Hello Hello

13 November 2012

Sambung plan ke Bau




Assalamualaikum =]=]=]


Bersambung pulak dengan entry baru. Another plan untuk cuti midsem. Kali ni plan ke area2 Bau, Sarawak sana bersama ann & zidane. Yang lain masing2 ada hal dan masalah sendiri. Ok, pakai satu kereta je trip ni. Bertolak di tengahari, lambatkan? zidane suka berjalan + ann orang sini jadi tak perlu risau tentang arah jalan or nak ikut jalan mana sebab due2 bestfreng aku ni tau jalan. Tak tau jalan pun main try je ikut jalan mana sebab semua jalan kat sini takde penghujung, keluar jalan itu la keluar jalan ini la. Yang aku duduk belakang kalau tak mengunyah mesti tidur. Tambah2 ada certain tempat yang kami lalu hujan. Tempat first pergi ke Tasik Biru kemudian ke Gua Angin.



 
 Welcome! Welcome!





Nama tasik biru tapi nampak macam hijau kan?


with them


Seronok budak2 kt belakang tu .....


gff


Dorothy Ann & Daisy Annette


kalau boleh nak je turun bawah lagi


Zidane <3


Ann <3


kaki jalan =P


bersama kembar tapi tak sama tak serupa..hehe


baby =)


Tersinggah pulak kat tepi jalan ade mini zoo.








Dinosoru???


ape nama tempat ni pun tak tau la den...huhu


sampai juga akhirnya~~~


we're here!!!


memerlukan lampu suluh untuk menyuluh apa yang patut~~~ apa yang patut~~~


mari naik!!!


Jalan mana nak lalu ni??


hanya kami 4org je yang nak masuk dalam gua ni. da beberapa kali keluar masuk keluar masuk tapi tak masuk2 ditambah pulak dengan aku yang mulanya agak tak confident nak masuk dalam tu bertemankan 3org kawan perempuan. Bila masuk keluar balik, lepas tu tunggu kat pondok kot2 ade orang singgah nak masuk gua tapi takde juga. Lepas tu amik gambar dulu la apela. Finally, masuk juga dengan lampu suluh dan payung untuk mengelakkan kepala dari kena titik2 air dalam gua ditambah pula untuk keselamatan.hehe


sampai di seperempat jalan..




jalan ni ditutup sebab ade construction




Ni kiteorang masuk ikut jalan terus tak belok2 tak pandang kiri kanan pandang depan je sampai nampak cahaya.. haha.. Lain kali datang sini pakai jalan lain pulak. Bila nak jalan balik, hati rasa nak ikut jalan yang sama juga terus tak belok2, rasa takut nak try jalan ke kiri dan kanan. Penat oihh walaupun dalam gua tu sejuk tapi berpeluh juga. Rasa macam nak pergi lagi, mana tau boleh pergi dengan Mr. ke kan? hakhakhak..


=]=]=]


Hai Lundu




Assalamualaikum =]=]=]


Lepas Raya Aidiladha terus sambung cuti mid sem. Mula menyusun aktiviti2 dan plan2 dengan girlprens apa yang boleh dibuat untuk memenuhi masa2 cuti midsem. First plan, itupun last minute decide nak ikut kawan2 pergi ala2 berpicnic ke Lundu. Pagi tu hujan renyai2 tapi plan tetap diteruskan. Memang sepanjang perjalanan dari Samarahan ke Lundu hujan tak berhenti pagi tu. Perjalanan lebih kurang 2jam aku kira sebab start perjalanan tu aku dah mula ngantok dan seterusnya dibuai mimpi. Bila aku terjaga masa dah nak dekat sampai ke Pantai Pandan. Lama juga lah aku tidur. Yang aku ingat aku terjaga sebab aku terdengar lagu Judika berkumandang di radio Era fm. hahaha.


Very nice walaupun hujan renyai2 masa tu


Air laut baru nak pasang


di seberang sana tu adalah Gunung Santubong


Ni bekalan yang aku ngan ain bawa. Hujan buat kiteorang rasa lapar, makan dulu dalam kereta


Makanan yang berat2 macam nasi, lauk pauk, bihun goreng dimasak dan dibawa oleh matun dan housematesnya


tak nampak lauk ke zakwan ni?


makan time!


yang teruna2 dapat makan free yea!


Air kelapa yang dibeli di sini. nyaman! =)



kebetulan dah ada gitar kan, request lagu Judika. auchh!!! hahaa


Akhirnya zidane dah sampai setelah keseorangan di sepanjang perjalanan ke sini.

tak dapat daki bukit daki batu2 ni pun dah cukupla...


Here I am =)


Alangkah seronoknya bila berjalan di tepi pantai bersama Mr. cewahhh!!! *berangan ko mijah!


 
Ain =)


Suasana selepas hujan renyai2


Batu2 besar





the rocks


apela gelagat dieorang kat tengah2 ni?








air ni sangat sejuk dan jernih


the ombak rindu yang mengamuk


ni lah aktiviti si teruna2 ni


mari kita zoom ape diorang buat..haha



kaki pancing rupanya dieorang ni.....


ape lagi la yang dieorang buat tu?


siapa punye ni tersadai kat sini. anak tumpang duduk nak amik gambar... hehehe =D


dah panas masa ni pun sya tutup muka sebab mengantok. aiikk???










jalan2 tepi pantai, nampak 3orang sedang berseronok bermandi manda dan ade seorang tengah menonton. aduhaiii. si teruna2 rupanya. tengah ombak2 besar ni orang main sufrboard bukannye mandi. haha



baguihla 4orang mandi 2orang menonton =)


kelihatan couple yang baru lepas main sufrboard


Wahhh..best pergi pantai. Nak pergi lagi la!!!

=]=]=]