Hello Hello

25 September 2011

Minggu Bersama Fakulti

Wow!!! Dah nak dekat 2minggu tak update blog ni. Bukan setakat nak update, nak log in pun tak. Disebabkan banyak kerja, pastu penat, pastu dah malas dan ditambah pula line maxis yang agak lembap minggu lepas. Yes!!! Minggu lepas memang busy menguruskan Minggu Bersama Fakulti (MBF). Dan sekarang nama tu dah ditukar menjadi Minggu Bersama Pertekma (MBP). Pertekma tu Persatuan Teknologi Maklumat kat Fakulti aku la. Dan sekarang aku dah jadi mid-senior. Senior tengah2 la maksudnye. Konon2. haha. Baru lah rasa macam mana nak menguruskan student2 baru yang agak ramai, yang baru nak kenal. huh. Macam2 gelagat ada. Dan sampai sekarang pun salah satu dari gelagat mereka, aku dan kawan2 aku terikut2. EEEUUUWWWW!!! Sampai bila ntah nak jadi macam ni terus. haha. Bila dah terbiasa dengan gelagat macam tu, dengan semua orang yang kita nak bercakap pun jadi macam tu lah secara automatik. haha.


My DEAN 

Dean, Advisors of Pertekma and our MPP

Wakil MPP dari FIT.. Hazman =)


Precident of Pertekma

Senior FIT







Edison dah macam pelakon/penyanyi korea plak. haha

My facilitator 

dengan vice precident of Pertekma

Group ni menang ape tak ingat dah. Yang pasti group ni ade sorang international student from Nigeria.



Ni group yang aku judge persembahan dieorang sampai dapat masuk final. Congrates!

All exco & facilitators of Pertekma =)

Ok. Aku tau lepas ni ramai first year students or kawan2 Pertekma aku akan mula benci & menyampah ngan aku dan tengok muka aku. Asyik tanye duit, mintak duit, semua pasal duit. I don't mind coz that's my responsibility. Aku bukan ceti haram tapi ceti halal ye. Is not about the money~money~money... Price tag! Price tag! Tu memang lagu favourite aku. Kan dah terkena ngan aku juga. haha. 

Dah kena cop muka duit & mata duitan =]=]=]

Semoga aku amanah dalam tanggungjawab aku dan dapat handle semua masalah dalam Pertekma, Pelajaran & Kehidupan aku sem ni. 
Alhamdulillah, aku semakin ok. Lagi selalu aku bersama dengan kawan2, lagi rapat aku dengan kawan2 aku, lagi semakin aku mengenali kawan2 baru aku,  lagi senang aku nak lupakan masa lalu yeh!!! =]=]=]

12 September 2011

Hari bermula

Huh. Dalam 2, 3 hari aku dah kat Unimas ni, dah menumpang rumah kawan selama 3hari ni, adoi, hidup kelam kabut. Nak beli barang2 keperluan pun, tak kan nak letak kat bilik kawan tu. Sebab barang aku banyak. Nak kemas bilik sendiri, tak boleh register kolej lagi. Meeting untuk MBF (Minggu Bersama Fakulti) lagi . Daftar kolej, kemas rumah, kemas bilik, meeting, beli barang keperluan, kerja itu ini buat dalam satu hari. Hari tu adalah hari ahad. Memang kelam kabut. Biasanya kalau esok nak kelas, hari ni aku dah sedia nak masuk kelas esok, dah sedia nak belajar subjek baru, dah buat jadual belajar sendiri, dah sediakan apa yang perlu bawa dalam beg. Tapi kali ni aku tak macam tu. Tak sedia lagi nak pergi kelas. Dah lah kelas Statistic. Ape pun tak tau. Barang aku, baju2 ade lagi yang belum ambil kat rumah Ann. Nak kemas lagi. Aku dapat rumah sama tapi bilik je lain. Dapat rumah sama tapi bilik lain. Dapat bilik single yang dah dijadikan double. Sekarang tengah menyesuaikan diri dengan keadaan yang tak selesa lagi. Nasib baik dapat roomate yang aku kenal, satu fakulti dan yang gila2 juga kepala otaknye. haha. Evangaline Nain my new roomate!!! =)

Malamnya pulak MBF ngan budak2 intake baru kat fakulti selama 4hari. Start hari Isnin ni bermula sem baru, azam baru, subjek baru, jawatan baru, kenangan baru, hidup baru dan buka cerita baru pulak untuk sem ni. haha =) . Bermula lah juga aku memegang jawatan di fakulti sebagai Bendahari PERTEKMA (Persatuan Teknologi Maklumat) selama setahun untuk 2sem. Money! Money! Money! Duit duit~~~ dimana kau duit ~~~. haha. Semoga aku dapat handle dan bahagikan masa untuk study, jawatan, & kolej. Supaya aku tabah dan terima segala dugaan sem ni. Semangat dan nasihat mama dan ayah memang penting sangat untuk aku. Dan nasihat itu akan aku pegang untuk sem ni. Mulakan hidup baru ko Hamizah Anuar dan jangan ingat yang lepas2 dah. Jadikan tu pengajaran. yeh!!! Semangat !!!



