Hello Hello

30 September 2012

Sekitar Raya Tahun Ni : Part 3




Assalamualaikum =]=]=]


Bersambung dari part 2. Ni entry raya dengan kawan2 pulak. Lebih kurang minggu ketiga raya, mula memikirkan bilalah nak jumpa girlfren2, kawan2, teman2 tersayang aku ni. Hari2 asyik busy dengan tolong catering dengan beraya bersama family je. Nasib baik ada satu hari tu mama bagi line aku jumpa kawan2 walaupun masa tu aku rasa tak sampai hati nak pergi sebab nak tolong mama. Bila lagi aku nak tolong kan. Aku dah la jarang balik. Yezza. Mama memang memahami aku. Jadi, roger2 teman2 yang masih dan yang sudah berada di Teluk Intan. Mula2 temu janji dengan aliya dan jue. Terima kasih kepada ayah aliya yang hantar dan amik aku ngan adik malam tu. Bawa pergi Euro Fun Park sampai tengah malam then belanja McD. 


 Aliya, me & Jue

Seterusnya, temu janji bersama teman2 semasa di sekolah rendah dulu. Wah!!! Riuh kat McD tempat kiteorang lepak memang tak yah cakapla. Buat tempat McD tu macam bapak kiteorang punye je. Pekerja kat situ rasa macam nak halau je kiteorang ni. Dah lepak punye lama, riuh lagi tu. haha. Al maklumla, ada di antara mereka yang last kiteorang jumpa masa tahun 6. Bila masuk sekolah menengah ada di antara mereka yang sambung kat sekolah berasrama penuh. Aku sekolah convent je. hehehe. Bayangkan berapa lama tak jumpa face to face. Kat fb tu lain la kan. Walaupun di antara mereka ni dulu geng lain2 tapi kiteorang saling mengenali walaupun tak rapat sangat dulu. Lagi pulak mereka ni pernah jadi pelanggan nasi lemak yang aku jual kat kelas dulu *bangga. Jumpa di satu tempat duduk bersembang kat situ je rasa macam tak cukup. Then kiteorang plan jalan2 jauh sikit, Yang pasti luar Teluk Intan. haha. Manjung? Bercomment pulak kat fb nak pergi kolam air panas pulak. Memang malam tu mulut lenguh gelak sorang2 depan laptip macam orang gila baca comment2 dieorang ni. Akhirnya, Manjung destinasi kami. Masa dari pagi sampai petang sebelum jam6 memang tak cukup juga rasanya. Tapi takpe, asalkan kiteorang semua dapat luangkan masa bersama walaupun sekejap =)


Ayah belanja bekalan sarapan pagi kiteorang semua. Nasi lemak. Thank you ayah. Sorry korang, mama aku tak sempat nak masak nasi lemak yang korang pernah beli dulu. Tau korang rindu nasi lemak buatan mama aku.hehe 

Syahirah, Fatin, Aina, Kuya & Erma. Pernah tengok kan view belakang tu kat entry sebelum ni? haha. Teluk Batik lagi. Tapi bila datang sini suasana macam pantai yang dah ditinggalkan. Pengunjung takde.


Kuya. My bestfren dari sekolah rendah sampai sekarang =)


Fatin. Satu kelas di sekolah rendah kecuali tahun 3


Syahirah tak pernah sekelas sebab die pandai lagi...hehe


Erma, memang sama sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah. Die memang kreatif kalau pasal tulisan macam gravity ni =)


Aina Sofia si mata bulat. Rapat dan kenal di sekolah agama sejak Tahun1. Anak guru besar sekolah agama ni. Memang bersaing dulu kan. Kita memang very energetic & garang waktu dulu kan. Dengan budak laki pun tak tegur. Pernah lawan dengan budak laki dulu senjata kita adalah cover kipas, penyapu dan penyedok sampah kan. very the naughty kita dulu. wahahaha=)


Sanggup cari orang di sekitar pantai sebab nak suruh tangkap gambar. Memang tak tau malu betul..haha


Memang nakal. Habis barang2 makcik aiskrim ni kami usik


My friends. Walaupun berlainan character tapi mereka ni satu kepala.


eh??? tiba2 nak tiru gaya orang beraya pakai baju kelabu sedondon senyum tutup mulut berlatar belakangkan laut. hewhewhew. *saje cari pasal  haha


Dan kemudiannya bertemu janji dengan Eka & Erma pulak. Dah lepas bercerita bagai di secret recipe sampai dah nak tutup, again, masuk lagi di Euro Fun Park tu. Teman minah due orang ni main. Aku memang tak la nak main yang pusing2 yang berhayun2. omg! aku tak tahan. habes2 pun aku main bumper car yang langgar2 tu. memang aku ni tak extreme bila masuk fun fair. buang duit bayar masuk je tapi tak main. memang pun. tengok orang main je. haha. Baru aku perasan takde gambar. haish. Ade lagi kawan2 yang tak sempat aku jumpa tu mungkin panjang umur kita jumpa lagi ye. Termasuklah kawan2 lelaki yang ajak jumpa tapi aku tak dapat. No time. Maaflah ye =). 
Memang banyak different raya aku tahun ni hanya aku je yang tau. huh! Mama ade cakap aku bertuah raya tahun ni. errkkk??? 





=]=]=]




4 comments: