Hello Hello

27 November 2011

Maal Hijrah 1433





SALAM MAAL HIJRAH 1433


Berubah dan Berhijrah . Tidak kira apa pun bentuk Hijrah yang penting adalah Niat . Menukar corak kehidupan dari yang kurang baik kepada yang baik, dan yang baik menjadi lebih baik =D .

 
Satu Muharram Detik Permulaan 
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban Harta dan Nyawa
Demi Megakkan Islam Tercinta
Hijrah itu Pengorbanan
Hijrah itu Perjuangan 
Hijrah itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat 
Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman





Teringat kira2 11 tahun yang lepas, aku memasuki pertandingan nasyid di sekolah agama bersempena dengan Maal Hijrah pada masa tu. Beberapa rangkap lirik yang aku masih ingat tentang lagu nasyid aku ialah ~~~



Maal Hijrah menyingkap sejarah
Kisah perpindahan Nabi Muhammad
Dari kota Mekah menuju ke kota Madinah
Untuk menyelamatkan Islam dari ditindas



=]=]=]

26 November 2011

Arowana Exhibition




Arowana Exhibition yang berlangsung di DETAR UNIMAS.




Anak arowana. Memang first time aku tengok anak2nya macam ni. haha


Memang cantik ikan ni kan. Patutlah ade yang mahal.


Yang ni pun cantik. Tengok sisiknya. 


Yang ni jenis arowana lain. Tak silap arowana kuning yang masih kecil. Ade something wrong kat ikan ni perasan tak? Mulutnya luka. Nampak gigi dua batang. Memang kesian tengok ikan ni.



Yang ni ikan lari sebab tengok muka kami ni yang macam pengganas datang nak snap gambar kat akuarium ikan tu. hahaha



=]=]=]

25 November 2011

Breaking Dawn




Huh !!! Akibat tension and stress memerah otak buat coding untuk assignment CS Lab asyik error je yang keluar, membuatkan aku semakin lapar, semakin mengantok, semakin geram, semakin marah petang tadi. 
Dah tak tahan sangat, pergi balik bilik kejap, ambil wuduk sembahyang asar. Tenang sikit hati tapi resah tu adelah juga sebab assignment tak siap lagi. haihh. 
Lepas maghrib aku keluar ngan Ann pergi tengok movie BREAKING DAWN. Wow ! Sangat suka ! Tapi, biasalah cerita orang putih kan, mestilah ade yang part '   ' kan. Malas nak cakap. huh. 
Dalam panggung tadi memang penuhlah. Dahlah tadi aku masuk panggung yang paling besar kat situ. Memang aku suka cerita tadi, tambah2 ade Taylor Lautner (Jacob). 
Wow!!! Cair aku tengok die sebagai seorang yang protected, caring & sayang kat bella walaupun bella dah kahwin, dah mengandung. Huh. Memang tak duduk diam aku dalam panggung tadi bila scene Jacob keluar. auw! auw! haha.
Tak sabar nak tunggu Part 2 pulak. 

Adakah anak bella itu Renesmee atau Edward Jacob ??? haha


 Dua ni memang sweet......
tapi.....................


 Jacob lagi sweet !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ouuhh!!! Mata TAYLOR LAUTNER memang menawan bagi aku.... hahahahahahaha =D=D=D


see.... Gambar tahun lepas masa tayangan Eclipse.... oOoOoHhHhH Jacob ~~~


yeh!!! berdua sahaja. Nasib baik tak tersilap pilih panggung, kalau tak, memang dah pergi tengok kat panggung yang couple seat semua. haha. Duduk dalam panggung, bila keluar scene yang ada Jacob, memang tak keruan due2, aku nak menjerit tak berani, malu. Tahan je. Masing2 berebut Jacob, padahal Jacob tak kenal pun. Perasan je. hehehehe =)

Ok. Cukup setakat ini. Movie yang ditayangkan kira2 nak dekat 2jam tu cukup buat aku melupakan seketika stress & tension terhadap coding aku petang tadi. Lepas ni sambung balik sampai boleh keluar output. 
Selamat Malam

=]=]=]

Dapat Header Baru




Salam Jumaat. 
Mulakan hari anda dengan senyuman macam ni =]=]=] 

Hari ni aku tukar Header baru ! Nampak tak kat atas tu??? 
Cantik tak? haha
Header ni bukan aku yang buat tapi ade orang yang buatkan untuk aku. 
Aku terima header ni 15 November lepas. 
Agak terkejut juga sebab ade orang yang rajin buatkan header untuk aku.  
Mentang2lah course Graphic Designer kan, nak mengedit je kerja dia =)

' Terima Kasih MR.BEN, awak buatkan header untuk saya.
Gambar yang awak edit untuk saya tu pun cantik.
Saya suka =D '

