Hello Hello

25 July 2012

Untitled




Assalamualaikum =]=]=]




Assignment 1 dah lepas.... Assignment 2 dah tiba.... Again and again.... Software engineering.... Not explanation but classification.... buurrrpp!!!
Alhamdulillah sudah Ramadhan ke-5. Berpuasa, bersahur, dan berbuka dengan besfreng2 di sini. Maaf roomateku, tak balik kolej, kalau teringat kolej baru balik. Tiket balik dah beli. yey!!! So, lepas ni tak payah nak susah2 fikir, bising2 pasal tiket balik raya ok. Tiket nak balik sem baru nanti2la fikirkan.
Bila bercakap dengan mama melalui telefon kali ni, story kami dah tukar topik. Waktu bertelefon pun dah tukar bulan puasa ni, kalau sebelum ni waktu malam waktu kami bertelefon tapi bulan puasa ni waktu siang ataupun kalau mama busy bertelefon waktu lepas sembahyang tarawih. Pasal bulan puasa, mama cakap puasa kali ni takde mood nak pergi bazaar sebab aku takde. Oh mama! Sebak aku =(. Mama masak je kat rumah. Dah boleh bayangkan lauk pauk yang mama masak ni. Rindu sangat tau tak! Lagi pula bulan Ramadhan ni syukur rezeki mama untuk catering moreh dah ade. Siap buat jadual lagi. Kalau aku ade, dapat aku tolong kat dapur macam puasa tahun lepas. huhu. Mama cakap nanti balik kita shopping same2. Mulut cakap 'baik mama' tapi dalam hati cakap sebenarnya tak tahan tengok baju2 raya kat sini dah mama. Nak je beli untuk mama sekali. Tapi aku tahan.
Bila bercakap dengan ayah, bercerita pasal makanan, masakan dan juadah berbuka puasa. Aku minta pendapat pasal menu untuk berbuka puasa nak masak lauk macam mana, panjang lebo ayah berceramah pasal masakan. Masak tu masak ni. haha. Macam lah rajin masak hari2, sekali sekala bolehlah nak masak sama2 dan berbuka puasa berjemaah dengan kawan2 kat sini. Yang ayah ni pulak suka kol aku time dah nak berbuka. Ayah tak sedar yang aku kat sini berbuka cepat. Ayah ni buat2 lupa pulak, bukan ke anak dara kesayangan ayah ni belajar kat 'oversea' , oversea la sangat kan.! haha.
Bila bercakap dengan adik pulak, yang ni lain pulak ceritanya. Takde topik, asyik bertekak je dalam telefon, due2 bercakap, terjerit, terpekik, tergelak, siapa nak dengar? Tak paham ape. Waktu telefon nye pun tak kira masa. Tiba2 je kol aku tanpa pengetahuan mama ngan ayah. Bangga la kan jadi budak famous amos kat sekolah sendiri. Fofular dengan cikgu2. Selalu kena puji. Alah, mane tumpahnye air kalau tak ke dalam botol ( perumpaan bagi kakak dan adik) =/ . Terikut macam kakaknya dulu. Mama ayah buat bisness, anak yang promo kat sekolah lepas tu tersebar. Kan dah jadi macam sekarang. cewaahhh.. Nak juga mencapap dengan kisah kat sekolah kau dulu mijah?!! haha. Mama ade bagitahu kalau adik gemok dapat puasa penuh adik dapat duit, tapi adik pesan jangan bagitahu aku sebab takut aku akan marah die. haha. Lepas tu tiap2 hari menghitung hari bila aku nak balik, tak sabar nak tunggu aku balik. wahhh!! Mama cakap adik rindu kakak, kakak tak rindu adik ke? lalalalalala~~~~ Tapi bertelefon ngn mama, ayah dan adik ni bukan dalam satu telefon, lain2 pulak. Ok, nampak sangat nak cakap secara personal ngan aku di situ. *perasan je aku ni. hikihik
Bulan puasa bulan yang penuh rahmat. Kelas pun kadang2 cancel. Ade masa terluang banyak kan mjah? So, isi masa terluang tu dengan benda2 berfaedah. Insyaallah nak habiskan baca al-Quran. Sem lepas tak dapat habiskan, biasa satu sem boleh habes satu Quran tu. Malam pulak takde ape nak buat pergi tarawih. Jangan nak melagha sangat mijah! Dalam hati cakap jangan dok mengira berapa hari lagi nak balik nanti terasa lambat nak balik. Rilex la..hehe



Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang : " Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini".

