Hello Hello

11 July 2013

Holiday di Terengganu part 2




Assalamualaikum =]=]=]



Hari Ketiga

Sambungan dari part 1. Hari last ni memang banyak sikit berjalan sebelum nak balik. Pagi tu aku, anis, bell, makcik dan ateh(adik mak bell), bersarapan di pekan Kuala Terengganu (depan stesen bas). Kat sini aku tak tahu nak pilih menu apa untuk sarapan sebab berlainan sikit dari tempat sendiri. Sebab makanan untuk sarapan dah macam lunch. So........


 Ni breakfast aku. Nasi minyak. Ni memang aku puji sedap! =)


Ni menu anis. Dia nak makan nasi kuning dengan ikan aye.



Lepas tu dah kenyang kami pergi ke Pasar Payang untuk beli barang2 yang nak dibawa balik. Macam biasalah keropok kering, serunding, baju2, souvenier sikit. Kat sini lah shopping bagai. Singgah kat tempat nak beli tshirt tak tahu nak beli warna apa yang sesuai untuk kawan2 dan family. Bila kat tempat makanan tak tahu pulak nak pilih yang mana satu. Itulah orang perempuan banyak sangat nak dipilihnya. haha. Nak beli tak boleh banyak sangat, kena beringat sikit balik tu kena terus ke ofis di Putrajaya dengan beg baju aku yang besar gedabak tu. Jadi beli barang untuk orang penting je. Boleh ke macam tu? Untuk Bestfriends, Mama, Ayah, Adik. Boyfreng takpelah. haha.


 seronok tengok kakak ni design manik2 kat kain sutera.


Kalau boleh mijah ni nak angkut semua makanan kat situ..haha 


cukup colour cukup saiz cukup untuk 4 org. Aku, Anis, Ann, Amilia <3



Kemudian, sebelum singgah ke Masjid Terapung, kami pergi singgah ke Masjid Putih berdekatan dengan Pasar Payang. Motifnye untuk ambil gambar sebagai kenangan lah.


Masjid Putih


 Masjid Terapung


Masjid Terapung. 'Awas Lantai Licin' haha



Lepas tu pergi Noor Arfa Batik pulak. Kat situ dah rambang mata aku tak tau nak beli ape untuk bestfriend dan family aku. Batik? Sutera? Tudung? Beg? Souvinier lain? Tapi mesti beli untuk ayah sempena Fathers Day. Yang lain tu beli jela apa yang ada asalkan cukup dengan duit yang aku ada. hehe. Dah lepas shopping semua, kami terus ke Masjid Kristal untuk sembahyang zohor dan asar sekali. Wah.. merasa juga aku sembahyang kat masjid ni. Sebenarnya, aku cadang nak pergi ke Taman Tamadun Islam ( TTI ) dekat je dengan masjid ni. Tapi dah tak cukup masa nak pergi ke sana. Takpe, panjang umur, aku boleh pergi ke sini bila holiday dengan family aku.



mai mai pilih pilih!




 Sementara tunggu makcik dan ateh beli barag kat dalam, kami turun ke bawah tengok kakak ni tengah buat kerja. Hamek kau! Kene temu ramah kakak ni dengan kiteorang. Kiteorang dah macam pengacara tv dah tanya itu ini kat kakak ni. Tapi serius memang kakak ni kreatif dengan design die.


 Masjid Kristal


 posing! posing!


 Dah macam2 gaya dah. Bell rajin sangat ambil gambar, posing lah aku. Yang kat belakang tu lah Taman Tamadun Islam tu.



Jambatan kat belakang tu lah laluan nak pergi rumah bell. Nak pergi rumah abg senior pun sama. hehe. Bila lalu kat jambatan tu mesti nampak Masjid Kristal ni. Waktu malam cantik =)


Dah due2 kelaparan. Makan dulu sebelum balik. Nanti dalam bas lapar pulak. Nasi lemak dan ayam goreng RM1.40. 


Kenangan kita bertiga Aku, Anis dan Bell. Sangat seronok. Thank you Bell and family. Halalkan semua ye =). Panjang umur jumpe lagi......


Apa motif letak pic abg senior ni? haha. Terima kasih daun keladi abg senior tolong belikan tiket kami berdue pergi dan balik ye =) dan tolong temankan kami berdua ke Terengganu pergi dan balik naik bas kebetulan nak balik kampung kan. Kampung pun dekat je dengan rumah Bell. Mana tahu panjang umur ada jodoh boleh pergi rumah abg senior pulak kalau datang Terengganu. haha. Thank you so much abg senior bagi bantal pink, sweater pink. Sejak bila pulak si mijah ni minat pink? haha.
....Holiday end....



=]=]=]

3 comments: