Hello Hello

10 March 2012

Jom pergi Jong's Crocodile




Lepas explorace pagi tadi, sambung pulak aktiviti untuk hujung minggu ni. Ann kol ajak keluar. Aku free, jom je. Cadangnye nak pergi Gunung Gading sejak semalam lagi nak pergi sana ikut kawan2 cina kami. Tapi macam malas je nak pergi pagi2. Sembang punya sembang, plan yang tak dirancang, tak nak pergi Gunung Gading tapi pergi Jong's Crocodile. Nak sangat tengok buaya2 kan. Kebetulan anis and her boypren pun ikut sama =).


Nasib baik tak tutup lagi. Pukul 2lebih baru pergi kat sini.


Jom bagi makan ikan. pukul 3.30pm


 Besar2 ikan kat sini. Ade juga ikan warne hitam. Macam ikan keli je aku tengok.






Cantik tempat ni.....


Aku suka sangat tempat ni. Diselaputi dengan bunga2 teratai. Teratai layu di tasik madu. Tapi ni tasik madu ke? hehe


Couple yang tak reti duduk diam. haha


See.. Nampak macam biasa je. Tapi bila pergi kat sana cantik je pemandangan die.


Nasib baik tak patah kuda tu


Disebabkan dieorang ni, aku pun terjoin sekali. hahaha


 Suara monyet ni lain betul. Bukan macam suara monyet yang biasa aku dengar sebelum ni.


Memerang yang kelaparan.


Beruang yang kesunyian


Yang ni labi-labi. Mentang2 cangkerang tu leper je. Orang baling duit kat atas cangkerang tu.


Tu diaaa ikan toman. Besar2 dan ganas2 semuanya....


I like this one. Aku ikut je mana die pergi sebab aku tertarik dengan kepala binatang ni yang warna merah. Sama la sikit dengan warna shawl kat kepala aku tu. haha



Dah nama pun Jong's Crocodile mestila banyak buaya2 kat sini selain dari binatang2 yang kat atas tu. Yang muncung tirus, yang kurus, yang besar, yang panjang, memang banyak la. Tak dapat nak tangkap gambar semua buaya. Lagipun mereka ni dah luaskan lagi tempat ni dengan tempat2 buaya. Macam ala2 habitat buaya yang betul2 punya dalam hutan tu.


 Ni nama dia tairless crocodile sebab buaya ni takde ekor. Buaya ni dah posing macam ni so tak nampak macam mana rupa buaya takde ekor dari belakang. hehe


Yang ni masa pertunjukan. Pertunjukan mereka kat sini lain dari yang aku pergi kat Melaka tu. Ni pun aku ngan kawan2 terlewat 15minit. Sebab pertunjukan ni pukul 11pagi & 3petang. Tapi sempat jugalah kami tengok.


Cuba perhatikan muncung buaya ni betul2. Lain macam kan?


 Tengok dalam gambar macam kecik je buaya ni padahal besar dan panjang. Lagi besar dan panjang dari aku.


Buaya ni pulak tak silap aku dah tua dah umur die. dah berpuluh2 tahun dah.
Memang besar. Bila kami datang buaya ni buka mata lepas tu tutup mata balik. Ingat kiteorang tak nampak ke buaya ni buat2 tidur. haha


 Kami keluar tepat pada masanya nak tutup dah.


 Tiket dapat murah sikit sebab kiteorang ikut Ann orang Sarawak. yey!!! =)


Lepas tu kelaparan. Tempat yang selalu kami pergi Raja Ayam Bakar =)



Itu saje untuk hari sabtu minggu ni...
=]=]=]

2 comments: