Hello Hello

30 April 2013

Koir




Assalamualaikum =]=]=]



Satu lagi aktiviti yang aku join sejak menjalani praktikal kat MOT ni ialah Koir. Koir? Sejak bila pulak mijah ni pandai join benda2 macam ni bila dah besar? Kalau menyanyi sorang2, melalak, karoke tu bolehlah ini koir. haha. Dok sembang ngan mama aku masuk koir pun mama tak percaya betul ke ni? haha. Boring je duduk ofis buat kerja sambil2 tu mengaktifkan diri sikit masuk koir. Masuk pun bukan saja2, untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MOT juga. Kak Linda ajak masuk aku ngan anis pun join la. Amy tak join sebab die tak berminat. So, setiap kali kami due ade latihan Amy tinggal sorang2 buat kerja. Sampai tarikh hari yang kami buat persembahan pun Amy tak datang kebetulan die tak sihat. Hari mula2 latihan tu aku ngan Anis datang lambat sebab kiteorang tak tahu jam berapa. Bila dah masuk terus cikgu letak kami kat tempat Soprano. hamek kau anis!mijah! Soprano terus. Wateva la! Janji nyanyi. haha
 
Merasa aku pergi tengok majlis ni. Bangga juga aku tengok staff2 yang tunggu giliran nak ambil sijil , dapat duit juga weh. Bukan senang nak naik pangkat or nak dapat anugerah ni. Tahniah juga kepada abg Ramlee staff kat BPM ni yang dapat APC. Tapi abg Ramlee tak dapat hadir sebab menghadiri kursus.



 
 
 
Kami bersedia di atas pentas sementara tunggu tetamu2 VIP menuju ke tempat duduk masing2. Lepas tu nyanyi lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam
 
 

Bos kami wakil BPM ambil sijil.
 
 
 
 
Suit koir kami. Aku suka tudung jenis macam ni. Kangaroo =)



Terima lah persembahan dari kami ...... Lagu Hanya di Mercu, Biar Sampai ke Bintang, Gemuruh dan lagu special dari kami semua Teman Pengganti.. Lagu feberet aku ni! =D
 
 
Menuju Medan Bakti ~~~~~~~
 
 
 Masa nyanyi lagu Perajurit Tanah Airku
 

 

 
 
 
Maka aku dan anis dah jadi ahli Koir MOT secara tidak langsung. hahaha.
 
 
with kakak2 dari bahagian lain
 

eeh?? Dapat bunga lah! Thanks Nizam. Lepas ni nak Bunga Mawar warne merah <3


Staff2  BPM, MOT
 

Bos Puan Fatimah dok mencari kami berdua sebab nak tangkap gambar sama2. Puan kol pun aku tak angkat. Sori bos, tak dengar hp mahal saya kat dalam beg. Ambil gambar bersama dalam ofis pun jadilah . hehe
 
 

Lepas habis majlis, lepas bergambar, turun level bawah pergi makan lunch sekali. Duduk situ punye lah lama. Makan punya pasal. Semua makanan aku rasa aku nak makan. Tapi apakan daya disebabkan dalam kepala otak aku ni fikir aku hanya budak praktikal rasa segan pulak. Ambil mana yang senang nak ambil je. =)
 
 
 
 
=]=]=]






28 April 2013

Setelah 3 tahun




Assalamualaikum =]=]=]



Minggu ini Alhamdulillah plan nak keluar berjumpa dengan bestfriends KMPK dulu menjadi juga. Roger2 farah free, syura free dan aku pun kebetulan ada orang hantarkan dapat lah kami berjumpa setelah 3tahun tak berjumpa. Dah setahun berkawan rapat start sem 1 lagi, walaupun sem 2 ada di kalangan kami yang tukar kelas tapi kami tetap bersama. Tapi kali ni tak cukup forum. Lagi sorang bestfriend Nadiyah tak bersama kami sebab Nadiyah belajar di UMT. Syura di UM dan Farah di UPM senang lah aku nak jumpa sementara aku ada di semenanjung ni. Kalau aku dah berada kat Sarawak nanti memang susah lah nak jumpa lagi. Pertemuan kami di Sunway Piramid. Ice skating bebeh!!! Farah ngan syura pernah main. Aku je yang tak pernah main. So, matlamat aku, aku dapat menstabilkan diri dan dapat main ice skating sampai ke tengah tanpa bantuan orang. haha. Akhirnya Berjaya tapi kadang2 jatuh juga. Lebam lutut rupanya padahal tak rasa sakit pun. 


Farah! ada muka sama tak?
 
 
 
Syura peminat setia kpop sampai sekarang.
 
