Hello Hello

09 July 2013

Pot Luck sebelum puasa




Assalamualaikum =]=]=]







Haaaaa.. ignore tulisan 'Selamat Hari Raya'  belakang tu. Itu hanya decoration office ni je la. First aku jejakkan kaki kat office ni pun decoration tu memang dah ada =). Taula belum puasa lagi ni kan pulak nak raya kan. Sebelum bulan Ramadhan tiba ni, staff kat office sepakat nak buat pot luck makan2 jamuan2 macam tu lah di sebelah paginya sebab di sebelah petang pulak mereka ade meeting bahagian. Jadinya kami bertiga ni tak termasuk lah dalam meeting tu sebab kami ni bukan staff tetap, praktikal je. So, semua staff kena bawa makanan masing2 lah. Yang kami ni sharing is caring and loving gitu cadangnya nak beli kek secret recipe tapi kak Aini pulak tak setuju. Ok takpe, dalam kepala aku dah ada idea nak bawa kuih kebetulan aku balik rumah teluk intan minggu lepas, bolehlah aku buat kuih cucur badak. Tapi nak dijadikan cerita tak jadi pulak sebab rumah aku takde elektrik. Nanti masam pulak kuih mentah tu kalau tak disimpan dalam peti sejuk. Dah habis idea aku bawa jela buah jambu, kuah rojak, agar2 yang mama buat dari rumah dan beli ais krim. Janji bawa kan. Tengahari pulak makan free lagi. Semua staff BPM ni order nasi arab. Tapi kali ni yang quarter punye nasi arab. Tu pun aku tak dapat habiskan aku rasa. Pelbagai jenis nasi arab, aku order Hanith Nasi Arab. Ayam nye diperap pulak. Ape2 jelah. Petangnye pulak time kami dah nak balik , staff masih lagi dalam bilik meeting. Lepas tu puan panggil masuk bilik meeting nak sambut birthday siapa yang bulan April hingga Jun. Dua orang je, abg Ramlee ngan Anis. Wahhhhhhhhhhhhh... Makan lagi... Syukur betul............ 


 Bila dah dihidangkan semua makanan2 ni lah die makanannya


 Sebelum makan baca doa dulu dari Sir Rizal



Jom makan!


 Saja nak menyakat puan (bos besar). Puan senyum! =)


 abg Ramlee dah macam orang jual buah dah bawa buah dalam bakul. Due sengget! Dua sengget! Spaghetti dari puan Rosliza dan mee goreng dari kak Norzie


 Pencuci mulut lah =)


 miss Nurul bawa kek batik. Kalau jenis makanan yang macam coklat2 ni memang favourite aku. Aku rasa macam boring je makan kek batik macam tu tapi bukanlah maksud aku tak sedap kek tu cuma aku nak olah sikit makanan tu. Makan kek batik dengan aiskrim vanilla chocolate. Boleh jadi cam dessert. Sedap kot! Dah ade yang ikut aku makan macam tu. haha. Ni kesan tengok Masterchef la konon.


Happy Belated Birthday abg Ramlee & Anis


Chocolate Indulgence Secret Recipe





Salam Ramadhan
 Selamat Menyambut Ibadah Puasa bagi semua Umat Islam. 


=]=]=]

No comments:

Post a Comment