Hello Hello

30 September 2012

Sekitar Raya Tahun ni : Part 1




Assalamualaikum =]=]=]


Wahh!!! Dah lame tak update blog merah aku ni. dah masuk bulan Zulqaidah dah ni. Nak menaip entry untuk raya pun dah no idea untuk pendahuluan. Terus jela kepada isi2 penting. haha. Kau ingat nak buat karangan tingkatan 5 ke hape ni mijah?. Orait. Tahun ni raya sedikit berbeza dari tahun lepas. Ape yang beza eh??? jeng!jeng!jeng!. Tahun ni raya family aku tema KUNING! So, baju raya utama mama, ayah, adik dan aku mesti warna kuning seragam! omg! Kuning??? Takde warne lain ke? haha . Orang tanye kenapa warna kuning sangat tahun ni? Dari jauh dah boleh nampak family Nuar misai ngan Teh catering punya family datang rumah. Hamboi ayat tak leh blah betul. Yang ayah jawab, aku yang nak warna ni tahun ni. Yang aku pulak bila ditanya, jawab ayah yang nak warna ni tahun ni. Yang mana satu ni? Nak percaya ayah atau anak? 

Lepas je aku sampai di semenanjung 4hari sebelum raya, lepas berbuka puasa bersama family cu di Bangi, ape lagi start la aktiviti mencari baju raya. Inilah masa yang aku tunggu bersama mama setelah hampir 2bulan lebih rasanya aku menahan nafsu bershopping masa short sem. huh!!! Mula2 dah masuk butik itu butik ini tempat itu tempat ini, dah mula rambang mata aku. Tak tau nak beli baju utama atau baju sampingan dulu. Boleh aku bagi kategori baju pulak kan. haaaa. Maksud baju utama tu baju tema family la, baju sampingan tu baju raya yang untuk raya kedua ke ketiga ke keempat dan seterusnya. Tapi bagi yang BerCOuPle ke yang dah bersuami or beristeri tu boleh tambah satu kategori lagi. wahahahaha. 

Disebabkan aku ni seorang yang cerewet, balasannya hamek kau takde saiz. Baju yang sedap mata memandang, yang aku rasa cantik sesuai boleh pulak saiz dah takde / ini je yang tinggal / dah habis stok la / yang corak ni saiz M dan L je yang ade / warna ni saiz S dan XS dah habis la dek. Memang on the spot hentak kaki mulut muncung. Very the buruk perangai kau mijah! haha. Macam mane la nak bershopping dengan boypreng macam tu. Entah tahan entah idak. haha. Nasib baikla cu dah paham citarasa dan perangai anak buah kesayangan dia sorang ni macam mana. Dia bawa aku pergi satu butik ni. Wah! Memang I like it bebeh! Mama pun suka juga. Ok lepas ni boleh singgah lagi. Esoknye otw balik Teluk Intan, eh memang tak lah terus balik. Ayah aku ni kuat berjalan, Singgah situ singgah sini. Mama dengan adik yang kadang2 tak tahan. Aku ok je. Tapi kali ni hanya singgah beberapa tempat je sebab si gemuk yang berpuasa tu tak larat nak berjalan. Nak puasa penuh la katakan =) . Finally, dapatlah baju lagi. Ok tahun ni mama bagi limit beli baju sebab aku ni jarang pakai baju kurung. Yelah bonda ku.

So, malam raya lepas maghrib bersiap2 pakai baju utama satu family pergi bergambar di Kedai Gambar. Ini bukan sebab tak sabar nak raya tapi nak mengelakkan kesesakan lalu lintas dengan family2 warga Teluk Intan di dalam kedai gambar Wah Kong pada raya pertama selepas sembahyang raya. Dah serik dah berebut dengan orang nak bergambar. Nanti kelam kabut nak cepat bergambar baju senget2  senyum entah ke mana. hehe. Raya minggu pertama memang hari2 berjalan ziarah menziarahi ke rumah sanak saudara yang jauh dan yang dekat tambahan pulak adik cuti raya seminggu. Mama pun cuti seminggu dari menerima catering dan tempahan makanan dari pelanggan2nya. Yes! Raya pertama di rumah opah. Tak jauh pun kat Teluk Intan juga. Adik beradik ayah pun ramai yang beraya di rumah mertua tahun ni. Jadi petang tu lepas asar bertolak ke rumah maktok dan tokwan di Sitiawan pulak. Kejap je beraya rumah opah. 
Tahun ni perbezaan pertama ialah raya tahun ni ade baby. Bukan aku punya baby tapi uncle2 dan my cousin punya anak kecil yang comel2 yang rasa nak cubit2 lempang2 je muka kan. ganas betul aku ni. Family belah mama seronok sikit sebab maktok dan tokwan baru dapat cicit pertama maksudnya anak buah sedara aku yang pertama la kan. oh my! aku Aunty mijah! len macam bunyi eh! Disebabkan mereka aku dah mula suka budak2 tapi yang terpilih jela.hehe. Raya ni juga rasanya dah boleh tambah klaka sarawak kat kampung selain cakap banjar, kedah dan perak sebab cousin aku yang sorang tu pun dah sambung belajar kat Uitm Samarahan. Tapi die kejap je cuti aku lama. yey!


Raya pertama gambar dah siap =) . Serius betul muka ayah aku ni. Mama sweet smile. Adik pula bagus dengar cakap kakak senyum nampak gigi =D haha


Very the Kuning. Kuning DiRaja menunjukkan kami sekeluarga warga PERAK DARUL RIDZUAN. cewah....


Family belah mama. Setengah dari adik beradik mama beraya di rumah mertua masing2.


Berkonvoi adik beradik ke rumah saudara2 belah maktok dan tokwan di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor menjadi tradisi family belah mama setiap tahun beraya. 


Khaizuran Hanis anak pakcik ayah


Nurul Firzanah anak pakcik mama


Mohd Afiq anak pak andak


Amanda Nur Aqeela anak kak long


Orang pergi beraya kat rumah orang tapi kiteorang menjongket pergi beraya tepi laut. Kebetulan family aku masih di kampung maktok dan tokwan, adik beradik ayah ajak pergi bawa anak2 mandi di Teluk Batik. Dah dekat je dari rumah maktok lalu melalu pergi jela kan. Ramai juga orang pagi2 yang mendung yang sebelumnya tu hujan rintik2 ombak besar air pasang. Aku memangla tak mandi. No gang la. Gang ngan budak2 bawah umur apa barang. cewahhh!!!


Ombak rindu mengganas ~~~ =P


Gelagat sepupu2 ku


Due beradik ni terkedu sebab ombak besar.


Adik aku dibuliii.....dibulii....dibuli...................


gang dengan mak2 sedare 


macam best je naik ni.. Bro yang bawa ni buat aku kering darah tau tak! Pusingan die memang sabo jela! Aku dah la tak pandai berenang.


Saje je nak bagi kami semua basah satu bot!


Thank you cu belanja kami naik bot =)


Pinjam pakcu punya dslr yang dah di naik taraf. Wah. lagi berat. dah lama tak snap2 gambar ni. 
My favorite! I like! Boleh cari boypreng photographer pasni. cewahhh!!!




=]=]=]



Bersambung......=]=]=]










No comments:

Post a Comment