 

see... permulaan berpegangan tangan dulu.
 
 

ada macam orang pro tak? ada macam Yuna juga tak? hikhikhik
puiihhh! budak kecik baju hijau kat belakang tu lagi terer dari aku. macam2 style dia buat. malu aku! haha
 
 

main dengan farah aku memang tak akan jatuh tapi kalau dengan syura, syura jatuh aku pun jatuh sekali. hahaha
 
 
 
 
hanya kami bertiga. thank you cik abang yang tolong ambil gambar ni =)

 

Lepas ni bila lagi nak jumpa eh?
 
 
 
Insyaallah, ada masa free panjang umur dapat jumpa sekali dengan nadiyah. We miss you Nadiyah <3





=]=]=]





24 April 2013

Join training di Microsoft




Assalamualaikum =]=]=]


Berpraktikal di Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), MOT ni aku berkesempatan join kursus under BPM ni. Itupun kalau kursus tu untuk bahagian IT lah. First kursus/bengkel yang aku, anis dan amy dapat join ialah Microsoft Project 2010. Ini kali aku join Bengkel/Kursus Pembangunan Windows 8 Apps asas (basic) kat Menara 3, KLCC. Yehhh!! bunyi macam best je kan. Dapat jalan2 shopping2 ke kan. Itu je yang aku ingat. Padahal tengah praktikal lagi ni. haishhh mijah! Kursus ni berlangsung 2hari. Disebabkan kursus ni lah aku terpaksa berpindah rumah dekat dengan LRT. Terima kasih sangat dekat ayah yang dating ke sini menjemput menghantar melayan aku selama 2hari. Selama 2hari tu aku duduk di Damansara rumah pakcik aku. Sebab kat situ dekat nak naik PUTRA Kelana Jaya. Kebetulan adik aku cuti sekolah jadi ayah pun bawa adik sekali datang sini bawa jalan2 pergi KLCC dan sebagainya. Bila tiba kat tempat Microsoft tu, timbul dalam fikiran aku teringin dan alangkah bestnye lepas aku habis belajar nanti aku dapat kerja kat Microsoft. Kat Singapore ke kan. haha. Mijah memang suka berangan =) . Kat situ aku dapat belajar something la about Windows 8 dan sedikit sebanyak tentang Microsoft. 


Tengok di seberang sana tu Menara Kuala Lumpur
 
 
Pandangan dari tingkat 26, Menara 3, KLCC
 
 

Inilah Puan Fatimah aka bos di BPM tempat aku praktikal. Bos yang ajak kami pergi training ni bersama pegawai2 lain. Thank you Puan =)
 
 
 
Finally! OMG! Miss Lappy aku dah berubah wajah ke Windows 8! owh tidak! =D
 

Di hari kedua, lepas lunch ada presentation. So, setiap group kena present sesuatu macam Windows 8 punye features. Aku angkat tabik miss Nurul punye group slide presentation sebijik macam features Windows 8.


Suasana di dalam bilik yang semuanya busy dengan slide masing2.

 
Bila nak balik sempat lagi kakak kakak 2orang ni main benda ni.
 
 
Kesemua staff2 dan pegawai2 termasuk kami 3orang pelajar praktikal dari Unimas join training Microsoft selama 2hari. Terasa macam kami 3orang ni paling muda kat situ. Memang muda pun! hehe =)
 
 
 
 
 
=]=]=]





22 April 2013

Kayuhan Patriotik




Assalamualaikum =]=]=]


Tarikh 3 April 2013 aku join Kayuhan Patriotik 1 Malaysia @Putrajaya. Tengah2 stress kat office better aku join aktiviti ni dengan staff2 MOT dan anis. Aku pun dah lama tak bersukan. Walaupun lemak aku tak naik2 tapi aku perlu exercise. Sekarang ni pun aku rasa cepat letih dan cepat ngantok sebab dah kurang exercise. Kalau kat Unimas tu at least aku jog or masuk aktiviti kolej or fakulti. Ni takde pun. Kuat berjalan ke shopping mall ade la. hahah. So, petang lepas zohor tu kami bertolak ke present di mana tempat untuk mendaftarkan diri. Dah sampai kat situ macam jakon pulak aku kan tengok orang dengan basikal yang pelbagai jenis dan rupa. Basikal canggih, antic, baru, cantik, pelbagai warna ada. Yang tak boleh blah sekali Fixie pun ade juga! (ayat fobia) hukhukhuk.
 
