantai, nampak 3orang sedang berseronok bermandi manda dan ade seorang tengah menonton. aduhaiii. si teruna2 rupanya. tengah ombak2 besar ni orang main sufrboard bukannye mandi. haha



baguihla 4orang mandi 2orang menonton =)


kelihatan couple yang baru lepas main sufrboard


Wahhh..best pergi pantai. Nak pergi lagi la!!!

=]=]=]