Aku ganti Lee Kah Mun. Now I'm a Treasurer of PERTEKMA 11/12



 PERTEKMA Committee 2011/2012




Selamat datang student baru ke FSCIT UNIMAS .... =]=]=]

08 September 2011

Hari Ini dah tiba

Memang masa itu begitu pantas dan cepat. Rasanya macam baru2 je nak cuti sem 4bulan. Tengok2 cuti sem da abeh dah. huh. Ini memang tak suka. Cuti dah lama, sifat malas tu dah mula tumbuh kat dalam diri ni. Flight nak balik Sarawak tadi kol 1.35p.m , AK5210. huh.

 Dalam hati rasa macam tak nak pisah je setelah lama bercuti. Camni la kalau cuti sem, sebelum aku nak balik, perasaan sedih tu datang. Tambah2 mama. huh. Hari2 sebelum menanti aku flight ni, mama pun tak banyak cakap sangat tapi menyakat tu memang adela kan. Aku tau mama rasa sunyi juga bila aku da balik Unimas. Dah takde orang nak kacau mama, nyakat mama, potpetpotpet, menjerit, melalak, ngadu itu ngadu ini kat mama. Tapi lepas ni bil telefon akan naikla sampai beratus2. Sebab ape? Sebab tiap2 malam aku akan bergayut ngan mama aku. Sehari kalau tak dengar suara mama memang aku tak tenteram. Bak kata ann, aku kalau bercakap ngan mama kat telefon dah macam orang bergayut dengan boyfriend. yezza!!! Itu dah memang jadi amalan aku sejak matrix ok ! 

Dan aku sampai tadi kol 3.35pm. Macam biasa Ann lah yang amik dan hantar aku. Sepanjang dalam flight tadi perut memang berbunyi je. Yelah, pagi tu memang tak berselera nak makan. Bila kita naik flight kita boleh nampak awan yang putih tu kan. Dan kita juga boleh tengok perubahan cuaca dari satu tempat ke satu tempat. huh. Sebelum ni aku pergi dan balik waktu malam dan waktu pagi je, kali ni waktu tengahari pulak. Bertolak tadi cuaca ok, panas dan cerah je. Tetiba flight tadi bergoyang macam tak stabil. huh. memang risau. Ingatkan langgar awan biasa2 je. Rupanya langgar awan mendung yang gelap tu bila dah nak sampai Sarawak. Lepas tu kat tempat lain tetiba panas dan boleh nampak tempat mana yang hujan lebat dan tempat mana yang panas dan juga tempat yang ada kilat dan petir. Memang menakjubkan kuasa Tuhan. Tak boleh digambarkan dengan kata2 macam mana keadaan tu. SUBHANALLAH =)

Dah sampai Kuching, lepak2, makan2, gossip2, story mory, jalan2, usha2 kat The Spring ngan ann. huh. Bila dah sampai sini nampak ade perubahan sikit. Giant pon dah siap kat sini. Senangla nak borong barang banyak2. huhu. Masuk Unimas tadi pun. Wow!!! Dewan baru Unimas dah siap. Besarla juga. Dah macam airpot aku tengok bangunannye. Lepas tu saja menggatai nak singgah mart Kolej Sakura beli air. Tengok budak2 junior tengah makan malam. Tetiba rasa aku ni dah macam senior pulak. owh2.. tidak2!!! haha.

Dan bermula hari ni sampai ahad pagi hidup menumpang di kolej kawan sebelum aku dapat register kolej aku sendiri. huh. Sungguh tak biasa ni. Nasib baik biliknya besar dan dapat menampung beg2 aku yang besar juga. Esok meeting PERTEKMA bermula dengan advisor. Selamat memulakan tugas anda Hamizah Anuar =]=]=]

Sugar Bun => 





06 September 2011

Raya + Merdeka = Merdeka Raya

Dah bulan Syawal ke-7 dah.... Beraya sampai tak update pun blog. Alhamdulillah raya tahun ni seronok sebabnya dari bulan Ramadhan dapat puasa ngan family. Tahun lepas takde. Walaupun ade lagi adik beradik ayah dan mama yang tak sempat nak jumpa, duit raya pun tak banyak sangat tapi aku puas hati sebab puas beraya ngan family. Ni pun konvoi raya tak habis lagi. Tapi mood dah nak melencong ke Unimas dah.huh

1 Syawal


Lepas sembahyang raya, pergi rumah jiran sebelah ade kenduri sikit. Lepas makan baru angkut beg segala berangkat ke rumah opah. Datang2 rumah opah, rupenye2 baru lepas bergambar. huh. Terlepas. Tapi takpe aku dan family puas hati sebab gambar kami satu family dah siap kat kedai gambar Wah Kong. haha. Cun ooooo =) . Yang ada kat rumah opah keluarga cu, mak andak, cho, mak uda dan pak anjang. Nak konvoi raya ke Bagan Dato tak jadi pulak, dah update status dah kat fb. Nak beraya rumah sedare lain pun tak jadi  juga sebab tokwan, maktok dan adik beradik mama dari kampung datang beraya rumah opah. Then beraya rumah aku pulak. Hari ni, bermalam di rumah opah. So, malam tu nothing to do sambil menunggu 31Ogos, pinjam Ipad cu mengon9kan diri la. Yang lain semua dah tidur awal.

