Hello Hello

29 August 2011

Aidilfitri & Merdeka

Nak raya dah la. Wah !!! Seronoknya !!! Baru ada mood nak raya sekarang. Adik aku pulak mood Merdeka. Asyik dengan bendera , lepas tu nyanyi lagu merdeka je. Memang adik aku semangat patriotiklah. hehe. Esok nak raya, so, macam biasa kerja aku mengiron baju2. Aku memang rajin kalau gosok menggosok baju ni tak kira lah di mana saja aku berada. Itu memang kerja aku. Aku pun suka. Memang lama jugalah mengosok baju ayah, mama, adik & aku sekali la. Panas punggung sakit pinggang. hehe. Baju nak bawa balik kampung je aku tak kemas lagi. Esok pagi pun sempat lagi. 

Tadi lepas berbuka kami sekeluarga pergi kedai gambar untuk tangkap gambar. Tahun ni raya tukar plan, ambil gambar family bukan masa hari pertama tapi pada malam raya. Nanti jadi macam tahun2 yang lepas, ramai sangat family2 menunggu giliran nak tangkap gambar masa raya pertama. Tadi masa pergi tenang je sebab takde orang langsung. haha. Lawak je masa pergi tadi, belum hari raya lagi dah pakai baju raya, macam kami yang dah raya dulu. Orang tengok pun lain macam. Tapi wat buduh je.....

Aku terasa masa berlalu begitu cepat. Ramadhan pun akan berakhir dan menjelang pula Aidilfitri. Moga2 aku dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang pulak. Di sini aku ingin memohon maaf sekiranya ade post2 aku yang lepas2 ade buat follower2, pembaca2 or penyinggah2 yang terasa or tersinggung membacanya. Kepada semua warga Islam SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN dan kepada semua rakyat Malaysia SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN


dari Hamizah Anuar & Family 
=]=]=]

Tahun ni PURPLE untuk bergambar (atas ni gambar saje2 je) =)



No comments:

Post a Comment