Hello Hello

06 May 2012

Seminar Wanita Anggun




Assalamualaikum =]=]=]


My housemate =)

   Hari Ahad hari minggu sepatutnya aku duduk kat bilik polah assignment & tutorial. Tapi merit punya pasal aku join Seminar Wanita Anggun siri 3 dari Kolej aku sendiri Kolej Sakura dari 8pagi - 5petang. Kenapa terus siri yang ketiga aku pergi? sebabnya siri pertama & kedua dah sem2 lepas aku tak berkesempatan nak pergi. Pagi tu bermula dengan Seminar Part 1. Mula2 sekali biasalah kena dengar ucapan pengarah projek, felo Kolej Sakura dan akhir sekali ucapan dari TNC seterusnya merasmikan seminar ni. Kebiasaannya kalau aku attend sesuatu program atau aktiviti, kalau TNC ade bagi ucapan mesti confirm lama. Sebab TNC aku suka bercakap dan suka berkongsi cerita & pengalaman2 beliau. Then TNC berkongsi cerita kisah percintaan dan perkenalan beliau dengan isterinya. wahhhhhh!!!!! so sweet <3<3<3. Serius, seronoknya dengar =). 

   Bila cakap pasal perempuan, betul ke perempuan sekarang tak macam perempuan dulu? haha. Banyak aspek yang boleh kita tengok perbezaan antara perempuan dulu dengan perempuan sekarang. Sekarang ni pun bilangan perempuan lebih ramai dari lelaki contohnye kat Universiti. Perasan kan. Bila cakap pasal perkahwinan pulak. hehe. Tetiba aku tersenyum pulak kan masa tu. Apakah? Aku setuju dengan TNC, sebelum kahwin lain cerita, selepas kahwin pun lain cerita. Yang lain cerita tu maksudnya, contoh cerita, sebelum kahwin masa tengah hangat bercinta la, pergi jalan2 berdua, lepas tu tetiba yang perempuan tersepak batu masa berjalan, yang lelaki pulak pergi marah habis habisan kat batu tu bajet macam batu tu benda hidup ade perasaan je kan. haha. Then, bila lepas kahwin pulak,  yang perempuan tersepak tersepak batu yang lelaki pergi marah isteri sebab jalan tak betul. Ade beza? Ini bukannye cerita yang aku buat, tapi cerita yang berulang kali aku dengar sejak aku sekolah menengah lagi. Maaf kepada kaum lelaki ye. Yelah, sebelum kahwin sweet sweet je, bila lepas kahwin dah tawar dah. Itulah sebabnya kalau kita dengar cerita2 yang kat luar sana tu, dah macam trend, bila lepas kahwin kalau tak sehaluan terus cerai. Takde nak bincang2 dulu. Jadi kami dipesan supaya cari lelaki anak kepada ayahnya, lelaki yang menjadi suami kepada isterinya dan lelaki yang menjadi ayah kepada anak2nya =) . Life is full of choices. Janganlah cari lelaki sebab dia hensem je sebab rupa paras tu tak bawa ke mana pun. Jadi carilah lelaki yang soleh yang dapat membimbing perempuan. Tetiba teringat tweet dari kawan twitter aku yang berbunyi ' x rmai lelaki yg brni jmpa wali wnita yg mereka suka, tp llki yg jmpa wali bfore jmpa wnita itu, adalah lelaki yg berani' & 'saya respek lelaki yg melamar wanita yg dia suka melalui wali wanita tersebut, dont approach me, BUT approach my wali' . Retweeted! retweeted! =D



 Dapat cupcake dan buku setiap seorang... Cupcake sedap!!!!


 Money, car, house. Mestilah nak!!!..... =)


 Salin balik ape yang ade kat lecture. Aku tambah satu lagi. Insyaallah kalau ade rezeki =D


 Tu die, sesi soal jawab. Soalan dari housemate aku , 'Mengapakah wanita yang mempunyai kerjaya susah atau digeruni oleh kaum lelaki ? '  =?


