Hello Hello

27 March 2012

KESUMAS ku




KESUMAS (Kejohanan Sukan Unimas) telah berlangsung pada 17-24 Mac yang lepas. Ada banyak permainan yang dipertandingkan seperti berikut :

1. Bola Sepak
2. Bola Jaring
3. Bola Keranjang
4. Bola Tampar
5. Bola Baling
6. Futsal
7. Ping Pong
8. Tenis
9. Skuasy
10. Ragbi
11. Renang
12. Boling Padang
13. Petanque
14. Sepak Takraw
15. Badminton

Terdapat 8 Fakulti yang menyertai KESUMAS termasuklah fakulti aku dan aku pun masuk juga. hehe. Macam KESUMAS yang lepas aku mewakili fakulti dalam permainan petanque. Kali ni aku masuk bola baling dan petanque last minute masuk nama. yey! Kebanyakan yang mewakili fakulti aku ni adalah junior2. Yang senior tahun 2 adalah juga yang masuk tapi tak banyak pun. Yang tahun 3 memang takde lah sebab kebanyakan mereka pergi LI. Yang tahun 4 pulak tak boleh kacau sebab mereka sibuk dengan final year project. 




Pasukan bole sepak fakulti aku. Siap ada jersi sendiri lagi. Walaupun kalah next time cuba lagi.


Tu dia... Pasukan futsal perempuan. Ni pun semua ade jersi cuma takde letak nama je lagi. Ada juga kawan2 aku yang tanya kenapa aku tak masuk futsal. Jawapan aku senang je ' Kalau dah nama futsal mestilah ramai yang nak masuk tulis nama, takpela aku main untuk kelab kolej aku pun dah cukup, bagi jela junior2 main =) ' .


Yang ni pasukan basketball lelaki. Tahniah sebab dapat emas untuk permainan ni. Bila tengok gambar, aku rasa aku tak pernah tengok dua orang international student yang putih tu, yang tinggi tu aku pernah lah tengok. huhu

Yang ni pasukan boling padang lelaki & perempuan. Alamak safri takde pulak dalam gambar sebab dia yang ambil gambar ni. Cadang nak pergi tengok mereka ni tapi sebab takde transport sebab mereka main di stadium Sarawak kalau tak silap. 


Petanque. Tahniah semua. Yey! Akhirnya aku dapat main juga permainan ni. Walaupun aku dapat main untuk game yang last. Tapi aku tak hampa sebab kalah tipis je dengan student Medik. Rugi betul aku tak letak nama main game yang awal tu. Rasa macam seronok pulak. hehe. Tapi rasanya lebih seronok kalau main dengan pasukan abang senior macam yang lepas tu. hikhikhikhikhik ^_^


Pasukan bola baling/ bole beling. haha. Mana aku? Aku yang tangkap gambar ni sambil menahan rasa kepedihan luka di lutut. Time ni main penuh emosi. Lawan dengan FK & FEB. Memang emosi lah sebab mereka terdiri dari budak2 MASUM. Memang kalah la. Tapi takdelah teruk, ade juga kami dapat jaringkan gol.haha. Aku ni sampai seluar koyak, lutut luka sebab jatuh, tapi score gol takde. ape daaaaa.... next time la. haha


 
Time rehearsal penutupan di tengah2 panas terik bersama budak2 junior yang nakal2 ni ....


Sebelum bermulanya penutupan perasmian. Bersunburn lagi.


Owh yeh! posing bebeh!


=)=)=)

Tu dia... Fakulti aku FSKTM, Kontinjen yang pertama. 


Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) seramai 28 ahli yang diketuai oleh Hamizah Binti Anuar. wahahahahhaa =D
FIT! beep! FIT! beep! FIT! BEEP! BEEP! BEEP!


Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia (FSKPM)


Fakulti Sains Gunaan & Kreatif (FSGK)


Fakulti Sains Sosial (FSS)


Fakulti Kejuruteraan (FK)


Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK)


Fakulti Sains & Teknologi Sumber (FSTS)


Fakulti Ekonomi Perniagaan (FEP)


Semua duduk tengah panas, berpayung tengok persembahan silat.


Kiteorang yang tak dapat tempat redup.hahaii

Persembahan nyanyian lagu Ella. Tapi penyanyi nye student Unimas lah.


