Hello Hello

13 May 2012

Girl Power memerangi jenayah




Assalamualaikum =]=]=]


Wallaweh tajuk pakai hentam jak. Ni disebabkan SGP yang aku join pagi tadi la ni. Ape tu SGP? SGP tu singkatan bagi Sakura Girl Power! Program kolej aku. So, beberapa anggota polis telah dijemput untuk memberi ceramah & demonstrasi untuk mempertahankan diri. Nak share info penting, bersama memerangi jenayah ni =).
 

Untuk memerangi jenayah, Langkah berjaga-jaga :
  • Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun  untuk jangka masa yang singkat.
  • Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda. 
  • Jangan tinggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
  • Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
  • Hentikan hantaran (contohnya : surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
  • Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
  • Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti simpanan keselamatn.
  • Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.


Perlindungan secara fizikal :
  • Pasangkan "door viewer", penyelak pintu utama.
  • Pintu utama perlu diperbuat daripada bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
  • Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap pada rumah anda.
  • Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakannya untuk memasuki rumah anda.
  • Potong ranting-ranting pokok dan semak samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
  • Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.
 
Peragut rantai & beg tangan, Langkah2 keselamatn dari ragut :
  • Sentiasa membawa wang secara minima.
  • Selindung wang dari pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
  • Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada bahu supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
  • Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat2 sunyi atau menaiki lif.
  • Jangan mendedahkan barang2 kemas yang dipakai.
  • Ketika berjalan di atas jalan raya sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula di kepit atau dibimbit dengan sebelah tangan.
  • Elakkan dari memakai barang2 kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
  • Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
  • Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.


Cara2 untuk menghindari penyeluk saku :
  • Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khalayak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.
  • Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan.
  • Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli di pusat membeli belah.
  • Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.



 Demonstrasi mempertahankan diri. Eloklah tu, sarjan2 semua ade seni mempertahankan diri jenis karate & akiedo. wow! bagi aku yang takde asas apa2, menjerit, cubit, pukul orang je yang tahu, dapat juga ilmu pengetahuan dari demonstrasi yang ditunjuk.. hehe



Oleh itu, setiap kali nak melangkah keluar dari rumah atau nak pergi mana2, jangan lupa berdoa agar dilindungi dari perkara2 yang tak baik berlaku .Amalkan membaca ayat kursi 3x sebelum keluar rumah =). Terima kasih Inspektor Nurhafizah dan sarjan2 yang sudi hadir kongsi banyak cerita2 dan pengalaman2 kat kami semua. 
Hidup Mesra, Cepat dan Betul !!!


=]=]=]

 

No comments:

Post a Comment