Hello Hello

06 September 2011

Raya + Merdeka = Merdeka Raya

Dah bulan Syawal ke-7 dah.... Beraya sampai tak update pun blog. Alhamdulillah raya tahun ni seronok sebabnya dari bulan Ramadhan dapat puasa ngan family. Tahun lepas takde. Walaupun ade lagi adik beradik ayah dan mama yang tak sempat nak jumpa, duit raya pun tak banyak sangat tapi aku puas hati sebab puas beraya ngan family. Ni pun konvoi raya tak habis lagi. Tapi mood dah nak melencong ke Unimas dah.huh

1 Syawal


Lepas sembahyang raya, pergi rumah jiran sebelah ade kenduri sikit. Lepas makan baru angkut beg segala berangkat ke rumah opah. Datang2 rumah opah, rupenye2 baru lepas bergambar. huh. Terlepas. Tapi takpe aku dan family puas hati sebab gambar kami satu family dah siap kat kedai gambar Wah Kong. haha. Cun ooooo =) . Yang ada kat rumah opah keluarga cu, mak andak, cho, mak uda dan pak anjang. Nak konvoi raya ke Bagan Dato tak jadi pulak, dah update status dah kat fb. Nak beraya rumah sedare lain pun tak jadi  juga sebab tokwan, maktok dan adik beradik mama dari kampung datang beraya rumah opah. Then beraya rumah aku pulak. Hari ni, bermalam di rumah opah. So, malam tu nothing to do sambil menunggu 31Ogos, pinjam Ipad cu mengon9kan diri la. Yang lain semua dah tidur awal.

1 Syawal satu family pakai warne biru tapi pic ni je yg ade. huh


2 Syawal

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA RAYA ! SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN. Pagi lepas sarapan, balik rumah packing baju2 untuk tidur kat kampung mama pulak. So, kami bertolak terus ke Selangor sebab adik beradik mama nak konvoi raya ziarah menziarahi ke rumah sedare belah maktok dan tokwan kat sana. Ade 8buah rumah saudara yang kami pergi kat sana.






Ni la yang sebenarnye tema tahun ni PURPLE. 


3 Syawal

Hari ni memang tak tau nak pergi beraya yang mana satu. Nak pilih beraye ikut ayah atau ikut mama. Last2 aku bangun lambat, aku tak jadi ikut ayah beraya kat Taiping. Just duduk rumah maktok. Tolong2 hidang makanan untuk tetamu2 yang datang rumah maktok. Petang tu pulak beraya di rumah sedare2 maktok yang berdekatan. Ayah tak balik rumah maktok, sebab jalan jam. So, ayah balik rumah sendiri terus.

4 Syawal

Seronok sangat sebab cousin yang paling kecik sekali dah selamat sampai kat kampung. Baby pakcik ni lah yang aku tertunggu nak jumpa sangat. Tapi pelik pulak sejak bila aku suka sangat kat baby??? Mungkin baby yang comel2, yang terpilih je kot yang aku suka. haha. Mak ngah dan Pak andak dah balik ke rumah masing2. Lepas asar ayah datang kampung bawa kami beraya kat rumah saudara ayah di Manjung dan Teluk Batik. 


Ayah tutup misai pasai ape? Aset berharge tuhhh ..hehe



Ni lah baby baru pakcik.. NURUL FIRZANAH =)
Geramnye kat die ni !!!!

5 Syawal

Giliran Mak anjang dan cu pulak balik. Petang beraya rumah sepupu ayah di Lekir dan terus ke Lumut jalan2. Malam tu pulak, beraya rumah paktam ngan maktok, tokwan dan pakcik. Pak alang sampai kampung lambat sebab jalan jam. huh

Mengidam Big Apple. Nasib baik kat Manjung ade. hehe





6 Syawal

Last duduk kat kampung maktok dan tokwan. Pagi giliran pakcik balik ngan baby nye yang comel sangat2 tuh.  Tengahari aku dan family pulak yang balik. Tahun ni tokwan bagi duit raya banyak betul. Tak sangka pulak tokwan akan bagi sebanyak tu. Insyaallah, aku akan ikut nasihat maktok dan tokwan. Dah cukup muhasabah diri. Duit raya semakin bertambah nampaknya. Pulang marilah pulang bersama-sama ~~~ 



Agak2 mata aku or mata baby ni yang lagi sepet eh ??? hehe =]=]=]




7 Syawal

Hari ni tak beraya ke mana2. Keluar pekan kejap beli beg sebab banyak bawa pakaian nak balik Unimas. Pastu kemas baju itu ini. Busy di rumah nak buat pendaftaran dan daftar course sekali.  Memang menguji kesabaran hari ni. Tu lembap, ni tak boleh buka dan macam2 lah. Hasrat nak jumpa girlfren sebelum nak balik Uni masing2 tercapai juga walaupun hanya keluar dengan Eka je tadi. Macam biasa lepaking and gosipping @ Mcd. Kuya datang rumah kejap tadi. Makasih yah Kuya. Hati2 kat UPM tu. Aliya dah ke KL. Esok pagi dia dah berlepas ke Sabah. So, hanya Eka sajalah tempat aku potpetpotpet dan ceritera itu ini. Wow!!! Mengadu domba aku kat kau Eka. haha. Tapi aku puas. Makasih juga Eka yang sudi temankan aku. Kawan2 yang lain2, nanti ade cuti panjang kita lepaking lagi okeh. 



Dah kol 4 lebih.. Mata still tak ngantok lagi. First time ni camni . Tido lambat sangat. huh. Ni mungkin sebab menghitung hari nak balik Unimas dah. Tu lah, cuti 4bulan, rasa tak nak pisah ngan mama dan ayah kan. Esok dah gerak ke Salak Tinggi rumah cu. Lagilah tak tenteram jiwa nak balik kan. Menghitung hari detik demi detik. Fuhhh !!! =]=]=]










No comments:

Post a Comment