Hello Hello

25 July 2012

Untitled




Assalamualaikum =]=]=]




Assignment 1 dah lepas.... Assignment 2 dah tiba.... Again and again.... Software engineering.... Not explanation but classification.... buurrrpp!!!
Alhamdulillah sudah Ramadhan ke-5. Berpuasa, bersahur, dan berbuka dengan besfreng2 di sini. Maaf roomateku, tak balik kolej, kalau teringat kolej baru balik. Tiket balik dah beli. yey!!! So, lepas ni tak payah nak susah2 fikir, bising2 pasal tiket balik raya ok. Tiket nak balik sem baru nanti2la fikirkan.
Bila bercakap dengan mama melalui telefon kali ni, story kami dah tukar topik. Waktu bertelefon pun dah tukar bulan puasa ni, kalau sebelum ni waktu malam waktu kami bertelefon tapi bulan puasa ni waktu siang ataupun kalau mama busy bertelefon waktu lepas sembahyang tarawih. Pasal bulan puasa, mama cakap puasa kali ni takde mood nak pergi bazaar sebab aku takde. Oh mama! Sebak aku =(. Mama masak je kat rumah. Dah boleh bayangkan lauk pauk yang mama masak ni. Rindu sangat tau tak! Lagi pula bulan Ramadhan ni syukur rezeki mama untuk catering moreh dah ade. Siap buat jadual lagi. Kalau aku ade, dapat aku tolong kat dapur macam puasa tahun lepas. huhu. Mama cakap nanti balik kita shopping same2. Mulut cakap 'baik mama' tapi dalam hati cakap sebenarnya tak tahan tengok baju2 raya kat sini dah mama. Nak je beli untuk mama sekali. Tapi aku tahan.
Bila bercakap dengan ayah, bercerita pasal makanan, masakan dan juadah berbuka puasa. Aku minta pendapat pasal menu untuk berbuka puasa nak masak lauk macam mana, panjang lebo ayah berceramah pasal masakan. Masak tu masak ni. haha. Macam lah rajin masak hari2, sekali sekala bolehlah nak masak sama2 dan berbuka puasa berjemaah dengan kawan2 kat sini. Yang ayah ni pulak suka kol aku time dah nak berbuka. Ayah tak sedar yang aku kat sini berbuka cepat. Ayah ni buat2 lupa pulak, bukan ke anak dara kesayangan ayah ni belajar kat 'oversea' , oversea la sangat kan.! haha.
Bila bercakap dengan adik pulak, yang ni lain pulak ceritanya. Takde topik, asyik bertekak je dalam telefon, due2 bercakap, terjerit, terpekik, tergelak, siapa nak dengar? Tak paham ape. Waktu telefon nye pun tak kira masa. Tiba2 je kol aku tanpa pengetahuan mama ngan ayah. Bangga la kan jadi budak famous amos kat sekolah sendiri. Fofular dengan cikgu2. Selalu kena puji. Alah, mane tumpahnye air kalau tak ke dalam botol ( perumpaan bagi kakak dan adik) =/ . Terikut macam kakaknya dulu. Mama ayah buat bisness, anak yang promo kat sekolah lepas tu tersebar. Kan dah jadi macam sekarang. cewaahhh.. Nak juga mencapap dengan kisah kat sekolah kau dulu mijah?!! haha. Mama ade bagitahu kalau adik gemok dapat puasa penuh adik dapat duit, tapi adik pesan jangan bagitahu aku sebab takut aku akan marah die. haha. Lepas tu tiap2 hari menghitung hari bila aku nak balik, tak sabar nak tunggu aku balik. wahhh!! Mama cakap adik rindu kakak, kakak tak rindu adik ke? lalalalalala~~~~ Tapi bertelefon ngn mama, ayah dan adik ni bukan dalam satu telefon, lain2 pulak. Ok, nampak sangat nak cakap secara personal ngan aku di situ. *perasan je aku ni. hikihik
Bulan puasa bulan yang penuh rahmat. Kelas pun kadang2 cancel. Ade masa terluang banyak kan mjah? So, isi masa terluang tu dengan benda2 berfaedah. Insyaallah nak habiskan baca al-Quran. Sem lepas tak dapat habiskan, biasa satu sem boleh habes satu Quran tu. Malam pulak takde ape nak buat pergi tarawih. Jangan nak melagha sangat mijah! Dalam hati cakap jangan dok mengira berapa hari lagi nak balik nanti terasa lambat nak balik. Rilex la..hehe



Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang : " Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini".

~ Marhaban ya Ramadhan ~




=]=]=]

No comments:

Post a Comment