~ Marhaban ya Ramadhan ~




=]=]=]

21 July 2012

Ramadhan kembali




Assalamualaikum =]=]=]



Salam Ramadhan 1433H. Ikhlaskan Ibadah, Sucikan Niat, Tingkatkan Taqwa.


" Sungguh mereka yang beriman dan mengerjakan kebaikan Kami benar2 tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan baik itu " (surah al-Kahfi : 30)




Selamat menjalani Ibadah Puasa.

=]=]=]

14 July 2012

Panas sejuk di Annah Rais




Assalamualaikum =]=]=]


Hari sabtu. Dah plan sebelum ni nak konvoi pergi Hot Spring ramai2 bersama teman2. Tapi tak jadi sebab ada yang nak buat assignment dan busy. Kali ni jadi pulak. Walaupun ada teman2 yang tak dapat pergi bersama. Takpe, lain kali kita pergi sama2 ok!. Perjalanan kami mengambil masa kurang dari sejam nak sampai sana dari Kota Samarahan. Pagi tu hujan renyai2 di Kota Samarahan dan pada permulaan perjalanan. Dan lepas tu cuaca berubah mendung je. Tak panas. Suka tapi pening kepala aku sebab jalan berliku-liku. Sepanjang perjalanan dihiasi dengan keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa, gunung ganang, bukit bukau yang sangat cantik pemandangannya. Aku teruja sangat. Serius! Rasa nak berhenti tengah2 jalan nak tangkap gambar semua pemandangan kat situ. haha. Walaupun nak pergi hot spring tu punyela jauh tapi ada banyak perkampungan kat situ. Setiap rumah yang aku tengok kebanyakannya atas atap mesti ada piring Astro. hehe =)



Sepanjang perjalanan ini~~~ penuh dengan bukit bukau gunung ganang jalan yang berliku-liku suasana yang aman tenteram dan nyaman ~~~


 Yey!!!. Akhirnya mengikut firasat hati yang ikhlas dari Zidane, tak sesat. Sampai juga..hehe


 Here we come~~~


Di kolam air panas. Rendam kan kaki je~~~


 Lepas tu turun kat air sejuk. Mula2 berendam dulu~~~


 Lepas tu kita main batu2 besar kat situ~~~


 Lepas tu kita main air yang mengalir kat batu tu~~~


 Lepas tu kita berendam dan mandi2 kat air tu~~~


 Lepas tu baru kita posing senyum bila orang snap pic kita. *padahal sama je senyum nye sebelum ni.... hahah..Kami berdua je yang beria mandi kat situ rasanya.... =)





 Main air sambil nyanyi suri ram~ suri ram~ ram~ suri ram yang manis~ .. *tipu beno...


 Me & Ann


Dah lepas berendam, bila naik semua lapo. Haaaa.. Makanlah bekalan sharing is caring tu ~~~ haha


 Yang ni kolam air panas lain pulak. Yang ni memang panas! Wap air ni pun dah boleh nampak asapnya dari jauh macam ada orang masak nasi goreng asapnya. haha. Tipu je. Bila duduk sini kadang2 ada tercium bau telur. Tak teringat nak bawa telur, boleh la masak kat sini. Jimat! Ingat nak rendam kaki dalam ni, pijak batunya pun dah panas, agak2 kalau aku rendam masaklah kulit kaki aku ni. Duduk sini pun dah boleh buat sauna sendiri. cewahhh..


Bila pergi tempat2 macam ni, automatik teringat mama, ayah & adik. Sebab kami memang suka pergi tempat macam ni kalau cuti. waaaaaaaa. Rindu <3 


Balik dari hot spring ni, aku balik kolej. Mama ngan ayah dah pesan banyak kali dah, sembur satu bilik tu. Cadar2, selimut dan tuala semua dah basuh. Kemas bilik macam orang baru daftar masuk bilik. Hari ni aku cuba duduk kat kolej balik, tidur kat bilik balik, dan duduk dekat kerusi sambil menghadap laptop. Still lagi gatal2 kah? Kalau gatal2 lagi aku tak tahulah apa kena nya dah. 
Insyaallah, doa agar cepat sembuh. Amin.... 


