Hello Hello

24 June 2013

Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2013




Assalamualaikum =]=]=]




Gambar ni permulaan cerita. Cuba teka aku pergi mana ni? haha. Hari sabtu lepas, plan tu tak jadi plan ni tak jadi, last2 yang jadi keluar dengan bestfriend aku, Azreen. Mula2 destinasi ke Alamanda, ape lagi kan nak makan, lapaaaaaa. Dah sembang banyak2 dengan Azreen tetiba rasa nak tengok wayang. Ok tengok zombie yang aku rasa nak lempang2 je tengok, mendebarkan betul, World War Z. Sepatutnya nak tengok lepas zohor tapi tempat duduk dah penuh jadi ambillah tiket lepas asar. Sementara nak tunggu jam 4.50 tengok wayang tu, lepas zohor kat masjid besi, singgahlah kami di Festival Bunga dan Taman yang sekarang ni berlangsung di Putrajaya selama 9 hari. Masa tu hari panas je tapi tak terik la.

Bila masuk je, wahhhhhhhhhhhhhhhh....... Teruja tak terkata dan seronok sangat bila aku masuk je dikelilingi dengan decoration bunga2 yang pelbagai jenis , yang cantik2, yang segar2, berwarna warni. Sangat cantik tau tak! Bila masuk je aku jadi rambang mata, nak ambil gambar kat situ, sana, sini. huh! Bila nak ambil gambar kat situ mesti ade orang juga nak ambil gambar kat tempat tu, sebelum tu takde orang pun. geram pun ade. haha. Aku berada dalam tu dengan Azreen dalam lebih kurang 2jam lebih je, memang tak dapat nak pergi semua tempat sebab banyak tempat kat sana. Boleh dikatakan ade kategori2 tempatnye jugalah. Ade tempat2 mereka pamerkan decoration laman dari bahagian sekolah rendah, sekolah menengah, university. Cantik2 belaka. Memang sangat kreatif dan teruja tengok. Tempat2 lain pun macam di bahagian decoration negeri2 seprti Terengganu, Selangor, Klang dan banyak lagi. Wow! hebat. Mesti orang yang hias2 tu banyak idea mereka. Bagi kakak2, makcik2, pakcik2, abang2, adik2 yang minat bunga bungaan ni boleh lah datang bawa family. Ade juga tempat jual2 bunga kat sana macam kaktus dan sebagainya. Aku rasa nak buat majlis kahwin terus dalam tu mesti best! haha. Sebabnya kat situ ade juga pameran hiasan bunga di pelamin, ruang meja makan dan laman rumah. Best tau!



Ni masa mula2 masuk


Cantik kan ruangan ni penuh dengan bunga2 yang cantik, segar dan warna warni =)












Cantikkan bunga2 di atas? Geram je tengok.


 Ni kalau buat majlis nikah best ni. agagagagaga






comel tak saya? kat muka dan badan saya ada bunga =)


hiasan laman rumah



Ada satu tempat hiasan bunga tu di mana tempat memperingati tentera2 yang dah banyak berjasa kepada Negara kita. Siap ada buku untuk ditandatangan lagi. Ape lagi sign la Hamizah Anuar =)






Ada Nampak sesuatu di situ?

Hiasan bot yang cantik2 belaka

Dari pandangan atas


Diperbuat dari tin kosong


Ladybird comel! Merah!!! =D




Azreen, my bestfriend aka photographer aku masa tu. haha. Thank you Azreen!


Jalan keluar. Gambar banyak diambil tapi upload sikit jelah. Bagi aku memang best sangat lah festival ni. Kalau nak tau ape lagi yang ada kat festival ni datanglah ke sana. Banyak tempat, banyak bunga dan segalanya banyaklah. Tak boleh digambarkan dengan kata2. cewahhh. Aku pergi time ni waktu siang, waktu malam belum lagilah aku tau macam mana keadaannya sebab tak pergi waktu malam lagi. Ayuh semua kawan2 datang bawa family kebetulan sekarang ni ramai student yang dah start cuti sem kan? Marilah datang beramai ramai ke
FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN dari 22 - 30 JUNE 2013 di PUTRAJAYA =D


Tetiba teringat masa makan kat Mcd sambil menunggu Azreen beli makanan, tetiba ada sorang makcik ni duduk depan aku, tanya aku "Excuse me dek, nak tanya how you lilit your shawl because I like the way you wear your shawl, nampak kemas je you pakai" . Punyelah terkejut aku. Aku jawab "I wear the simplest way, just lilit2 je". "Macam mana you pakai shawl ni ?", makcik tu tanya. Then aku cakap "nak saya tunjuk kat sini?" Sambil tengok sekeliling makcik tu cakap "Boleh juga". Aku pun mulakanla tutorial pakai shawl la kononnya kat depan makcik tu. Nasibla aku duduk belah tepi. Disebabkan cara aku pakai shawl ni memang senang, so senang buka, senang nak pakai. Bukanlah buka terus, nampaklah leher aku nanti. Makcik tu tanye tu tanye ni aku pun jawabla. Aku ada cakap kat makcik tu aku tak pandai pakai ikut cara kat youtube tu. Buat cara sendiri je. I started wearing a shawl when I become a fan of Yuna. haha. Peace yaw!




=]=]=]







2 comments:

  1. untung leeeee.. asyik berjalannnn jeeeeeeeeeee..hihihi

    ReplyDelete
  2. alaaaaa..stress praktikal, hjung minggu keluar la....hehehe =]=]=]

    ReplyDelete