Hello Hello

26 February 2012

AhaD

Pagi ahad macam pagi sabtu juga. Hujan tak berhenti2 membuatkan orang2 kat rumah aku ni lama dibuai mimpi yang indah2. haha. Hari ni heboh dengan kedatangan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke UNIMAS. Actually ada event Konvokesyen Kebangsaan Politik & Patriotisme yang akan diadakan di DETAR. Tapi aku tak pergi sebab aku nak uruskan hal fakulti ni. Jadi tak dapat lah nak jumpa tapi berselisih jugalah dengan rombongan Tun Dr Mahathir Mohamad kat tengah jalan. Lambai dari dalam kereta jelah. haha.

 Perancangan hari ni dengan Zidane lagi teman aku beli hadiah2 untuk open day fakulti. Bingung kepala otak aku nak beli ape. Mula2 singgah One TJ. Barang2 yang ada dalam list tak semua aku beli sebab nak ikut bajet. Beli ape yang aku rasa murah dan mencukupi bajet. Dah menjadi kebiasaan, kalau suruh aku beli barang, pilih barang, pegang barang mesti barang tu warna merah. Perempuan macam aku yang terlalu obses ngan warna merah memang macam ni. Kalau takde warna merah memang tak akan beli lah barang tu kecuali terpaksa. haha. Tapi aku fikir orang lain juga, tak kan nak ikut citarasa aku je kan. Hadiah tu bukan untuk aku tapi untuk fakulti. Ade USB hub, headphones, cleaning screen, dam macam2 lagi lah. So, ada macam2 juga warna yang aku beli tadi. Adil kan??? hehe

 Rasanya setakat tu je dulu aku beli, esok sambung pulak. Sebab tak sure nak tambah barang ape lagi. Lagipun nak usha2 barang kat tempat yang lain2 tu mungkin tak sempat disebabkan malam aku ade perjumpaan. Then, pada malamnya aku pergi perjumpaan tu. Rupa-rupanya perjumpaan ahli Kelab Sukan Sakura. Aku ahli futsal. Pada masa tu juga ada pelantikan untuk menjadi Ajk2 kelab ni. Cadang punya cadang, setuju punya setuju, aku salah seorang ahli yang dilantik untuk memegang jawatan Timbalan Presiden Kelab Sukan Sakura. Terkejutla pulak! Tula tangan tu dok busy bertweet pasal game MU mlm ni sampai tak dengar cadangan orang. Ingatkan adelah lagi senarai calon yang lain, ni terus jadi dengan persetujuan semua ahli. Terima kasih pilih aku ye korang semua. Insyaallah aku akan buat yang terbaik walaupun dalam fikiran terfikir tambah lagilah kesibukan aku sem ni. hehehe


Akan aku bersedia dengan jawatan ini. 

=]=]=]


No comments:

Post a Comment