Hello Hello

02 August 2011

Awal Ramadhan

Hari ni hari kedua berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Adik pun dua hari ni juga die dapat puasa penuh tanpa sahur. Baru darjah satu. Aku dulu darjah satu puasa sekerat hari je. haha. Ramadhan tahun ni seronok sangat sebab dapat berpuasa kat rumah di samping family tersayang. Kalau macam dua tahun lepas aku berpuasa kat matrik dan tahun lepas pulak aku puasa kat Sarawak. Lagilah kan, waktu kat seberang sana tu lagi awal dari kat semenanjung. Tapi takpe, belajar jauh2 ni banyak pengalaman yang aku dapat untuk menjadi seorang yang lebih berdikari =).

Bulan puasa kali ni juga, mama cakap tak nak masak. Kalau nak masak pun untuk siapa yang tempah makanan or catering untuk buka puasa je. Hanya beli kat bazaar Ramadhan untuk juadah buka puasa. huh. Semalam hari first berpuasa dan hari first juga kepada peniaga2 yang berniaga di bazaar Ramadhan tu. huh. Kali ni banyak pulak orang jual lauk pauk. Dulu takde la banyak camtu. Kebanyakan yang bergerai kat sana kawan2 mama aku, kawan2 ayah aku, jiran2 aku jangan cakaplah. Makin bertambah ade jiran aku buka gerai. haihhh. Maklum sajalah, mama & ayah aku pun orang berkedai juga, ramailah yang kenal. Bila lalu gerai ni, stop kejap, sembang. Lalu gerai tu, stop kejap, sembang. Macam mana lah nak jalan, stop, beli pastu balik. Lama kat sana sebab tu lah. Bila stop suruh beli, macam mana nak beli kalau dah semuanye ayat sama macam tu. Kami ni 4beranak je. Tak ramai pun. Kalau nak beli semua dalam hari yang sama, siapa nak makan? membazir adela. Takpelah bulan puasa ni sebulan. Mama & ayah aku akan selalu pergi ke sana. Jadi, setiap gerai yang kami kenal kami akan singgah dan beli. huh. Yang tak kenal pun kami akan beli nak rasa. hehe

Pengunjung2 yang menyinggah ke bazaar tu pon ape kurangnya. Macam2 gelagat ade. Lagipun Teluk Intan ni kan kecik. Memang jumpa sesiapa2 sahaja yang kenal. Yang lama tak jumpe, yang baru jumpa memang ade terserempak. Cuma tegur dan tak tegur je. Hari ni, jumpa ramai yang kenal. huh. Memang hari ni juga, Tuhan nak tunjukkan kat mama orang tuh. haha. Kan dah terjumpa depan mata. Adohai. Yang aku pulak tiba2 rabun hilang tapi dalam hati takut juga silap orang. Akhirnya tekaan aku memang betul lah kau orang nya. Kenal juga ko kat aku ye. haha. Agak2 orang perasan tak gelagat aku yang menggelabah semacam kat mama aku kat tengah2 jalan bazaar tu??? haha. Buat malu je. huh!

Aku cuti sem ni pun dah 3bulan dah ni. Lagi sebulan lagi aku dah nak balik sana. So, di bulan Ramadhan bulan yang mulia ni aku harap aku dapat selesaikan niat aku dan segala perkara2 yang aku dah senaraikan dalam diary aku tuh sebelum aku nak masuk sambung belajar sem baru nanti. Muhasabah diri pun ade juga. haha. Bulan ni kalau kita banyak beribadat kita dapat banyak pahala. So, aku harap dapat kurangkan amalan2 yang kurang baik aku bulan puasa ni. 

Mengharapkan Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas. =]=]=]


No comments:

Post a Comment