=]=]=]


12 July 2012

Kebudakkannye pun




Assalamualaikum =]=]=]


Persediaan dan permulaan sebelum membuat first assignment kiteorang, Ann bermalam di rumah Anis semalaman dan aku juga yang dah beberapa hari tinggal di rumah Anis. Lepas dah beberapa jam duduk di CAIS (library Unimas), jam 5 petang dah kena keluar. Owh, hampir terlupa pulak short sem ni maybe CAIS buka sampai petang je. Nasib baik sempat pinjam buku. Tetiba rajin pulak kami tiga orang ni pergi CAIS waktu short sem, waktu sem biasa takde pun. Boleh dikatakan juga first time aku ngan Ann pinjam buku setelah hampir dua tahun di universiti sendiri. Omg! Memalukan tak pernah pinjam buku sebelum ni. haha. Bila dah pinjam buku belambak pulak, sampai teruja pakai mesin pinjam buku, last2 masa nak keluar CAIS, tenet~tenet~tenet~ bunyi pulak. Kiteorang tak curi ape2 pun!!! Padahal tadi tak singgah counter. Tu la kesan tak pernah pinjam buku tak tau procedure. hehehe. 
Sebelum memulakan assignment academic and writing kami yang bertajuk Software Development Life cycle, kami mahu exercise fizikal dan mental dahulu. cewahhhh~~~. Disebabkan depan rumah flat Anis ni ade membuat perkhidmatan sewa basikal dan motosikal, tetiba ngegeh pulak kawan aku dua orang ni nak sewa basikal nak main basikal. Eeeh??? Kat Unimas ade juga basikal, free lagi tu, bagi kad matrik je takde pulak korang nak main. aihhh. Tambah2 lagi ade basikal f----. uurrgghh!!!! f---- la sangat kan. Not the same type. Tak same pun aku akan teringat juga kisah lame! Memang tak la aku nak naik. haha. Prefer naik ego. Makin bertambah ego la aku kan. heeee


Macam tak sampai je nak naik basikal tu.hehe


Yes! of course I prefer motor dari basikal tu. =)


Angin sepoi-sepoi bahasa~~~




Baju kuning basikal kuning. Bersih betul. hehe =)


Nasib baik muat...


Hilang sifat kekakakan bila masuk playground......


Manelah budak2 tak lari. Tempat dah kena ambil ngan orang beso....


Ade dua budak kecik Pakistan seronok melompat-lompat bila tengok minah due orang ni kat tengah2 padang main benda ni. haha



Rasa macam Anis lagi berat dari Ann....


Ok. seimbang ~~~ haha



Balik rumah naik ego yang keras tu 3orang! omg! bertakung air mata, menjerit terpekik tak dipedulikan minah dua orang ni. Aku tersepit tengah2. Yang dieorang punye seronok aku pulak yang takut. Memang kena gelak tapi buat donno je.....


Have fun bebeh... Bila lagi aku nak balik kolej ni aku tak tahulah. Dah fobia dah aku rasa duduk kat bilik tu. huhu. Tapi bila duduk kat rumah Anis ni memang dah kurang sikit gatal ni. Anis cakap tunggu baik baru la balik bilik sendiri. ececehh ayat. Padahal nak suruh aku duduk lagi teman dia kat rumah ni. haha. Mama pesan suruh sembur ridsect satu bilik bagi semua hama2 kuman2 kat bilik tu mati, yang ayah pulak suruh makan banyak buah oren dan air limau kasturi. Ok, Insyaallah I will be fine. Dugaan short sem ni. Syukur Alhamdulillah result, puas hati or tak kena terima seadanya =)
Menunggu bulan Ramadhan.....


=]=]=]





09 July 2012

Ni makan die




Assalamualaikum =]=]=]


Rasenye dah masuk dua minggu dah aku short sem ni. Dalam masa dua minggu ni masih lagi tak dapat menggunakan masa dengan betul. Dua hari je aku kelas then lima hari lagi don't know what to do. huh! Bila dah free, free je memanjang sampai tak tau nak buat ape. Bila dah duduk kat bilik, berat kaki berat punggung nak turun bawah. Tambah2 lagi aku dah tukar bilik tingkat 3. Malas tahap gaban nak turun. Kecuali ada orang ambil aku nak bawa pergi jalan2 keluar dari Unimas ni. cewahhh!!!. Selama aku duduk kat bilik baru ni tetiba datang pulak penyakit yang tak pernah aku kena ni. Kegatalan. Bukan gatal nak mengorat tapi gatal2 di kulit. Apakah??? Aku biarkan selama seminggu. Ingatkan kecil2 je gatal nye rupanya makin menjadi2. Disebabkan aku yang asyik menggaru je siang malam, habis kulit aku ni ha. haih. Acane ni ? Acane? Pelik aku eh. Aku rasa aku takde penyakit allergic mahupun effect makan seafood ke apa. Memang takde. Kulit sensitif tu memang adela tapi ni aku rasa lain macam punya gatal. Mengapa ini semua harus berlaku ??? ~~~~~ Tapi bila aku duduk rumah anis kurang aku menggaru. Apakah tandanya? Adakah mungkin bilik yang aku duduk kat blok B tu banyak habuk2 or hama2? Al maklumlah, blok B tu memang dah satu sem orang tak duduk. Tapi roomate aku elok je. emmmm. Nak tak nak, mama suruh pergi klinik cek. Jangan degil. Ok kali ni aku tak degil. Aku pergi juga walaupun kaki aku berat nak masuk dalam klinik tu. huh. First time masuk klinik Unimas (free je) sebab diri sendiri punya penyakit. haha. Sorry doktor, penyakit saya takdelah berat sangatkan, tak payah cek itu ini, tengok je kulit saya ni. haha. Kejap je kan. Pesakit pun tak banyak hari ni. Senang betul kerja doktor. hehehehe. Ubat sapu je? Ubat sapu pun ubat sapula. Kalau tak cukup ubat sapu aku lumur lah dengan bedak Protex aku tu sekali.. haha




=]=]=]

06 July 2012

Untitled Post




Assalamualaikum =]=]=]


Kedai2 yang baru buka di Boulivard yang aku singgah siang tadi mengingatkan aku shopping di semenanjung. errkkk? Lambat lagi nak balik ni nak shopping pueh2 ngan mama ni. Mama pesan jangan shopping kat sini, nanti shopping ngan mama sekali. Wahhh!! mama!! mata aku ni dah rambang dah bila bawa berjalan. Sekali tu ade lah TERpegang tetiba TERminat terus TERbeli. Acane tu acane? haha. Tengok shawl ngan scarves lagi lah kan. uihhhh... Baju raya dah banyak dah orang jual neh. Baju raya? Warna ape tahun ni? Tema ape? aipppp!!! Ramadhan dulu yang penting!!!





=]=]=]

04 July 2012

Salam Nisfu Syaaban




Assalamualaikum =]=]=]



Salam Malam Nisfu Syaaban. Untuk perkongsian bersama, selepas solat maghrib ( 15 Syaaban), Solat sunat Nisfu Syaaban 2 rakaat. Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & Surah Al-Qadar 1x. Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya ( 15 Syaaban). Bacaan pertama mohon panjang umur dalam kebajikan dan amal soleh. Bacaan kedua mohon dimurahkan rezeki yang halal. Bacaan ketiga mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.



Doa Malam Nisfu Syaaban ertinya :

Ya Allah, Ya Tuhan yang membangkitkan dan tidaklah ada seorang pun yang membangkitkan Dia. Ya Tuhan yang memiliki kebesaran dan Maha Mulia, Tuhan yang Maha Pemurah dan Pemberi Nikmat. Tidak ada Tuhan yang lain melainkan Engkau yang menolong orang-orang yang memohon pertolongan dan Maha Pelindung orang-orang yang memohon perlindungan dan Tuhan yang memberi keamanan dari sekalian yang menakutkan.
Ya Allah, andainya telah Engkau takdirkan di sisiMu pada Azali, bahawa aku celaka, sedikit rezeki, terusir dan diharamkan akan daku, maka mohonlah aku agar dipupuskan (apa yang tersurat dalam Azali itu), dengan kemurahan-Mu Ya Allah, mohonlah Engkau tukar pada Azali itu dari kecelakaan mahupun sedikit rezeki, juga yang lainnya itu mohonlah itu ditukar ganti dengan 'bahagia' lagi dengan mendapat rezeki yang akan dipergunakan kepada kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah mengatakan sebagaimana yang tercantum dalam kata-kata-Mu yang hak, di dalam Kitab-Mu yang diturunkan atas lidah nabi-Mu yang diutus (Al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad) iaitu firmanMu dihapuskan Allah barang yang dikehendaki Nya dan ditetapkan dengan keagungan Mu pada Malam Nisfu Syaaban yang mulia ini yang padanya memisahkan tiap-tiap persoalan dan urusan yang tepat dan yang dipastikan, bahawa mohonlah kami Ya Allah, agar Engkau singkirkanlah dari kami bala bencana, yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui, Engkaulah yang Maha Mengetahui dengannya, sesungguhnya Engkau Maha Mulia dan Maha Pemurah.
Moga-moga Allah mengurniai kebahagiaan dan kesejahteraan atas junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabta sekalian, dan segala puji adalah tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam.


Aku memohon ampun dan maaf di malam pada bulan Syaaban yang mulia ini.


Sungguh cantik bulan malam ni. Diambil oleh roomate aku dari rumah kolej kediaman kami.



=]=]=]









01 July 2012

Aku tour guide sementara




Assalamualaikum =]=]=]



Al kisahnya jumaat lepas sedare aku dari Kedah mai Kuching sebab cousin aku dapat tawaran diploma di Uitm Kota Samarahan. Maksudnye dekatla ngan Unimas aku ni. Tapi yang kesiannya, cousin aku ni dahla baru balik dari PLKN, tu pun keluar awal, dapat tawaran ni pun baru tahu last minute. Yang aku pun baru tahu yang cousin aku ni dapat Uitm sehari sebelum mereka sampai sini. Lepas keluar masuk hutan esoknye flight ke KL then flight ke Kuching dalam masa satu hari. Memang takde ready ape2 la kan. Nak bawa ape, dokumen ape. Kelam kabut aku tengok. Malam tu aku berani kan diri drive keluar ke Kuching nak jumpa sedare aku ni yang menginap di hotel. Tapi, aku memang tak pernah drive keluar dari Unimas sebelum ni apatah lagi ke Kuching, jadi aku bawa anis teman aku pergi dan balik. Dahla malam tu hujan. Malam tu first time la aku bawa kereta keluar nak jumpa sedare punya pasal kan. Tibe2 masa drive mama kol. Omg! Nasib baik mama tak marah. haha. Then malam tu aku bawalah sedare aku pergi makan Ayam Penyet disebabkan pada masa yang sama aku tak makan lagi. Lepas dari tu pusing2 Kuching, stop sini snap photo, stop situ snap photo.


 Macam aku pulak yang first time datang sini kan.haha. Ni malam yang esok paginye Germany kalah! what the fish! dah semangat pakai jersi dah! Esoknye kena ngan abg ngah ngan pak yop sebab Italy menang. huh! Tapi takpe, nasib baik empat2 orang atas ni MU! ahaha



Esok pagi sabtu aku ambil sedare aku ni kat Uitm. Banyak bende tak settle lagi. Risau aku tengok. Memang susah betul bila kita dapat tawaran last minute ni, last minute jugalah yang kita tahu nak buat ape, ape yang takde. Itu takde, ini takde. Kalau jihah sama U ngan aku takde masalah punye, ni U lain, takut lain pulak procedure nye. Berkesempatan jugalah aku ronda Uitm dalam tu. Dalam hati aku cakap UNIMAS aku lagi best! haha.


 My cousin, jihah yang kecik molek 


 turun naik bangunan nak buat pasport. last minute punye pasal sampai tak tahu nak kena buat pasport kalau jadi student kat sini. nak buat kat semenanjung tak sempat.



Nak settle itu ini yang penting2 dulu sampai ke petang. Bermandi peluh ke sana ke mari macam minakumari. Semua perut dah berkeroncong nyanyi lagu ghazal, rock, balada apa semua. haha. Yang abg ngah aku tak habes2 sebut The Spring. Nak sangat pergi aku bawakan ha! tapi sorryla abg ngah your feberet Top Man tiada di sini. Pesan aku kat dia, ambik pengurusan hartanah kan, so nanti beli tanah buat topman sendiri kat sini. Nak buat jenama sendiri pun boleh. haha


 Abg ngah aku


 Kalau tiru gaya orang memang suka





 papan tanda kat situ tulis 'try me'. So, abg ngah dan jihah try la. ada sama ka?


 bapa sedare aku, pak yop yang sporting habes. haha






 Yang ni sebijik muka abg long. Sejak bile pulak lah abg long buat part time jd ni? haha


 3 beranak. Mak yong dan kak long tak ikut sama.


 Aku pun nak juga! Macam betul je diorang ni .haha


Baju untuk Amanda. cucu pertama pak yop bersamaan dengan anak buah sedare aku yang pertama belah mama. hamboi panjang bebeno~~~


 Abg ngah nak try laksa Sarawak. Aku bawa kat sini rasa. so, how? haha


Malam tu aku ngan abg ngah tak paham erti penat. Tak leh tido kat hotel tu. haha. Jadi aku ikut abg ngah turun bawah, aku ajak sekali pergi jalan2 di sepanjang waterfront sampai awal pagi. Tempat yang tak boleh masuk pun abg ngah aku sesuka hati masuk. Orang minat photographyla katekan sampai bawa camera bateri lupa bawa. Apakah?? Nasib baik aku bawa.


 Orang pergi siang2, aku ngan abang ngah pergi malam2. Nasib baik orang yang jaga ni bagi masuk tapi kat lua jela..


 Nak juga bergambar! haha


 Pemandangan Hilton dari atas sampan. Ni time nak pergi beli kek lapis di Dayang Salha. Nak ikut jalan darat aku ingat2 lupa. kang tak pasal2 sesat terlepas flight pulak pak yop dan abg ngah aku nanti.


Sementara nak tunggu klinik buka nak buat medical check up, aku singgah kat Seberkas. Abg ngah aku minat gadget, pegi tengok2 samsung itu samsung ini, sony itu sony ini, nokia lumia nokia ape ntah. Semua yang baru2 lah. Dalam banyak2 yang aku tengok ngan abg ngah tu ade juga yang aku minat. Minat jela yang aku boleh. haha. Sebab Sony murah aku ni aku masih sayang lagi. huhu. Aku mencari PS Vista. Takde pulak aku nampak. huhu. Lepas tu pegi karoke kejap hilangkan penat. Abg ngah aku belanje. Boleh tahan juga pak yop aku karoke. Abg ngah aku pun sama bantai lagu cinta kristal, lagu feberet kunun~~~. Aku je tetibe jadi malu nak melalak. Apakah???


Thanks to pak yop sekeluarga bagi aku menginap semalaman di hotel. Ni salah satu hotel bajet di Kuching. Sepertimana pak yop aku cakap Tune ni macam Air asia la sistem die. haha. Tak paham maksud try la menginap di Tune ni. Memang penat berhujan berpanas, jalan situ sini, jam lagi, tambahan pulak first time drive ni. Alhamdulillah, dengan keyakinan selamat perjalanan nak pergi ke sana ke sini. Ade jugalah time aku tak berani nak drive aku bagi pak yop aku drive. Abg ngah aku tak berani pulak bawa manual. haishh. Tapi nak senang aku drive sendirila sebab aku yang tahu jalan. Mana jalan yang tak jam, yang dekat, yang jauh. huh! Dah lepas hantar pak yop ngan abg ngah kat airpot, hantar jihah pulak dengan barang2 die tu kat Uitm. Nasib baik sempat sebelum kol 11 malam. Tu pun banyak lagi tempat yang aku nak bawa, tapi apakan daya, sedare aku datang kat sini bukan nak melancong tapi nak daftar cousin aku ni je. Yang aku pulak bawa sedare aku pergi beli barang sekali jadi tour guide pergi round2 kuching. haha. Teringat abg ngah cakap The Spring dah macam Pavillion KL, yang Seberkas pulak macam Low Yatt. Rumah2 kat sini dah macam kat KL. Kehidupan kat sini pun macam KL. Overall duduk Sarawak ni dah macam KL. Mahal. So, jangan ingat duduk Sarawak ni ingat sumpit, rumah panjang, hutan je ye. haha. Tu memanglah ade. Dah memang itu culture Sarawak kan. Tapi kami ni duduk bandar ok! ok. cukup cerita aku jadi tour guide. Pasni akan jadi tour guide again untuk family and sedare yang akan datang sini. hehe



 =]=]=]