Hello Hello

26 August 2011

Selesai Moreh

Salam Ramadhan yang ke-26 dan selamat hari Jumaat. huh. Kejap je masa berjalan kan. Dah hari Jumaat. Pastu  hujung minggu, pastu Isnin pastu........ Raya!!! heeeee. Tapi seminggu lepas tu dah nak flight. emmm. Orait. Hari ni moreh mama dan ayah pulak kat surau berdekatan rumah ni. Dan hari ni juga last mama aku masak catering moreh. Syukur Alhamdulillah semuanya dah selesai. Lepas ni dah takde moreh dah. Dan lepas ni juga aku dah takde nak terliur kat dapur. ngee. Nak rehat2 sambil menunggu raya tiba. cewaahhh. Ni antara lauk2 moreh tadi.... 


Nasi Jagung


Kuah Dalca


Ayam masak kicap


Ikan kering masak sambal petai


Jelatah. Yang ni senang je nak buatkan. Tak payah nak masak. Gaul je. 
Pandai2 sendiri garam dan gula secukup rasa. hehe


Lauk ni aku yang suggest kat mama. Antara masakan mama yang aku suka sangat2.
Ikan bawal 3rasa.=)


Pencuci mulut, Agar2 ros cincau.


Air yang ayah buat, sirap cincau je. 

Ade juga lauk2 ni bagi kat jiran sebelah, Guru Besar sekolah adik Cg Samad, my opah angkat dan my opah betul punya. hehe. Dalam perjalanan nak hantar makanan, lalu kat pekan Teluk Intan, aduh.. Dah mula sesak dengan kereta2 yang pelbagai jenis. Dah tak guna traffic light tapi guna polis traffik. Muka saya masam je dalam kereta sebab mama tak bagi drive, mama nak cepat. Ok saya diam tak perlu kata apa2. Orang dah mula balik kampung. Esok lusa lagila, hujung minggu mesti ramai lagi. Masuk hari ni lambat berbuka lagi sebab sampai rumah lambat. oh!!! Raya! Raya! Raya! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Unimas! Unimas! Unimas!. Mana satu ni? 

Type ni sambil menghirup bau rendang tok mama yang ada kat dapur tu.... wahhhh.. nyaman jak... ktk mok sik ??? hehe

=]=]=]


3 comments: