Hello Hello

02 July 2013

My weekend




Assalamualaikum =]=]=]

 
 
Minggu lepas hujung bulan Jun adalah minggu kedua last sebelum puasa. Ape lagi plan lah. Nak keluar makan2, jalan2, shopping2 sikit, movie2, semua lahhhhh. Plan hari sabtu keluar dengan abg senior. Dah cakap kat mama, mama bagi keluar, then balik pakcu ambil. Itupun mase balik dah sampai kat KL Sentral, dah lepas beli tiket erl, last2 kena tunggu lagi setengah jam sebab aku terlambat seminit je erl sebelum tu. haihhh. Nasiblah cu tak marah. Plan dengan abg senior sabtu tu pergi Berjaya Time Square. Makan2, tengok Now You See Me, jalan2 naik turun guna lif pastu naik turun escalator lagi naik lenguh kaki sakit pinggang. Mana taknye, aku tak tahu nak beli baju ke, shawl ke, dress ke ape ke. Bila masuk kedai ni keluar balik takde yang seronok. Bila masuk kedai tu keluar balik boring. Lepas tu singgah Sungei Wang pulak. Kesian abg senior ke hulu ke hilir ikut aku berjalan keluar masuk kedai tapi tak beli2 lagi. haha. Aku tak tahu nak pilih yang mana satu. Tambah pulak aku ni jenis yang cerewet juga lah. Bak kata abg senior, aku bukan cerewet tapi dah rambang mata! haha.. Amik kau dah kena sebijik. Story kat mama, mama pun setuju juga cakap abg senior tu. ishhh!



"Eh? macam shawl aku je ni?" haha. Belek punye belek tapi tak beli pon. Buat lenguh kaki jalan je. haha



old town!


 Thank you my abg senior! <3
 
 
 
 
Esoknye pulak ikut cu dan family pergi Aquaria KLCC. Thank you cu belanja tiket masuk walaupun miza dah tunjuk kad siswa ngan IC dapat diskaun RM8 je.hikhikhik. Jadilah kan. Masuk situ mulalah nak jadi photographer la kononnye kan ambil gambar semua padahal guna hp je pon. Tak boleh nak lawan DSLR pakcu la kan. Gambar banyak yang goyang. Dah lepas dari tu, singgah ke iSetan. Cu ni kalau tengah sale memang suke shopping kat iSetan. Suka shopping untuk anak2 die. Aku pun jalan lah seorang diri. Macam tak biasa pulak kan jalan sorang2 kat shopping mall mijah ni. Pergi sini dah rambang mata balik. Cadangnye nak beli baju tapi takde saiz. Sabar jelakan. Kalau mama ade kan best, boleh shopping handbag dan kasut. Kalau ade ayah boleh pau nike or adidas. wakakaka. Dah boring sangat pergi lah aku ke Kinokuniya, duduk situ diam2 baca Time Keeper. Sampai dah mengantuk, turun bawah pergi Old Town beli mocha freezy & bread toast cari tempat duduk kosong duduk situ makan sambil twitting dan melihat gelagat orang. Betapa boringnye aku masa tu tak tahulah nak cakap. haha.

 
 
 
 
 
no flash! nasib baik
 
 
 
 
 
 
 
 
macam tau2 je aku datang nak ambil gambar.. die datang! die datang!
 
 
aku suka sangat gambar Awliya dengan ikan ni. Macam betul2 ada kat sebelah dia je ikan ni.


 
 
 


Awliya takut sangat sampai bergoyang gambar ni. Penyu tu besar ngat aihhh
 
 
yaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......
 
 


=]=]=]
 

24 June 2013

Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2013




Assalamualaikum =]=]=]




Gambar ni permulaan cerita. Cuba teka aku pergi mana ni? haha. Hari sabtu lepas, plan tu tak jadi plan ni tak jadi, last2 yang jadi keluar dengan bestfriend aku, Azreen. Mula2 destinasi ke Alamanda, ape lagi kan nak makan, lapaaaaaa. Dah sembang banyak2 dengan Azreen tetiba rasa nak tengok wayang. Ok tengok zombie yang aku rasa nak lempang2 je tengok, mendebarkan betul, World War Z. Sepatutnya nak tengok lepas zohor tapi tempat duduk dah penuh jadi ambillah tiket lepas asar. Sementara nak tunggu jam 4.50 tengok wayang tu, lepas zohor kat masjid besi, singgahlah kami di Festival Bunga dan Taman yang sekarang ni berlangsung di Putrajaya selama 9 hari. Masa tu hari panas je tapi tak terik la.

Bila masuk je, wahhhhhhhhhhhhhhhh....... Teruja tak terkata dan seronok sangat bila aku masuk je dikelilingi dengan decoration bunga2 yang pelbagai jenis , yang cantik2, yang segar2, berwarna warni. Sangat cantik tau tak! Bila masuk je aku jadi rambang mata, nak ambil gambar kat situ, sana, sini. huh! Bila nak ambil gambar kat situ mesti ade orang juga nak ambil gambar kat tempat tu, sebelum tu takde orang pun. geram pun ade. haha. Aku berada dalam tu dengan Azreen dalam lebih kurang 2jam lebih je, memang tak dapat nak pergi semua tempat sebab banyak tempat kat sana. Boleh dikatakan ade kategori2 tempatnye jugalah. Ade tempat2 mereka pamerkan decoration laman dari bahagian sekolah rendah, sekolah menengah, university. Cantik2 belaka. Memang sangat kreatif dan teruja tengok. Tempat2 lain pun macam di bahagian decoration negeri2 seprti Terengganu, Selangor, Klang dan banyak lagi. Wow! hebat. Mesti orang yang hias2 tu banyak idea mereka. Bagi kakak2, makcik2, pakcik2, abang2, adik2 yang minat bunga bungaan ni boleh lah datang bawa family. Ade juga tempat jual2 bunga kat sana macam kaktus dan sebagainya. Aku rasa nak buat majlis kahwin terus dalam tu mesti best! haha. Sebabnya kat situ ade juga pameran hiasan bunga di pelamin, ruang meja makan dan laman rumah. Best tau!



Ni masa mula2 masuk


Cantik kan ruangan ni penuh dengan bunga2 yang cantik, segar dan warna warni =)












Cantikkan bunga2 di atas? Geram je tengok.


 Ni kalau buat majlis nikah best ni. agagagagaga






comel tak saya? kat muka dan badan saya ada bunga =)


hiasan laman rumah



Ada satu tempat hiasan bunga tu di mana tempat memperingati tentera2 yang dah banyak berjasa kepada Negara kita. Siap ada buku untuk ditandatangan lagi. Ape lagi sign la Hamizah Anuar =)






Ada Nampak sesuatu di situ?

Hiasan bot yang cantik2 belaka

Dari pandangan atas


Diperbuat dari tin kosong


Ladybird comel! Merah!!! =D




Azreen, my bestfriend aka photographer aku masa tu. haha. Thank you Azreen!


Jalan keluar. Gambar banyak diambil tapi upload sikit jelah. Bagi aku memang best sangat lah festival ni. Kalau nak tau ape lagi yang ada kat festival ni datanglah ke sana. Banyak tempat, banyak bunga dan segalanya banyaklah. Tak boleh digambarkan dengan kata2. cewahhh. Aku pergi time ni waktu siang, waktu malam belum lagilah aku tau macam mana keadaannya sebab tak pergi waktu malam lagi. Ayuh semua kawan2 datang bawa family kebetulan sekarang ni ramai student yang dah start cuti sem kan? Marilah datang beramai ramai ke
FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN dari 22 - 30 JUNE 2013 di PUTRAJAYA =D


Tetiba teringat masa makan kat Mcd sambil menunggu Azreen beli makanan, tetiba ada sorang makcik ni duduk depan aku, tanya aku "Excuse me dek, nak tanya how you lilit your shawl because I like the way you wear your shawl, nampak kemas je you pakai" . Punyelah terkejut aku. Aku jawab "I wear the simplest way, just lilit2 je". "Macam mana you pakai shawl ni ?", makcik tu tanya. Then aku cakap "nak saya tunjuk kat sini?" Sambil tengok sekeliling makcik tu cakap "Boleh juga". Aku pun mulakanla tutorial pakai shawl la kononnya kat depan makcik tu. Nasibla aku duduk belah tepi. Disebabkan cara aku pakai shawl ni memang senang, so senang buka, senang nak pakai. Bukanlah buka terus, nampaklah leher aku nanti. Makcik tu tanye tu tanye ni aku pun jawabla. Aku ada cakap kat makcik tu aku tak pandai pakai ikut cara kat youtube tu. Buat cara sendiri je. I started wearing a shawl when I become a fan of Yuna. haha. Peace yaw!




=]=]=]







13 June 2013

Dapat jumpa Menteri




Assalamualaikum =]=]=]



Ni nak cerita hari selasa kelmarin berlangsungnya majlis perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan Jalan sekali dengan pelancaran Sistem Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan  (SPKPK) yang dirasmikan oleh Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein iaitu Menteri Pengangkutan sekarang. Jadinya warga MOT kena lah pergi majlis tu termasuk aku, Anis ngan Amy. Walaupun kami bertiga hanya pelajar praktikal kami kena pergi juga. Kebetulan aku ngan Anis adalah ahli koir MOT sementara kami menjalani praktikal di sini. Jadi ahli koir kenalah jadi guide untuk nyanyi lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam dan Maju dan Sejahtera. suke.. suke.. Praktikal kat sini best betul. Dahla dapat tengok Menteri sebelah2 je. Anis lah yang paling excited. hehe


sempat bergambar dalam bilik siding media
 

Dato' Seri Hishammuddin sedang berucap
 

bersama cikgu koir
 

Seronok ye..... Menteri datang ke arah kami ahli koir tanya itu ini cakap itu ini. Diorang mintak baju baru. Alaaaaaaaa.. Tak dapat merasa lah aku ngan Anis. Kiteorang praktikal kat sini pun tinggal lebih kurang sebulan je lagi. Menteri siap ajak lagi siapa yang nak bergambar dengan Menteri, semua berebut nak masuk gambar. Cu tanya kenapa aku tak masuk bergambar sekali? Aku jawab aku hanya jadi photographer bersama sidang media yang lain. Gambar Menteri dengan semua ahli Koir adelah muka aku yang tersenyum lebar ni. haha
 
 
Ahli koir MOT. Tak nampak pulak muka aku kat belakang.  gambar dari fb MOT
 
 
Dalam banyak2 gambar yang diambil, gambar ni je yang masuk surat khabar. Confirm lah muka aku takde. hehe  gambar dari fb MOT
 
 
 
 
=]=]=]
 
 



12 June 2013

Buah Dabai




Assalamualaikum =]=]=]



Buah dabai ??? Buah ape tu ??? Buah dabai ni buah dari kepulauan Borneo. Hanya dapat dijumpai di kepulauan Borneo je , kat semenanjung takde ye. Aku pun mula2 tak tahu juga pasal buah ni. Ann , bestfriend aku yang duduk kat Sarawak ni yang introduce dan ajar aku makan buah ni. Sejak dari tu aku search pasal buah dabai, info yang aku dapat rupanya buah dabai ni kaya dengan antioksida yang berkhasiat. Buah dabai ni pun mengandungi sumber protein, tenaga dan mineral seperti potassium dan kalsium. wahhhh. Tapi aku tak dapat nak makan macam tu je macam ann makan. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu sebelum aku balik semenanjung Ann bawakan aku buah dabai. alolololo.. so sweet. Dah siap dah die masak buah dabai tu , aku tunggu nak makan je lagi. Sebelum nak makan buah dabai ni, buah dabai tu direndam dengan air suam di dalam bekas. Lepas tu tutup bekas tu tunggu sampai isi buah dabai tu lembut. Bila dah lembut buah dabai tu, letak kicap dan campurkan gula. Lepas tu siap dimakan nyum! nyum! nyum!



Inilah buah dabai... Nampak macam buah anggur pun ade, macam kurma pun ade.
 
 

 Yang ni pulak buah dabai yang dijual fresh baru datang dari Sibu. Aku memang tak dapat makan macam ni.



Yang macam ni baru aku makan. Ann buatkan special untuk aku. Special lah sangatkan.
Ade rasa nak cuba? nyum! nyum!
 
 
 
=]=]=]