Hello Hello

30 May 2012

Retro Night Dinner




Assalamualaikum =]=]=]


Akhirnya, sudah lepas kami exco2 & faci2 yang terlibat menjayakan event last kami iaitu Retro Night FCSIT Annual Dinner 2012. Alhamdulillah. Dengan kesibukan assignment yang banyak, tapi masing2 memberikan kerjasama untuk event Fakulti ni. Tema dinner kami Retro. Bertempat di Hilton Hotel Kuching yang telah berlangsung pada 20hb Mei yang lepas.


Jenoh dah promote. Yang bagi mesej tanya macam2 pasal dinner. Yang merepek pun ade. Sabo jela. huhu


Welcome here students and lecturers of FCSIT  


Kali ni our Dean tak dapat mari sebab ade hal. Hanya video dari Dean sahaja yang kami tunjukkan pada semua malam tu. So, digantikan dengan our Deputy Dean yang sempoi and sporting ni.


Suasana semasa advisor Pertekma memberi ucapan.


 Persembahan pertama dari 2nd & final year students


 Persembahan kedua, bersway~~ sway~~  the pussycat dolls punye sway. haha


Persembahan ketiga, oh lelaki ini nyanyi lagu ape eh? 


 Persembahan last.. Bakal exco & bakal mantan kena menari oiiii...Hambek kau langkah2 sumbang. Bila tengok video balik lawak betul. Nasib baik aku pakai skirt, tak nampak sangat sumbang..hehehe


 
Penyampaian hadiah untuk Recreational Day. Alaaaaaa, keseluruhan CS dapat no 3.huhu. Tahniah SE&MM jadi johan, NC kedua dan IS keempat. Ape2 pun tahniah kepada semua yang join aktiviti ni.


 Yang ni pulak nak cari Prince & Princess. Kali ni pencarian nye lain sikit. Exco2 akan ronda2 satu ballroom cari top 5 prince & 5 princess, kemudian akan dicouplekan mengikut nombor yang diberi. Untuk final, lecturer2 yang tentukan siapa couple paling serasi =)


 Tu dia....... hadiah2 untuk Best lecturer (male) and (female) , Best supporting staff (male) and (female) , Prom King and Prom Queen (Lecturer) , Prince and Princess(Student)


Yang ni pulak hadiah2 untuk cabutan bertuah. Printer, speaker, external hard disk, beg, voucher dari Hilton Hotel, mouse, headphone, kaspersky. huh! Thank you sponsor! =)


Masa yang ditunggu2. Dinner sebelum ni tak buat macam ni, tapi kali ni kami buat. Perletakan jawatan SECARA TIDAK RASMI PERTEKMA. Belum rasmi lagi ye. So, belum mantan lagi aku ni. *bunyi macam tak nak lepaskan jawatan kat orang lain . haha. Macam sikit je exco2, sebab ade beberapa yang takde.




Congratulation kepada semua yang dapat jadi exco dan bakal menggantikan jawatan kami. Rasa macam rugi je aku tak jadi interviewer hari tu. Macam2 soalan dalam otak aku ni nak soal. Tapi takpe, aku dah buat banyak soalan untuk mereka2 hari tu.haha.






Yeh! Ni lah orangnya yang bakal menggantikan aku. Selagi aku tak tutup akaun selagi tu aku tak bagi buku log kat dia ni. hahahahaha *gelak jahat



 Walaupun course kami kalah tapi CS tetap di hati kami
yey!!! =D


Bergambar dengan coursemate CS. Bak kata mama aku, antara lelaki2 dalam course aku, Vance lah yang paling hensem. cewahh!!!! bangga Vance! haha. Tapi, tengok tu, senyuman yang lebar membuatkan pipi aku menolak kedudukan spek aku ke atas. Patutla tengok lain je dari Vance. haishh


 My advisors & lecturer yang hadir


 Me & Ann yang cute miut dengan polka dot =)


 With the Prince of the night & the head of our dance =)


 Bakal president dah kena buli ke??? hehehe


Semua senyum nampakkan gigi anda =D


Tak cukup door gift bagi satu nak pakai tiga yang tepi skali tu...hehe


 Masa aku pergi test food, aku makan menu Chinese Style. Tapi rasa macam tak sesuai jadi kami tukar menu International Style. Kebetulan pulak ade juga student & lecturer international kami yang datang malam tu. Aku banyak makan buah je. Yang lain kurang makan sebab banyak berjalan. Punyela banyak amik makanan untuk exco2 makan. Tamak betul kami ni, tak cukup meja nak letak makanan.


 Harap semua yang hadir pada malam tu enjoy dengan event kami. Dapat hilangkan stress sikit2 pasal assignment, project, presentation korang malam tu. huahahaha. Terima kasih juga kerana sudi membeli tiket dinner kami kerana beberapa percent dari harga tiket tu akan disumbangkan kepada Sarawak Children's Cancer Society (SCCS). Terima kasih juga kepada yang menyumbang lebih.

PERTEKMA, FSCIT 
=]=]=]


No comments:

Post a Comment