Sampai situ tunggu lama bila lah event ni nak start. Datang jam 2, start event jam 5 lebih tak silap. Last2 tak dapat basikal. Kuantiti orang yang kat situ berganda2 banyak nya dari basikal. Disebabkan bos besar kami ni seorang yang penyabar, aku dan beberapa staff lain still lagi sabar menunggu nak dapat basikal nak naik basikal. Kalau staff yang lain2 tu dah tak larat nak menunggu. Last2 nye kami tak dapat juga basikal sebab tak sempat nak ambil. Yang terakhir dua kontena, satu kontena Giant dan satu lagi kontena dari mana ntah bawa basikal punya lah banyak habis licin orang ramai berebut ambil bawa balik. harga basikal beratus2 dengan kuantiti yang banyak lagi tu. Ntah berapa ratus ribu la harga basikal diorang bayar tu. Itu pun kontena tu trip yang ke berapa ntah yang datang bawa basikal.
Sabo jelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................



Inilah peta laluan bagi laluan ceria 12km dan laluan cergas 20km
 
 

staff2 MOT
 

bersama Miss Nurul, Anis, Bos Puan Fatimah dan Sir Mani
 
 

sticker yang kami dapat



tak dapat kayuh satu Putrajaya pun takpelah. dapat naik pun jadila.hehe

 

tak dapat naik basikal tapi dapat makan free bos belanja di Umai Café, Putrajaya. thank you bos! =D

 

ni menu bos kami. bos diet ke?
 
 
 
=]=]=]


Ini Program Yang Saya Join : INFOSYS




Assalamualaikum =]=]=]


Hello 2013!!! Dah nak habis bulan April dah ni. Entry tahun baru 2013 pun takde. Padahal awal2 tahun banyak je entry nak buat. Tapi takde mase dan sangat busy. Now, aku kembali ke dunia blog. Awal tahun 2013, lepas habis exam untuk sem5, cuti sem aku hanya 5hari je, itupun macam tak cuti, pergi datingla pergi jumpa itula inila, berjalan2 dengan family la. Orang bagi cuti ko nak belajar, tu lah ungkapan yang kerap masuk dalam lubang telinga aku ni sejak aku join Infosys tempoh hari. Biarlah apa orang nak cakap kan. Aku yang nak belajar. Aku punya bidang. Untuk diri aku. Ade aku kisah? haha. Bestfriends aku pun join juga aku mestilah nak!. Aku kat sini nak menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam otak aku yang agak kekurangan ilmu tentang IT. hikhikhik. Dan juga tambah pengalaman =). Nasiblah fast track ni sebulan lebih je. Sebulan lebih pun jenoh menghitung hari nak balik. Lepas habis Infosys dah la pergi praktikal pulak. aiyoooo


23 Januari 2013, hari bagi aku dan coursemates FIT aku yang willing untuk korbankan cuti sem kami selama sebulan lebih  mendaftarkan diri kami di German Malaysian Institute (GMI), Kajang untuk menjalani kursus IT yang diberi nama National Infosys J2EE Fast Track Batch 8/2013. Dah batch ke 8 dah aku baru nak join dan baru tahu pasal program ni. Sebelum ni batch yang ke berapa entah bertempat di UNIMAS, aku tak tahu lagi masa tu. So, batch kali ni bertempat di Kajang pulak. Batch ke 8 ni fast track selama sebulan lebih je. Dalam sebulan lebih ni, kami semua belajar beberapa module iaitu Programming & Testing, RDBMS, Oracle, HTML/Java script, Java & Advance Java dan Intro to J2EE part 1 & 2.   Seramai 99 orang pelajar dari Uitm Kedah, Uitm Shah Alam, Uitm Terengganu, USIM dan UNIMAS ku yang join program ni wajib mengambil peperiksaan bagi setiap module bila dah habis module yang kami belajar tu. Dengar pun dah stress dah kan asyik exam je. Bila tak lepas kena repeat exam tu balik. Bila dah habis kesemua module, peperiksaan untuk semua module pun dah ambil, kena ambil final exam yang merangkumi kesemua module. Yang ni dah takde repeat2 dah. Kalau gagal takde repeat kalau lulus Alhamdulillah. Lepas tu, dah habis final exam, ade seminggu diperuntukkan untuk buat projek mengikut group yang telah ditetapkan. Memang sistem kat Infosys ni sistematik betul. Itu yang aku suka sangat. Nak tak nak kena terima apa yang kita dapat. Maksud lain terimalah kenyataan. hikhikhik. Batch seterusnya sesiapa nak join bertempat di UMS Sabah pulak ye =).





jadual untuk sebulan lebih....


Inilah pemandangan dari tingkat 12, Kompleks Teknologi 5, GMI.


