Hello Hello

12 September 2011

Hari bermula

Huh. Dalam 2, 3 hari aku dah kat Unimas ni, dah menumpang rumah kawan selama 3hari ni, adoi, hidup kelam kabut. Nak beli barang2 keperluan pun, tak kan nak letak kat bilik kawan tu. Sebab barang aku banyak. Nak kemas bilik sendiri, tak boleh register kolej lagi. Meeting untuk MBF (Minggu Bersama Fakulti) lagi . Daftar kolej, kemas rumah, kemas bilik, meeting, beli barang keperluan, kerja itu ini buat dalam satu hari. Hari tu adalah hari ahad. Memang kelam kabut. Biasanya kalau esok nak kelas, hari ni aku dah sedia nak masuk kelas esok, dah sedia nak belajar subjek baru, dah buat jadual belajar sendiri, dah sediakan apa yang perlu bawa dalam beg. Tapi kali ni aku tak macam tu. Tak sedia lagi nak pergi kelas. Dah lah kelas Statistic. Ape pun tak tau. Barang aku, baju2 ade lagi yang belum ambil kat rumah Ann. Nak kemas lagi. Aku dapat rumah sama tapi bilik je lain. Dapat rumah sama tapi bilik lain. Dapat bilik single yang dah dijadikan double. Sekarang tengah menyesuaikan diri dengan keadaan yang tak selesa lagi. Nasib baik dapat roomate yang aku kenal, satu fakulti dan yang gila2 juga kepala otaknye. haha. Evangaline Nain my new roomate!!! =)

Malamnya pulak MBF ngan budak2 intake baru kat fakulti selama 4hari. Start hari Isnin ni bermula sem baru, azam baru, subjek baru, jawatan baru, kenangan baru, hidup baru dan buka cerita baru pulak untuk sem ni. haha =) . Bermula lah juga aku memegang jawatan di fakulti sebagai Bendahari PERTEKMA (Persatuan Teknologi Maklumat) selama setahun untuk 2sem. Money! Money! Money! Duit duit~~~ dimana kau duit ~~~. haha. Semoga aku dapat handle dan bahagikan masa untuk study, jawatan, & kolej. Supaya aku tabah dan terima segala dugaan sem ni. Semangat dan nasihat mama dan ayah memang penting sangat untuk aku. Dan nasihat itu akan aku pegang untuk sem ni. Mulakan hidup baru ko Hamizah Anuar dan jangan ingat yang lepas2 dah. Jadikan tu pengajaran. yeh!!! Semangat !!!



Aku ganti Lee Kah Mun. Now I'm a Treasurer of PERTEKMA 11/12



 PERTEKMA Committee 2011/2012




Selamat datang student baru ke FSCIT UNIMAS .... =]=]=]

No comments:

Post a Comment