1 Syawal satu family pakai warne biru tapi pic ni je yg ade. huh


2 Syawal

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA RAYA ! SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN. Pagi lepas sarapan, balik rumah packing baju2 untuk tidur kat kampung mama pulak. So, kami bertolak terus ke Selangor sebab adik beradik mama nak konvoi raya ziarah menziarahi ke rumah sedare belah maktok dan tokwan kat sana. Ade 8buah rumah saudara yang kami pergi kat sana.






Ni la yang sebenarnye tema tahun ni PURPLE. 


3 Syawal

Hari ni memang tak tau nak pergi beraya yang mana satu. Nak pilih beraye ikut ayah atau ikut mama. Last2 aku bangun lambat, aku tak jadi ikut ayah beraya kat Taiping. Just duduk rumah maktok. Tolong2 hidang makanan untuk tetamu2 yang datang rumah maktok. Petang tu pulak beraya di rumah sedare2 maktok yang berdekatan. Ayah tak balik rumah maktok, sebab jalan jam. So, ayah balik rumah sendiri terus.

4 Syawal

Seronok sangat sebab cousin yang paling kecik sekali dah selamat sampai kat kampung. Baby pakcik ni lah yang aku tertunggu nak jumpa sangat. Tapi pelik pulak sejak bila aku suka sangat kat baby??? Mungkin baby yang comel2, yang terpilih je kot yang aku suka. haha. Mak ngah dan Pak andak dah balik ke rumah masing2. Lepas asar ayah datang kampung bawa kami beraya kat rumah saudara ayah di Manjung dan Teluk Batik. 


Ayah tutup misai pasai ape? Aset berharge tuhhh ..hehe



Ni lah baby baru pakcik.. NURUL FIRZANAH =)
Geramnye kat die ni !!!!

5 Syawal

Giliran Mak anjang dan cu pulak balik. Petang beraya rumah sepupu ayah di Lekir dan terus ke Lumut jalan2. Malam tu pulak, beraya rumah paktam ngan maktok, tokwan dan pakcik. Pak alang sampai kampung lambat sebab jalan jam. huh

Mengidam Big Apple. Nasib baik kat Manjung ade. hehe





6 Syawal

Last duduk kat kampung maktok dan tokwan. Pagi giliran pakcik balik ngan baby nye yang comel sangat2 tuh.  Tengahari aku dan family pulak yang balik. Tahun ni tokwan bagi duit raya banyak betul. Tak sangka pulak tokwan akan bagi sebanyak tu. Insyaallah, aku akan ikut nasihat maktok dan tokwan. Dah cukup muhasabah diri. Duit raya semakin bertambah nampaknya. Pulang marilah pulang bersama-sama ~~~ 



Agak2 mata aku or mata baby ni yang lagi sepet eh ??? hehe =]=]=]




7 Syawal

Hari ni tak beraya ke mana2. Keluar pekan kejap beli beg sebab banyak bawa pakaian nak balik Unimas. Pastu kemas baju itu ini. Busy di rumah nak buat pendaftaran dan daftar course sekali.  Memang menguji kesabaran hari ni. Tu lembap, ni tak boleh buka dan macam2 lah. Hasrat nak jumpa girlfren sebelum nak balik Uni masing2 tercapai juga walaupun hanya keluar dengan Eka je tadi. Macam biasa lepaking and gosipping @ Mcd. Kuya datang rumah kejap tadi. Makasih yah Kuya. Hati2 kat UPM tu. Aliya dah ke KL. Esok pagi dia dah berlepas ke Sabah. So, hanya Eka sajalah tempat aku potpetpotpet dan ceritera itu ini. Wow!!! Mengadu domba aku kat kau Eka. haha. Tapi aku puas. Makasih juga Eka yang sudi temankan aku. Kawan2 yang lain2, nanti ade cuti panjang kita lepaking lagi okeh. 



Dah kol 4 lebih.. Mata still tak ngantok lagi. First time ni camni . Tido lambat sangat. huh. Ni mungkin sebab menghitung hari nak balik Unimas dah. Tu lah, cuti 4bulan, rasa tak nak pisah ngan mama dan ayah kan. Esok dah gerak ke Salak Tinggi rumah cu. Lagilah tak tenteram jiwa nak balik kan. Menghitung hari detik demi detik. Fuhhh !!! =]=]=]