Hello Hello

01 August 2011

masa2 sebelum puasa

Penghujung bulan Julai dah berakhir dan awal Ogos dah tiba maksudnye bulan Ramadhan juga dah sampai. Due hari lagi sebelum nak puasa cadangnye nak pergi makan angin lah. Sebab nanti bulan puasa tak boleh nak makan angin sangat nanti letih tambah2 lagi bulan puasa kan bulan keberkatan bulan nak kumpul pahala =). 

Jadinya makan angin kali ni adik yang decide, sebelum ni makan angin aku yang decide. Ayah dan mama terpaksa mengikut kehendak due2 anak mereka yang banyak songeh ni. haha. Adik decide nak pergi Lost World of Tambun, mama dah suruh tengok tiket dan tempat2 menarik kat dalam tu sebab sebelum ni memang tak pernah pergi. Tapi objection dari aku tak nak pergi kat situ di atas sebab2 tertentu. Mama yang memahami aku, pujuk adik suruh decide tempat lain. Nasib baik adik makan juga pujukan mama tu. haha. So, adik decide nak pergi Zoo. Sebelum ni adik dah pernah pergi waktu siang, kali ni die nak pergi waktu malam pulak. haih. Zoo pun zoo lah. Aku ikut jela. Lepas hantar makanan bungkus kat sekolah rendah dan menengah kami pun chaw! ...

Disebabkan di Taiping kami tak ade sedare mare terpakse lah mencari hotel untuk bermalam. Aku pulak, last aku jejakkan kaki kat Taiping tu masa aku Form4. Itupun pergi under sekolah untuk competiton Hoki sekolah2 premier kat Taiping. Memang kali ni pergi aku hanya ingat The Store dan perpustakaan awam je kat sana. Sebab kat situlah tempat budak2 hoki menginap. Jalan punya jalan, belok punya belok, pusing punya pusing akhirnya dapat tempat menginap. Memang Legendlah !!! =)














seronok nak jumpe kawan2 die =)

bukan duduk atas train tapi duduk atas paha mama










besar betul ikan keli, kalau masak sambal tumis memang kenyang 






Esoknye lepas check out si budak gemok nak pergi mandi air terjun pulak ... Tercari2 air terjun nasib baik ada.







tergolek2 sebab penakut air








ku mencari bayang mu tiada ~~~~ hahaha


airnye tak sejuk sangatlah




baik punye !!!









adik, ayah cakap muka ko ni kadang2 ade macam muka Aizat penyanyi tu lah. haha 


Sebelum balik ke rumah, singgah ke Ipoh , mama mau beli something untuk raya. Balik dari Ipoh mesti wajib singgah Tesco Kampar sebab itu tempat wajib singgah adik untuk bermain. huh. And aku mengambil kesempatan yang ada untuk berjumpa ngan sayang aku yang dah lama tak jumpe, my KIKI <3 . 4 tahun tak jumpe beb. Rindu tak tau nak cakap lah. Dari tahun ke tahun cakap nak jumpa tak jumpa2 then sekarang jumpa pun. Bila nyanyi lagu Adira yang Awan Dania tu mesti ingat Kiki. Bila teringat Kiki mesti nyanyi lagu Adira yang Awan Dania tuh. haha. Dek, mama akak cakap kamu cantek sangat, memang sesuai kalau jadi Awan Dania. hehe. Have a great day with Her yesterday walupun tak lame. Potpetpotpet sampai tak ingat orang kiri & kanan. Sayang kamulah dek =)


adik tak sabar nak main, aku pulak tak sabar nak jumpa adik satu lagi. haha =)


budak ni seronok2 juga, tapi hari Isnin sekolah kena puasa tak dapat makan macam biasa


Rasa suasana riang berdua ~ disaat luka lupakan saja ~~~


Pabila bercinta dan dicinta cari cinta cinta mega ~~~ <3
Tunku Puteri Syakirah 

Walaupun tak ke mane sangat dan tak jauh sangat makan angin cuti hujung minggu ni, tapi puaslah riang ria, makan2, jalan2 bersama family. Hari ni dah start puasa. Selamat Berpuasa kepada semua.

 Ku mengharapkan RAMADHAN kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna =]=]=]

3 comments: