Hello Hello

22 April 2013

Ini Program Yang Saya Join : INFOSYS




Assalamualaikum =]=]=]


Hello 2013!!! Dah nak habis bulan April dah ni. Entry tahun baru 2013 pun takde. Padahal awal2 tahun banyak je entry nak buat. Tapi takde mase dan sangat busy. Now, aku kembali ke dunia blog. Awal tahun 2013, lepas habis exam untuk sem5, cuti sem aku hanya 5hari je, itupun macam tak cuti, pergi datingla pergi jumpa itula inila, berjalan2 dengan family la. Orang bagi cuti ko nak belajar, tu lah ungkapan yang kerap masuk dalam lubang telinga aku ni sejak aku join Infosys tempoh hari. Biarlah apa orang nak cakap kan. Aku yang nak belajar. Aku punya bidang. Untuk diri aku. Ade aku kisah? haha. Bestfriends aku pun join juga aku mestilah nak!. Aku kat sini nak menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam otak aku yang agak kekurangan ilmu tentang IT. hikhikhik. Dan juga tambah pengalaman =). Nasiblah fast track ni sebulan lebih je. Sebulan lebih pun jenoh menghitung hari nak balik. Lepas habis Infosys dah la pergi praktikal pulak. aiyoooo


23 Januari 2013, hari bagi aku dan coursemates FIT aku yang willing untuk korbankan cuti sem kami selama sebulan lebih  mendaftarkan diri kami di German Malaysian Institute (GMI), Kajang untuk menjalani kursus IT yang diberi nama National Infosys J2EE Fast Track Batch 8/2013. Dah batch ke 8 dah aku baru nak join dan baru tahu pasal program ni. Sebelum ni batch yang ke berapa entah bertempat di UNIMAS, aku tak tahu lagi masa tu. So, batch kali ni bertempat di Kajang pulak. Batch ke 8 ni fast track selama sebulan lebih je. Dalam sebulan lebih ni, kami semua belajar beberapa module iaitu Programming & Testing, RDBMS, Oracle, HTML/Java script, Java & Advance Java dan Intro to J2EE part 1 & 2.   Seramai 99 orang pelajar dari Uitm Kedah, Uitm Shah Alam, Uitm Terengganu, USIM dan UNIMAS ku yang join program ni wajib mengambil peperiksaan bagi setiap module bila dah habis module yang kami belajar tu. Dengar pun dah stress dah kan asyik exam je. Bila tak lepas kena repeat exam tu balik. Bila dah habis kesemua module, peperiksaan untuk semua module pun dah ambil, kena ambil final exam yang merangkumi kesemua module. Yang ni dah takde repeat2 dah. Kalau gagal takde repeat kalau lulus Alhamdulillah. Lepas tu, dah habis final exam, ade seminggu diperuntukkan untuk buat projek mengikut group yang telah ditetapkan. Memang sistem kat Infosys ni sistematik betul. Itu yang aku suka sangat. Nak tak nak kena terima apa yang kita dapat. Maksud lain terimalah kenyataan. hikhikhik. Batch seterusnya sesiapa nak join bertempat di UMS Sabah pulak ye =).





jadual untuk sebulan lebih....


Inilah pemandangan dari tingkat 12, Kompleks Teknologi 5, GMI.


Hamek kau mijah! Inilah tanggungjawab mu sebagai salah seorang developer dlm group... ececehhhh
Inilah gambar kawan-kawan aku di Infosys.... UITM Kedah, UITM Terengganu, UITM Shah Alam, USIM dan UNIMAS. Tiap2 hujung minggu hari ahad je kami keluar. Mid Valley, Time Square, KLCC, The Mines. Itulah tempat2nye.











Bestfriends with kawan baru


Kira & Ecah


Zaza orang Sarawak tapi belajar kat Uitm Dungun. Muka ada seiras tak?hikhikhik


takde keje ambil gambar dengan diorang ni. tengok muka aku dah muka ngantok dengan sejuknye lagi. Lastly tertidur juga aku kat dalam lab. Aku tak boleh tidur lambat2. Itu bukan aku. haha



Bestfriends <3


Kawan ganu yang best gler! Ecah dan Bell. Aku belajar bahasa ganu dari dieorang lah. Bermuncung2 mulut aku cakap. Ecah siap buat kamus ganu lagi kat buku nota aku. Nanti senang lah nak cakap ngan abg senior.. hikhikhik














dah habis semua topic. nah! POST TEST yang menunjukkan kita lulus atau tak. gementar habis! sebab test2 sebelum ni ade yang aku kena tak lulus. hehe





