Hello Hello

11 July 2013

Holiday di Terengganu part 1




Assalamualaikum =]=]=]



Kali ni nak update pasal aku pergi holiday ke Terengganu lebih kurang sebulan yang lalu. Lama beno nak publish nye pun. Al maklum lah, holiday bagaikan honeymoon dengan anis lebih kurang 3hari lah di Terengganu. Sebenarnya, plan nak pergi Terengganu pada cuti Hari Wesak bulan Mei haritu. Tapi tiket bas habis dan tiket flight pulak mahal. Nak holiday ni kononnye ala2 Destinasi Bajetlah tapi dah terlebih bajet pon. haha. Kami datang Terengganu ni bukan sahaja nak holiday tapi nak jumpa si Bell, kawan Infosys kami yang cute lagi banyak cakap dengan slank ganu dia tu. hikhikhik. Pic kat atas tu, lepas keje terus tukar seluar terus pergi bus stop kat depan bangunan ofis. Tengah2 jalan tu orang dok pandang tapi buat tak tau je, atenye udahle bawok beg beso pakai jeans nye lagi. Ke mane ke budok 2 oghang ni nak pegi? Tunggu bas nak pergi ke Putrajaya Sentral untuk ambil ERL pergi ke KL Sentral dan kemudiannya amik komuter untuk pergi ke hentian Putra. Dari hentian Putra jalan kaki ke stesen bas untuk pergi ke Terengganu.  Hamek kau mijah. Start naik bas tu aku dah mula pening kepala. Orang tak biasa naik bas gini la jadinya. Dah bila naik bas one express nak ke Terengganu, aku dah start makan panadol sebab takut muntah. Nasib lah bas one express ada selimut lagi. Jakon beno mijah. Abg senior pulak belikan aku minyak cap kapak dengan bantal untuk aku tidur dengan selesa dan hilang pening dalam bas. Thank you abg senior <3. hehe



Hari Pertama

Sampai je kat stesen bas Kuala Terengganu dah subuh. Bell ngan ayahnya yang jemput kami kat stesen bas. Dalam kereta amik kau slank Ganu, lambat sikit aku nak paham. hehe. Dah sampai rumah bell, rehat2 kejap then untuk sarapan kami dihidangkan dengan makanan Terengganu, Nasi dagang. Aku hanya pernah dengar nama nasi dagang tu tapi aku tak pernah tengok, rasa dan tahu apa nasi dagang tu. Dah makan baru tahu. waahhhh! Sedapnya. Pekena pulak dengan keropok keping dan keropok losong. perrgghhhh! terbaik punyalah. Thank you makcik dan pakcik. Lepas breakfast tu kami siap2, pakcik bawa kami jalan2 pergi Pasar Batu 6 untuk cari makanan untuk gudap2 lah macam akok, rojak kateh, puding kuah, ketupat palas +  serunding daging. Dah datang kat sini, memang banyaklah jumpa makanan yang takde kat tempat sendiri kan. Banyak kuih oi. Ni kalau ayah aku ada memang setiap jenis ayah akan beli untuk merasa. Aku tak kot. Takut tak habis, membazirla kan.  Balik rumah terus lunch, makcik masak. sedap!


banyaknyeeeee kuihhhhhhhhhhhhhhhh



Anis nak merasa kuih akok dan pakcik pulak belikan puding kuah.



Petangnye tu, Bell and family bawa kami berdua pergi jalan2 ke Pantai Batu Buruk. Main pasir, main kejar2, posing2 ambil gambar, naik kereta kuda, makan jagung, minum air kelapa. huh! Cukup dah sampai maghrib. Lepas tu kami pergi ke Waterfront yang macam ala2 ICity la kununnya. Berpino2 mata tengok lampu. 


di tepi pantai yang indahhhhh ~~~~


Naik kereta kuda bayar RM5 seorang dengan Bell dan anis. Pakcik tu saje je nak interframe. hehehe



Hari Kedua

Hari Sabtu, plan family bell dan family makciknya pergi ke Latar Cakah. Mandi time! Mandi sambil makan cucur yang di masak sedap dan di makan bersama nasi lemak ganu ( ada ikan aye ). Memang sedap kombinasinye. Dah kenyang, pergi mandilah ape lagi. Airnya yang jernih lagi sejuk best!



Lata Cakah



Meluangkan masa bersama family Bell



Dalam lepas zohor tu kami bertolak balik. Penat, lenguh  dan sakit kaki pijak batu harung air semua. Balik tidur sekejap dan petangnye lepas asar kami pergi ke Pantai Mengabang Telipot. Ade ape kat sini? Kat sini ada Warung Pok Nong Mengabang Telipot di mana ramainye orang makan kat sini. Memang sentiasa penuh warung ni. huh! Warung ni sebenarnya terkenal dengan ikan celup tepung, udang celup tepung, sotong celup tepung, dan keropok lekor. Tu sebab ramai orang. Lepas makan. Pantai lagi. Pasir lagi. Bergambar lagi.


Ikan goreng tepung, sotong goreng tepung, udang goreng tepung dan air kelapa! LIKE!


yUmmY !


Nama pendek saya miza =)








Pantai Mengabang Telipot =)




=]=]=]


































4 comments:

  1. BEST NYA G JLN2..ADA PG PULAU PERHENTIAN X?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulau perhentian tak dapat nak pg la.. hehe =)

      Delete
  2. owh ade part 2 pulak yeee..hihi.. sonok la berjalan =p

    ReplyDelete