Hello Hello

04 July 2012

Salam Nisfu Syaaban




Assalamualaikum =]=]=]



Salam Malam Nisfu Syaaban. Untuk perkongsian bersama, selepas solat maghrib ( 15 Syaaban), Solat sunat Nisfu Syaaban 2 rakaat. Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & Surah Al-Qadar 1x. Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya ( 15 Syaaban). Bacaan pertama mohon panjang umur dalam kebajikan dan amal soleh. Bacaan kedua mohon dimurahkan rezeki yang halal. Bacaan ketiga mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.



Doa Malam Nisfu Syaaban ertinya :

Ya Allah, Ya Tuhan yang membangkitkan dan tidaklah ada seorang pun yang membangkitkan Dia. Ya Tuhan yang memiliki kebesaran dan Maha Mulia, Tuhan yang Maha Pemurah dan Pemberi Nikmat. Tidak ada Tuhan yang lain melainkan Engkau yang menolong orang-orang yang memohon pertolongan dan Maha Pelindung orang-orang yang memohon perlindungan dan Tuhan yang memberi keamanan dari sekalian yang menakutkan.
Ya Allah, andainya telah Engkau takdirkan di sisiMu pada Azali, bahawa aku celaka, sedikit rezeki, terusir dan diharamkan akan daku, maka mohonlah aku agar dipupuskan (apa yang tersurat dalam Azali itu), dengan kemurahan-Mu Ya Allah, mohonlah Engkau tukar pada Azali itu dari kecelakaan mahupun sedikit rezeki, juga yang lainnya itu mohonlah itu ditukar ganti dengan 'bahagia' lagi dengan mendapat rezeki yang akan dipergunakan kepada kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah mengatakan sebagaimana yang tercantum dalam kata-kata-Mu yang hak, di dalam Kitab-Mu yang diturunkan atas lidah nabi-Mu yang diutus (Al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad) iaitu firmanMu dihapuskan Allah barang yang dikehendaki Nya dan ditetapkan dengan keagungan Mu pada Malam Nisfu Syaaban yang mulia ini yang padanya memisahkan tiap-tiap persoalan dan urusan yang tepat dan yang dipastikan, bahawa mohonlah kami Ya Allah, agar Engkau singkirkanlah dari kami bala bencana, yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui, Engkaulah yang Maha Mengetahui dengannya, sesungguhnya Engkau Maha Mulia dan Maha Pemurah.
Moga-moga Allah mengurniai kebahagiaan dan kesejahteraan atas junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabta sekalian, dan segala puji adalah tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam.


Aku memohon ampun dan maaf di malam pada bulan Syaaban yang mulia ini.


Sungguh cantik bulan malam ni. Diambil oleh roomate aku dari rumah kolej kediaman kami.



=]=]=]









No comments:

Post a Comment