Hello Hello

19 December 2011

19 DISEMBER ...





19... Tu dia.... nombor feveret aku tuh... haha.. Alhamdulillah 19 Disember genaplah umur aku tahun ini menjadi 20 tahun. Dah masuk angka 2 da tu. Tapi takpe, tetap remaja.

Selamat Hari Jadi ~ Selamat Hari Jadi ~ Selamat Hari Jadi Hamizah Anuar ~ Selamat Hari Jadi ~~~
nyanyi untuk diri sendiri. haha

Gembira hari ni takde kelas. Cuma ade kerja yang perlu dibereskan di fakulti. Kawan2 pun tak jumpa sangat. Nasib baiklah, kalau ade kelas, ade pulak kawan2 yang agak nakal tu memang kenalah aku. Tapi nasib baik tak kena. Beruntung sebab aku tak pernah dikenakan masa BirthDay aku. Memang dalam hati kalau da habis settle kerja kat fakulti, aku nak duduk bilik je tak nak keluar2. haha. Roomate pulak tetiba je balik rumah awal. Pelik, adakah disebabkan aku punya hari bahagia hari ni? haha.



 Beruntung dapat roomate yang jenis tak kisah & tak membuli ni. haha. Thanks Nain for the Cupcake & bawa pergi makan Raja Ayam Penyet =)


BirthDay Girl 


 Yang baju merah tu , BirthDay Man........(ade ke?? )
Aku berkongsi tarikh BirthDay yang sama dengan bapa saudara kesayangan aku ni, tapi tahun memang jauhla bezanya.
Selamat Hari Jadi Andak. Tahun ni dah janji nak sambut lepas aku balik nanti. 
Yes! hadiah ape pulak tahun ni ye??? haha




Minta maaf sangat2 kepada yang kol & mesej tepat pada tarikh & waktu nye, aku tak menjawab & tak membalas sebab penat sangat. Dah lah malam semalam ade konsert. So, agak keletihan & kepenatan hari tu. huhu. Tahun ni 1st time BirthDay aku, mama & ayah takde bersama. Tapi tidak mengapa ucapan dan nasihat dalam telefon pun sudah cukup memadai.  Terima kasih juga kepada adik gemok aku yang tiap2 hari mesej bagi gambar BirthDay. Apakah ??? Lepas ni kalau bagi lagi tak taulah ape motifnye...


Walaupun aku tak sambut BirthDay seperti yang sebelum2 ni, tapi aku gembira dan senang hati sebab banyak perkara yang berlaku & mengajar aku pada hari ni.
Alhamdulillah, segala persoalan yang bermain2 di minda, difikiran, dihati terjawab juga pada hari jadi aku ni. Mungkin berkat dari nasihat dan kata2 mama yang aku turuti pada subuh hari tu kot. Terima kasih juga kepada kawan2 yang sudi mengangkat kol free aku hari ni.... 
Thanks a lot kepada semua yang telah wish & ingat aku....



I wish ... I wish .... I wish.... Hanya Tuhan sahaja yang tahu ....
=]=]=]

No comments:

Post a Comment