Hamek kau mijah! Inilah tanggungjawab mu sebagai salah seorang developer dlm group... ececehhhh
Inilah gambar kawan-kawan aku di Infosys.... UITM Kedah, UITM Terengganu, UITM Shah Alam, USIM dan UNIMAS. Tiap2 hujung minggu hari ahad je kami keluar. Mid Valley, Time Square, KLCC, The Mines. Itulah tempat2nye.











Bestfriends with kawan baru


Kira & Ecah


Zaza orang Sarawak tapi belajar kat Uitm Dungun. Muka ada seiras tak?hikhikhik


takde keje ambil gambar dengan diorang ni. tengok muka aku dah muka ngantok dengan sejuknye lagi. Lastly tertidur juga aku kat dalam lab. Aku tak boleh tidur lambat2. Itu bukan aku. haha



Bestfriends <3


Kawan ganu yang best gler! Ecah dan Bell. Aku belajar bahasa ganu dari dieorang lah. Bermuncung2 mulut aku cakap. Ecah siap buat kamus ganu lagi kat buku nota aku. Nanti senang lah nak cakap ngan abg senior.. hikhikhik














dah habis semua topic. nah! POST TEST yang menunjukkan kita lulus atau tak. gementar habis! sebab test2 sebelum ni ade yang aku kena tak lulus. hehe





Sebelum minggu membuat Sterling Courier Project, Infosys buat aktiviti main paintball. Ade 9 group 10 orang dalam satu group. Ade 9 warna baju yang mesti kami pakai setiap kumpulan, warna brown, grey, blue, orange, yellow, red, green, purple, dan black. Aku group yang ke 4 kena pakai baju warna oren. Dah sudah aku kena cari baju warna oren. Sampai kat tempat main paintball group aku dinamakan group DELTA. yeh!


my team DELTA =D


Ni group 5 nama ape aku tak ingat. team Harimau Malaya la kunun.................



Sebelum main kena briefing dulu. Walaupun aku pernah main kat matrik sebelum ni tapi aku tidak seaktif dulu. Sungguh kasihan...


Tiba giliran group aku..nebes!





tengok! tengok! aku kat tengah sikit sebab aku nak pergi depan tapi bila dah main tak berani nak ke depan sangat sebab diorang asyik menembak je yang aku pulak kedekut bullet nak tembak orang..haha


siapa yang target aku kat mata ni!!! habis tak nampak sebelah. Main kat matrik dulu pun kena tembak kat mata juga. Yang last game pulak diorang tembak aku kat pinggang 2x. Yang first memang terasa sampai ke hati, yang kedua rasa sakit je. Ni fendi punye keje la kan. bengkak dowh! hakhakhak








group  hitam


group biru


ni group merah yang ramai berebut nak pakai warne ni. Akhirnya mereka yang dapat warna merah mereka juga lah juara paintball. Tahniah !



  

Lepas 4hari bersama group menyiapkan project, presentation pulak hari jumaat. Di tambah pulak PL kami tak sihat ade jugalah yang tak tidur kurang tidur siapkan project. Presentation kami tidak memuaskan sangat. Tapi takpelah. Jumaat malam tu pulak Dinner + Konvokesyen Infosys. Cewah nak konvo juga sekali dengan terima anugerah2 dan sijil. Bangga sikit Naib Canselor UNIMAS datang sebab beliau adalah pengerusi Infosys ni.


Tahniah group last sekali dapat Anugerah Projek terbaik. Hadiah lumayan ooooowwwwwww


Tahniah kepada kesemua sepuluh orang pelajar terbaik Infosys Batch8. Hadiah pun best jugaaaaa.....
Makan kat sini pun best juga. Tapi aku tak makan banyak sangat sebab aku banyak minum air. kembung perut. Nasib tak nampak perut. Ada sepuluh menu yang mana sedap tak tahulah...

























 Duduk sebelah bos. eeh?? Tersedondon pulak.... Ramai yang perasan. Bawah lampu nampak macam warna sama tapi ada lain sikit laa....





































sorang dah macam Hafiz Af sorang lagi macam Aizat..haha


Kak Bell yang kiuuuttt dan hottssss








Gonna miss my place and my PC 40 =D..


Walaupun kena marah sikit dan projek tak kena sangat dengan requirement tapi tahniah juga kepada group aku. Rinduuu korang laaaaa...


Thank you Infosys Batch8


Tahniah kepada semua peserta2 Infosys Batch8



Akhirnya Infosys dah tamat. Ni lah masa yang ditunggu2 sangat. Alhamdulillah lulus dan dapat sijil. eehhh?? baju aku dengan baju Naib Canselor aku nak dekat sama laaaa.. hehe.. Thank you Lydia Collection The Mines.. Koleksi baju2 anda saya suka =).
=]=]=]