Hello Hello

13 June 2013

Dapat jumpa Menteri




Assalamualaikum =]=]=]



Ni nak cerita hari selasa kelmarin berlangsungnya majlis perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan Jalan sekali dengan pelancaran Sistem Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan  (SPKPK) yang dirasmikan oleh Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein iaitu Menteri Pengangkutan sekarang. Jadinya warga MOT kena lah pergi majlis tu termasuk aku, Anis ngan Amy. Walaupun kami bertiga hanya pelajar praktikal kami kena pergi juga. Kebetulan aku ngan Anis adalah ahli koir MOT sementara kami menjalani praktikal di sini. Jadi ahli koir kenalah jadi guide untuk nyanyi lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam dan Maju dan Sejahtera. suke.. suke.. Praktikal kat sini best betul. Dahla dapat tengok Menteri sebelah2 je. Anis lah yang paling excited. hehe


sempat bergambar dalam bilik siding media
 

Dato' Seri Hishammuddin sedang berucap
 

bersama cikgu koir
 

Seronok ye..... Menteri datang ke arah kami ahli koir tanya itu ini cakap itu ini. Diorang mintak baju baru. Alaaaaaaaa.. Tak dapat merasa lah aku ngan Anis. Kiteorang praktikal kat sini pun tinggal lebih kurang sebulan je lagi. Menteri siap ajak lagi siapa yang nak bergambar dengan Menteri, semua berebut nak masuk gambar. Cu tanya kenapa aku tak masuk bergambar sekali? Aku jawab aku hanya jadi photographer bersama sidang media yang lain. Gambar Menteri dengan semua ahli Koir adelah muka aku yang tersenyum lebar ni. haha
 
 
Ahli koir MOT. Tak nampak pulak muka aku kat belakang.  gambar dari fb MOT
 
 
Dalam banyak2 gambar yang diambil, gambar ni je yang masuk surat khabar. Confirm lah muka aku takde. hehe  gambar dari fb MOT
 
 
 
 
=]=]=]
 
 



2 comments: