Hello Hello

15 June 2012

Al kisahnye




Assalamualaikum =]=]=]


First sekali aku nak ucapkan syukur Alhamdulillah sebab nama aku tersenarai dalam Senarai Jaya yang kedua Kolej Sakura untuk sem depan. Sebelum ni, memang dah keluar senarai jaya tapi ditarik balik sebab ada masalah tentang merit untuk sesetengah pelajar. Sebelum ni punya senarai jaya pun nama aku tersenarai juga tapi tak sure tak boleh lah nak confirm sangat. Ok! Kali ni betul2 punya list keluar. Yey! Dapat duduk kolej lagi sem depan. Duduk rumah yang sama dari sem satu dan bilik yang sama dari sem lepas. Boleh lagi lah intai2 orang yang lalu lalang tepi kolej aku, tengok orang berdating, tengok kereta lecturer kat car park dah datang ke belum, panggil nama sesiapa yang aku kenal dari tingkap. cewahhh~~~ banyak bunyi pulak kan aku ni. Kecuali pihak kolej tukar bilik kiteorang, tu lain ceritalah. huhu. Roomate aku pulak nama dalam KIV list. Alaaaaaaaaa.......Memang confirm la dapat roomate baru lagi sem depan. Setiap sem aku dapat roomate baru. Tapi kalau bilik aku kosong lagi, kalau rayuan roomate aku diterima, dapatlah bilik sama lagi. Tu pun kalau roomate aku nak duduk kolej lagi. huhu. Tutup cerita pasal kolej, dah puas hati sebab dapat kolej lagi kan.
 Dalam kepala otak ni ---> Citrawarna Pesta Konvo sem depan! .. hehe =D


Pasal exam pulak, dah lepas tiga hari berturut-turut exam, lepas ni another two 'KILLER' papers bagi aku. Differential Equation & Numerical Method! Bergelumang ngan equation aku lepas ni. Alhamdulillah, exam yang lepas2 apa yang aku study keluar masa exam. Fb pun aku on9 tengok announcement je lepas tu log out. Biarkan je friend requests, messages & noti yg manyak2 tuh. Kang kalau klik button2 tu semua kang aku lagha terus kang. Twitter pun sama, just tweet by mobile message je. Dan lagi satu hal, handphone no celcom aku tak leh on. Dah charge pun tak leh on juga. Pasai pa? Bateri ka? charger ka? Lantak lah situ. Nasib baiklah tengah minggu exam dalam otak fikir exam je, tak fikir benda lain dah. Sorilah kepada kawan2 aku yang dok calling2 mesej2 nombor tu aku tak jawab. Hari tu dah kena bising ngan Anis sebab tak dapat kol aku. Bajet macam takde nombor aku lagi satu je kan. haha. 


Lastly, pasal tangan aku yang melecur akibat kempunan nak breakfast masa hari fisrt nak exam tempoh hari, Alhamdulillah dah kembali pulih. Kalau tak, pedih, merah je. Yelah, dahla hot chocolate yang aku bancuh tu airnya baru lepas masak. Sebab nak elak gelas merah kesayangan aku tu daripada jatuh hancur pecah berkecai, aku tahanla gelas tu. Menggelejatlah tahan air panas tu tumpah ke tangan aku macam nak ambil wuduk sampai ke siku je kan tumpahnya. huh!. Ok dah stop sampai sini. Kang panjang beno ceghiternye pulok!. 



Nak masuk exam pun muka macam tu tapi nebesnya sampai buat perut bergetaq. 
Untuk result Euro, diupdate oleh kawan2 aku dan tweet2 pasal bola yang masuk dalam hp aku.
Terima kasih kawan2.
 Baju je oranje atas tu, tapi diri tetap sokong GERMANY! GERMANY! 
hehehehehe



=]=]=]

6 comments:

  1. tak mau la... nak hitam puti juga....haha =D

    ReplyDelete
  2. hitam putih taik cicak...huhuhuh

    ReplyDelete
  3. hitam putih kehidupan bak kata Sheila Majid! hahaha =P

    ReplyDelete
  4. sokong germany , egt kan netherland.hehe

    ReplyDelete