Hello Hello

19 August 2013

Kisah Raya Raye Rayo part 2




Assalamualaikum =]=]=]



Ni sambungan balik part 1 punye. Masa raya pertama tu lepas solat sunat Hari Raya, satu family pergi kenduri jiran sebelah rumah. Lepas makan terus pergi ke rumah opah dan atok. Raya kat sini agak tak best sebab aku takde geng. Geng sepupu yang kecik2 sekolah rendah, menengah adela. Cousin yang tua2 dah balik setibanya aku sampai rumah opah. Dah boring sangat aku kacau lah budak2 tengah main lepas tu menyebuk dengar opah dengan mak2 suadara menyembang. haha

juadah sarapan pagi yang dimasak oleh mama untuk dibawa ke rumah opah dan atok


Pada malam tu, kami semua berkumpul di rumah opah untuk menyambut hari jadi bagi yang lahir pada bulan julai, ogos dan september =)


Raya kedua tak pernah2 lagi beraya di rumah sendiri. Nah! Tahun ni duduk rumah sebab mama ade tempahan catering untuk makan2 raya. Dalam otak aku terfikir, boleh pulak nak order lauk. Tak boleh nak masak ke? Saudara mara kan banyak yang balik raya. Bukannya nak menolak rezeki tapi kami pun nak beraya juga. Ingat caterer takde cuti ke? Ok takpela, sehari je. Rezeki kan. Tolong lah mama kat dapur sambil tolong makan sekali. Lepas tu, yang adik dengan ayah melayan budak2 datang beraya. Tiada gambar untuk dipublish sebab penat. 


Yang raya ketiga ni best sikit, sekeluarga ke Selangor sebab Kak long nak bertunang. Lepas kenduri tu, konvoi beramai2 bersama adik beradik mama yang lain ke rumah saudara belah maktok dan tokwan di Pasir Panjang, Sekinchan, Sg Besar dan sekitarnya. Lepas dah habis kenyangkan perut dengan pelbagai juadah yang dihidangkan, semua kembali ke rumah maktok dan tokwan. Ape lagi riuh rendah rumah kampung tu dengan budak kecik menangis, sepupu2 kecik main lumba lari dalam rumah terpekik terlolong, yang di luar bermain bunga api dan mercun, yang mak2 bersembang kat dapur dan yang lelaki2 tengok bola. Aku join yang tengok bola tu. Itu pun riuh dah macam stadium rumah maktok ngan tokwan asyik nak menjerit je tengok bola.


 my lovely mama <3 


 macam ni rupanya orang nak bertunang


 hantaran belah lelaki dan perempuan


me & kak long


Sepupu ku. Memang kami sebaya tapi aku muda lagi. hikhikhikhik


 yang budak2 senyum sikit senyum sikit 


Raya keempat = Hari Ahad, semua adik beradik mama pakat nak balik rumah masing2. Dah macam kat airpot. Sorang2 penerbangan berlepas. haha. Lepas tu rumah maktok kembali sunyi sebab tinggal family aku je kat rumah maktok tu. Adik takde geng, aku pun same. Fair kan! Petang tu, ayah dan mama tak nak bagi kami berdua boring, bawa kami ke Teluk Batik. Bukan nak mandi kat pantai tu tapi nak beraya rumah orang. Punyalah banyak kereta nak masuk simpang tu, confirm pantai penuh dengan orang mandi. 


 they called him Apek sebab muka die memang macam anak cina. Dah lah putih melepak dari aku


 with Aliya Amanina


 pergi beraya. Ayah ku!


5 Syawal memang agak boring, aku, ayah dan adik ke Manjung. Baju kurung, baju melayu hilang dah. Adik dok shopping raya pulak kan. Nak beli kasut la, cover Ipad la. Belikan jela. 




Dan petang tu, kononnye nak kutip kepah kat Tanjung Kepah, tapi air laut tengah pasang, ombak kuat, angin kuat, berpanas jela kami kat situ. 


 mata kami sama kan? -_- 


 tengok ayah posing sama je. macam copy & paste. cuma zoom sikit. haha


Raya keenam pergi jalan2 kat Lumut dengan family. nak beraya ke mana lagi sebab dah beraya dah sebelum ni. So, makan angin jela. Kat sini pun banyak angin.


 Lumut ni pun kawasan gua juga bro! haha


menikmati aiskrim bermotor mat kool mat kool kawanku ~~~



Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Hamizah Anuar & family
Maaf Zahir dan Batin 


=]=]=]






    






 

No comments:

Post a Comment