My fren. Lupa pulak nama die ni. Susah betul nak ingat. Menang pingat emas & perak dalam acara renang. Dah la tinggi. Tahniah my fren!


Pemenang emas dalam acara squash perempuan & perak untuk squash lelaki.


Aku nak bergambar ngan Diba sebab dia pegang sepanduk FSGK, tetiba ramai pulak yang datang posing sekali kan. sabo jela....


Tahniah kepada semua atlet2 FCSIT termasuk aku sekali. hehe. KESUMAS akan datang kita try lagi walupun kita takde budak MASUM. hehehe.



Senarai pemenang KESUMAS
1) FK- 11 emas, 8 perak, 9 gangsa
2)FSTS- 5 emas, 5 perak, 6 gangsa
3) FEB- 5 emas, 4 perak, 6 gangsa
4)FPSK- 5 emas, 2 perak, 1 gangsa
5) FSS-3 emas, 5 perak, 1 gangsa
6)FSKTM-3 emas, 4 perak, 2 gangsa
7) FSGK- 2 emas, 2 perak, 3 gangsa
8)FSKPM-2 perak, 2 gangsa....
* tak silap aku, pingat emas kiteorang ade 4, bola keranjang, renang, squash, badminton. Sepatutnya FIT atas sikit no5. haha. ape2 jela. Dah habis dah semua tu. Sekarang tinggal proses nak cerahkan kulit balik. hehe =)



=]=]=]

26 March 2012

Sakura Got Talent




Sakura Got Talent telah berlangsung pada 23hb Mac iaitu hari jumaat yang lalu. Memang aku lupa tarikh ni. Nasib baik lah ade orang ingatkan, kalau tidak memang tak dapat merit kolej la aku masa tu. Habis kelas petang tu rasa tak sabar nak attend show ni. haha. Yelah, nak menonoton bakat2 yang terpendam, bakat2 yang ada kat penghuni2 Kolej Sakura ni. Yang aku pulak, kawan2 tanya kenapa tak masuk. Aku? Nak masuk Got Talent ni? Aku ada talent ke? Memang tak lah. Kalau aku masuk pun aku nak buat ape? Menyanyi? Berlakon? Menari? haha. Hanya mampu gelak. 

Sakura Got talent ni ade 3 kategori iaitu menyanyi, menari dan berlakon. 

Yang aku ni pulak dari duduk kat tempat duduk atas pergi turun duduk kat tempat duduk bawah sebab nak tangkap gambar. Camera bawa tapi tak guna nak buat ape kan. Jadi tangan kiri aku pegang hp rakam video dan tangan kanan aku pulak pegang camera tangkap gambar. haha. Lepas tu gelak2, video pun goyang2. haiiyaaa...



Ni dia persembahan pertama. Tarian India. Dua2 kawan fakulti aku. hehe. Terangkat-angkat bahu dengar lagu mereka ni ha.....


Persembahan kedua iaitu lakonan. Yang ni memang syok. Rasa nak gelak guling 2 je kat situ. hahahahhaahaha


Persembahan ketiga nyanyian. Boleh tahan lah suara yang pegang gitar tu. Dah la tinggi. Cam model aku tengok.


Yang ni nyanyian juga. Nama kumpulan ni 7 suara. My fren juga yang nyanyi tu. Wahhh. Nyanyi lagu Ning, Jac & Shila nampak.


Yang ini pulak tarian juga. Dari kumpulan India juga. 


Yang ni pun lakonan juga. Semua jadi watak orang gila...


Yang ni tak bertanding tapi hanya persembahan sementara menunggu keputusan pemenang dar pengadil.



Disebabkan penyertaan bagi setiap kategori sikit je, so, aku dah boleh agak siapa yang akan menang.

 Bagi kategori tarian, tarian india kawan aku ni yang menang.yey!!


 Bagi kategori nyanyian pulak, kumpulan sanctuary tak silap aku namanye yang menang.


Kategori lakonan memang semua orang dah boleh agak dah, kumpulan botol ni yang menang. Memang patut menang pun sebab lawak sangatlah. Habis air mata aku gelak tak berhenti je. 



Tahniah kepada semua pemenang. Lepas ni ada apa lagi aktivit di Sakura? 
Merit saya baru sikit ni .huhu =(


 =]=]=]

22 March 2012

Senyum lebar sebab YUNA !




