Hello Hello

07 August 2011

Puasa di kampung

Lepas memborong makanan kat bazaar untuk berbuka puasa kat kampung, mama terus drive balik. Kali ni balik kampung ayah tak ikut sebab ade catering di Bagan Datuk. So sampai kampung cun2 terus buka puasa. Itulah bagus. Hidang2, baca doa terus buka puasa. haha. Dengar cerita juga yang balik kampung minggu ni cu, pak ude, pak andak dan pak cik. Tapi yang ade buka puasa masa tu cu je. Yang lain tak nampak muka lagi. Makanan pun mama beli banyak. Yang mama masak dari rumah pun banyak macam nak berkelah ngan saudara mara. Takpe, mungkin esoknye mereka sampai. 

Esoknye pulak, pagi sabtu keluar ke Manjung teman cu beli barang. Disebabkan cu dah pandai drive, ni first time keluar jalan2, ronda2, ambil angin dengan cu kat Manjung. Disebabkan kat Manjung de Tesco yang baru dibina, so, singgah lah kat situ membeli barang2 dapur. hamboi. Masuk2 pintu mule2 dah nampak BIG APPLE. Oh My! Kat Teluk Intan takde pun =( Setakat Secret Recipe adelah. Kat Manjung pun ade SR tuh. Manjung lebih maju dari Teluk Intan nampaknya. Nasib baiklah bulan puasa, kalau tak bulan puasa memang aku dah rembat BA tu macam mana aku rembat selalu kat The Spring, Kuching sana nun. Senanglah lepas ni tak payah pergi jauh2 ke Ipoh ke nak beli BA, pergi Manjung je. Kalau macam tu tiap2 minggulah aku nak selalu balik kampung kalau aku ade balik semenanjung. haha. 

Balik dari beli barang tengok2 pak uda dah sampai kampung. Yang lain dengar cerita tak jadi balik termasuklah pak cik. Aduhai, dah lah pak cik kahwin dulu aku tak pergi sebab tak dapat balik, kali ni dah dapat anak pun aku tak dapat tengok. Tunggu raya lah jawabnya. Pak cik adik mama dah dapat anak. Pak cik adik ayah pulak bawu membesar kat dalam perut dengar citer. Pak uda balik kali ni bawa gambar bakal mak sedare aku pulak. Bila tengok gambar, dua, tiga kali lah aku buat pengecaman. Sebabnye mukenye sebijik, sejibik, serupa macam bini Salleh Yaakob yang keempat tu. haha. Sorry to say lah pak uda. Jangan mara ha. Yang ni bila pulak nak kahwinnye tak tau. 

Lepas ni nak balik kampung lagi untuk menghabiskan masa2 aku kat sini. Itupun kalau takde pape halangan. Yelah mungkin lepas ni aku dah jarang nak balik. Nak puas2 juga berpuasa ngan maktok dan tokwan. haih. Bila balik kampung, terasa rindu pulak berkumpul ramai2, buka puasa ramai2 dengan saudara mara, adik beradik mama yang ramai tuh. 

Hati sebenarnya seronok berpuasa kali ni dengan family, pastu tak sabar nak raya jumpa saudara mara kat kampung TETAPI ade rasa sedih sebabnya cuti sem dah nak habis, dah nak masuk Uni balik, dah nak berpisah ngan mama & ayah balik. alaaaaaa =(

Pernah satu hari aku mengadu kat mama ,

aku : mama, bulan puasa ni rasa rindu pulak kat Unimas. Rasa rindu               nak belajar nak pergi kelas.
mama : emmm... dah tak rindu kat mama dah ke???
Aku terdiam sebab tak tau nak jawab ape ngan soalan mama tu. Sedih je bunyi... emmmm.

Lagi satu ayat aku ngadu lagi kat mama ,

aku : mama, cuti dah nak habis. macam mane ni?
mama : tulah, lepas ni dah jauh dari mama ngan ayah. tak dapat nak makan2, jalan2 sama2 dah. nak kene tunggu kamu balik la. tapi entah bila la nak balik lagi.
Yang ni dah memang aku senyap terus, air mata bertakung. Oh Tuhanku! Confirm2 kat airpot aku menangis seperti mana aku menangis masa aku mula2 flight dulu dengan ayah. huh. ( type sambil menahan air mata ni). Rasa macam tak boleh nak renggang walau sesaat pun ngan mama & ayah. 

Begitu cepat masa berlalu. Tup tup dah nak habis dah cuti 4bulan ni. Masa itu emas. =]=]=] 


No comments:

Post a Comment