Sebelum minggu membuat Sterling Courier Project, Infosys buat aktiviti main paintball. Ade 9 group 10 orang dalam satu group. Ade 9 warna baju yang mesti kami pakai setiap kumpulan, warna brown, grey, blue, orange, yellow, red, green, purple, dan black. Aku group yang ke 4 kena pakai baju warna oren. Dah sudah aku kena cari baju warna oren. Sampai kat tempat main paintball group aku dinamakan group DELTA. yeh!


my team DELTA =D


Ni group 5 nama ape aku tak ingat. team Harimau Malaya la kunun.................



Sebelum main kena briefing dulu. Walaupun aku pernah main kat matrik sebelum ni tapi aku tidak seaktif dulu. Sungguh kasihan...


Tiba giliran group aku..nebes!





tengok! tengok! aku kat tengah sikit sebab aku nak pergi depan tapi bila dah main tak berani nak ke depan sangat sebab diorang asyik menembak je yang aku pulak kedekut bullet nak tembak orang..haha


siapa yang target aku kat mata ni!!! habis tak nampak sebelah. Main kat matrik dulu pun kena tembak kat mata juga. Yang last game pulak diorang tembak aku kat pinggang 2x. Yang first memang terasa sampai ke hati, yang kedua rasa sakit je. Ni fendi punye keje la kan. bengkak dowh! hakhakhak








group  hitam


group biru


ni group merah yang ramai berebut nak pakai warne ni. Akhirnya mereka yang dapat warna merah mereka juga lah juara paintball. Tahniah !



  

Lepas 4hari bersama group menyiapkan project, presentation pulak hari jumaat. Di tambah pulak PL kami tak sihat ade jugalah yang tak tidur kurang tidur siapkan project. Presentation kami tidak memuaskan sangat. Tapi takpelah. Jumaat malam tu pulak Dinner + Konvokesyen Infosys. Cewah nak konvo juga sekali dengan terima anugerah2 dan sijil. Bangga sikit Naib Canselor UNIMAS datang sebab beliau adalah pengerusi Infosys ni.


Tahniah group last sekali dapat Anugerah Projek terbaik. Hadiah lumayan ooooowwwwwww


Tahniah kepada kesemua sepuluh orang pelajar terbaik Infosys Batch8. Hadiah pun best jugaaaaa.....
Makan kat sini pun best juga. Tapi aku tak makan banyak sangat sebab aku banyak minum air. kembung perut. Nasib tak nampak perut. Ada sepuluh menu yang mana sedap tak tahulah...

























 Duduk sebelah bos. eeh?? Tersedondon pulak.... Ramai yang perasan. Bawah lampu nampak macam warna sama tapi ada lain sikit laa....





































sorang dah macam Hafiz Af sorang lagi macam Aizat..haha


Kak Bell yang kiuuuttt dan hottssss








Gonna miss my place and my PC 40 =D..


Walaupun kena marah sikit dan projek tak kena sangat dengan requirement tapi tahniah juga kepada group aku. Rinduuu korang laaaaa...


Thank you Infosys Batch8


Tahniah kepada semua peserta2 Infosys Batch8



Akhirnya Infosys dah tamat. Ni lah masa yang ditunggu2 sangat. Alhamdulillah lulus dan dapat sijil. eehhh?? baju aku dengan baju Naib Canselor aku nak dekat sama laaaa.. hehe.. Thank you Lydia Collection The Mines.. Koleksi baju2 anda saya suka =).
=]=]=]

4 comments:

  1. Sy join yg batch 9 nanti, kat ums. berdebar pulak rasa. Nak tanya, dressing code sepanjang program ni mcmana?

    ReplyDelete
  2. owh yeke..program ni bagus tau.. awk ni kwn nadzirah eh??? pakaian formal... ble eh start batch 9?

    ReplyDelete
  3. Eh, kenal nadzirah ea...batch 9 start 30 jun ni..

    ReplyDelete
  4. kenal la...die kan duduk teluk intan..hehe...die pun ade ckp die join batch 9..tp korang kne interview ngn buat exm dlu eh sblum nk join batch 9 ni? korang 3bulan kan batch 9 ni?

    ReplyDelete