Hello Hello

22 September 2013

Mereka ini lah




Assalamualaikum =]=]=]



Nak cerita tentang sahabat2 yang aku kenal dari sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Sekarang masing2 dah jadi anak dara dah tak macam kat sekolah dulu, pakai baju sekolah kadang2 skema kan walaupun kiteorang ni famous amos juga kat sekolah dulu kan. Tapi kami yang dulu bukanlah yang sekarang hey! Macam lagu tegar pulok. Lepas je SPM, masing2 sambung belajar ke matrik, politeknik dan seterusnya ke IPTA & IPTS. Dah jarang dah ade masa nak jumpa, lepak macam kat sekolah dulu. Nak lepak sama2 tunggu cuti sem itupun kalau siapa yang sama cuti sem. Al maklumlah universiti lain2 semuanya. Bila dah jumpa memang takde full stop cerita & gossip masing2 bersambung2. haha. Lepas tu gelak tawa sampai tak ingat orang lain di sekeliling dah macam tempat lepak tu bapak kiteorang punye kan. 



empat dara =)


Lepas lepaking yang pertama, kami bercadang untuk lepak dan jalan ke luar kawasan Teluk Intan. Sebenarnya paling jauh pun kami pernah keluar lepak ke Lumut je. Kali ni jauh sikit ke Ipoh. haha. Atas kebenaran ibu bapa masing2 untuk keluar bersama akhirnya plan yang tak berapa nak plan tu menjadi. Kiteorang tak boleh nak plan sangat nanti mesti tak menjadi. Keluar haritu dari pagi dan balik sebelum malam. Thanks to eka jadi driver dan kenderaannya. 


Welcome to Gunung Lang


 me, eka, erma, kuya & aliya


 Bila pergi ke tempat2 macam ni, dalam hati mengatakan "Ya Allah sungguh indah ciptaanMu . Bersyukurlah wahai manusia"


 Their smile... Sama kan macam saya? =D


 Burung unta kat belakang tu pandai tau. Aku panggil dia suruh tengok camera dia pun tengok. Tapi burung unta tu tak dapat nak senyum macam kawan2 aku neh.haha


 Them =)


 Thank you for being my model bestfriends 


 dua orang ni excited bagi makan

 Gunung Lang ni sebenarnya adalah sebuah taman rekreasi yang terletak di antara batu kapur di Jalan Kuala Kangsar lebih kurang dekat jela ngan pusat bandar. Kat sini kita boleh naik feri untuk menyeberang tasik yang dikelilingi oleh bukit batu kapur. Kat sini juga ade zoo kecil, taman permainan, watchtower, rumah kampung. Murah je tambang feri ni. Jom la singgah . haha


memang panas tapi suasana kat situ tenang je tau. nak berangan pun boleh


Sementara bulan Syawal masih ada, aliya buat open house dan menjemput kawan2 sekolah yang ada masa free untuk datang rumah die. Kalau dulu masa persekolahan kalau time raya memang sorang2 buat open house (kecuali aku). Tapi sekarang dah jarang dah. Cuti sem pun tak sama juga tiap2 tahun kan. 


 Budak2 kelas 4&5 Chemistry dulu. merindui yang lain. =)


fish eye with the girls...aija, nazihah, mira, aliya, ema, kuya, eka & me <3
Tak sia2 aku bawa adik aku dimana jua aku berada sebab adik aku boleh jadi photographer aku. haha



Mengenali kalian adalah satu kesyukuran, bergurau dengan kalian adalah satu kebahagiaan, menyakiti hati kalian akan kuelakkan dan aku berharap semoga persahabatan kita abadi hingga mati memisahkan kita. 
Love you all Girls <3 



=]=]=]

3 comments:

  1. Cikgu amat kagum dengan keakraban perdahabatan kalian. Harap berpanjangan sampai bila-bila. Anak-anak murid cikgu yang ayu belaka, sopan santun belaka, bijak belaka, dan baik belaka. Betul!


    Cuma satu yang cikgu tak puas hati;
    "Kenapa grup ni tak datang beraya ke rumah cikgu tahun ini?
    Jawab!

    Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ***persahabatan. Kan dah salah eja. Haha...

      Delete
    2. Amin...Terima kasih cikgu! Tapi cikgu minta maaf sangat-sangat. Panjang umur kita jumpa lagi ok cikgu ..hehe =D

      Delete