Hello Hello

21 April 2012

cuti sem : Pantai Puteri




Yeh! Cuti sem minggu lepas bercadang nak pergi Sabah tak jadi, nak pergi Miri pun tak jadi juga. Memang jenuh mencari idea nak habiskan masa cuti kiteorang ni. Pergi PC Fair di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), pergi The Spring tu pon dah berapa kali dah dalam seminggu tu kan. Jalan pusing2 satu Kuching. Akhirnya dapat juga idea dari nadya. Pergi pantai di Gunung Santubong bersama-sama coursemates die. Mula2 kami pergi Pantai Puteri nak barbecue sekali. So, tengah malam sebelum nak pergi tu masing2 bertungkus lumus menyiapkan makanan masing.


Nampak tak?? Itula Gunung Santubong. Kalau betul2 perhatikan Gunung ni nampak macam bentuk muka orang tau. Nampak bentuk hidung, mulut. Yelah, sebelum ni pun ade cerita tentang Puteri Santubong kena sumpah jadi Gunung. Tu lah sebab nama gunung ni Gunung Santubong. 


Jalan nak belok ke Gunung Santubong.


Semasa dalam perjalanan turun naik bukit.


Tengok Pantai Puteri ni. Masa ni jam pukul 11 lebih. Air laut pun tak penuh lagi. Landai je yang luas. Memang jauh sangat air laut tu.


Nampak tak awan padat dan hujan dalam gambar ni. Sedangkan kat tempat kami panas terik, di seberang sana pulak hujan. Kuasa Tuhan amat menakjubkan =)


Bila aku datang sini, aku suka tengok langit. Cantik sangat sambil berangan... ooppsss!!!! hehe =D


Yang ni salah satu makanan yang kami bawa. Penat lelah buat di tengah malam. hehe


My frens & my new frens =)


Yang perempuan2 bergambar je...


Yang lelaki pulak sedang berusaha menghidupkan api . hehe


Yang ni lah masa yang ditunggu-tunggu. Barbecue time !!!


Aku tak makan banyak sangat masa tu sebab terlalu teruja melihat keindahan alam. Sibuk dengan ambil gambar...lagipun makanan pedas aku tak makan. haha


Sembang menyembang. Semua bahasa keluar, Kelantan, Perak, Kedah, Sabah, Sarawak, KL campur2. hahaha


Yey!!! Dapat main layang- layang sebab angin kuat masa tu. Nasib baik tak terputus talinye.. haha.. Dah macam lagu la pulak kan ayat tu..


See. Langit & landai. Aku suka sangat. Cantik!!!


Berjalan untuk beberapa belas minit di tengah landai yang luas. Dalam hati nak pergi tengok laut yang jauh sangat tu tapi tak larat. Jalan tengah panas yang terik tapi tak terasa sebab angin kuat. Serius memang seronok main layang2 kat tengah2 tu. 


Berdiri di tengah2 laut yang takde air dan berlatar belakangkan Gunung Santubong =D



Seronok tengok budak dua orang ni main aci kejar tengah2 landai ni...


Tu sebab masa nak balik pipi merah macam pakai blusher sebab Sunburn. Waktu tengahari panas terik main layang2. Tapi kenapa kawan2 yang lain tak sunburn macam aku? =/


Shoot dari kami berdua. Oh langit, kau memang cantik.  =)


 Tengok ape ni????


 Ni pasir la.. Hasil dari kreativiti ketam kecil nak buat lubang jadi tempat tinggal. hehehehe


Hey Ladies!!!! 


Hye bro!!!!


Lepas makan dah kenyang dok menyembang panjat pokok sambil tunggu nak mandi laut. Tapi tak akan jadi mandi sebab air laut lambat lagi nak pasangnya... haha



Pantai Puteri best. Walaupun air laut tak penuh masa tu tapi tenang je suasana kat situ. Tambah2 lagi aku suke tengok langit. Lagipun tak perlu bayar pun nk pergi situ. Enjoy!!!! 


=]=]=]

entry ini ade sambungan


No comments:

Post a Comment