Hello Hello

29 September 2013

Yuna Istana Budaya




Assalamualaikum =]=]=]





Tudia... Konsert dah nak dekat sebulan yang lalu, baru nak buat entry pasal konsert ni. Yuna & National Symphony Orchestra telah diadakan pada 6, 7, & 8 September yang lalu. Aku pergi konsert ni pun pada malam 6hb iaitu pada hari jumaat. Itu je masa yang sesuai aku nak pergi sebabnya 8hb tu tarikh flight aku balik ke Sarawak. Al maklumlah dah nak masuk sem baru selepas 8 bulan meninggalkan bumi Kenyalang. Serius memang aku berharap sangat nak pergi konsert ni sebelum aku balik Kuching sebab bila aku dah kat Kuching aku dah jarang nak balik semenanjung kecuali cuti sem panjang baru aku balik. Jadinya, aku mengambil kesempatan ini sementara ada lagi masa aku kat semenanjung, aku minta kebenaran mama dan ayah untuk pergi konsert ni bersama azreen. Thank you so much ayah, kebetulan hari jumaat tu memang dah bertolak ke B.B Salak Tinggi then ayah hantar aku kat Putrajaya so that azreen boleh jemput aku kat situ dah kebetulan juga dia praktikal kat Cyberjaya. So, keadaan nak pergi ke sana agak tak tenang sikit sebab lapar, traffic jam dan takde tempat parking. Aku dalam kereta dah pening kepala dah kan. 

Setibanya masuk ke dalam Istana Budaya, peerrggghhhh!!! ramai kot orang yang serba cantik, formal, lip lap lip lap, bling bling, glamorous kau nak tengok Yuna ni. haha. Tambah pulak ada photo gallery Yuna, ada jualan merchandise Yuna lagi. Aku berkesempatan juga lah beli beg tapi tak berkesempatan nak beli T-shirt sebab saiz dah habis. Tidak mengapalah. Kita dapat tengok konsert Yuna. Tapi untuk hari yang kedua, ketiga tu tak dapatlah nak cakap macam mana sebab tak pergi pun. Sebelum nak masuk dalam, dok ambil2 gambar dulu, melihat gelagat2 orang disekeliling. Tetiba adalah kelibat mak Yuna. Eh? Jules pun ade? He's very friendly. Tinggi dan hensem. Ok sesuai. Orang dok menunggu giliran nak ambil gambar ngan dia.


Nak duduk seat bawah dan depan sebenarnya tapi lambat beli tiket, duduk kat upper circle pun ok =). Tiket sold out kau! wallawehhhhhh


My bestfriend, Azreen. Dia juga salah seorang big fan of Yuna. So, thank you to him yang tolong belikan tiket konsert ni.


Sangat baik mak Yuna ni. Dah macam mama aku pulak kan. Tapi mama aku lagi special <3


 Photo Gallery Yuna di ruang legar Istana Budaya



Photo of Yuna captured by Jules. wow! nak juga boyfriend ambil gambar macam ni. kuikuikui =)


 Nak ambil gambar kat sini pun kena ikut turn juga tau. Belum jumpa Yuna lagi. haha



List lagu yang dinyanyikan oleh Yuna. She's a singer songwriter who is signed under David Foster’s Verve Records. The performance was super duper awesome + gabungan sususan muzik Orchestra & The Palauans yang sangat superb + suara Yuna yang hebat dan unik. Biasanya artis kalau kita dengar suara dia live mesti ade lain sikit tapi Yuna sama je suara die. wow! Amazing beb! Serius amat teruja dengan konsert ni. Tambah pulak dengan iklan saringan dari No Noise Percussion yang sangat lucu dan kreatif. Menarik seh! Dan tak lupa juga pada malam tu ada special sikit. Special nya ada penampilan khas dari gitaris Incubus, Michael Einziger. Mike main gitar, Yuna pulak nyanyi lagu 'I miss yOU'. omg! teringat orang tersayang eh! =D hehe .
Last performance, lagu Lelaki. hahaha. syok habis! best dan sangat best



Yuna adalah penyanyi termuda yang membuat persembahan dengan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan bak kata Ketua Pengarah Istana Budaya dan juga artis ketiga yang membuat persembahan yang berjaya memecahkan rekod penjualan tiket SOLD OUT. Album baru Yuna 'Noctural' di bawah Verve Record akan keluar pada akhir bulan Oktober. wohh!
Thank you juga kat Hatta Dolmat yang mereka pakaian Yuna untuk konsert ni. Kecik je tengok Hatta Dolmat depan2. Apa pasal aku tak ambil gambar dengan dia sekali? Nanti boleh suruh buat baju kahwin aku (berangan sangat). Yuna was very beautiful and gorgeous. Aku jadikan dia sebagai role model aku bukan sebab aku nak jadi penyanyi tapi sebab Yuna mempunyai ciri2 yang aku rasa patut dicontohi =). 
Feeling wonderful time ni. Ok lah tu kan, nak buat kenangan sebelum pulang. Memang tunggu Yuna balik baru kami balik. haha. Yang mama dok menunggu aku balik baru tidur. Sorry mama. Thank you mama, ayah & azreen.
Yuna & National Symphony Orchestra sangat best!




=]=]=]






4 comments:

  1. hey awak!
    td saya ingt awk tu yuna.pic awk pkai tudung color brown pastu pegang gamabr yuna.seriusly.ingt yg tu yuna.hahahhaha

    ReplyDelete