Hey Thursday! Aku sangat gembira hari ni sebab photo bawah tu..hehe
Now, penyanyi wanita muda yang aku minat sangat2 ni, YUNA @ YUNALIS ZARAI dah jadi Duta baru handphone Samsung Galaxy Note.
 wahh!!! macam nak pakai je tapi aku takde keinginan lagi lah nak tukar hp baru. haha.
Mula2 memang tak percaya tapi kawan punya pasal percayalah aku bahawa itu adalah real sign dari Yuna sendiri. Tulis nama aku sekali menggunakan Samsung Galaxy Note.
Seronok tak terhingga, belum jumpa lagi ni. =D=D=D...aiyoyoyo..
Terima kasih banyak2 kat kawan baik Twitter aku ni, Azreen yang sanggup ke Low Yat Plaza sebab Yuna. Memang peminat setia Yuna mamat ni =).




Azreen! My twitter fren! Thank you so much! Senyum lebar kamik! 
=D=D=D




*harap lepas ni berkesempatan dapat jumpa YUNA =D *



=]=]=]

17 March 2012

Untuk MAMA




Selamat Hari Jadi yang ke 47
MAMA



Mama lah ibu, mama lah umi, mama lah kawan baik, mama lah teman rapat, mama lah tempat mengadu, tempat meluahkan perasaan, tempat berkongsi suka dan duka. Tiada rahsia. Everything bagitahu mama walaupun tak penting bagitahu juga. hehe
 Mama cakap kita macam Lisa Surihani and her mother.
Yeh! Kami berdua minat Lisa Surihani =D 
Tapi bezanya Lisa tu artis dan mama die pulak manager dan selalu Lisa pergi mana2 mama die ada. 
Memang aku ngan mama nak macam tu juga. Tapi tak boleh. Aku belajar di sini dan mama pulak di sana.
 Perkara wajib tiap2 hari sejak aku di Matrik, calling2 yang membuatkan aku ngan mama rapat dan tahu ape yang berlaku dalam satu hari. 
Mama penyabar, tegas, penyayang tapi yang paling miza bangga mama miza seorang yang kuat =D 
Semoga mama sihat, cepat sembuh, panjang umur dan murah rezeki . 
Rindu mama!!!! (crying )

 I LOVE YOU SO MUCH MAMA <3<3<3



Ya Allah, hambaMu memohon kepadaMu ya Allah. Sembuhkanlah penyakit ibu hambaMu ini ya Allah, aku tidak sanggup melihat penderitaan yang dihadapi oleh ibuku ya Allah. HambaMu merayu kepadaMu ya Allah, berikanlah kesejahteraan kepada ibuku ya Allah. Aku pohon kepadaMu ya Allah, jauhilah ibuku daripada segala penyakit ya Allah. Aku amat menyayangi ibuku ya Allah…
Amin...........


=]=]=]



15 March 2012

bye bye my fren




Huh. Sedih pulak nak buat entry ni. Ok. Entry ni untuk my fren, Aina yang dah balik semenanjung dan tak akan balik sini dah. Keputusan pertukaran universiti dah diluluskan. Jadi, tambah lagi kekurangan kawan aku kat fakulti selepas ade yang dah tukar fakulti sekarang ni. Patutlah aku pelik status dia ni kat Fb nak jual buku lah, post macam student nak tukar fakulti lah. Last2 nak tukar u terus. Aku pun sehari sebelum dia balik baru aku tau. Salah seorang dari teman aku mengatur masa untuk makan2 pada malam hari. Tempat kami makan bersama2 pada malam tu di Ayam Penyet Stesen 12.



Kawan2 yang hadir pada malam tu..


Ni perempuan2 yang feveretnye Ayam Penyet


Menikmati makanan dengan lazatnya..


Yang lelaki diam terus kalau makan.haha


See our MPP. Makan memang semangat. Dia yang paling lambat habis makan.


My menu. Mee goreng. No ayam penyet. Sebab nanti confirm tak habis makan. pedas!


Ni lah ayam penyet Stesen 12


Yang ni pulak Nasi goreng beriani ayam penyet


Kek ni khas untuk Aina. 


Ain & Aina


Girl-Frens =D


with Boy-frens =)


Mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk Aina. Selamat melangkah ke permulaan baru dan Semoga berjaya di universiti baru sana. Panjang umur kita jumpa lagi Aina. Tweet2! Fb2! 
We gonna miss u deng! =D


=]=]=]