Hello Hello

13 November 2012

Aidiladha di sem lima




Assalamualaikum =]=]=]


Sudah lama tak update yah! apa cerita terbaru? Ini cerita sudah lama punya. Cerita pasal Raya Aidiladha tahun ni. Macam biasa. Kali ni masuk kali ketiga aku beraya Aidiladha di Kuching, Sarawak. Start dari aku sem 1 lepas tu sem 3 lepas tu sem 5 sekarang. Memang biasa raya haji memang aku tak balik. Kebetulan sem ni raya Aidiladha terus sambung cuti mid sem seminggu. Cadangnye nak balik sebab cu yang tersangat disayangi bertunang tapi selepas berbincang dengan mama, keputusannya tak payah balik. Confirm masa cu kahwin nanti aku kena perli dengan sanak saudara sebab sebelum ni aku yang beria nak balik nak tengok cu bertunang. haha. whatever!!!. Start malam sebelum raya haji tu, aku dah angkut baju2 dan barang2 untuk dibawa ke rumah zidane sebab zidane bestfren aku yang baik hati lagi memahami dan menyayangi aku bagi tinggal kat rumah die selama cuti tu. hahaha. Makasih zidane! I Love You! =) . Kalau kat Sakura tu tak boleh nak masak sampai ade bau berapi2 berasap2 berkuali berperiuk ape semua, kalau nak singgah rumah felo je. Tapi kalau kat rumah zidane memang housematesnye rajin memasak termasuk dia sekali kalau dia rasa nak masak la. hehe. Menu masa raya tu rendang ayam, ketupat palas, bihun sup daging, kek lapis cheese dan makanan2 ringan yang lain.


Rendang ayam 


ketupat palas


Sup daging dari zidane. nyaman eh! dah boleh kawen zidane ni!


zidane, tuan rumah berbaju warne pink purple sikit


first tetamu yang datang, aida, matun & sya


bersama dua orang jejaka ni, zakwan & rusydi. mane jejaka2 yang lain? jejaka2 yang lain malu kot nak keluar rumah. hehe


with them =)


with housemates zidane


nak juga amik pic ngan kucing tu kan...


Dari rumah zidane, beraya pulak ke rumah matun. Menu nye sama juga bihun sup dan lontong. Kali ni takde pulak puding jagung sya yang sedap macam raya lepas.huhu. ade kek yang dibeli kat luar je.


Mari makan


Kami semua. fyn, zidane, aku, sya, aida, matun, ilham, mek, ain =D


with housemates matun 


sebelum pulang wajib bergambar ye =)



Lepas rumah matun, balik rumah zidane kejap rehat sebentar. Dah petang sikit baru lah bertolak ke kampung kakak ipar zidane di Kg Sebandi Ulu, Asajaya. Perjalanan jauh sikit sebab ikut jalan darat. Kalau naik feri dekat sikitla tapi aku tak pernah merasa pun. Objektif utama datang sini sebab nak tengok baby kasih, anak buah zidane yang bermata bulat dan comel. haha. Menu kat sini ade laksa sarawak, laksa semenanjung, burasak, kek chocolate.wow!



Tu dia salah satu menu, Burasak with the curry =)


Menu yang aku makan. Kat sini kalau order laksa mesti style laksa sarawak. Laksa sarawak lain dari laksa yang biasa kita makan kat semenanjung tu. Aku jarang jumpa orang buat laksa yang betul2 macam kat atas ni kat sini. Bagi aku la. Cakap kena berlapik juga kan. Teringat kat mama masa makan laksa sebab laksa mama kat sana famous juga.


Pandai baby kasih jelir lidah masa aku snap gambar eh. Ni mesti cu die yang aja ni..haha


owh kasih~~~ mengapa membisu~~~ membikin hatiku~~~ merasa raguuuu~~~
yes! dapat snap pic. pandang juga kasih kat camera yang aku pegang. tak nak senyum pun takpe la kan. =)


owh baby kaceh!!!


bila aku pegang kasih, aku elakkan dari tengok muka die sebab takut die akan nanges. hehe


penyekla muka kaceh kena cium..haha


kenapa muka kasih ni macam takde perasaan je...aku ngan mek je yang syok sendiri..


with baby Iman. Kalau ikut slank mek panggil Imang. haha


suke melompat ini budak! geram aku!


Habis trip beraya dah. Nak datang rumah anis, anis pun beraya rumah orang kan. Cukup setakat itu. Balik dengan perut penuh makanan. Syukur alhamdulillah =). Raya2 juga tapi dalam kepala asyik ingat mama ngan ayah je. Mama ngan ayah tak beraya sama sebab ayah balik kampung opah, mama balik kampung maktok. Masing2 ade buat kenduri. Di pagi raya kol ayah dulu baru kol mama. Lepas tu bila kol opah kena tegur pulak kenapa aku tak balik raya, aku sorang je cucu yang takde kat kampung. Sebab kak azureen yang kat UMS pun boleh balik kenapa aku tak boleh balik. Ok! aku tersentap sekejap. Salah ke aku tak balik? Tapi aku dapat bagi reason yang agak boleh diterima kot. huhu.



=]=]=]

16 October 2012

Pesta Konvo ke -16




Assalamualaikum =]=]=]



Pesta Konvo kembali untuk sempena dengan Majlis Konvokesyen 2012 kali ke-16 pada 13 dan 14 Oktober 2012. Untuk tahun ketiga aku kat Unimas ni, untuk yang ketiga kali jugalah aku masuk Citrawarna untuk Pesta Konvo wakil Kolej Sakura. haha. Aku masih berminat untuk menari lagi sementara aku still lagi menginap kat kolej ni. Belum pencen lagi weh. Konvo kali ni lain sikit aktiviti dia tapi tak macam tahun lepas aku rajin pergi ke mana2 aktiviti, program atau ape2 lah yang diorang buat untuk Pesta Konvo ni. Yang aku pergi, booth2 Pesta Konvo jalan2 kat situ tengok ape yang dijual. Sebab aku cakap lain sebab lain lah. hehe. Ayat nebes sebenarnya nak tengok orang Konvo sebab dijemput oleh seseorang. hehe. Nak tengok abg senior konvo tahun ni. Tahun ni tema Citrawarna adalah tema celebration. Memang sebelum ni aku pernah terfikir aku menari untuk Citrawarna lagu ni. Last2 betul juga ape yang aku pernah fikirkan.hikhikhik. Punye seronok aku. Citrawarna kali ni orang lain pulak yang mengajar. Tapi still orang dari Kg Budaya juga. Kolej aku membawa tema Hawaiian African.  Hamek kau lagu waka waka eh~~~ sham mina mina~~~ haha. Lagu Shakira kau!. Pakaian pun nak kata save duit pun tak la juga. Kena juga beli banyak tali dan menggunakan kudrat sendiri untuk membuat skirt sendiri. Nanti tengokla gambar2 kat bawah ni.


Ni dia. bahan untuk membuat skirt tarian aku. tali rafia je. aku pilih warna pink dan kuning
 

yang ni accessories untuk kat leher.
 

Nampak tak betapa tekunnya aku menyisir tali rafia menjadi sehalus mulus dengan tulus ikhlas hati aku ni. jenoh menahan mata lepas nari buat skirt dulu lepas tu baru balik bilik tidur.
 

inilah hasilnye. skirt dan accessories untuk menari =)

 
ketekunan salah seorang penari kolej aku
 

bilik pun dah bersepah dengan tali2 rafia
 

waktu selepas mekap
 

tengok tak? mata akan di mekap kan sebegitu rupa. apelah yang akan jadi dengan mata aku nanti. haha
 

sambil2 tunggu giliran nak dimekapkan, diorang ni menyiapkan skirt yang tak siap ni.
 

hamek kau. nak tengok siapa lagi kreatif melukis meh sini bagi muka sendiri

 

nak warna kuku la. nak menari lah katakana
 

haaaaaaaaaaaaaaaaaa.... kenal tak siapa yang tengah tu? lain macam dah aku tengok muka aku. ni bukan macam avatar ni, dah macam ape dah aku tengok. nasib tak pengsan tengok muka sendiri.
 

ahli2 Sakura =)

with para2 junior

 
senior. tahun depan siapa nak nari dengan aku lagi? korang dah habis belajar. huhu
 

 
 
 
walaupun tak menang tapi syiioookkkkkk ooooooooo =D... thank you cameraman ..
 
 
 
sempat juga aku pergi tengok pameran motor2 besar ni
 
 
kereta antik ni
 
 

scooter2 yang comel2 ni

 
masa yang ditunggu2 oleh para2 Graduan Unimas. Tahniah senior2 semua fakulti yang dah graduate
 
 
pinjam buku abg senior

Tahniah abg senior. Nama bawah sekali. Dah graduate dah. Seronoknye tengok =)
 
 

Suasana di luar Detar selepas tamat majlis. Ramai betul orang. Seronok family2 kakak2 dan abang2 senior ni.
 

ooppsss!!! Tahniah abg senior!!! Seronok tengok abg senior dah graduate =). Terima kasih jemput sekali ye tengok abg senior. Maaf tak dapat nak melangkah masuk Detar sebab segan lah ^_^. Tak pernah pergi tengok kawan2 konvo. Pernah pergi sekali je itupun masa kecik tak tau pape tengok mak saudara pakai baju biru dapat belon dapat teddy bear. hehe.
 Jadi pembimbing semangat bila bersama dengan abg senior di hari Konvokesyen =D

 

 
tudiaaaaaa...anak dara menyelit kat dalam gambar ni. aku pun tak percaya dapat masuk dalam gambar ni. malu Nye Tuhan je lah yang tahu. ni semua abg senior punye pasal. tak pasal2 masuk frame sekali. haiyoooo. thank you abg senior. hikhikhik =)
 

for him. sekali dengan hadiah birthday abg senior =).
 
 
ni siapa yang graduate ni? aku pun dapat juga dari abg senior. thank you so much!
 
 
tengok tu!. dapat roti lagi. teddy bear lagi abg senior bagi. Disebabkan mrs fox aku tinggal di rumah maka abg senior belikan satu lagi mr fox untuk aku. now, aku dah ade Mr & Mrs Fox. so sweet =) 
 
 
sebelum balik semenanjung, bersteambot dengan abg senior dan kawan2. makasih belanja makan.
amat menghargai masa2 bersama =D
 
 
 
=]=]=]