   Part 1 bertajuk Aspirasi wanita; Kerjaya dan Penampilan Diri. Prof yang bagi ceramah tu ade bagi soalan 'Who you want to be as a women the next 5 years'. wow! haha. Ramai yang share pasal diri masing2 untuk 5 tahun akan datang. Ade yang nak jadi milionare lah, nak jadi isteri solehah kepada suami tersayang lah, nak dapat anak twin la, nak ada bisness sendiri lah. hoho. Semua ada impian masing2. Aku? Aku pun ade juga impian cuma aku tak share dengan orang. Then, soalan lagi,
' What you want to be as a women???'
Goals : (from the lecture)
  • Attitude
  • Career
  • Education
  • Financial 
  • Physical
  • Pleasures
  • Public services
  • Artistic
   Part 2 bertajuk Tatahias Diri ( Solekan dan Penampilan). Yang ini memang aku lemah sikit. haha. Penceramah nye hamboi! macam muda je lagi, kecil molek kurus je. Padahal da 40an dah. Pandai betul jaga badan ye. hoho. Slot ni banyak benda yang aku tak tahu jadi tahu. haha. Pasal fashion. Yeh! I like fashion. Kalau like fashion mestilah like shopping juga =) . Bercakap pasal fashion, memang tak dinafikan la ape yang penceramah tu cakap sesiapa yang berfashion tu kebanyakannya ikut trend dan ikut gaya artis. Macam sekarang untuk yang bertudung, nak macam Yuna ( aku la tu kan) , Najwa Latif, Hana Tajima. Kalau dulu tudung Mawi la, Ekin la, Siti la, macam2 lah. Yang tak bertudung style rambut macam Rihanna, ala2 korea, lurus, kerinting, curly, pendek, panjang, ape2la. Tu lah yang di namakan perempuan. macam2 kan.  Bentuk badan pulak. Adakah anda dalam bentuk petite? column? neat hourglass? full hourglass? pear? apple? inverted triangle? or brick? haha. Memang riuh time lecture yang ini. Ade di tunjuk gambar tapi tak berani nak upload. Bahaya! Masing2 identified apakah bentuk badan mereka. Yang aku pulak? aku pun tak tau yang mana. Tapi kalau diberi pilihan mestilah nak pilih neat hourglass. haha. Bentuk badan yang diimpikan oleh semua wanita. Ramping gitu!!!. 




 Ye... Aku suka pakai lip ice yang Lisa Surihani jadi model tu. hehe =)


    Seterusnya ke bahagian muka. Bentuk muka anda. oval? round? rectangle? ape ntah lagi aku tak ingat dah. Then, warna kulit? adakah warna kulit anda fair? ivory? medium? olive? dark? Yang aku tahu, mama aku cakap warna kulit aku putih kuning. ye ke? ye kot. Bila sampai ke muka of coursela cerita pasal make up. Aktiviti pun pasal mekap juga. Kami dibahagi kepada 12 kumpulan. Setiap kumpulan mesti bawa bahan2 mekap. Setiap kumpulan mesti ade 2 orang model untuk di mekap dengan tema Dinner & Fantasy. Macam mana la rupanya tu. Aduhai. Sorry to my group, aku takde barang mekap nak bawa. Yang aku ada hanya bedak compact ngan lip ice je kat bilik. Itu je yang aku pandai pakai. Sorry aku tak nak jadi model nak kena mekap bagai sebab nanti muka aku gatal2 pakai blusherla, yang kat mata tu, ape2 la. huhu. Bila mula je sesi menconteng muka model ( makeup) , aku pun berkeliaran lah satu dewan kuliah tu pergi snap2, usha2 model2 dan jurumekap2 yang ade talent kat kolej aku ni. haha. Siapa yang pandai mekap kat muka sendiri memang ade talent la nak mekap kan orang lain. Macam group aku, kami kekurangan warna2 di bahagian mata. Tapi di atas kekreatifan ahli2 group aku, campur2 je warne yang ade. haha. Lawak aku tengok. Akhirnya, group aku dapat no3. Yey! =D .


 
 Warna kulit....


 Tu dia, dua orang kena jadi model mekap atas pentas.


 Sesi mekap.....


 Sampai amik contoh kat hp pun ade kau nyah!


 Ni dia jurumekap dan modal dari group aku.


 Model untuk mekap Fantasi..




 Perlu ade mekap banyak2 warna macam tu ke?


Wanita- wanita ~~~


 Ni semua model mekap Fantasi dari setiap kumpulan..


 Yang ni pulak mekap dinner....


 Hasil mekap Fantasi dari group aku....


 Hasil mekap Dinner group aku. Da macam muka Jessie J plak aku tengok.. Nyanyi lagu Domino sikit.. hehe


 Tiga housemate aku jadi model..


 Anggun tak kiteorang ?? *perasan je aku


 Kami satu rumah.....


 Model kami ...... =D


 We are group 4 =D


Seronok sekali datang seminar ni. Banyak perkara yang aku dapat sebagai seorang perempuan =) . 


=]=]=]

2 comments:

  1. wooo..rajinnya masuk gmbr byk2...huhu~

    ReplyDelete
  2. mmg suka bergambar, ambik gambar, tengok gambar, semua gambar la.. haha =P

    ReplyDelete