Hello Hello

12 May 2012

Dream High Costume Dance




Assalamualaikum =]=]=]


Yang ni adalah salah satu aktiviti untuk Open Day Kolej aku. Tapi ade empat kolej je yang bertanding. Yang lain tu tak tau kenapa takde penyertaan dieorang. Rugi sebab video tak sempat ambil la..haiyaaaa



 Kolej Seroja yang bertemakan Iguana. Tarian yang mengisahkan 8 orang puteri yang sedang bersuka ria di sebuah kepulauan yang diberi nama Pulau Jawa dengan gerak tari yang lemah gemalai. Mereka telah menjumpai buah delima yang dipercayai boleh mengekalkan kecantikan mereka selamanya. Tanpa disedari buah delima tersebut telah disumpah oleh penunggu hutan. Satu keajaiban telah berlaku dan bangkitla 'The Spirit of Iguana'. Aku tengok tadi pun tak paham ape yang dipersembahkan sebenarnya. dengar sinopsis baru aku paham sikit2.hehe


 Kolej Bunga Raya dapat tema monyet. Senang je kan. haha. Yang ni memang aku gelak memanjang. Monyet2 yang nari bukan buat suara monyet tapi bunyi dah macam menjerit2 kat dewan tu.haha. Sinopsis yang mengisahkan sekumpulan monyet yang ingin bermain di sesuatu tempat, mereka pergi ke tempat tersebut.Ketua mereka yang pergi dahulu untuk memastikan tiada ancaman bahaya. Lepas tu bermulalah gelagat monyet BRC. Nang lawak eh =D


 Seumpama rama-rama~~~ Kolej TAZ dapat tema ni. kiut miut cina2 dari kolej ni. Tema pasal kehidupan seekor rama-rama.


 Yang ni sudah semestinye dari kolej aku sendiri. Sakura~~~ Dapat tema ular. Tarian pun gelek2 macam ular kena palu. haha. Kalah mas idayu punye gelek dah ni. Sinopsisnye pasal gambaran sekumpulan ular jantan & betina menari berasingan , lepas tu menari bersama-sama. Tapi aku tak dapat detect ular warna ape yang jantan dan yang betina. Tarian gelek semua macam betina. wakaka. =D


Ini kali kedua aku jadi ajk sepanjang aku duduk kat kolej aku dari sem satu. Ajk pendaftaran je pun. Biasanye muka aku ni muka jadi peserta/penonton je. Muka tak layak jadi ajk untuk kolej kot. hehe =)


=]=]=]

No comments:

Post a Comment