Ni bukan Ben Ashaari eh, tapi senior Fakulti Seni Gunaan Kreatif kat universiti aku.
hehehehe


=]=]=]

22 November 2011

Wedding Madam HAMIZAN

Macam nama adik aku. Tapi bukan adik aku, lecturer aku lah. hehe  =]=]=]



Cinta mula berputik di Kebun Bunga di Johor Bahru, itulah kisahnya serba sedikit yang diceritakan oleh pengacara majlis di Majlis Perkahwinan lecturer TMX1010 & TMX2012 masa aku tahun 1 (sem1&2) dan merupakan salah seorang advisor PERTEKMA. Sebelum ni dah biasa panggil miss je, sekarang dah pegang title puan / madam. Agak kaku juga lidah aku ni kalau nak sebut 'madam'. Rasa lain macam je bunyi. haha. Aku dan ahli PERTEKMA yang lain dijemput hadir ke majlis perkahwinan madam yang berlangsung pada 20 / 11 / 2011. Agak cantik juga tarikh tu, combination 20 + 11 = 2011. haha. Pandai2 je aku buat equation sendiri. Majlis berlangsung di Kuching Park Hotel. Mantan2 PERTEKMA, staff2 fakulti ramai jugalah yang datang ke majlis tu. First time pergi kenduri kahwin dan tengok cara orang melayu Sarawak kahwin macam mana. hehe. 




Elegant grey

pelamin warna pink



 Cantiknya madam Hamizan. Yang pengapit tu pun cute. Agaknya adik beradik juga kot.
 








 <3<3<3

lauk2 yang dihidangkan

 kami berlima. Exco2 yang lain tak dapat hadir.











 with Miss Tan Ping Ping @ bestfriend madam

 dua2 comel... hehe

staff2 yang hadir

 ahli2 mantan PERTEKMA

dengan junior yang hadir

pintu gerbang warna pink.... Aku punya nanti confirm lah warna merah (berangan) ... hahahahha



SELAMAT PENGANTIN BARU MADAM HAMIZAN & SUAMINYA DJZAMANNI

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~


=]=]=]








16 November 2011

FikiranKu, PerasaanKu, HatiKu


Hanya Tuhan sahaja yang tahu ......... FikiranKu ..... PerasaanKu ...... HatiKu ....... =(=(=(





DOA MENGUBATI PERASAAN DUKA ATAU STRESS




اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي


Maksudnya :


“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.

11 November 2011

SUKMAB



Kali ni UNIMAS jadi tuan rumah untuk Sukan Mahasiswa Borneo - 2 (SUKMAB). Start 10hb hingga 13hb November.  Lebih kurang 12 acara yang dipertandingkan seperti futsal, olahraga, kayak, tenis, pingpong, boling padang, bowling, badminton, sepak takraw, bola keranjang, dan yang lain2 tak ingat dah. hehe. Kira2 14buah Kolej/Universiti dari Kepulauan Borneo, Sabah   Sarawak   Brunei   yang menyertai SUKMAB ni.







Antara atlet UNIMAS. My friend yang tengah2 buat peace tu, Euphrasia.

 My friend, Ain, menari untuk persembahan..



UMS

Institut Kemahiran Sarawak


 Yang ni tak dapat dikesan mana atlet2nye dan tak tahu dari mana, kolej atau universiti mana...


 Rasanya ni UITM Sabah... ade ke? errrr

 UPM Bintulu

tak perasan pulak dari mana

ni pun sama tak perasan dari mana

ni Universiti dari Brunei Darussalam

Swinburn University (rsenye ejaan mcm tu)

Multimedia College


 UITM Kota Samarahan kot

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

UMS (Kampus Labuan)

BerTshirt oren bertopi biru ---> UNIMAS =)



 TNC tengah berucap




 persembahan dari UNIMAS

 Bendera SUKMAB

bacaan Ikrar



Lepak sampai senja. Teruja sangat duduk kat stadium. Al maklumlah stadium baru. Bila dah petang angin sepoi2 bahasa datang. Mata dok usha2 orang2, atlet2 kat situ. Seronok tengok dieorang tapi rasa jeles pun ade. Dalam fikiran terkenang pulak keaktifan aku masa sekolah dolu. Dalam hati rasa rindu pulak nak bersukan dan kembali aktif macam dolu2. Tapi sukan yang aku minat dan main masa dolu tak adela. HOKI.  Dalam otak terfikir, kalau lah aku jadi salah seorang atlet UNIMAS, alangkah seronoknye aku *berangan* . haha

SEMOGA BERJAYA
GO! GO! GO! FIGHTING ATLET SUKMAB UNIMAS!

=]=]=]