Hello Hello

04 November 2011

Mood Cuti

Salam hari Jumaat. Hari yang dimulai dengan cuaca yang cerah dan kemudiannya mendung dan hujan. Alhamdulillah, hujan rahmat.  Minggu ni selesai tiga paper midterm. Lepas je tempuh semua midterm tu, hati berkata ' Ni baru midterm, belum final lagi'. Memang ade rasa nak nangeh waktu jawab midterm. Tapi nasi dah jadi bubur. Ade yang puas hati dan ada juga yang tak puas hati. Ok, lupakan. Cepatnye dah hari jumaat. Masa berlalu dengan pantas. Tengok2 esok dah mula cuti sem seminggu dah. yeh!!! Tak sabar nak cuti aku ni. Tapi aku tak balik cuti sem ni. Memang takde rasa nak balik pun, tapi tak bermakna aku tak rindu rumah, mama ngan ayah. Lagipun mama ada cakap cuti ni tak payah balik, kejap je. Beraya Aidiladha kat sini macam tahun lepas. huhu.

Cuti seminggu ni tak tau ape aktiviti nak buat. Tapi adela juga planning ngan kawan2 nak pergi situ sini. Tak sure lagi. Yelah, kawan2 yang rapat ngan aku masing2 dah ada kereta sendiri kan. Aku je yang menumpang. haha.  Kalau tak keluar mana2 pun, just duduk bilik on9 sambil makan menambahkan berat badan, lagi bagus isi masa dengan study. Baiki kelemahan dan kekesalan yang dibuat sebelum ni. cewahhh....  Dapat ke entah masa cuti ni nak buat macam tu? hohoho.. Hari Jumaat macam biasa aku ada satu kelas je. Kelas sejam je. Malam tadi rasa macam tak nak datang kelas sebab mood cuti, mood raya dah datang. Tapi pagi tadi, hati berkata-kata suruh pergi kelas. Bila dah masuk kelas, dalam hati cakap nasib baik aku datang kelas sebab lecturer dah bising2 cakap pasal assignment. haihhh. Assignment lagi, lagi, dan lagi. Midterm pun tak habis lagi ni.

Lepas tu aku happy sangat2 sebab aku terjumpa kawan cina sekolah rendah dan menengah aku dulu masa lunch tadi. Alangkah gembiranya kami berdua jejak kasih di tengah orang ramai nak beli makanan kat Pohon Mas. Lantaklah kan. Dah lama tak jumpa. Swee Keng ingat aku ni tahun satu cam dia juga, padahal aku dah nak masuk dua tahun kat sini. Swee Keng masa Sekolah Menengah Convent dulu dia jadi Ketua Pengawas Pusat Sumber. Masa tu aku agak terkilan sebab aku dapat jadi pengawas percubaan pusat sumber je masa Form 2 sebab aku tak lepas test nak jadi pengawas. haha. Kalau nak tahu Swee Keng ni pelanggan tetap nasi lemak mama aku dulu. Sebab dulu dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku tolong promote dan tolong jualkan nasi lemak mama aku. Baik punya anak kan aku ni tolong memperluaskan bisness mama aku. haha. Memang setiap harilah aku ambil order sampai beberapa kali lah tukar beg duit sebab koyak tak dapat tampung duit syiling yang banyak2 tu. Almaklumlah, budak sekolah. hehe. Eh, dah menyimpang pulak cerita aku ni. Padahal point entry aku pasal Swee keng je. hehe


Mata kami sama tak??? haha. Akhirnya ketemu juga ngan Neo Swee Keng =)
Lagi seorang aku tak terjumpa lagi, dengan classmate secondary school aku, Caroline See...


SELAMAT BERCUTI SEM KEPADA PELAJAR2 UNIMAS & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

=]=]=]

No comments:

Post a Comment